Friday, 5 December 2014

Pentaksiran Autentik Dalam PBS



1.       PENTAKSIRAN AUTENTIK

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).

      Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.

        Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.

Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.


  

2.   PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik  untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat  penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran  di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor  sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment).

            Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada  usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata.  Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.




3.   PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD


            Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran..

            Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan.  Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.

            Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.

            Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada ”kejayaan” dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu.
           
            Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.

            Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah.  Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.

            Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai (J), Sedang Maju (JJ)dan Telah Menguasai (JJJ). Tiga skor ini mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.






Jadual  1:  Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 1

Skor
(Tahap Penguasaan)

Simbol
Kriteria
Telah Menguasai

TM
Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila

Sedang Maju

SM
Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
Belum Menguasai
BM
Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat




Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 2

Skor
(Tahap Penguasaan)

Simbol
Kriteria
Menguasai

M
Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai

Sedang Berkembang

SB
Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukannya sehingga selesai

Perlu Banyak Bimbingan 
PB
Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan


4.   CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid. Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:

i.                     Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak
ii.                   Lebih mementingkan proses bukan produk
iii.                  Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing)
iv.                 Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic)
v.                   Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)
vi.                 Dijalankan dalam keadaan yang tenang
vii.                Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid
viii.              Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai
ix.                 Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran
x.                   Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif)
xi.                 Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan
xii.                Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid
xiii.              Tugasan pentaksiran  diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik)
xiv.              Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid
xv.               Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.




5.    KONSTRUK YANG DITAKSIR

Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir(konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang berkaitan dengan kemahiran/ kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.


Jadual 3: Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah

TUNJANG

KONSTRUK
Komunikasi

BM1
Kemahiran Mendengar

BM2
Kemahiran Bertutur

BM3
Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan

BM4
Kemahiran Membaca Perkataan

BM4
Kemahiran Membaca Perkataan

BM5
Kemahiran Membaca Ayat

BM6
Kemahiran Mencerita Semula

BM7
Kemahiran Menulis
Kemanusiaan

KM1
Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti.

KM2
Amalan Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri dengan Keluarga, Rakan, Sekolah dan Komuniti

KM3
Amalan Tabiat Menjaga Alam Sekitar

KM4
Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya Tradisional
Pelbagai Kaum di Malaysia

KM5
Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia

KM6
Amalan Cintakan Negara
Ketrampilan Diri
Perkembangan
Sosioemosi
SE1
Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri

SE2
Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif

SE3
Kebolehan Membina Kemahiran Sosial
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan Fizikal
FZ1
Kemahiran Motor Halus
dan Penjagaan Kesihatan
FZ2
Kemahiran Motor Kasar

FZ3
Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri

FZ4
Mengamalkan Tabiat  Pemakanan yang Berkhasiat

FZ5
Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran

FZ6
Mengamalkan Langkah-langkah Pencegahan Jangkitan
Penyakit

FZ7
Pengetahuan tentang Sumber Bahaya

FZ8
Mengamalkan Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Diri
Kreativiti
KR1
Kemahiran Menghasilkan Karya Seni Visual secara Kreatif

KR2
Mengamalkan Sikap  Apresiasi Seni

KR3
Kemahiran dalam Menyanyi

KR4
Kemahiran Memainkan Alat Perkusi

KR5
Kemahiran Gerakan Kreatif

KR6
Kemahiran Berlakon dan Main Peranan
Sains dan Teknologi (Perkembangan Kognitif)
Awal Sains dan
ST1
Kemahiran Memerhati
Awal Matematik
ST2
Kemahiran Merekod Hasil Pemerhatian

ST3
Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit Bukan
Piawai

ST4
Kemahiran Membanding dan Membeza

ST5
Kemahiran Mengelas

ST6
Kemahiran Membuat Ramalan

ST7
Kemahiran Menyelesai Masalah

ST8
Kemahiran Membuat Seriasi

ST9
Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina Pola

ST10
Pengetahuan tentang Nombor 1-20

ST11
Pengetahuan tentang 20,30,40,50

ST12
Kemahiran Menyelesai Operasi Tambah dalam Lingkungan 10

ST13
Kemahiran Menyelasai Operasi Tolak dalam Lingkungan 10

ST14
Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai

ST15
Pengetahuan tentang Konsep Masa

ST16
Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam Ruang

ST17
Pengetahuan tentang Bentuk

ST18
Kemahiran Membuat Pembinaan

ST19
Kemahiran Menggunakan Komputer
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam
PI1
Pengetahuan tentang Rukun Islam

PI2
Pengetahuan tentang rukun Iman

PI3
Pengetahuan Kalimah Syahadah

PI4
Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan Ibadah

PI5
Pengetahuan tentang Sirah Rasulullah SAW

PI6
Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW

PI7
Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran

PI8
Pengetahuan Asas Tulisan Jawi



Pendidikan Moral



PM1
Mengamalkan Nilai Baik hati

PM2
Mengamalkan Nilai Bertanggungjawab

PM3
Mengamalkan Nilai Berterima kasih

PM4
Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi

PM5
Mengamalkan Nilai Hormat Menghormati

PM6
Mengamalkan Nilai Kasih sayang

PM7
Mengamalkan Nilai Keadilan

PM8
Mengamalkan Nilai Keberanian

PM9
Mengamalkan Nilai Kejujuran

PM10
Mengamalkan Nilai Kerajinan

PM11
Mengamalkan Nilai Kerjasama

PM12
Mengamalkan Nilai Kesederhanaan

PM13
Mengamalkan Nilai Toleransi

PM14
Mengamalkan Nilai Berdikari

PM15
Mengamalkan Nilai Berdisiplin






6.   PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.

Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah.  Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.

Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.







Rajah 1: Proses Menjalankan Pentaksiran


·        















TIDAK,YA



Flowchart: Alternate Process:  KEMAHIRAN/HASIL PEMBELAJARAN BARU/ KE TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH
 
·          
·          
·          

·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          
·          


·          




MERANCANG

Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan melakukan perkara-perkara berikut:

·            Tahu tujuan mentaksir
·            Tahu apakah konstruk yang ditaksir
·            Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
·            Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan;
·            Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan;
·            Tentukan bila hendak mentaksir;
·            Tentukan tempoh pemerhatian.


MEMBINA INSTRUMEN

Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.
.



MENTAKSIR

Bagaimana mengumpul maklumat (evidens)?

Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk mengumpul maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid. Pendekatan ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia diperhatikan.

Apakah yang diperhatikan?

      Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja. Evidens yang mahu dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan melalui KSPK.

i.   Tingkah laku
               Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid:
·           Mengurus diri.
·           Bermain bersama rakan.
·           Membuat kolaj dalam kumpulan.
·           Menyelesaikan masalah bersama rakan.
·           Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.
ii.  Interaksi
         Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti berikut :
·           Bacaan.
·           Nyanyian.
·           Main peranan.
·           Bersoal jawab.
·           Aktiviti berkumpulan (projek, persembahan)
·           Interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran.
·           Dengan diri sendiri (imaginary friend).
iii.  Proses dan Hasil Kerja Murid
Contoh proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah:
·      Lukisan
·      Buku kecil
·      Buku skrap
·      Kraf tangan
·      Lembaran kerja
·      Membuat model menggunakan bongkah

MEREKOD

Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti berikut:
a)     Senarai Semak
b)     Rekod Anekdot.
c)     Rekod Berterusan (Running Record)


(a)        Senarai Semak

Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi  pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item menentukan :
·         Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
·         Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku.
·         Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku.
Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu tingkahlaku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ‘ya’ atau ‘tidak’. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang.

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang senarai semak :
·         Konstruk yang hendak dinilai
·         Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas.
·         Instrumen dan aktiviti yang digunakan
·         Skor digunakan: angka atau simbol

(b)        Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Menulis Rekod :

·               Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.  
·               Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir. 
·               Menulis apa yang dilihat secara objektif 
·               Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek  perkembangan murid.
·               Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.  
·               Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat                                                      
(c)        Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ‘narrative’ yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.

Panduan menulis rekod :

·               Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
·               Rekod hendaklah tepat dan padat.
·               Catatkan dengan jelas setiap perlakuan  mengikut urutan.
·               Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
·               Gunakan bahasa yang boleh difahami.
·               Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
·               Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan.
·               Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan “judgmental”.
·               Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat



MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat adalah seperti berikut:

·         Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.
·         Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis
·         Menganalisis hasil kerja murid.


ANALISIS HASIL KERJA MURID

Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :
·         Gambar atau lukisan
·         Sampel tulisan
·         Binaan yang disempurnakan
·         Cerita yang ditulis
·         Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf‘. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.




7.   ETIKA PENTAKSIRAN  KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996,  Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002,  Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah,
     Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’.

8. Rekod Kemajuan Murid
    Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa

Panduan Menjaga Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid Prasekolah

·         Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja (ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan)
·         Rekod murid tidak boleh dipamerkan.
·         Kebenaran ibu bapa, penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
·         Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.











No comments:

Post a Comment