TAJUK
TUGASAN :
PENTAKSIRAN
AUTENTIK
NAMA : NO.
MATRIK :
CHEW HOCK KIANG M20122001820
HASLIZA BT YUNUS M20131001140
LAU SHIAU CHING M20131001142
NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH M20122001381
NAMA PENSYARAH
:
PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR
KPN6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI
KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan
1-3
2.0 Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah 4
3.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Prasekolah
5-14
4.0 Strategik Pentaksiran 15-19
5.0 Reka bentuk Pentaksiran 20-23
6.0 Penskoran dan Penggredan 24-39
7.0 Kesimpulan 40
8.0 Bibliografi 41-42
1.0
PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan negara.
Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan
generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran
kerja serta menjadi pengupayaan perkembangan ekonomi keseluruhan pada abad ke
21 kelak. Menurut Vaizey (1967),
″Education is important, therefore, not only
to help our children,to give them better lives, to improve the society in which
we live,to enable this country to go forward paying its way and competing
internationally; but it is essential if we are to survive in a changing,
technical and scientific age ″ (m.s. 12).
Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada
peningkatan daya saing negara (Ismail, 2005). ‘Pembangunan modal insan berminda
kelas pertama’ telah ditetapkan sebagai salah satu daripada lima teras utama
dalam Misi Nasional yang berhala tuju untuk
merealiasasikan Wawasan 2020. Dalam penjelasan yang diberikan, ‘Modal
insan berminda kelas pertama’ yang dimaksudkan di sini ialah
″...mesti mempunyai pembangunan secara
holistik, menekankan
pembangunan ilmu pengetahuan, ... dan juga
sikap yang progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi ″ (Misi Nasional, 2006-2010: m.s. 16).
Keberhasilan pembangunan modal insan berminda kelas pertama disokong
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) telah menetapkan dengan jelas sasaran yang perlu dicapai
dari segi kualiti, ekuiti dan akses dalam tempoh 15 tahun. Maka dengan itu
perubahan besar terhadap sistem pendidikan secara keseluruhan perlu dilakukan.
Dalam perubahan tersebut proses perlaksanaan transformasi perlu dijalankan
terhadap pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan
pendidikan dan seterusnya meningkatkan keberhasilan murid.
Pendidikan
Prasekolah adalah pendidikan asas yang
penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam
perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang
diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu
program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun
sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah
(Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998).
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang
positif dalam diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan perkembangan dan teori
pembelajaran konstruktivisme di mana:
·
Murid
membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
·
Murid
diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
·
Perbezaan
individu dibenarkan.
·
Murid
belajar mengikut kadar sendiri.
·
Guru
mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.
Penggubalan
kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang bersepadu dan
mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang: fizikal, emosi, sosial dan kognitif (Almy,
1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983; Skeen, Garner
& Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan
perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu
menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang
aktif, interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan
bahan-bahan (Biber, 1984; Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985;
Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera, 1986).
Pada tahun 2011,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah dilaksanakan dengan
kohort Tahun 1 dan di peringkat menengah rendah mulai kohort Tingkatan
Satu tahun 2012. Kurikulum
Berasaskan Standard mempunyai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang bernyata spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan
kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama.
Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk
memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
Menurut
Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah tahun
2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat sebagai satu pentaksiran yang
mampu menghasilkan generasi yang
kreatif dan inovatif yang berupaya untuk
berdepan dengan cabaran dalam abad ke 21. Pentaksiran tersebut merupakan satu pentaksiran yang holistik atau
menyeluruh kerana ianya merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif,
afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
kurikulum kebangsaan. Bagi menyokong kesahan sesuatu pentaksiran yang
dijalankan oleh guru apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ,
pembinaan rubrik penskoran adalah penting.
2.0 RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
Mata Pelajaran
: Sains Awal
Tajuk : Daun
Standard Kandungan : ( ST 3.3)
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta
pertumbuhan anak benih
Standard Pembelajaran: (ST 3.3.5)
Memerhati dan mengumpulkan daun daripada persekitaran sekolah dan
kediaman mengikut ciri berikut:
a)
Warna
b)
Saiz
c)
Tekstur
d)
Bentuk
e)
Urat daun
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran;
- murid menguasai
kemahiran memerhatian;
- Murid menguasai
kemahiran merekod hasil pemerhatian; dan
- Murid menguasai
kemahiran mengelaskan sesuatu objek mengikut ciri yang ditetapkan
- Murid dapat mengumpul
dan mengelaskan daun mengikut ciri yang ditetapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Strategi
bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan
terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid
terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru
dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan
yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang
lambat. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi
menjamin keberkesanan objektif yang ingin dicapai. Oleh yang demikian guru
perlu menggunakan teknik dan strategi pengajaran yang berkesan.
Pengajaran adalah suatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya
dengan berkesan. Menurut Gagne, Briggs dan Weger (1992) terdapat lapan elemen
utama dalam sesuatu pengajaran iaitu: (1) menarik perhatian, (2) menyatakan
objektif pelajaran, (3) merangsang proses mengingat kembali semula kandungan
lepas, (4) menggunakan bahan-bahan yang boleh menimbulkan ransangan kepada
murid (5) memberi bimbingan (6) memberi tugasan dan soalan, (7) membuat
penilaian tahap penguasaan murid, dan (8) mengekalkan serta mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran murid.
Faktor
kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang
diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru
seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar
secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga
unsur utama iaitu:
• Strategi pemusatan guru
• Strategi pemusatan murid, dan
• Strategi pemusatan bahan pelajaran
Manakala
pembelajaran pula dilihat sebagai proses belajar yang bukan sahaja merangkumi
penguasaan pengetahuan semataa-mata tetapi mencakupi penguasaan perkembangan
sikap, emosi,nilai dan estetika serta kesenian. Menurut Bloom (1985),
pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga bidang iaitu kognitif,efektif dan
psikomotor. Pembelajaran kognitif mengutamakan proses menggunakan mental dan
akal fikiran untuk memperoleh pengetahuan dan maklumat. Pembelajaran efektif
adalah berkait dengan perkembangan sikap dan perlakuan murid yang lebih
mengutamakan penggunaan interaksi social dan emosi. Pembelajaran psikomotor
pula mengutamakan perkembangan fizikal untuk memperoleh kemahiran melalui
latihan dan amali dengan menggunakan koordinasi otot dan organ deria.
Berdasarkan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2001), Pendidikan Prasekolah didefinisikan
sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah
rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan
sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat. Dengan adanya peluang ini, ia dapat merealisasikan
matlamat pendidikan Negara dengan tahap pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak agar dapat merangsang daya pemikiran
kanak-kanak, membina sikap yang positif dan akhlak yang baik serta berfokuskan
kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu.
Pengajaran dan
pembelajaran bertema merupakan salah satu strategi yang lazimnya digunakan oleh guru prasekolah bagi menyusun pengalaman
pembelajaran kanak-kanak.Menurut Cummings (1989), pengajaran bertema merupakan
pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif berbanding dengan pendekatan yang lain.
Menurut Kostelnik (1989), “Themes teaching involves offering children an array
of activities built around a central idea”.
Melalui
pembelajaran bertema, kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di
samping itu, kanak-kanak belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya tema
yang menyatukan kurikulum, program dan aktiviti, bahan pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Pengajaran bertema memberi
peluang kepada kanak-kanak bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan projrk. Ini
dapat meningkatkan kesedaran sosial dan pemahaman berkenaan peranan sosial dan
tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.
Seterusnya,
pengajaran berdasarkan tema yang dipilih dengan melangkaui bidang ataupun
komponen. Sebagai contoh, komponen-komponen digabungkan dengan mengunakan satu
tema. Kandungan dan hasil pembelajaran setiap bidang juga saling berbeza.
Contohnya dengan mengunakan komponen koginitf iaitu dengan bertemakan alam
hidupan serta subtema rama-rama dengan kandungan pengajaran konsep nombor
dengan mengetahui konsep nombor iaitu menyusun nombor 1-10. Dengan bantuan alat
bantu mengajar iaitu origami rama-rama yang mempunyai tulisan nombor 1 sehingga
10. Disamping itu juga, guru menyediakan origami rama-rama pelbagai warna untuk
menarik minat murid-murid untuk bergiat aktif.
Sekaligus,
murid-murid dapat memegang dan melihat bentuk rama-rama yang sebenar serta ia
bukan sahaja merangsang perkembangan otak malahan akan mempengaruhi tahap
perkembangan motor halus murid-murid. Secara objektifnya, hasil daripada
pembelajaran ini murid-murid dapat menyusun rama-rama dari bilangan 1- 10
mengikut urutan yang betul. Di samping itu melalui penyusunan tersebut
murid-murid boleh menyelesaikan masalah bermain sambil belajar.Teknik
pengajaran sangat penting dalam sesebuah prasekolah. Guru haruslah kreatif dan
berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid-murid tidak
berasa bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan.
“Playing
and learning” merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam
pendekatan pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan
secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah
pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat
manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri
kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar
(Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005).
Satu
sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal telah dirancang dan
dilaksanakan bagi murid prasekolah. Sesi pegajaran dan pembelajaran ini
bertemakan tumbuhan dan guru menumpukan pengajaran kepada bahagian daun.
Memandangkan sesi pengajaran dan pembelajaran ini bersifat autentik, Murid
dimaklumkan tugasan yang akan mereka lakukan pada awal sesi pengajaran. Guru
juga dikehendaki memaklumkan murid tentang penilaian yang akan dilaksanakan
pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran
sains akan menjadi kurang menarik sekiranya tidak mengadakan lawatan dan
penggunaan sumber luar bilik darjah terutama sekali bagi murid prasekolah.
Melalui lawatan luar bilik darjah murid-murid akan dapat memerhati dan membuat
perbandingan sebenar dengan apa yang mereka pelajari dalam bilik darjah dan
pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna. Menurut Charlesworth &
Lind (1999), apabila berada di luar bilik darjah, murid-murid akan mempunyai
peluang untuk menyiasat, menguji dan mengubah sesuatu objek. Lantaran itu,
murid-murid dapat membina pengetahuan daripada pengalaman yang bermakna.
Menurut Piaget juga, murid-murid perlu dihubungkan dengan persekitaran mereka
secara aktif kerana mereka perlu mengetahui dan mempelajari dunia di sekeliling
mereka. Strategi ini dilihat berpusatkan kepada murid.
Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid dibawa ke luar bilik darjah iaitu ke kebun.
Murid dikehendaki mengumpul daun mengikut ciri yang ditetapkan. Melalui
pembelajaran di luar bilik darjah, murid dapat belajar dalam suasana
semulajadi. Mereka berpeluang belajar secara ‘hand on’ iaitu mencari daun di kebun. Di samping itu,
murid dapat mempelajari ciri-ciri tumbuhan serta secara tidak langsung
menerapkan nilai cinta kepada alam sekitar.Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme
beranggapan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
Seseorang guru perlu bijak dalam merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran dan pendekatan yang
diberikan guru perlu berpandukan kepada teori Piaget (1951) yang beranggapan
bahawa perkembangan kemahiran kognitif atau pemikiran adalah berturutan.
Menurut Piaget perkembangan kognitif ini berlaku secara berperingkat-peringkat
dan disokong oleh faktor penyediaan tempat pembelajaran yang menarik adalah
amat penting bagi memastikan penerimaan murid untuk lebih berminat untuk
belajar. Menurut Piaget penyediaan persekitaran yang bersesuaian dengan
penerimaan murid dapat memenuhi minat dan keperluan murid untuk belajar di
samping penyediaan bahan pengajaran yang
bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid. Maka dengan itu guru telah
membawa murid ke kebun sebagai satu lokasi pembelajaran dan memilih bahan
maujud iaitu tumbuh-tumbuhan dengan menfokuskan kepada daun sebagai bahan
eksplorasi murid dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Dengan kata lain, bahan bantu belajar adalah merupakan bahan maujud
dan asli. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan penggunaan
deria dan pengalaman yang sebenar dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
Salah satu aplikasi teori Piaget yang digunapakai oleh guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah pembelajaran berdasarkan
keadaan semula jadi dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai
pengalaman pembelajaran yang positif dan meneyronokkan. Menurut aplikasi teori
Piaget, pembelajaran yang bermakna menekankan kepada penggunaan keseluruhan
deria iaitu deria lihat,rasa,bau, dengar dan sentuh. Pengalaman yang dirancang
amat penting dalam membantu memperkembangkan idea semuajadi murid.
Selain itu guru juga telah mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif
berasaskan prinsip Bruner seperti pembelajaran melalui penaakulan induktif,
penglibatan murid dan menggunakan alat bantu mengajar. Menerusi aplikasi berdasarkan
prinsip Bruner, guru perlu menyediakan contoh yang spesifik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid benar-benar memahami apa yang
dipelajari. Contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,
guru ingin mengajar murid tentang ciri-ciri daun dari segi bentuk, jadi guru
akan menggunakan daun yang pelbagai bentuk sebagi contoh bagi bentuk.
Penggunaan contoh yang maujud dan spesifik akan membantu murid memahami apa
yang dipelajari dengan lebih berkesan.
Menerusi prinsip Bruner, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
penglibatan murid secara aktif adalah amat penting. Selain meningkatkan minat
murid, ianya dapat menggalakkan keinginan perasaan ingin tahu dalam kalangan
murid yang seterusnya dapat menilai kekuatan dan kelemahan bagi seseorang
murid. Bruner juga menganggap bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat
membantu murid memberi tumpuan yang lebih serta menimbulkan minat yang
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan.
Maka dengan itu dalam perlaksanaan rancangan pengajaran harian, penggunaan
kanta pembesar dan daun sebagai bahan bantu belajar secara tidak langsung dapat
menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya memberi murid pengalaman yang
menyeronokkan. Murid akan berasa seperti saintis yang sebenar yang dalam
membuat kajian tentang daun.
Pembelajaran inkuiri dilihat mempunyai pelbagai definisi bergantung
kepada mata pelajaran yang dipelajari. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan
inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan
dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Heron
(1971) membahagikan pembelajaran inkuiri kepada empat aras di mana aras
tersebut adalah bergantung kepada berapa banyak peranan yang diberikan oleh
murid dalam aktiviti pembelajaran.
Jadual 1 : Empat Aras
Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)
Aras
|
Jenis inkuiri
|
Penerangan
|
0
|
Pengesahan (confirmation)
|
Pelajar mengesahkan
prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan
keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal
|
1
|
Inkuiri Berstruktur
(Structured Inquiry)
|
Pelajar melakukan
penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan
oleh guru.
|
2
|
Inkuiri Terbimbing
(Guided Inquiry)
|
Pelajar melakukan
penyelidikan berdasarkan soalan-soaln yang telah disediakan oleh guru dan
pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar.
|
3
|
Inkuiri Terbuka (Open
Inquiry)
|
Pelajar melakukan
penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan
ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topic-topik yang tertentu.
|
Pengajaran menggunakan pendekatan inkuiri dapat menggalakkan murid dapat
mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Pembelajaran ini juga menekankan penyiasatan
saintifik secara autentik. Menurut Onyancha, Armour & Endrizzi, 2006)
bahawa pembelajaran inkuiri dapat menyediakan proses pembelajaran yang
efektif kepada murid. Di mana murid
dapat belajar tentang kemahiran penyelesaian masalah di samping mendedahkan
murid dengan pembelajaran yang melibatkan proses penerokaan secara semula jadi,
menggalakkan penyoalan, penyiasatan dan eksperimen bagi memperoleh pengetahuaan
baru.
Bagi rancangan pengajaran harian yang disediakan, strategi yang
digunakan lebih kepada kaedah inkuiri berstruktur. Seperti yang dinyatakan
inkuiri berstruktur bermaksud murid akan melakukan penyelidikan berdasarkan
soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru. Justeru dalam
perlaksananan pengajaran harian, murid telah diminta mengkaji urat daun yang
dimiliki dengan menggunakan kanta
pembesar dan kemudian melukis kembali urat daun yang dilihat. Kaedah yang
digunakan memberi pendedahan kepada murid pengetahuan baru tentang perbezaan urat
daun. Di samping itu juga murid didedahkan kepada pengetahuan tentang daun
dengan lebih luas berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Ianya dapat
melahirkan perasaan ingin tahu dalam diri murid.
Rancangan Pengajaran Harian
Langkah / Masa
|
Kandungan
|
Aktiviti PdP
|
Bahan Bantu Belajar
|
Set Induksi
(5 Min)
|
Kepentingan alam sekitar
|
1.
Guru
menerangkan kepada murid apa yang akan dipelajari
2.
Kepentingan
alam sekitar yang perlu dipelihara.cintakan alam sekitar
3.
Murid
dimaklumkan tugasan yang akan mereka lakukan.
4.
Murid
dimanklumkan tentang apa yang akan dinilai pada akhir proses pengajaran dan
pembelajaran
|
|
Langkah 1
(10 min)
|
Tugasan
|
1.
Murid
dibawa ke luar bilik darjah-ke kebun
2.
Murid
diminta mengumpul daun mengikut ciri yang ditetapkan.
|
|
Langkah 2
(20 min)
|
Aktiviti tampalan
|
1.
Murid
menampal daun yang dikumpulkan pada lembaran kerja yang disediakan mengikut
ciri yang ditetapkan.
2.
Murid
melukis semula gambar daun.
|
Lembaran kerja
Daun
Gam/ salotep
Kertas A4
Pensel
|
Langkah 3
(20 min)
|
Persembahan
|
1.
Murid
membuat perbentangan terhadap tugasan yang telah disediakan kepada rakan dan
guru.
2.
Setiap
murid diberi masa 5 minit untuk membentangkan hasil tugasan mereka.
|
Hasil tugasan
|
Penutup
(5 min)
|
Rumusan tugasan
|
1.
Guru
memberi pujian kepada hasil tugasan yang telah disediakan oleh murid.
|
|
Tunjang Kurikulum : Sains dan Teknologi (ST)
Awal Sains dan Awal
Matematik
Fokus : (ST 3.0)
Menyiasat Alam Hidupan
Standard Kandungan : ( ST 3.3)
Meneroka
bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih
Standard Pembelajaran: (ST 3.3.5)
Memerhati dan
mengumpulkan daun daripada persekitaran sekolah dan kediaman mengikut ciri
berikut:
a) Warna
b) Saiz
c) Tekstur
d) Bentuk
e) Urat daun
Penerangan Tugasan :
Murid diminta
membuat pemerhatian dan mengumpul daun yang pelbagai jenis mengikut ciri yang
ditetapkan:
a) Warna
b) Saiz
c) Tekstur
d) Bentuk
e) Urat daun
Tugasan ini
untuk menilai keupayaan murid membuat
pemerhatian dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman mereka untuk
mengelaskan sesuatu objek
Overall Task Content Area
Sifat ingin tahu
Sains Awal
Specific Knowledge Areas
Objek (daun) di
persekitaran
Kanta pembesar
Kertas A4
Performances Expectations
1. Mengumpul dan mempersembahkan maklumat yang
diperolehi.
2. Kebolehan menggunakan peralatan sains.
3. Menggunakan imaginasi melukis semula
objek (daun) yang dipilih.
4. **merumuskan (bergantung kepada
keupayaan murid)
Arahan Dari Guru
Tugasan ini
memperuntukan masa selama 30 minit kepada murid untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan.
Bahan bantu Mengajar
Murid akan
mendapatkan daun yang pelbagai di kawasan persekitaran di sekolah.
Murid akan
diberikan kanta pembesar setiap seorang
Aspek Keselamatan
Guru dan murid
perlu memastikan aspek keselamatan diutamakan semasa menjalankan tugasan.
Arahan Tugasan (Contoh di
lampiran)
1. Murid diminta mendapatkan daun yang
terdapat di kebun mengikut ciri yang berikut :
a) Warna
b) Saiz
c) Tekstur
d) Bentuk
e) Urat daun
2. Murid diminta menampal objek yang
diperolehi pada lembaran yang disediakan . Sekurang-kurangnya 2 objek (daun)
yang berlainan untuk setiap ciri yang dinyatakan.
3. Murid melukis semula gambar objek
(daun) yang diperolehi.
4. Murid mempersembahkan hasil kerja
mereka kepada rakan-rakan dan juga guru.
4.0 STRATEGIK
PENTAKSIRAN
Menurut
pakar dalam bidang pengukuran dan penilaian iaitu David Payne di dalam buku
beliau bertajuk Applied Educational Assessment ( 2003) pentaksiran ialah
integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada
maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat. Secara ringkasnya, beliau menyarankan: Pentaksiran = Pengukuran +
Penilaian.
Menurut Ghafar
(2011), pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang
sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan
keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran.
Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat
keputusan secara holistik untuk tujuan penambaikan pada masa akan datang.
Airasian (2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan
interpretasi maklumat dimana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan
peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Dalam
pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang digunakan
dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi
peringkat awal kanak-kanak. Ini kerana perkembangan kanak-kanak meliputi
pelbagai aspek yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk
mengukur perkembangan mereka.
Pentaksiran di
peringkat prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak
dari pelbagai sudut contohnya dari sudut perkembangan kognitif, sosial, emosi
dan fizikal. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang mewarnai
institusi prasekolah yang boleh meninggalkan kesan sama ada ia dapat
menambahbaik atau memberi kesan negatif
dalam proses perkembangan kanak-kanak. Memandangkan perkembangan kanak-kanak
merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk dan instrumen perlu berbeza mengikut
domain-domain yang ingin dinilai.
Justeru itu, satu kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih
menyeluruh dan ini boleh dilakukan melalui pentaksiran autentik.
Menurut Wiggins
(1990), peralihan kepada pentaksiran autentik adalah untuk menghendaki murid
menggunakan pengetahuan dengan bermakna, mahir menggunakan pelbagai kemahiran,
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dan
merangsang penggunaan kombinasi kemahiran, pengetahuan dalam dunia sebenar.
Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat mencungkil kemahiran di samping memberi peluang kepada murid untuk
memperbaiki diri.
Bagi pentaksiran
sekolah ianya perlu dirancang, dibina, ditadbir, diskor dan dilaporkan oleh
pihak sekolah terutamanya guru. Pentaksirn perlu selari dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di sekolah terdiri daripada
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran
tentang pembelajaran (assessment of learning) yang merujuk kepada Standard
Prestasi.
Pentaksiran
harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan untuk
mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur pada peringkat
prasekolah, mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan mereka secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan
kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke masa, memberi maklum balas
terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam KSPK serta
mengesan keberkesanan pengajaran guru.
Pentaksiran
harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam
KSPK. Pentaksiran secara menyeluruh yang merangkumi semua tunjang dalam KSPK
termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status
kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial. Aktiviti ko-kurikulum tidak
boleh ditaksir pada peringkat umur ini kerana murid tidak dapat menyertai
aktiviti ini secara berdikari. Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan
tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah
kerana pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak
factor dan bukan sahaja ke atas kebolehan individu.
Pentaksiran
harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
Hasil pentaksiran tidak harus didedahkan kepada orang lain, hanya kepada ibu
bapa dan pihak berkepentingan sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk melabelkan
kanak-kanak. Kebolehan dan kemajuan pada peringkat umur ini amat dipengaruhi
oleh kadar pertumbuhan. Perlabelan kanak-kanak akan mendatangkan kesan negatif
kepada kanak-kanak pada masa akan dating. Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan
banyak motivasi malah kanak-kanak tidak tetap dan berubah-ubah.
Malley dan
Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan
tingkah laku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan Antara
kaedah pentaksiran autentik yang lazimnya digunakan dalam prasekolah meliputi
temu bual, bercerita, sampel penulisan, projek, pameran, demonstrasi,
pemerhatian guru dan portfolio.
Kajian oleh Lihanna Borhan (2003) daripada
Universiti Malaya tentang pentaksiran autentik dalam pendidikan awal
kanak-kanak melalui portfolio ada menyatakan bahawa portfolio merupakan satu
koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpul untuk menunjukkan kepada
murid itu dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam sesuatu bidang.
Hasil kerja kanak-kanak yang terpilih dikumpul secara sistematik bagi setiap
kanak-kanak dalam suatu jangkamasa tertentu.
Namun ia bukan sekadar pengumpulan semua hasil kerja kanak-kanak, tetapi
merupakan sampel hasil kerja di mana setiap item yang dimasukkan di dalam
portfolio mempunyai tujuan dan nilai tersendiri dalam membuat penilaian
terhadap perkembangan kanak-kanak.
Portfolio bukan
sekadar pengumpulan hasil kerja untuk menunjukkan kepada ibu bapa inilah yang
dilakukan oleh anak mereka selama persekolahan, tetapi portfolio merupakan
dokumentasi terpilih mengenai perkembangan dan pencapaian kanak-kanak. Untuk
itu, portfolio perlu berkaitan secara langsung dengan objektif pengajaran dan
merupakan satu sistem penilaian yang berterusan. Portfolio yang dikumpul perlu
berasaskan perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna.( Hanson &
Gilkerson, 1999). Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami
dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan
kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka (Arter & Paulson, 1991).
Portfolio juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan
pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap
kerja mereka dan juga digunakan untuk
menilai proses pemikiran kanak-kanak (Murphy & Smith, 1990). Ia menepati
kerangka penilaian autentik kerana ia menilai pengetahuan dan kemahiran
kanak-kanak melalui tingkah laku dan hasi kerja mereka dalam suasana bilik
darjah seharian.
Di samping itu,
portfolio tidak bercanggah dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan
(Bredekamp, 1987). Ia merupakan penilaian bercorak individu. Ia melihat
perkembangan dan pembelajaran dalam konteks yang lebih menyeluruh dan tidak
menekankan satu-satu aspek perkembangan. Ia juga melihat prestasi kanak-kanak
dalam aktiviti seharian dan tidak meletakkan kanak-kanak dalam suasana yang
berpotensi memberi tekanan dan menggangu prestasi mereka seperti ujian.
Portfolio merekodkan perkembangan dan pencapaian kejayaan kanak-kanak, bukannya
kegagalan ( Katz, 1997: Meisels, 1995).
Manakala kajian
oleh Surayah Zaidon tentang portfolio kanak-kanak prasekolah menyatakan
Portfolio Kanak-kanak prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat
menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang program
prasekolah. Oleh itu, portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak.Perlaksanaan portfolio yang
bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan
berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
Komponen awal
sains dan awal matematik dalam tunjang Sains dan Matematik menyatakan awal
sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka
dengan menggunakan organ deria dengan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan
ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan
teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan, kemahiran asas proses sains
sepeti kemahiran memerhati, mengukur mrnggunakan unit bukan piawai, membanding
dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan
(contoh tumbuhan dan haiwan), alam bahan ( contoh objek yang tenggelam atau
timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih
mementingkan penguasaan kemahiran kepada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu
bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan
murid.
Rancangan pengajaran harian yang di atas merupakan
pengajaran dan pembelajaran awal sains yang telah dilaksanakan di sebuah
prasekolah di daerah klang. Ianya melibatkan lima orang murid prasekolah. Guru
telah menerangkan terlebih dahulu kepada murid objektif pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan, dan pada akhir pembelajaran murid akan dinilai berdasarkan pentaksiran
yang telah ditetapkan.
Untuk hasil pembelajaran bagi pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang pertama iaitu murid menguasai kemahiran memerhatian dan kemahiran menguasai kemahiran
merekod hasil pemerhatian, murid ditafsir dengan menggunakan instrumen
pentaksiran prasekolah kebangsaan dimana satu set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu dipamerkan sebagai tahap penguasaan
murid yang merangkumi tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan
nilai serta . Pentaksiran
tersebut juga dikenali sebagai senarai semak. Bagi instrumen pentaksiran murid dalam menguasai
kemahiran mengumpul dan mengelaskan sesuatu objek mengikut ciri yang ditetapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru telah menggunakan instrumen
pentaksiran yang berbeza iaitu menggunakan senarai semak dan juga hasil kerja
murid serta sesi persembahan atau pembentangan lisan.
Dalam sesi
pengajaran awal sains ini, kanak-kanak dikehendaki memerhati dan mengumpul daun
dari kebun sekolah berdasarkan warna, saiz, tekstur, bentuk dan urat daun.
Melalui sesi ini, murid-murid diberi peluang untuk menerokai pengalaman
pembelajaran secara sebenar (hand on) malah pentaksiran autentik telah berlaku
iaitu kanak-kanak ini dikehendaki menampal dan melukis semula daun serta
membuat pembentangan. Pentaksiran sesi pengajaran dan pembelajaran awal sains
ini tidak berasaskan ujian tetapi ia ditaksirkan melalui tugasan dan
pembentangan yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah.
5.0 REKA BENTUK PENTAKSIRAN
Noraini Idris (2005)
menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang
melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan
untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan.Justeru itu,
berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan pentaksiran maka dapat
disimpulkan bahawa rekabentuk pentaksiran merupakan sesuatu corak atau bentuk
direka yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi
tujuan tertentu.
Untuk
menyediakan pentaksiran autentik, guru perlu menyediakan pentaksiran untuk
pembelajaran. Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan informasi bagi
tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal
pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran
mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan
keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi
turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah
boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran
mereka.
Sesuatu pentaksiran yang dijalankan perlu melalui
proses-proses berikut:
a)
Mengenal
pasti konstruk / perkara yang hendak ditadbir
b)
Merancang,
memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang
kepada murid bagi mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja murid yang
relevan;
c)
Menilai
hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard
prestasi dan menentukan tahap penguasaan murid
d)
Memberi
maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan
serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaika; dan
e)
Merekod
prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa
5.1 Proses Pentaksiran
Mengenal pasti konstruk / perkara yang hendak
ditadbir
Pada peringkat awal guru perlu jelas apakah konstruk
yang hendak dinilai kepada murid-murid. Guru juga perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada murid
objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan, dan pada akhir
pembelajaran murid tahu apakah kemahiran yang perlu mereka pamerkan untuk
dinilai berdasarkan pentaksiran yang telah ditetapkan.
- Menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai iaitu :
- Murid berupaya menguasai konstruk
yang nilai ( ST1 dan ST2) iaitu kemahiran memerhati dan kemahiran merekod
hasil pemerhatian.
- Murid berupaya membuat
pengelasan objek mengikut ciri yang ditetapkan
Langkah 1:
Guru perlu memilih kandungan mata pelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum
Dan Pentaksiran.
Merancang,
memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang
kepada murid bagi mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja murid yang
relevan
Pada proses ini memerlukan
guru merancang perkara-perkara berikut:
- Mengenal pasti murid yang hendak
dinilaii iaitu pelajar prasekolah..
- Menentukan instrumen atau tugasan
yang hendak digunakan iaitu instrumen atau tugasan yang sesuai untuk tahap
prasekolah.
- Menentukan aspek yang hendak
diperhatikan iaitu seperti tingkah laku, perbualan/interaksi/lisan dan
hasil kerja murid.
- Menentukan tempoh masa pemerhatian iaitu sepanjang
kelas.
- Menentukan bila hendak menjalankan
penilaian dan pentaksiran
Langkah 2:
Guru perlu merancangan kaedah pengajaran dan membuat pemetaan Jadual
Spesifikasi Kurikulum mengikut minggu sebelum bermula mengajar.
Langkah 3:Pada
peringkat ini, guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran termasuk instrumen
pentaksiran untuk mengajar murid dan menyediakan bahan rubriks supaya
menjalankan pentaksiran secara pemerhatian.
Membina
Instrumen atau tugasan untuk tumbuhan
Semasa membina
tugasan, guru hendaklah pastikan bahawa tugasan tersebut perlulah mempunyai
ciri-ciri berikut :
- Tujuan yang jelas iaitu:
- tugasan ini untuk menilai
keupayaan murid membuat
pemerhatian dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman mereka untuk
mengelaskan sesuatu objek
- Menepati apa yang hendak
dinilai
- Item boleh diukur
- Setiap item hanya mengukur
satu kemahiran sahaja
Melaksanakan
Instrumen
Setelah reka
bentuk siap dirancang, guru haruslah memikirkan bagaimana sesuatu pentaksiran
tersebut akan dilaksanakan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
pentaksiran dan penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian
ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan
mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang
sisitematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat.
Cara mengumpul dan merekodkan maklumat adalah melalui:
i.
senarai semak
ii.
lembaran kerja / hasil kerja murid
iii.
persembahan/ pembentangan lisan
Langkah 4:
Guru mula menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama guru
akan membuat pentaksiran secara pemerhatian terhadap murid.
Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada
deskriptor/kriteria dalam standard prestasi dan menentukan tahap penguasaan
murid
Langkah 5:
Guru akan membuat penilaian hasil kerja murid tentang proses penyampaian
tentang tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian
murid berdasarkan pentaksiran yang telah ditetapkan.
Guru melakukan
pentaksiran dan sentiasa mempastikan berlaku penjajaran strategi dan instrument
pentaksiran yang bersesuaian dengan pekara yang ditaksir. Pentaksiran boleh
dilakukan secara formal, sebagai contoh guru menggunakan kaedah pemerhatian,
iaitu guru menilai setiap murid secara beterusan tentang apa yang mereka tahu,
faham dan boleh buat. Pelajar pula boleh memberikan eviden untuk dinilai dalam
bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.
Memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya
berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah
penambahbaikan
Dalam membuat penilaian terhadap tahap penguasaan
yang dikuasai oleh murid seharusnya guru tidak melihat kepada kelemahan yang
dimiliki oleh murid kerana dalam pentaksiran autentik, penilaian adalah
berdasarkan keupayaan murid.
Merekod prestasi
dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa
Penilaian yang
dibuat perlu direkodkan, dikumpul dalam portfolio murid untuk rujukan semua
pihak khususnya guru, penyelaras, murid dan ibu bapa untuk melihat perkembangan
murid.
6.0
PENSKORAN DAN PENGGREDAN
Rubrik merupakan satu
bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah
ke cemerlang. Kriteria ini signakan untuk membuat ranking atau pemeringkatan
terhadap pencapaian murid. Rubriks
juga dilihat sabagi satu alat bagi mentaksir prestasi pelajar. Rubriks
digunakan untuk mengukur dan menilai sejauh mana pelajar menguasai
kemahiran-kemahiran yang kompleks
Rubrik terdiri daripada rubric
analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti
untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Rubrik analitik pula terdiri
daripada penerangan terperinci beserta agihan markah bagi setiap poin untuk
menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja
murid dengan jelas. Rubric hendaklah telus supaya murid boleh menganggar
prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan
dan kebolehpercaqyaan Pentaksiran pusat.
Penyediaan rubrik
melibatkan proses memadankan standards dan hasil yang diharapkan untuk sesuatu
prestasi. Dalam proses rubriks, aspek pemarkahan merupakan tugas yang mencabar.
Untuk memberi markah, kita mesti memerhati atau mencerap prestasi yang
dijadikan sasaran penilaian. Pada masa yang sama, kita perlu mengesan dan
memilih aspek-aspek prestasi yang layak diberikan markah. Seterusnya, tahap
kualiti prestasi tersebut hendaklah dipertimbangkan. Hanya dengan itu barulah
markah yang wajar dapat ditetapkan.
Tugas yang rumit
ini dapat dilaksanakan dengan baik jika kita membuat persedaiaan rapi. Pertama
sekali, sepesifikasi hendaklah disediakan. Dengan berpandukan spesifikasi
tersebut, kita mesti menetapkan kaedah untuk mencerap dan memberikan markah.
Ini disebut sebagai langkah menstruktur pencerapan (Gronlund, 1998). Langkah
menstruktur pencerapan itu menggunakan alat yang sesuai.
Skala Kadar
Skala kadar
ialah darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala disembahkan
secara angka atau gred.
Semasa merancang
pentaksiran guru perlu menentukan :
· Tajuk
· Kemahiran
, tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas
· Penerangan
skala dinyatakan
· Skala
kadar boleh digunakan secara individu, kelas
atau kumpulan
Berdasarkan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan, terdapat tiga
skala perkembangan murid bagi Standard Prestasi yang digunakan dalam rangka
pentaksiran seperti dibawah;
Standard Prestasi di
Prasekolah
Tahap Penguasaan
|
Simbol
|
Kriteria
|
Telah Menguasai
|
TM
|
Tahu dan Boleh buat
dengan sendiri secara bertatasusila
|
Sedang Maju
|
SM
|
Tahu dan boleh buat
dengan bimbingan
|
Belum Menguasai
|
BM
|
Tahu beberapa perkara
asas (yang minimum) berkaitan dengan konstruk tetapi tidal boleh buat
(sentiasa memerlukan bimbingan)
|
Singkatan Sumber / Evidens
LI
|
Lisan
|
P
|
Projek
|
HK
|
Hasil Kerja
|
TL
|
Tingkah Laku
|
LL
|
Lain-lain
|
Untuk mentaksir
hasil pembelajaran bagi kemahiran memerhati, kemahiran merekod hasil pemerhatian dan kemahiran mengelas, guru telah menggunakan
instrumen pentaksiran berdasarkan instrumen pentaksiran prasekolah kebangsaan
seperti berikut.
Kod
|
Konstruk
|
Standard Prestasi (SPTS)
|
Tarikh
|
Pemerhatian
|
SPTS
|
Sumber / Evidens
|
Catatan
|
||||||
TM
|
SM
|
BM
|
LI
|
P
|
HK
|
TL
|
LL
|
|
|||||
ST 1
|
Kemahiran Memerhati
|
TM: Boleh memerhati dengan
rangsangan
SM: Boleh memerhati dan
menceritakan
BM: Belum boleh
menceritakan apa yang dilihat walaupun dengan bimbingan
|
|
1
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
ST2
|
Kemahiran merekod hasil pemerhatian
|
TM : Boleh merekod pemerhatian
secara sistematik
SM : Boleh merekod pemerhatian
dengan bimbingan
BM : Belum dapat merekod sama
ada dalam bentuk lukisan atau lukisan walaupun dengan bimbingan
|
|
1
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kod
|
Konstruk
|
Standard Prestasi (SPTS)
|
Tarikh
|
Pemerhatian
|
SPTS
|
Sumber / Evidens
|
Catatan
|
||||||
TM
|
SM
|
BM
|
LI
|
P
|
HK
|
TL
|
LL
|
|
|||||
ST 5
|
Kemahiran Mengelas
|
TM: Boleh mengumpul objek
mengikut ciri yang dikenalpasti.
SM: Boleh mengumpul objek
mengikut ciri-ciri yang dikenalpasti dengan bimbingan.
BM: Mengumpulkan objek
tanpa mengikut ciri-ciri
|
|
1
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Senarai semak ialah
senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan
adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku itu
berlaku dengan menandakan ( /) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai
semak.
Bagi mendapatkan tahap
penguasaan murid dalam menguasai kemahiran yang ingin dinilai dengan lebih
terperinci, guru telah membina instrumen pentaksiran yang lain seperti berikut.
Tunjang: Sains
dan Teknologi - TAJUK : Tumbuhan
Standard
Kandungan: Pengelasan, seriasi, padanan
satu sama satu dan konsep ruang
Standard
Pembelajaran : Memerhati dan mengumpul daun daripada persekitaran sekolah dan
kediaman mengikut ciri berikut:
(a)
Warna
(b)
Saiz
(c)
Tektur
(d)
Bentuk
(e)
Urat
Daun
Jumlah
Skor : /16
Kriteria
|
1
|
2
|
3
|
4
|
Mengumpul
daun mengikut
saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
|
Tidak
dapat mengumpul daun
|
Mengumpul
1 atau 2 daun dan tidak mengikut saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun
yang ditetapkan
|
Mengumpul
hampir lengkap daun dan mengikut saiz,
warna, tektur, bentuk dan urat daun yang ditetapkan
|
Mengumpul
dengan lengkap daun dan mengikut saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun
yang ditetapkan
|
Mengelas
daun mengikut
saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
|
Tidak
dapat mengelas daun sepenuhnya.
|
Tidak
dapat mengelas daun dengan betul.
|
Mengelas
daun dengan betul tetapi tidak susun.
|
Mengelas
daun dengan betul dan nampak cantik
|
Melukis
daun mengikut
saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
|
Tidak
dapat melukis daun
|
Tidak
dapat melukis daun dengan betul.
|
Melukis
daun dengan betul tetapi tidak cantik
|
Melukis
daun dengan betul dan nampak cantik
|
Pembentangan
|
Tidak
dapat membuat dan menjelaskan semasa pembentangan
|
Dapat
membuat pembentangan tanpa penjelasan
|
Dapat
membuat pembentangan dan penjelasan kurang tepat
|
Dapat
membut pembentangan dan penjelasan yang tepat
|
Rubrik yang dibina mempunyai pembahagian skor
mengikut gred seperti berikut:
Rubrik penyiasatan
Jumlah skor: _____ / 16
Contoh gred yang mencapai tahap minimum – 8
Murid yang tidak mencapai tahap minimum
akan mengulang kembali aktiviti penyiasatan secara individu. Soalan akan
dipermudahkan lagi dengan bimbingan guru secara individu sehingga murid
mencapai tahap minimum yang ditetapkan. Mengikut kesesuaian Dokumen Standard
Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tugasan ini akan menilai murid untuk
memperolehi pengetahuan.
Untuk mendapat gred tersebut, guru perlu
memberikan gred. Apabila gred ditentukan kebiasaanya guru akan menggunakan
kombinasi daripada data objektif ( ujian, kuiz, tugasan dan penyertaan dalam
kelas) dan ukuran subjektif yang merangkumi nilai ( berusaha keras, tidak putus
asa dan kreativiti ) untuk di libatkan dalam gred. Namun, pentaksiran terhadap
ukuran subjektif selalunya guru kurang berminat untuk melakukannya.
Menurut Azizi dan Mohd Isha Awang
(2006), pada murid atau ibu bapa serta guru sendiri, gred yang diperolehi
sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada pencapaian murid. Lazimnya gred
yang diberikan kepada pelajar seperti A, B, C, D, E bagi gred lulus atau F bagi
menunjukkan gagal. Penentuan gred perlulah dilaksanakan secara selaras dengan
peraturan tertentu misalnya penetapan markah seperti berikut untuk pentaksiran
di atas:
GRED
|
SKOR
|
A
|
13 keatas
|
B
|
10-12
|
C
|
7-9
|
D
|
5-6
|
E
|
1-4
|
7.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN
Jadual waktu
bagi domain Sains awal adalah 2 jam seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.
Setiap waktu adalah selama 1 jam. Bilangan murid yang hadir pada minggu-minggu
akhir persekolahan agak berkurangan menyebabkan guru hanya memfokuskan lima
orang murid sahaja. Proses pengajaran
dan pembelajaran adalah melibatkan murid yang sama.
Penerangan dan
pemahaman murid tentang pentaksiran adalah dilihat agak kurang berjaya kerana
murid hanya tertarik untuk melakukan tugasan sahaja berbanding pencapaian yang
diperolehi. Sebelum waktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru tetap
menerangkan kepada murid tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid pada
akhir pembelajaran.
Berikut
merupakan contoh senarai semak yang dibina oleh guru untuk mentaksir tahap
penguasaan murid terhadap kemahiran mengumpul dan mengelas daun mengikut ciri
yang ditetapkan.
Contoh Senarai Semak
Tunjang: Sains
dan Teknologi
Nama murid:
……………………………………….. Kelas:………………
Arahan: Sila
tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid
sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum
menguasai kemahiran itu.
Nama: Syaurah Umur:
6 tahun
Hasil
Pembelajaran
|
Ulasan/
Tarikh
|
Ulasan/Tarikh
|
Ulasan/Tarikh
|
18/11/2014
|
|
|
|
Kemahiran Memerhati
|
Boleh memerhati dan
menceritakan
|
|
|
Kemahiran merekod hasil pemerhatian
|
Boleh
merekod pemerhatian dengan bimbingan
|
|
|
Kemahiran Mengelas
|
Boleh mengumpul objek
mengikut ciri-ciri yang dikenalpasti dengan bimbingan.
|
|
|
Hasil Pembelajaran
|
Ulasan/
Tarikh
|
Ulasan/Tarikh
|
Ulasan/Tarikh
|
18/11/2014
|
|
|
|
Mengumpul daun mengikut
saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun
|
Mengumpul hampir lengkap
daun dan mengikut saiz, warna, tektur,
bentuk dan urat daun yang ditetapkan.
|
|
|
Mengelas daun mengikut saiz,
warna, tektur, bentuk dan urat daun.
|
Mengelas daun dengan betul
tetapi tidak susun.
|
|
|
Melukis
daun mengikut
saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
|
Melukis daun dengan betul
tetapi tidak cantik
|
.
|
|
Pembentangan
|
Dapat membuat pembentangan dan penjelasan kurang tepat
|
|
|
Gred
|
Markah =
Gred =
|
|
|
Berdasarkan
jadual di atas menunjukkan senarai semak untuk memerhatikan murid supaya
mendapat gred A. Tahap Minimum untuk mencapai kelulusan ialah markah 7 iaitu C.
Murid yang tidak mencapai tahap minimum akan mengulang kembali aktiviti dengan
bimbingan guru secara individu. Tugasan pengumpulan akan dipermudahkan lagi secara berperingkat dengan bimbingan guru
secara individu sehingga murid mencapai tahap minimum yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, jika murid yang dibimbing, murid tersebut dapat mencapai kelulusan
yang lebih tinggi, guru boleh terus membimbing murid tersebut supaya dapat
menguasai subjek tersebut.
No comments:
Post a Comment