TUGASAN KUMPULAN
KURSUS PENTAKSIRAN AUTENTIK
KPN 6074
REKA BENTUK DAN PEMBINAAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK
DISEDIAKAN OLEH :
SOLEHAN BIN NAZAN M20132001760
SOLEHUDDIN BIN ISMAIL M20132001764
FARIZAN BINTI CHE MUSA M20132001966
RUSTAM BIN SIIS M20132002315
PENSYARAH :
PROF. EMIRITUS DR OTHMAN BIN LEBAR
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS
SEMESTER 2 2013/2014
Isi
Kandungan
PENDAHULUAN
Pada masa kini,
majoriti masyarakat, guru dan pelajar apabila ditanya tentang bagaimana hendak
mengukur tahap pencapaian, jawapannya adalah melalui peperiksaan. Ini adalah
disebabkan oleh pendedahan kita hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata
sebagai kayu pengukur tahap pencapaian seseorang pelajar. Malah masyarakat
kita, kerana sudah terbiasa dengan peperiksaan, mula membandingkan seorang
pelajar dengan pelajar dengan kaedah berapa banyak A yang dapat diperoleh selepas
satu peperiksaan. Semakin banyak bilangan A yang diperoleh oleh seorang pelajar
tersebut dianggapkan bahawa pelajar itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih
berbanding dengan pelajar lain yang mendapat bilangan A yang sedikit.
Situasi ini juga dapat dijelaskan dengan apa yang
berlaku kini dalam sistem pendidikan adalah peningkatan dan keberkesanan
sesebuah sekolah itu dinilai berdasarkan pentaksiran piawai di mana sekolah
yang lemah dan sekolah yang cemerlang dilihat dan ditentukan dari keputusan peperiksaan
piawai. Akibat dari keadaan ini, banyak pihak yang merasa tertekan kerana ingin
memastikan mereka mendapat keputusan peperiksaan tersebut yang terbaik tanpa
memikirkan keperluan berkaitan kemahiran dan nilai yang perlu ada pada
seseorang pelajar dalam menghadapi cabaran abad yang akan datang. Implikasinya, kita melihat ibu bapa kini terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat
tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan
gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan
merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walaupun hanya 0.1%, merasa
tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot. Guru-guru
juga akan hanya mengajar apa yang bakal masuk peperiksaan tetapi bukan
kandungan kurikulum sepenuhnya. Bagi subjek-subjek yang tidak termasuk dalam
peperiksaan piawai juga akan diabaikan, seterusnya menyebabkan berlakunya
penguncupan kurikulum. Ini jelas membuktikan bahawa peperiksaan piawai tidak
sesuai untuk menunjukkan prestasi keseluruhan seseorang pelajar dan sesebuah
sekolah itu kerana tidak dapat menilai segala aspek secara holistik.
Seterusnya
adalah berkaitan kemampuan guru untuk menjalankan suatu pentaksiran yang berkesan.
Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep pentaksiran akan
menyukarkan mereka untuk merancang strategi bagi menjalankan proses
pentaksiran. Selain itu, isu guru yang terlibat dalam pentaksiran mengajar
tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakan isu yang sering
di persoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam
melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang profesional. Hal ini
kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akan
menghasilkan pentaksiran yang tidak berkualiti. Kebanyakan guru merasakan
perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja
perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum.
Guru juga perlu menaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Perkara yang sama
bahawa pentaksiran alternatif menambah beban tugas guru di sekolah yang memang
telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan kokurikulum. Ini menyebabkan
guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan bukan sebagai satu
proses.
Semua lapisan
masyarakat memerlukan anjakan paradigma apabila berhadapan dengan isu ini.
Tidak dinafikan peperiksaan itu penting. Tetapi ia bukanlah matlamat akhir. Ia
juga bukan penentu mutlak kepada pencapaian pelajar. Sebenarnya, peperiksaan
hanyalah satu ranting sahaja di dalam kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan
beberapa laporan akhbar yang berkaitan dengan isu peperiksaan. Antaranya ialah
Sistem Ujian Tidak Praktikal (Berita Harian, 7 Mac 2006), Sistem Peperiksaan
Faktor Pelajar Tercicir (Utusan Malaysia, 14 March 2006) dan Pelajar Kreatif,
Berkemahiran Tetapi Kurang Markah “A” Tidak Dapat Perhatian (Berita Harian, 14
April 2006). Ekoran daripada situasi ini maka timbullah cadangan memansuhkan
UPSR dan PMR pada 2010. Ini perlu dipertimbangkan, seterusnya mencari satu
pentaksiran alternatif yang dapat menilai seseorang pelajar secara holistik
dari segi semua aspek iaitu kognitif, afektif dan psikososial.
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam
pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan
individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan
pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya
ialah pentaksiran autentik, pentaksiran ”performance based”, pentaksiran dan
hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi.
Saptu & Said
( 2011 ) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk kepada alternatif
ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut Logsdon ( 2011 ),
pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat
menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh
mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan
apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan penggunaan
pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar ( Aurbach&
Associates, 2011 ).
Pentaksiran
autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan
alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas.
Pentaksiran autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang
ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan
kemahiran pemikiran kritikal dan mentafsir pelajar dengan meminta pelajar untuk
menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk
melengkapkan nya ( Companies, 2011 ).
Justeru
itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau
mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau
lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah
diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran
autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan
lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini menyediakan
peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui
pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran
yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas
untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai
pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:
1.
Menyenarai contoh makanan yang
berkhasiat dan contoh makanan tidak
berkhasiat
2.
Membezakan makanan yang berkhasiat dan
tidak berkhasiat
3.
Menerangkan dengan jelas kepentingan
makan makanan berkhasiat dan kesan makan makanan tidak berkhasiat
4.
Menghasilkan folio secara berkumpulan
berkenaan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat
STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Tajuk : Pemakanan
Masa : 60 minit
Tahun : 4 Maju
Standard Kandungan : 7.1 Mengetahui jenis makanan harian
Standard
Pembelajaran : 7.1.1 Menyatakan
jenis makanan yang berkhasiat
7.1.2 Menyatakan jenis makanan
yang tidak berkhasiat
7.1.3 Menyatakan kebaikan makan makanan yang
berkhasiat
7.1.4 Menyatakan
keburukan makan makanan yang tidak berkhasiat
Objektif : Pada akhir
pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:
1.
Menyenarai makanan yang berkhasiat dan
tidak berkhasiat
2. Membezakan
makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
3. Menerangkan
dengan jelas kepentingan makan makanan berkhasiat dan makan makanan tidak
berkhasiat
Elemen Merentas : Nilai Murni - Keyakinan diri,
toleransi, kerjasama
Kurikulum (EMK) : Keusahawanan – Berani
menanggung
risiko,komunikasi,berdaya saing,berkerjasama.
TMK – belajar melalui TMK
Kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar : Komputer, gambar piramid makanan , model
maujud makanan
Langkah
|
Aktiviti
|
BBB
|
Catatan
|
Set Induksi
( 7 Minit)
|
-
Murid-murid menyanyi lagu makanan
seimbang mengikut video yang ditayangkan
|
Video lagu
|
EMK
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Murid
mendengar arahan guru
Bekerjasama
|
Langkah 1
( 10 Minit )
|
|
Komputer /
video klip
Priramid
makanan
Model
maujud makanan
|
Murid
menyebut jenis-jenis makanan yang dilihat dalam video klip
Bekerjasama
Semua murid
melakukan aktiviti
|
Langkah 2
( 15 Minit )
|
1.
Setiap kumpulan diminta membentangkan
contoh jenis-jenis makanan yang telah disenaraikan
2.
Setiap kumpulan diminta untuk
mengkelaskan jenis makanan yang disenaraikan mengikut jenis kumpulan makanan :-
-
Makanan berkhasiat
-
Makanan tidak berkhasiat
3.
Setiap kumpulan membentangkan hasil
tugasan yang dipinta oleh guru
4.
Guru menerangkan pengkelasan makanan
mengikut makanan yang berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat
|
Komputer
|
Murid
mendengar arahan guru
Bekerjasama
Semua murid
melakukan aktiviti
|
Langkah 3
( 20 Minit )
|
3.1
Mendapatkan gambar-gambar contoh
makanan
3.2
Membuat pilihan antara makanan
berkhasiat dan tidak berkhasiat
3.3
Menyatakan perkaitan makanan
seharian dengan pemilihan makanan
3.4
Menerangkan kepentingan mengambil
makanan berkhasiat dan kesan mengambil makanan tidak berkhasiat
|
Komputer (
laman sesawang berkenaan )
|
EMK
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Toleransi
Bekerjasama
Keyakinan
diri
|
Penutup
( 8 Minit )
|
3.
Guru meminta setiap kumpulan
menyiapkan tugasan folio selama 2 minggu dari tarikh pembelajaran hari ini.
|
Video lagu
|
EMK
Kretiviti
dan inovasi
|
|
STRATEGI PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam proses pembelajaran dan pengajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan
keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di samping dapat
mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pembelajaran dan
pengajaran tidak lengkap jika pentaksiran tidak diambil kira. Terdapat tiga
komponen utama yang terkandung dalam setiap pelajaran. Komponen pertama ialah
objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh guru
dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai,
rancangan pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yang sesuai
bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung kepada kebolehan,
kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang pelbagai. Merancang dan
menyediakan keadaan yang menimbulkan pengalaman yang sesuai merupakan komponen
kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(Wahid & Jahya, 2009) dalam
bukunya yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa
timbunan pengalaman terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari
suka dan duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari
pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya.
Kesemua kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan
rutin harian setiap pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di
peringkat prasekolah lagi
sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah darjah pemberatan dan tahap
keseriusannya. Komponen ketiga ialah menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan
tingkah laku pelajar berkait dengan objektif pelajaran. Objektif pengajaran
mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran serta mampu
mempamerkan perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru.
Pentaksiran sangat penting dalam proses
pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa pengajaran sesuatu topik
berdasarkan persoalan yang timbul sebelum, semasa, atau selepas pengajaran.
(Ghafar, 2011) menunjukkan aliran pentaksiran dalam pengajaran.
Bermula dengan objektif pengajaran, diikuti dengan
proses pengajaran yang sesuai sehingga penilaian hasil. Terdapat beberapa jenis
pentaksiran yang terlibat di dalam proses pengajaran ini. Dahulunya,
pentaksiran dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar pada akhir satu sesi
pembelajaran. Tetapi kini pentaksiran merangkumi
aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan
pengajaran itu berlangsung. Sistem pentaksiran kini memberi penekanan kepada
pentaksiran berterusan yang bertujuan membantu pembelajaran pelajar. Di samping
menjalankan pentaksiran berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru
bagi melihat kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau
satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini, pentaksiran
dapat digunakan dengan lebih efektif. Pentaksiran untuk pembelajaran adalah
bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan
mentafsir bukti untuk digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam
pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, pentaksiran juga boleh
bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan dan keberkesanan
guru. Di peringkat bilik darjah, pentaksiran boleh dijadikan sebagai alat
mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh memaklumkan keputusan
pengajaran.
Pentaksiran sekolah adalah salah satu komponen
utama dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ia berperanan mengukuhkan
pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi
maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam
pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru dan pihak
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen
pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. Pentaksiran penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak
sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran
merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju
yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi
setiap murid ke tahap maksimum. Pentaksiran perlu mempunyai ciri-ciri berikut
:-
·
Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan,
pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni
·
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
pembelajaran dan pengajaran
·
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
kesediaan murid; dan
·
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum
Pentaksiran boleh dilaksanakan secara :
·
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan pembelajaran dan
pengajaran
·
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
semester atau tahun
Setiap guru perlu melaksanakan proses pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam
merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara berkesan dan
bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap
keupayaan murid berdasarkan prestasi yang telah disusun. Guru seharusnya
memberi peluang kepada setiap murid untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih
baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Pembelajaran merangkumi
perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan sewaktu pembelajaran dan
pengajaran. Standard prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid
mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Beberapa kaedah pentaksiran
dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah :
·
Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari
aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir
yang diperoleh
·
Ujian : Ujian boleh dijalankan
dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan
dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan atau kuiz
·
Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan
adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan
murid tentang kemahiran yang dipelajari
·
Senarai semak : Senarai semak merupakan
laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan,
kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni
·
Portfolio : Portfolio adalah kompilasi
hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku
skrap dan folio
·
Esei : Esei mempamerkan tentang
kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
Dalam tugasan
ini kaedah pentaksiran yang digunakan adalah pentaksiran portfolio. Pentaksiran portfolio
merupakan suatu cara pentaksiran yang amat popular digunakan di kalangan guru.
Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara
pentaksiran ini ialah sampel-sampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh menunjukkan
kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampel-sampel kerja tersebut
boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya. Untuk memastikan supaya portfolio
tidak menjadi tempat simpanan bagi semua hasil kerja murid, pembinaan portfolio
mesti dirancang dengan teliti oleh guru.
Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada
koleksi pelajar sepanjang tahun. Ia merupakan salah satu cara yang terbaik
untuk menunjukkan pencapaian akhir dan cara menunjukkan apa yang pelajar
benar-benar boleh lakukan. Portfolio bilik darjah menunjukkan pencapaian
seorang pelajar iaitu dari segi kerja bertulis, kerja seni, projek sains,
pemikiran sejarah, atau matematik. Kerja pelajar disusun mengikut kerja-kerja
dalam proses seperti draf awal, peringkat percubaan, kajian rintis, atau laluan
awal. Ini adalah cara yang ideal untuk menilai penguasaan akhir, usaha;
refleksi dan pertumbuhan dalam pembelajaran yang memberitahu pencapaian
pelajar. Idea penilaian portfolio bilik darjah telah mendapat sokongan. Banyak
sekolah menggunakan portfolio dan lain-lain jenis pameran untuk membantu
memotivasikan usaha dan pencapaian persembahan dan perkembangan pelajar dalam
pembelajaran. Walaupun kebolehpercayaan dan kesahihan penghakiman seseorang
guru bilik darjah tidak selalunya tepat atau relevan, tetapi guru berpeluang
untuk berinteraksi dengan pelajar dan memerhatikan kerja mereka serta
mengesahkan penghakiman mengenai keupayaan mereka.
Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan
sokongan, model dan refleksi. Melalui pentaksiran portfolio yang
dilakukan murid diminta mengumpul dan
menyediakan bahan-bahan yang dikumpul daripada surat khabar,
majalah, buku dan gambar-gambar yang bersesuaian dengan lima
gambar bencana alam yang kehendaki. Apa yang paling ditekankan ialah
penggunaan sumber teknologi maklumat komunikasi. Murid didedahkan dengan
penggunaan komputer, internet, enjin carian, proses mencetak, menyimpan
maklumat dan juga mengumpul gambar atau artikel selari dengan mata pelajaran
Teknologi Maklumat Komunikasi yang diperkenalkan dalam sukatan KSSR Tahun 4
Pendidikan Khas. Apabila semua bahan dan maklumat diperoleh, murid akan
mencetak, menggunting dan menampal gambar bencana alam di dalam buku
portfolio yang disediakan. Dengan melakukan aktiviti mencari gambar tersebut
secara langsung, murid akan mudah mengingat dan memahami kandungan pelajaran
berbanding hanya dengan proses membaca atau penerangan oleh guru
semata-mata.
REKA BENTUK PENTAKSIRAN
Pentaksiran autentik atau
pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan.
Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami
dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang
boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat
autentik adalah pentaksiran kerja kursus/ portfolio, projek, persembahan,
aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri
pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik
dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ( Khan, 2009 )
Gambaran yang
lebih baik terhadap pembelajaran dan
pengajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik
darjah.
Ø Pentaksiran prestasi – Pelajar
dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang
menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau
konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan
berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar.
Ø Pemerhatian guru –
Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau
aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya
untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang
tertentu.
Ø Persidangan – Guru
dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih
matlamat yang tertentu.
Ø Pentaksiran sendiri – Pelajar
memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang
dibangunkan oleh guru atau pelajar
Ø Pentaksiran rakan
sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama
lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.
Ø Pentaksiran kerja
kursus / portfolio – Kerja pelajar
direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru,
menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar,
perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.
Standard
Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran, serta
prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi
yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid
dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan pihak lain. Maklumat yang diperoleh membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk
menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut kebolehan
masing-masing. tahap penguasaan merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang
disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Reka
bentuk pentaksiran dalam perbincangan ini dirancang untuk agar murid dapat dinilai secara adil dan saksama sebagai
individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan pihak lain. Maklumat yang diperoleh
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut kebolehan masing-masing. Pentaksiran ini dapat mengukur tahap kefahaman dan keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang telah dipelajari dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan
kreatif. Terdapat tiga matlamat yang dikenal pasti dalam reka bentuk
pentaksiran iaitu:
i.
Pentaksiran sebagai
pembelajaran ( assessment as learning )
ii.
Pentaksiran
untuk pembelajaran (assessment for learning)
iii.
Pentaksiran
kepada pembelajaran (assessment of learning)
Untuk
pentaksiran pembelajaran dan pengajaran yang dibincangkan, pentaksiran adalah
menekankan kepada pentaksiran untuk pembelajaran ( assessment for learning ). Ia bertujuan untuk membolehkan guru
mendapatkan maklumat bagi tujuan modifikasi dan memperkayakan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Ia dapat membantu guru untuk mengenal pasti corak
dan kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh murid dalam pembelajaran. Reka
bentuk perlu diteliti dengan baik, supaya hasil tugasan yang diberikan dapat
mengukur pengetahuan, kemahiran dan kecekapan murid dalam mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari dalam pembelajaran mereka. Untuk itu, antara proses atau
langkah –langkah pentaksiran yang perlu dilakukan oleh murid dalam menghasilkan
folio adalah :
i.
Mengumpul bahan sama
ada gambar makanan dari keratan akhbar, majalah, lukisan ataupun internet
ii.
Mengklasifikasikan
gambar makanan tersebut kepada
Ø Makanan
berkhasiat
Ø Makanan
tidak berkhasiat
iii.
Menyatakan perkaitan
makanan seharian dengan pemilihan makanan
iv.
Menerangkan kepentingan
mengambil makanan berkhasiat dan kesan mengambil makanan tidak berkhasiat
Dalam mentafsir tahap pengetahuan
murid, penskoran akan merujuk kepada tafsiran umum tentang setiap tahap
penguasaan murid seperti di bawah :
Tafsiran Umum;
TAHAP PENGUASAAN
|
MAKSUD
|
TAKRIFAN UMUM
|
1
|
Tahu
|
Murid tahu perkara
asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap
perkara asas
|
2
|
Tahu dan Faham
|
Murid menunjukkan
kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari
|
3
|
Tahu , Faham dan
Boleh Buat
|
Murid menggunakan
pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan beradab
|
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab Terpuji
|
Murid melaksanakan
sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal, dan bersikap positif
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab Mithali
|
Murid berupaya
menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
baharu, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi
|
[ Sumber : Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas ( Bermasalah Pembelajaran) :Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan- Tahun 4 ]
KAEDAH PENSKORAN DAN PENGGREDAN
Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk
Menjamin Kualiti Ujian
Alat untuk memandu pentaksir membuat penilaian yang objektif terhadap
pencapaian murid ialah rubrik penskoaran. Rubrik boleh digunakan semasa
menjalankan aktiviti pementoran, pengesanan, penyelarasan dan pemantauan. Masa
kini perkataan rubrik digunakan untuk kriteria bagi memandu seseorang pentaksir
menilai seseorang hasil kerja murid tersebut. Rubrik mempunyai level of performance atau peringkat
prestasi yang memberi maklumat kepada guru, murid, ibubapa dan kepada sesiapa
sahaja yang berminat untuk mengetahui prestasi murid. Rubrik sesuai digunakan
untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif dan juga formatif.
Ini ialah kerana rubrik menerangkan kriteria setiap peringkat, iaitu daripada
kategori cemerlang sehinggalah kepada kategori sangat lemah. Di antara kekuatan
rubrik ialah:
i.
murid
akan mendapat pembelajaran yang bermakna
ii.
murid
akan mempelajari sesuatu konstruk dengan mendalam
iii.
memberi
autonomi kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sendiri dengan melakukan pentaksiran kendiri atau self- assessment.
iv.
murid,
guru dan ibubapa tahu kriteria yang diharapkan untuk meningkatkan prestasi
v.
meningkatkan
kebolehpercayaan skor yang diberikan oleh pentaksir
Kelima-lima elemen ini menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran serta dalam masa yang sama meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
skor pentaksiran sekolah.
Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Feedback atau Maklumbalas
Jika pentaksiran adalah untuk memperbaiki prestasi murid , teknik
pengukuran mesti digabungkan dengan memberi maklumbalas yang berkualiti kepada
murid. Tugasan untuk pembelajaran dan pengajaran perlu disertakan dengan rubrik
untuk memandu murid memperbaiki hasil kerja mereka. Ini adalah menepati objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mentransformasikan pentaksiran iaitu,
bukan hanya untuk mengubah cara kita mentaksir murid tetapi memberi maklumat
kepada murid membuat penyesuaian kendiri atau self-adjustment kepada kualiti produk atau proses kerja yang mereka
laksanakan. Amalan ini dapat dilihat pada manual ’Do it Yourself’ yang disertakan pada
perisian komputer. Rubrik juga boleh dijadikan seperti manual ‘Do it Yourself’ sebagai panduan untuk murid memperbaiki kualiti kerja
mereka di dalam pentaksiran sumatif. Panduan ini secara langsung memberikan
autonomi kepada murid untuk memperbaiki prestasi mereka berdasarkan kriteria
yang terdapat pada rubrik yang disertakan bersama tugasan yang diberi. Selain
daripada memandu murid melaksanakan tugasan untuk pembelajaran dan pengajaran
rubrik penskoran juga difahami oleh guru untuk membantu mereka semasa memeriksa
hasil kerja murid.
Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat
Penskoran Pentaksiran Sumatif
Antara kaedah untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor
ialah:
i.
mengaplikasi
rubrik penskoran yang jelas (Linn and Gronlund 2000)
ii.
menggunakan
proses penskoran yang sistematik (Airasian 1997; McMillan 2004)
iii.
mengadakan
sesi moderasi pemeriksaan (Gronlund and Linn 1990)
iv.
melatih pemeriksa
(American educational research Association 1990) dan
v.
menggunakan skrip
contoh jawapan (Herman, Aschbacher and Winters 1993)
Rubrik
penskoran merupakan salah satu kaedah
yang dicadangkan oleh pakar pentaksiran untuk meningkatkan
kebolehpercayaan skor. Banyak kajian mendapati penggunaan rubrik boleh
meningkatkan darjah kebolehpercayaan sesuatu ujian ( Vacc1989, Baxter, Shavelson, , Goldman dan
Pine 1992, Brown, Glaswell and Hartland 2004, Dunbar, Brooks and Kubicka-Miller
2006, Zainuriyah 2008) . Alat
ini boleh digunakan semasa aktiviti penyelarasan pemarkahan. Rubrik boleh
meningkatkan darjah kebolehpercayaan pemeriksa kerana semua pemeriksa tahu dan
faham kriteria yang Cemerlang, Baik atau Lemah dan mengaplikasikannya semasa
memeriksa hasil kerja murid. Namum
terdapat prosedur yang perlu diikuti oleh guru sebelum memeriksa hasil kerja murid
seperti memahami kehendak tugasan, memahami kriteria untuk setiap kategori dan
berbincang dengan guru lain untuk mendapatkan persefahaman.
Contoh-contoh
Rubrik Penskoran
Terdapat dua jenis rubrik iaitu;
i.
Rubrik
holistik
ii.
Rubrik
analitik
Kedua-dua
rubrik ini mempunyai fungsi yang berbeza. Rubrik holistik lebih sesuai digunakan oleh pentaksir untuk
memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif. Holistik bermakna
keseluruhan atau secukupnya. Kaedah holistik juga dikenali sebagai pendekatan general impression atau whole impression berdasarkan
perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada kriteria yang telah
ditetapkan. Pendekatan holistik menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan
kepada Cemerlang, Baik, Sederhana , Lemah atau Sangat lemah. Penskoran secara
holistik boleh mempercepatkan proses penskoran. Namun rubrik ini tidak dapat
memberikan maklumat yang jelas dan terperinci bagi setiap penskoran oleh itu ia
tidak sesuai untuk tujuan pentaksiran formatif.
Rubrik
analitik pula menyenaraikan kriteria secara terperinci. Rubrik ini lebih sesuai
digunakan untuk pentaksiran formatif kerana ia memberi maklumat yang jelas dan
terperinci terhadap setiap aspek yang ditaksir. Secara langsungnya rubrik ini
dapat membantu guru dan murid mengenali kelemahan dan kekuatan bagi menguasai
sesuatu konstruk atau standard kurikulum yang diharapkan.
Rubrik
Penskoran Yang Dibina
Rubrik Analitik untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Taahun 4 ( Pendidikan Khas )
Tajuk : Pemakanan
Tahap Penguasaan
|
Grafik Yang dihasilkan
|
Tafsiran
|
Rasional
|
4
|
Kesemua gambar makanan yang diberikan sangat bertepatan dengan tajuk
folio
|
Boleh menyatakan perkaitan makan dengan pemilihan makanan dan dapat
menjelaskan kepentingan makanan
|
Penjelasan yang diberikan mengenai perkaitan makan dan pemilihan
makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat amat jelas
|
3
|
Sebahagian besar gambar makanan yang diberikan bertepatan dengan tajuk
folio
|
Boleh membuat pilihan antara makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat
|
Penjelasan yang diberikan mengenai kepentingan makanan berkhasiat dan
tidak berkhasiat masih perlu dibimbing
|
2
|
Beberapa gambar makanan yang diberikan mengikut dengan tajuk folio
|
Boleh menyatakan dua makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
|
Penjelasan yang diberikan mengenai kepentingan makanan berkhasiat dan
tidak berkhasiat tidak lengkap
|
1
|
Gambar makanan yang diberikan kurang mengikut tajuk folio
|
Boleh mengenal makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
|
Tiada penjelasan yang diberikan mengenai kepentingan makanan
berkhasiat dan tidak berkhasiat
|
KESIMPULAN
Penilaian
Berasaskan Sekolah ( PBS ) memberikan autonomi kepada guru untuk membina, mentadbir
dan memeriksa hasil kerja murid. Ini akan memberikan cabaran yang besar kepada
guru untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran . Dalam masa yang sama kualiti ujian seperti kesahan dan
kebolehpercayaan perlu dijamin supaya masyarakat tidak mempersoalkan integriti
guru dan kualiti ujian yang di tadbirkan di sekolah oleh guru. Namum ini tidak perlu
menjadi halangan kepada guru untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pentaksir
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah yang dicadangkan ialah dengan membina
rubrik penskoran yang jelas dan sesuai untuk memandu guru memberikan skor yang
tekal terhadap hasil kerja murid walau di mana guru berada dan siapa yang
mereka taksir. Ini ialah kerana rubrik boleh mengurangkan ralat skor dengan
menyediakan kriteria yang lebih objektif untuk memeriksa hasil kerja murid yang
subjektif supaya pembelajaran dan pengajaran terjamin kualitinya.
RUJUKAN
Ali, Z.
(2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja
Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di
Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
American
Educational Research Association. 1990. Standards
for Educational and Psychological
Testing. Washington D.C.
Aurbach, & Associates, I.
(2011). About Alternative Assessment, from. http//www.aurbach.com/alt_assess.html
Baxter,G.P.,
Shavelson, R.J., Goldman,S.R. and Pine, J. 1992. Evaluation of procedure –based
scoring for hands-on science assessment. Journal
of educational Measurement 29(1):1-17.
Brown,
G., Glaswell,K. and Hartland, D. 2004. Accuracy
in the scoring of writing :studies of reliability
and validity using New Zealand writing assessment system. Auckland
Uniservices Limited : University of Auckland.
Companies, M. H (2011). Alternative
Assessment Primer, fromhttp//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer.
Dikli, S. (2003). Assessment at a
Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET,2 (3)
Dunbar,N.E.,
Brooks,C.F. and Kubicka-Miller, T.2006. Oral communication skills in higher
education: Using a performance-based evaluation rubric to assess communication
skills. Innovative Higher
Education.32(2): 115-128.
Ghafar, M. A. (2011).Pembinaan & Analisis Ujian Bilik
Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 );Penerbit
UTM Press.
Herman,J.L., Aschbacher,P.R. and Winters, L. 1993. A Practical Guide to Alternative Assessment. University Of California
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2014) Dokumen
Standard Kandungan Prestasi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Tahun Empat
Khan, A.(2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada
Peperiksaan - TPM. Retrieved from..http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada
peperiksaan.html.
Linn,
R, L. and Gronlund, N.E. 2000. Measurement and Assessment In Teaching.
New Jersey: Prentice Hall.
Logsdon, A.(2011). Alternative
Assessment-What Is an Alternative Assessment ?, fromhttp://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_assesment.htm.
Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan
Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran.
Shavelson,
R.J., Baxter, G.P., and Shavelson, R.J. 1993. On the stability of performance
assessments. Journal of Educational
Measurement,30,41-53.
Vacc,N.N.
1989. Writing evaluation: examining four teachers holistic and analytic score. The Elementary School Journal.90:87-95.
Wahid, A.
H., & Jahya, Z. (2009). Pendidikan
Pembangunan Modal Insan (Vol.
370.9595).
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zainuriyah
Abdul Khatab. 2008. Reconceptualisation
of the concept ‘Ability to conduct a research’
and developing an alternative assessment for geography. Tesis Doktor
Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment