Thursday, 6 November 2014

Pentaksiran Auntentik

1.0 DEFINISI

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat  menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem penaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson, 1990).
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran  motivasi.
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.
 Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian  pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak  mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif  di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

2.0 CIRI-CIRI PENTAKSlRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Sesetengah pakar psikologi menyarankan agar pentaksiran ini diaplikasi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontekstual, kolaboratif, dan konstruktif berdasarkan ciri-cirinya yang releven dengan pendidikan di Malaysia.  Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam pendidikan.
a)    Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan
b)    Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya
c)    Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
d)    Subjek membina maksud yang tersirat
e)    Berpusatkan kanak-kanak

3.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK
O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah.

• Temubual
- Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi
• Penceritaan semula / Bercerita
- Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka 
• Sampel penulisan
- Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan
• Projek/ Pameran
- Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran
• Eksperimen/ Demostrasi
- Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen
• Pemerhatian guru
- Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas
• Portfolio
- Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa 
Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.



4.0 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui jenis-jenis kaedah yang telah dinyatakan di atas. Adalah di sarankan agar pentaksiran autentik ini digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia secara meluas. Pentaksiran ini juga boleh mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak khususnya kerana jenis sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenalpasti dan melapor proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah. Seperti yang sedia maklum, perkembangan literasi merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu, membaca, menulis, mengeja dan mendengar. Ternyata, dengan penggunaan pentaksiran autentik ini, ia dapat menilai keempat-empat aspek perkembangan literasi kanak-kanak itu.
Selain dari itu, melalui laporan dari pentaksiran autentik ini, ia dapat membantu guru dalam memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dewasa ini. Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna. Pentaksiran ini ternyata dapat menggarapkan dan mengabungkan aspek ilmu pengetahuan dengan keadaan kehidupan sebenar dunia. Dengan ini, ia dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. 
Pendidikan di Malaysia memerlukan satu sistem pentaksiran yang holistik dan ini selari dengan objektif pentaksiran autentik yang mana ia bersifat menyeluruh meliputi kehidupan dunia yang sebenar. Pentaksiran autentik ini juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu bapa tentang setiap perkembangan anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah di Malaysia amat dahagakan bentuk pentaksiran yang sebegini kerana sifat kurikulum prasekolah itu sendiri yang meliputi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak perlu di capai agar dapat membentuk insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.
Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.
            Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.
Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

5.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR
Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.
            Selain itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.
Disamping itu melalui pentaksiran autentik pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.

6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA GURU
Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar  di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentik memberikan manfaat kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Maklumbalas yang diterima oelh guru boleh  membantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.
            Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa  pentaksiran autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal ini secara tidak lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dan pengajaran.
Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar.

7.0 RUBRIK
Rubrik adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. 
Rubrik membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. 
Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya /mengajar. Integrasi prestasi dan maklum balas yang disebut"penilaian berlangsung." Semakin, jurulatih yang mengandalkan rubrik untuk menilai prestasi murid cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar pada saat tugas dibuat.
Flash Pamela menyatakan bahawa "Apabila pelajar tahu tentang grading kriteria dari awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju maju."  Selain membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan dengan isi kursus, sebuah shared-rubrik dapat meningkatkan kuasa pelajar dalam kelas, melalui transparansi. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah guru menghabiskan masa penilaian pekerjaan. Rubrik umumnya dianggap dapat mempromosikan penilaian lebih konsisten dan mengembangkan kemahiran penilaian diri pada pelajar apabila mereka memantau prestasi mereka relatif terhadap rubrik.
 Namun, rubrik ini bukan tanpa kritik mereka yang bimbang bahawa rubrik tidak pernah dapat benar-benar menangkap kompleksitas pekerjaan bertulis. Jika rubrik harus kepada, mereka harus menangkap semua tujuan yang sebenarnya dari sebuah tugas.
Rubrik adalah bersifat menyeluruh atau juga bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk holistick rubrik. Rubrik holistik adalah pentaksiran untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria memerlukan guru untuk menilai proses keseluruhan atau produk secara keseluruhan, tanpa menilai bahagian-bahagian komponen secara berasingan . Rubrik analitik adalah pentaksiran  untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan . dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau kelebihan pelajar . Rubrik analitikal memerlukan guru menilai secara berasingan dan terperinci setiap bahagian-bahagaian komponen. Markah individu dijumlahkan untuk mendapat markah keseluruhan.

No comments:

Post a Comment