Thursday 4 December 2014

Pentaksiran Autentik

KPN 6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
DISEDIAKAN OLEH
ROBERT SAM A/L KRISHNAN
                               M20131001006
SHAHIDA BT JALALUDIN
                               M20131001149
NG SIOW HWE
                               M20131001145
NOR SHIDA BT MEOR ZAIMI
                               M20131000999

Definisi Pentaksiran Autentik
Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program, individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. 
Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan sebenarnya (Bhasah, 2007).
Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan         penguasaan terhadap  kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut
2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan attitude professional serta kecekapan
3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran, kandungan kurikulum dan  maklumat kerjaya masa hadapan
4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan 
5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan tugasan, menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid
6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesai masalah dalam situasi profesional  
7. Memberi evidens yang kukuh  membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil pembelajaran

Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 )

1.Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan mengenai aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat dengan penilaian tersebut.

2. Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-kanak dinilai manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik darjah, bukan sahaja sebelum atau selepas unit melalui ujian pra - atau –ujian pasca.

3. Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran.

4. Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar boleh lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar.

5. Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri. Pelajar dan guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat mencapai kejayaan yang diharapkan.

6. Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa bersama untuk memberi refleksi dan menilai pembelajaran.

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan  penilaian autentik
Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam pelbagai format.
Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :
a) Kemahiran penilaian kendiri
b) Kemahiran pemikiran reflektif
c) Kemahiran metakognisi
d) Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar
e) Membina kefahaman baru
f) Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati
g) Empowerment dengan memberi keupayaan memilih
h) Penambahan arahan
i) Disiplin tanpa tekanan
j) Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan
k) Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar
l) Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri
m) Menambah baik pelaksanaan kurikulum

Penilaian tradisional
Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran.  Dalam penilaian tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk bertulis.

Kesimpulan
Daniel Goleman (1995), menyokong pendapat ini dengan mengatakan hanya empat peratus sahaja kaitan kejayaan dalam peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat kerja. Beliau merumuskan bahawa kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan seseorang dalam kehidupan. Oleh itu, penilaian seharusnya direka  bentuk supaya lebih adil bagi menilai pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar kriteria kecerdasan tidak mengehadkan kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang mengaplikasikan kemahiran tertentu.
Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi  makna, menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.



Perkaitan antara Pentaksiran Autentik dan Penilaian Berasaskan Sekolah {PBS}.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan proses mengumpul yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. 
PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran 
Secara kesimpulannya, Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu pentaksiran yang sama sebenarnya. Kedua-dua pentaksiran mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-dua pentaksiran menekankan kepada penilaian fomatif dan penilaian sumatif. Melalui kedua-dua pentaksiran ia membantu guru menjadikan pentaksiran sebagai indikator yang komprehensif mengenai kemampuan murid dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.



Rubrik Penskoran

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria.Ssekurang-kurangnya 2 tahap kriteria perlu ditetapkan seperti daripada menguasai dan tidak menguasai. Kriteria ini digunakan untuk membuat rangking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.
Rubrik analitik merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Maklumat lebih terperinci. Guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Iamenyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran.Contoh pemarkahan bagi pendidikan seni menggambar. Terdapat markah atau gred dan kriteria seperti penyediaan alat, pengwujudan idea, gubahan dan interpretasi.
Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ia dapat membantu guru menyediakan markah yag lebih cepat. Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Contohnya 
Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
Kebaikan penilaian berasaskan rubrik
i) Memberi gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian yang dibuat
ii) Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek sesuatu projek
iii) Pemahaman murid/pelajar lebih jelas
iiii) Mengurangkan tekanan pelajar dan guru
v) Membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan memendekkan separuh masa penilaian pelajar.
Kepentingan Pentaksiran Autentik Dan Pentaksiran Performance Based
• Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
• Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,            penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
• Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
• Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

No comments:

Post a Comment