PENTAKSIRAN AUTENTIK
KPN 6074
TUGASAN
KUMPULAN
TAJUK:
REKABENTUK DAN PEMBINAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
TOPIK:
BENCANA ALAM
(PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR)
PENDIDIKAN KHAS-KSSR 4
PENSYARAH :
PROFESOR EMERITUS DR. OTHMAN BIN LEBAR
DISEDIAKAN OLEH:
|
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan negara membangun yang kini sedang berkembang
pesat dalam pelbagai kemudahan seperti pembangunan, pentadbiran, kewangan,
ekonomi mahupun pendidikan. Bagi mencapai taraf negara maju menjelang 2020, sistem
pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini mula berubah
secara berperingkat bermula awal tahun 2011. Seperti yang kita maklumi, di
sekolah khususnya sistem pentaksiran baru mula dijalankan dan diperkenalkan
yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang
memerlukan insan mulia dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai di kalangan ibu
bapa mahupun pendidik sendiri berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian
bertulis tidak lagi sesuai digunakan
dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini
adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan
kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh
mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990).
Selain itu, Saptu & Said ( 2011) menyatakan bahawa definisi
pentaksiran autentik, pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus,
pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada
alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut
(Logsdon, 2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang
berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang
silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan
untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pendidikan berperanan dalam
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang
ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Oleh itu, kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian
(Zhang & Burry-Stock, 2003). Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan
sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(McMillan, 2000).
Perubahan dan transformasi telah dilakukan dalam sistem pendidikan kebangsaan
dengan menggubal dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula
pada tahun 2013 hingga 2025. Oleh yang demikian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) yang diperkenalkan telah melibatkan murid secara langsung dan guru
sebagai fasilitator atau pembimbing bukan lagi sebagai peneraju utama seperti
sistem sebelum ini. Pentaksiran ini lebih berpusatkan murid dan melibatkan
pelbagai kaedah atau komponen seperti portfolio, pemerhatian, temubual,
penceritaan, penulisan, projek, pameran, eksperimen, demonstrasi, lembaran
kerja, kuiz, senarai semak, ujian dan yang terkini e-portfolio.
Pentaksiran
yang dijalankan boleh memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam dunia sebenar melalui
pelbagai bentuk penampilan seterusnya dapat mengalami dan memahami konsep dunia
sebenar yang bukan hanya berdasarkan teori semata-mata. Melalui PBS, guru lebih
mengetahui, mengenali dan paling hampir dengan murid dan tahu apa yang
sepatutnya dinilai daripada murid. Selain itu, guru diberi ruang dan peluang
untuk menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat
dengan objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan,
kemampuan dan persekitaran murid yang sebenar. Ciri penting dalam PBS adalah
pertimbangan atau “judgement” guru terhadap tugasan yang dihasilkan oleh murid
yang bersifat subjektif. Penilaian yang bersifat subjektif memberikan pelbagai
kemungkinan tafsiran daripada seorang guru dan ianya akan membangkitkan tahap
kesahan dan kebolehpercayaan terhadap penilaian guru. Oleh yang demikian, PBS
dilengkapi dengan pentaksiran rubrik atau band sebagai rujukan dan panduan
untuk guru dalam menilai hasil kerja murid mengikut kriteria yang telah
ditetapkan.
Melalui
PBS, semua murid berpeluang mencapai tahap band tertinggi atau dianggap
menguasai objektif pembelajaran dengan memperoleh skor minimum atau tahap
kompetensi minimum. PBS adalah berkonsepkan pembelajaran masteri atau menguasai
pembelajaran dalam satu julat skor yang telah ditetapkan. Perbezaan skor yang
diperoleh dalam julat band yang sama tidak membezakan tahap penguasaan murid
sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah 80% hingga 100%
, sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81% dan murid Z
memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai pembelajaran dengan
memperoleh Band 6. Maka, tidak lagi menjadi persoalan atau pertikaian
bagaimana, dengan cara apa, atau kenapa seseorang murid itu tidak mendapat
markah atau skor yang memuaskan atau setanding dengan rakan atau pelajar lain.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN
Matapelajaran : Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
(KSSR 4-Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran)
Topik :
Bencana Alam
Standard Kandungan :
12.1 Memahami kejadian banjir dan tanah
runtuh
STANDARD PEMBELAJARAN (Hasil
Pembelajaran)
1. Murid
dapat memerihal kejadian banjir dan tanah runtuh.
2. Murid
dapat menyenaraikan punca kejadian banjir dan tanah runtuh.
3. Murid
dapat menyatakan kesan kejadian banjir dan tanah runtuh.
4. Murid
dapat mengaplikasi kemudahan ICT untuk mencari dan mendapatkan maklumat.
5. Murid
dapat mengetahui langkah dan persediaan untuk menghadapi bencana alam.
3.0
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi
ialah satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran untuk
mencapai hasil pembelajaran. Di dalam konteks pendidikan pula, strategi
bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan
teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah
ditentukan.
Pengajaran
pula, merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang
meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang
idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan
menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran didefinisikan sebagai
satu proses interaktif, melibatkan “classroom
talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti
dilaksanakan (Amidon & Hunter, 1964). Secara ringkasnya,
pengajaran ialah :
·
melibatkan
diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat
·
menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
·
berkongsi pengetahuan
·
membimbing, mengarah, memudahcara,
mengasuh dan merancang
·
menentukan
matlamat untuk diri dan pelajarnya
·
menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional
·
menyalurkan
budaya dan nilai nasional kepada orang
ramai
(Noriati, Boon
& Sharifah, 2012)
Manakala
pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah
laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut.
Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak dapat diterangkan
berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan atau keadaan
sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower &
Hilgard, 1981). Menurut Slavin (2005) pembelajaran sebagai perubahan dalam
seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia
dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Mengikut
Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan
yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini
mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk,
betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar Tahun 4 KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam sekitar, mempunyai
semangat patriotisme dan mampu berinteraksi secara positif dalam kehidupan.Terdapat
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sains, Sosial dan Alam
Sekitar yang berkenaan tajuk yang kami fokuskan iaitu, memahami kejadian banjir
dan tanah runtuh, supaya proses pengajaran dan pembelajaran menarik,
menyeronokkan serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains, Sosial dan Alam
sekitar seperti, analisis tugasan, belajar melalui bermain, konstruktisvisme,
pembelajaran kontektual, stimulasi dan pembelajaran masteri.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi mengajar topik berkenaan dengan
memahami kejadian banjir dan tanah runtuh ialah dengan menggunakan starategi
pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inkuiri adalah satu proses yang mencari
dan menyiasat masalah, membina hipotesis serta membentuk eksperimen dan
mengumpul data serta membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri murid-murid diminta
mencari gambar dan tampal gambar bencana alam berkenaan dengan banjir dan tanah
runtuh, mereka dihendaki mencari gambar tersebut melalui surat khabar, internet
dan majalah. Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri murid dapat
membina pengetahuan mereka memahami idea-idea saintifik seperti kaedah
saintifik yang dilakukan saintis menyelidik alam ini. Dalam pengajaran dan
pembelajaran inkuiri, guru berperanan dalam memilih tajuk mengikut objektif
pembelajaran serta kebolehan murid.
Selain
itu, guru harus berbincang dengan murid-murid mengenai tujuan kajian dan
membimbing murid-murid memahami langkah-langkah dalam melaksanakan kajian
berkenaan dengan bencana alam iaitu banjir dan tanah runtuh dengan mengkaji
punca dan kesannya. Murid-murid juga dihendaki menganalisis dan mengkaji
maklumat yang dikumpul melalui pemerhatian, melakukan eksperimen dan membuat
rujukan. Kemudian mereka menginterpretasi dan mentafsir maklumat tersebut.
Setiap kajian yang dijalankan dan dilaksanakan oleh murid sendiri, guru hanya
mengawasi setiap aktiviti dan pergerakan murid supaya mereka tidak menyeleweng
daripada kajian yang betul. Selepas selesai kajian guru dan murid berbincang
mengenai hasil dapatan daripada kajian tersebut yang dilaksanakan oleh murid.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran Sains, Sosial dan Alam Sekitar juga boleh dilakukan melalui eksperimen.
Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran eksperimen murid-murid menguji
hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains tertentu. Di
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran eksperimen, kaedah saintifik
digunakan semasa eksperimen dijalankan. Kemahiran berfikir, kemahiran proses
dan kemahiran manipulatif digunakan ketika menjalankan eksperimen. Eksperimen
juga merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi murid-murid pengalaman
sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran Sains, Sosial dan Alam
Sekitar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada
eksperimen dijalankan untuk menguji hipotesis kesan yang berlaku selepas banjir
dan tanah runtuh. Dalam menjalankan eksperimen murid-murid perlu menguji
hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu
dalam kumpulan yang kecil bagi membincangkan hasil dapatan dan guru berperanan
sebagai pemudahcara. Apabila murid dapat melihat, memegang dan menggunakan
sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuri yang membawa kepada penemuan.
Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan
prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid-murid sendiri. Melalui aktiviti
eksperimen murid dapat menyiasat sesuatu fonomena dan dapat mencapai
kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru. Murid-murid
juga dibimbing memahami kosep kejadian banjir dan tanah runtuh melalui hasil
inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan
semasa proses ini dan dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran projek juga dilakukan dalam memahami kejadian
banjir dan tanah runtuh. Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan
yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang
berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993). Kami
telah merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan
oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksakan
projek. Antara langkah-langkahnya adalah:
1.
Menentukan tajuk
2.
Perancangan pelaksaan projek
3.
Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek
4.
Pembimbingan
5.
Penilaian dan refleksi.
Projek
menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid
berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid ditunjukkan
melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang tepat
dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Murid-murid telah membuat buku
skrap sebagai projek bagi topik memahami kejadian banjir dan tanah runtuh.
Mereka telah mencari gambar banjir dan
tanah runtuh dan membuat bacaan lanjutan tentang bencana alam berkenaan dari internet,
majalah, surat khabar, buku dan lain-lain.
Kami
telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar topik ini
menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dengan menghasilkan buku
skrap. Murid akan menghasilkan buku skrap secara berpasangan. Setiap kumpulan
akan mempunyai seorang ketua kumpulan dan diberi empat minggu untuk menyiapkan
buku skrap. Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan serta
dorongan kepada murid-murid. Guru meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar
banjir dan tanah runtuh melalui surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain.
Semasa mencari gambar mereka telah membuat bacaan lanjutan terhadap kejadian
banjir dan tanah runtuh yang dicari oleh mereka seperti punca-punca, kesan dan
cara mengatasi kejadian banjir dan tanah runtuh. Ketua kumpulan telah
membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telah memastikan
ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar kejadian banjir dan tanah runtuh
dan memaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada guru. Setiap ahli
kumpulan telah membuat perbincangan
bersama-sama untuk meletakkan gambar-gambar kejadian banjir dan tanah
runtuh yang dikumpul dalam buku skrap. Melalui strategi pengajaran dan
pembelajaran projek juga murid-murid berpeluang menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan
punca, kesan dan cara mengatasi kejadian bencana alam banjir dan tanah runtuh
dalam buku skrap mereka, dengan ini dapat membimbing mereka berfikir dan
berkongsi idea dengan ahli kumpulan. Buku skrap yang belum disiapkan boleh
diteruskan kepada minggu yang berikutnya. Guru akan membuat penilaian kepada buku skrap dari
semasa ke semasa untuk memastikan mereka melakukan penambahbaikan.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi dalam matapelajaran Sains,
Sosial dan alam Sekitar, juga dapat membantu murid-murid memahami topik yang
diajar mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh. Kemahiran memilih, mengumpul,
mentafsir dan menilai data merupakan kemahiran yang dihasratkan dalam kurikulum
Sains ini. Data yang telah ditafsir dan
diproses akan menjadi maklumat. Data tidak semestinya wujud dalam bentuk
maklumat berangka. Proses pengumpulan data dan data yang diperoleh
masing-masing akan membawa murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Murid
boleh mengumpul data daripada bahan cetak, bahan elektronik, pakar rujuk atau
sumber lain. Dalam konteks ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang
penting sebagai sumber data. Contoh teknologi maklumat dan komunikasi ialah
televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus dani internet. Simulasi
dan animasi berkomputer merupakan satu lagi kaedah untuk mengajar konsep sains
yang mujarab dan sukar. Simulasi dan
animasi berkomputer mengenai banjir dan tanah runtuh boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau
melalui pembelajaran melalui laman web dan ‘youtube’ atau ‘powerpoint’. Dalam
konteks ini, teknologi maklumat berpotensi menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan dan berkesan serta murid dapat melihat sendiri bencana alam
tersebut dengan lebih jelas lagi. Selain
daripada ini, teknologi maklumat seperti komputer juga digunakan sebagai peralatan
pemprosesan perkataan dan persembahan. Penggunaan teknologi lain seperti
penggunaan antara muka berkomputer amat membantu dalam meningkatkan minat murid
belajar sains dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
sains.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran masteri juga dalam membantu murid memahami dan
menguasai topik yang diajar mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh berkenaan
dengan konsep, punca-punca, kesan-kesan dan cara mengatasi bencana tersebut.
Strategi pengajaran dan pembelajaran masteri ialah kaedah mengajar yang
menganggap semua murid boleh belajar jika
disediakan keadaan-keadaan pembelajaran
yang sesuai. Secara khususnya, pembelajaran masteri ialah suatu kaedah
di mana murid tidak meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi murid tidak
menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang. Kurikulum pembelajaran
masteri umumnya terdiri daripada topik-topik
kecil yang tersendiri yang semua murid memulakannya bersama-sama. Murid
yang tidak dapat melengkapkan satu topik dengan memuaskan akan diberikan
pengajaran tambahan sehingga mereka berjaya. Manakala murid yang menguasai
topik itu lebih awal akan melibatkan diri dalam aktiviti pengayaan sehingga
seluruh kelas boleh maju bersama-sama. Pembelajaran masteri mempunyai banyak unsur tutorial yang berjaya dan
menunjukkan sifat berdikari dalam diri murid-murid yang berjaya. Dalam
persekitaran pembelajaran masteri, guru berperanan membentuk pelbagai teknik
pengajaran berasaskan kumpulan, selalu mendapatkan maklumbalas menggunakan
ujian diagnostik, formatif serta membetulkan kesilapan murid secara berkala.
Penilaian yang dilakukan oleh guru adalah condong ke arah ujian rujukan- kriteria berbanding
ujian rujukan-norma.
Pembelajaran
masteri boleh dilaksanakan sebagai pengajaran berkumpulan yang mengikut kadar kelajuan
guru, memberi tutorial secara seorang-seorang, atau mengikut kadar- kelajuan murid-murid
sendiri dengan berbantu bahan pengajaran yang telah diprogramkan. Ia mungkin
melibatkan pengajaran guru secara langsung, kerjasama dengan rakan sekelas atau
pembelajaran berdikari. Ia memerlukan objektif
pembelajaran yang jelas didefinisikan,
juga yang diorganisasikan ke dalam unit-unit
kecil dan berurutan.
Dalam pembelajaran masteri terdapat banyak unsur pengajaran individu walaupun
pengajaran itu disampaikan secara dalam kumpulan di mana bagi murid yang
berkebolehan dan bermotivasi boleh maju ke hadapan sementara interaksi guru
dimaksimumkan kepada murid yang sangat-sangat memerlukan bantuan guru.
4.0 STRATEGI PENTAKSIRAN
Menurut
Rudner & Boston (1994),
pentaksiran autentik adalah proses
yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas atau hasilan dalam konteks yang realiti dan bermakna. Manakala
Bhasah Abu Bakar (2009), menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran dimana mengintegrasi strategi pentaksiran yang baru ke
dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang
begitu praktikal sedang berlaku. Selain itu, pentaksiran menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) di dalam konteks pendidikan dilihat sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu di mana
nilai dan segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan
bagi melihat tahap pencapaian dan perkembangan murid tersebut.
Menurut Grace (1992),
penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara
realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan.‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran
autentik. Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, dapat dirumuskan
pentaksiran autentik merupakan proses murid dalam mengumpul
maklumat,merekod,meneliti menulis, membahas artikel, pendebatan dan sebagainya untuk mendapat maklumat yang dilakukan di dalam
bilik darjah dengan menjalankan tugasan dalam situasi yang sebenar untuk
menunjukkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang diperolehi.
Terdapat
pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran
autentik melalui kaedah portfolio, pemerhatian, temebual, penceritaan semula, penulisan,
eksperimen, projek, penulisan, pameran, demostrasi, lembaran kerja, kuiz,
senarai semak dan ujian. Oleh itu, pentaksiran autentik bukan menilai murid
berdasarkan ujian ataupun peperiksaan semata-mata, namun ia merangkumi situasi
pembelajaran yang lebih menyeluruh. Ia bertujuan untuk melihat perkembangan
pelajar untuk mengukur setiap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh
guru. Pentaksiran yang dijalankan dalam tugasan ini melibatkan mata pelajaran Pendidikan
Sains, Sosial Dan Alam Sekitar bagi murid tahun 4 pendidikan khas yang mengikuti
sukatan Kurikulum Stardard Sekolah Rendah
(KSSR) yang betemakan Bencana Alam.
Bersandarkan hasil pembelajaran yang
pertama iaitu "Murid dapat mengenal pasti
lima gambar bencana alam di Malaysia yang diketahui” dapat ditafsirkan
dengan meminta murid menghasilkan
portfolio. Penilaian portfolio merupakan koleksi hasil
kerja pelajar yang memberi gambaran tentang usaha pelajar dan pencapaiannya
dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan
bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri
pelajar (Arter & Paulson, 1990). Penghasilan portfolio seharusnya mencapai
ciri-ciri yang dikehendaki iaitu portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya
aktiviti yang dijalankan iaitu rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan
harapan. Selain itu, portfolio mempunyai matlamat berbeza dan harus dikemaskini
dari semasa ke semasa. Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada
satu masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di
dalamnya menggambarkan minat dan menggambarkan objektif sebenar. Dalam masa yang
sama, ia juga menggambarkan kehendak guru dan ibubapa.
Portfolio seharusnya mengandungi
maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth). Kaedah dan teknik menghasilkan
portfolio memerlukan sokongan, model dan refleksi. Melalui pentaksiran portfolio yang dilakukan murid
diminta mengumpul dan menyediakan
bahan-bahan yang dikumpul daripada surat khabar, majalah, buku dan
gambar-gambar yang bersesuai dengan lima
gambar bencana alam yang kehendaki. Apa
yang paling ditekankan ialah penggunaan sumber teknologi maklumat komunikasi
seperti yang ditetapkan pada hasil pembelajaran yang keempat. Murid didedahkan
dengan penggunaan komputer, internet, enjin carian, proses mencetak, menyimpan
maklumat dan juga mengumpul gambar atau artikel selari dengan mata pelajaran
Teknologi Maklumat Komunikasi yang dipekenalkan dalam sukatan KSSR Tahun 4
Pendidikan Khas. Apabila semua bahan dan maklumat diperolehi, murid akan mencetak,
menggunting dan menampal gambar bencana
alam di dalam buku portfolio yang disediakan. Dengan melakukan aktiviti mencari
gambar tersebut secara langsung, murid akan mudah mengingat dan memahami
kandungan pelajaran berbanding hanya dengan proses membaca atau penerangan oleh
guru semata-mata.
Untuk hasil pembelajaran yang kedua
iaitu "Murid mengenalpasti satu
bencana alam dan menyatakan punca-punca berlaku bencana tersebut”. Murid boleh
mentafsir dengan menjalankan penyiatan untuk memastikan hasil pembelajaran
tercapai. Peranan guru perlu merangka dan menyediakan langkah-langkah yang
teratur supaya penyiasatan tersebut dapat mencapai objektifnya. Penyiasatan
merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang
bertujuan mengkaji hubungkaitan antara fenomena semulajadi yang boleh
diperhatikan (Kerlinger, 1973). Dengan menjalankan penyiasatan tersebut, murid
akan dapat menghubungkaitkan teori yang telah mereka pelajari di dalam bilik
darjah dengan keadaan. Ini besesuaian dengan kaedah pentaksiran autentik yang
menguji murid dengan alam yang sebenar. Penyiatan murid boleh dilakukan dengan
mencari maklumat daripada internet, bahan
bacaan, majalah dan sebagainya. Secara tidak
langsung, murid dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat dengan mengalami
sendiri dengan mencari bahan. Bertepatan dengan pentaksiran autentik iaitu
murid mengumpul, meneroka dan mencari
maklumat dalam menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar.
Seterusnya adalah pentaksiran bagi hasil
pembelajaran yang ketiga iaitu "Murid dapat menyatakan 4 kesan bencana alam” dilakukan
melalui tugasan projek secara berkumpulan. Tugasan projek ini dapat menilai
hasil pembelajaran murid yang ingin dicapai dengan mencari jawapan iaitu dengan menyatakan sekurang-kurangnya
empat kesan bencana alam di Malaysia. Tugasan ini bersesuai dengan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai kerana dapat memberi peluang kepada murid untuk
mempraktikkan pembelajaran mereka semasa di dalam kelas dengan keadaan yang
sebenar. Projek yang dilakukan oleh murid merupakan tugasan yang ditaksir
sebagai pentaksiran autentik. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik
merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini
meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan murid,
pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh yang demikian,
murid dapat memahami setiap sudut pembelajaran mereka apabila mereka terlibat
dalam tugasan projek ini. Seperti yang diperkatakan oleh Worthy (2000), murid
akan lebih berautonomi dan bermotivasi untuk bertangungjawab terhadap
pembelajaran mereka. Oleh itu, murid akan berupaya untuk meningkatkan keupayaan
pembelajaran mereka dalam pelbagai prespektif dan dapat berhadapan dengan
pelbagai permasalah semasa proses pembelajaran mereka. Guru juga dapat menilai
sikap dan kemahiran mereka semasa mengendalikan projek tersebut.
Bagi pentaksiran hasil pembelajaran
murid yang terakhir iaitu "Murid dikehendaki menyatakan 3 cara bagi mengatasi
masalah bencana alam daripada berlaku. Pentaksiran digunakan oleh murid adalah
dengan membuat pembentangan hasil penyiatan murid. Murid digalakkan menggunakan
komputer dengan melakukan pembentangan mengunakan slaid show berbentuk power point. Melalui pembentangan yang
dilakukan, guru dapat menilai kefahaman dan pengetahuan murid dalam
pembentangan yang dilakukan. Selain itu, penggunaan komputer dan teknologi yang
digunakan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam menggunakan komputer.
Hilary (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Murid dapat melakar
dan mempersembahkan pemerhatian mereka dalam bentuk yang lebih menarik.
Penggunaan komputer juga dilihat dapat meningkatkan minat dan kreativiti murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan
apabila menggunakan pentaksiran melalui pemerhatian sekiranya bilangan murid
yang ramai, agak sukar untuk membuat kesahannya.
5.0 Reka bentuk Pentaksiran
Reka bentuk pentaksiran perlu
dirancang dengan baik bagi mengukur tahap kefahaman dan keupayaan murid
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam
menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Dalam reka bentuk pentaksiran,
guru perlu memastikan diakhir proses pentaksiran prestasi murid dapat diukur
melalui tugasan yang diberikan serta mencapai objektif pembelajaran yang
diharapkan. Tiga matlamat yang dikenalpasti dalam reka bentuk pentaksiran
iaitu:
i.
Pentaksiran
sebagai pembelajaran (assessment as
learning)
Merupakan proses
merangsang kemahiran metakognitif bagi setiap murid dalam menyempurnakan
tugasan diberi. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi
fokus terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara
pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid bersifat aktif, kebiasaanya mereka
akan lebih memahami dan berupaya mengenalpasti maklumat dan pengetahuan yang
berkaitan dan menggunakanya untuk tujuan pembelajaran.
ii.
Pentaksiran
untuk pembelajaran (assessment for
learning)
Bertujuan untuk
membolehkan guru mendapatkan maklumat bagi tujuan modifikasi dan memperkayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dapat membantu guru untuk mengenalpasti
corak dan kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh murid dalam pembelajaran.
Reka bentuk yang teliti diperlukan supaya hasil tugasan yang diberikan dapat
mengukur pengetahuan, kemahiran dan kecekapan murid dalam mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari dalam pembelajaran mereka.
iii.
Pentaksiran
kepada pembelajaran (assessment of
learning)
Adalah dalam bentuk
sumatif secara semulajadi yang bertujuan untuk memastikan apa yang diketahui
dan apa yang murid boleh lakukan boleh diukur melalui produk yang dihasilkan
oleh murid bagi menentukan sama ada murid berjaya memenuhi objektif dan
keperluan tugasan yang diberikan.
5.1
Pentaksiran Berasaskan Porfolio
Bentuk pentaksiran portfolio
merangkumi aktiviti yang berasaskan kepada konsep C.R.A.D.L.E (collecting,
reflecting, assessing, documenting, linking and evaluating) iaitu membuat
pengumpulan, refleksi, pentaksiran, mendokumentasi, hubungkait dan penilaian
yang kesemua bahan dan dapatan ini disimpan dalam folio secara individu atau
berkumpulan.
Pentaksiran
berasakan portfolio bagi mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar
(PSSAS) tahun empat Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) yang dijalankan adalah
untuk menilai dan menguji tahap keupayaan murid dari aspek pengetahuan,
kefahaman, aplikasi dan menganalisis topik dan kandungan yang terdapat pada
tajuk 12.0 iaitu Bencana Alam. Fokus utama pentaksiran yang dijalankan adalah terhadap
standard kandungan dan standard pembelajaran berkaitan bencana alam. Murid
dinilai dari aspek keupayaan menyenaraikan, memerihal dan menyatakan punca,
kesan dan cara mengatasi bencana alam yang berlaku. Murid digalakkan
menyediakan folio secara individu tetapi boleh berbincang dengan rakan mengikut
pasangan yang ditetapkan guru. Walaubagaimapun prestasi murid dari masa ke masa
dinilai oleh guru berdasarkan peranan, tanggungjawab, komitmen dan hasil yang
dipamerkan. Berikut adalah langkah-langkah yang dijalankan:
Langkah 1: Penyediaan bahan
1.Murid dibahagikan secara berpasangan untuk perbincangan.
1.Murid dibahagikan secara berpasangan untuk perbincangan.
2.Setiap pasangan dikehendaki menyediakan
bahan-bahan seperti gunting, gam, alat tulis, kertas warna, helaian kertas
jawapan.
3.
Murid diberi ruang untuk berbincang bagi
menentukan bahan yang perlu dibawa oleh setiap pasangan.
Langkah 2: Proses pelaksanaan
1.Guru bersoal jawab dengan murid untuk menerangkan beberapa contoh bencana alam yang berlaku.
1.Guru bersoal jawab dengan murid untuk menerangkan beberapa contoh bencana alam yang berlaku.
2. Murid dikehendaki memilih lima gambar
bencana alam.
3. Murid
diminta berbincang bagi memilih dua gambar bencana alam dan menghuraikan
punca, kesan dan tiga cara mengatasi masalah bencana alam yang dipilih.
4. Murid mendapatkan bahan dan maklumat
melalui pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar, buku dan internet.
5. Murid membentuk buku atau hasil mengikut
kreativiti dan idea masing-masing.
6.Murid mengadakan pembentangan mengikut
kreativiti dan idea tersendiri.
Langkah 3: Sikap dan nilai
1. Guru akan memerhatikan aspek
kesungguhan, komitmen dan minat murid dalam menyiapkan tugasan diberi.
2. Guru memantau tempoh serahan tugasan
murid sama ada menepati atau tidak masa yang ditetapkan.
3. Guru menilai kekemasan, cara persembahan,
unsur inovasi dan kreativiti dalam menyiapkan tugasan.
Berikut
merupakan senarai keperluan yang perlu disediakan oleh setiap murid.
Bil.
|
Alatan yang diperlu disediakan oleh
murid
|
|
1
|
Gam
|
|
2
|
Gunting
|
|
3
|
Kertas jawapan
|
|
4
5
|
Set alat tulis
Folio
|
|
Bil
|
Bahan yang perlu disediakan oleh murid
|
|
1
|
Gambar bencana
alam
|
|
Artikel dan
maklumat mengenai bencana alam
|
Tugasan Folio Pendidikan Sains Sosial Dan Alam Sekitar Tahun Empat Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
1. Cari
dan tampal 5 gambar bencana alam yang anda ketahui. (10 markah)
2. Pilih
2 bencana alam dan huraikan: (40
markah)
i.
3 punca berlaku bencana alam tersebut.
ii.
4 kesan bencana alam tersebut.
iii.
3 cara mengatasinya daripada berlaku.
3. Persembahkan dapatan yang diperolehi
dengan kreativiti sendiri. (20 markah)
Borang
Pemarkahan Folio
Bil
|
Soalan
|
Markah
|
|
1
|
Soalan (70%)
|
Soalan 1 (10%)
|
|
Soalan 2 (40%)
|
|||
Soalan 3 (20%)
|
|||
2
|
Penyediaan awal bahan
(10%)
|
||
3
|
Proses Pelaksanaan
(10%)
|
||
4
|
Sikap dan nilai (10%)
|
||
Jumlah Markah
|
/ 100
|
6.0 Kaedah Penskoran dan Penggredan
Kaedah
penskoran dan penggredan terdiri daripada senarai semak (check list) dan skala
markah (rating scales). Senarai semak adalah kaedah penskoran untuk respons
yang memberi senarai jawapan muktamad. Ia biasa digunakan untuk item aneka
pilihan dan respons terhad. Bagi skala markah (rating scales) ia terdiri
daripada rubrik yang mempunyai tiga bentuk penskoran atau penggredan iaitu
Penskoran Objektif Bergred, Penskoran Analitikal dan Penskoran Holistik. Rubrik
adalah panduan penskoran untuk menilai prestasi murid beradasarkan cakupan kriteria
yang luas. Ia merupakan alat untuk mengukur respons atau hasil kerja murid
dalam pentaksiran autentik yang dinilai berdasarkan kriteria dalam kontek
tugasan. Rubrik memperincikan tahap prestasi murid berdasarkan kepada setiap kriteria
bagi perkara yang ditaksir.
Bagi
Penskoran Objektif Bergred (Graded Objective Scoring) ia dilakukan dengan terus
memberikan skor penuh kepada respons yang betul. Sekiranya respons tidak
menepati ketepatan tugasan, skor akan diberi kepada peringkat-peringkat yang
tertentu dalam persembahan respons itu. Seterusnya bagi Penskoran Analitikal
(Point-score-method), rubrik ini sesuai digunakan untuk respons yang agak terhad
di mana kejituan dan ketepatan respons adalah diutamakan. Penskoran analitikal
dilakukan dengan cara skor diberikan mengikut poin-poin yang telah ditentukan
untuk satu-satu tugasan item. Caranya adalah dengan mengadakan satu senarai
semak (check list) dan tiap-tiap satu poin itu ditentukan pula skornya. Skor
yang diberikan adalah dengan berdasarkan poin-poin dalam respons calon tanpa
mengambil kira respons secara keseluruhan. Jumlah keseluruhan markah akan
menentukan kedudukan atau pencapaian seseorang calon berbanding dengan prestasi
calon lain.
Bagi
Penskoran Holistik atau dikenali juga sebagai Penskoran Mutu Keseluruhan, rubrik
ini sesuai apabila banyak respons murid yang hendak diperiksa terutama jenis
item respons terbuka. Sesuai dengan dengan maksud holistik yang berasal
daripada perkataan Greek iaiti ‘holos’
yang membawa maksud keseluruhan atau secukupnya. Penskoran jenis ini
menggunakan pendekatan pemberian skor yang mengambil kira mutu respons secara
keseluruhan berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang
harus dipertimbangkan dalam menentukan piawai harus dikenalpasti, kemudian
pelbagai tahap pencapaian ditentukan. Tahap pemberian skor ini dikenali sebagai
gred. Contohnya seperti cemerlang, kepujian, baik, memuaskan dan lemah.
Pentaksir atau pemeriksa akan memeriksa samada secara membaca, melihat atau
mendengar respons calon secara keseluruhan dan kemudiannya menimbangkan gred
bagi respons itu berdasarkan piawai yang ditetapkan. Setiap piawai gred pula
terdapat satu julat skor yang membezakan pelbagai pencapaian dalam gred itu.
Untuk memastikan ketekalan pemberian skor, lazimnya dijalankan proses yang
dikenali sebagai (grade review).
Tujuan
utama rubrik diwujudkan adalah untuk menggambarkan kriteria penilaian yang
konsisten dan adil. Guru, murid malahan ibu bapa dapat bersama-sama untuk mencari
dan menggalakkan murid mendapat hasil atau keputusan yang terbaik sepertimana
yang ditetapkan dalam rubrik. Guru yang baik
dan bertanggungjawab cenderung untuk
berkongsi rubrik dengan murid pada waktu tugas tersebut dibuat dan
sama-sama memperbetulkan keadaan mengikut prestasi dan kemampuan sebenar murid.
Tidak disangkal lagi, rubrik memberi panduan kepada guru untuk memeriksa
jawapan yang diberikan murid dengan tepat selain dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan murid yang perlu dititik beratkan.
Kaedah
portfolio yang dijalankan dalam tugasan ini menjadikan rubrik analitikal
sebagai panduan penskoran murid iaitu menilai secara terperinci beberapa aspek
iaitu penyediaan awal bahan, penyelesaian tugasan, proses pelaksanaan, sikap
dan nilai. Berikut merupakan contoh rubrik yang digunakan untuk menilai tugasan
yang diberikan kepada murid bagi pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Sains,
Sosial Dan Alam Sekitar bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
RUBRIK PENSKORAN TUGASAN PORTFOLIO
(ANALITIKAL)
(ANALITIKAL)
ASPEK
|
NILAI SKOR DAN KRITERIA
|
SKOR CALON
|
|||||
5
(CEMERLANG) |
4 (KEPUJIAN)
|
3
(BAIK) |
2
(MEMUASKAN) |
1
(TAHAP MINIMUM) |
|||
Tugasan
(70%)
|
S1 (10%)
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan secara terperinci
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan
|
Dapat memahami bagi menyediakan bahan yang
diperlukan tetapi kurang menepati bahan yang dikehendaki
|
Jelas tetapi kurang memhami dan perlu bimbingan
dalam menyediakan bahan yang dikehendaki
|
Kurang jelas dan perlu bimbingan dalam memahami
penyediaan bahan yang dikehendaki
|
|
S2 (40%)
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan secara terperinci
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan
|
Dapat memahami bagi menyediakan bahan yang diperlukan
tetapi kurang menepati bahan yang dikehendaki
|
Jelas tetapi kurang memhami dan perlu bimbingan
dalam menyediakan bahan yang dikehendaki
|
Kurang jelas dan perlu bimbingan dalam memahami
penyediaan bahan yang dikehendaki
|
||
S3 (20%)
|
Murid mampu mempersembahkan dapatan menggunakan
ICT, kreatif tanpa bantuan guru
|
Murid mampu mempersembahkan dapatan dengan kreatif
dan memerlukan sedikit bantuan guru dalam pengunaan ICT
|
Murid mempersembahkan dapatan menggunakan ICT dan
memerlukan bantuan guru
|
Murid mempersembahkan dapatan tanpa menggunakan
ICT
|
Murid memerlukan bantuan guru dalam
mempersembahkan dapatan kajian
|
||
Penyediaan Awal Bahan
(10%)
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan secara terperinci
|
Dapat menyediakan bahan yang diperlukan tanpa
bantuan dengan lengkap dan menepati kehendak tugasan
|
Dapat memahami bagi menyediakan bahan yang
diperlukan tetapi kurang menepati bahan yang dikehendaki
|
Jelas tetapi kurang memhami dan perlu bimbingan
dalam menyediakan bahan yang dikehendaki
|
Kurang jelas dan perlu bimbingan dalam memahami
penyediaan bahan yang dikehendaki
|
||
Proses Pelaksanaan
(10%)
|
Dapat menyiapkan tugasan dengan sendiri tanpa
bantuan mengikut jadual pelaksanaan dengan tepat dan kemas
|
Dapat menyiapkan tugasan dengan sendiri tanpa
bantuan guru dengan kemas
|
Dapat menyiapkan tugasan dengan bimbingan guru
yang minima
|
Dapat menyiapkan tugasan dengan bimbingan guru
sepenuhnya
|
Tidak dapat menyiapkan tugasan dengan bimbingan
guru dan melebihi tempoh masa
|
||
Sikap Dan Nilai
(10%)
|
-Menunjukkan kesungguhan, komitmen dan minat
mendalam menyiapkan tugasan
- Menepati tempoh masa
-Tugasan kemas dan kreatif
|
-Menunjukkan kesungguhan dalam menyiapkan tugasan.
-Menepati tempoh masa
- Tugasa yang kemas tetapi kurang kreatif
|
-Dapat menyiapkan tugasan dengan lengkap tetapi
tidak komited.
- Tugasan yang kurang kemas dan kurang kreatif
|
- Tugasan disiapkan dengan bimbingan.
-Tidak kemas dan kurang kreatif
|
- Memerlukan bimbingan sepenuhnya dalam menyiapkan
tugasan.
-Melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
-Tugasan yang tidak kemas
|
||
JUMLAH
SKOR
|
Apabila
markah keseluruhan skor diperolehi berpandukan rubrik analitikal yang
disediakan, guru atau pentaksir boleh merujuk kepada rubrik holistik untuk
menentukan tahap pencapaian yang ditetapkan mengikut markah dan kriteria yang
ditetapkan. Berikut merupakan contoh rubrik holistik yang dijadikan sebagai
panduan menentukan tahap pencapaian murid dalam tugasan Pendidikan Sains Sosial
Dan Alam Sekitar bagi tajuk 12.0 iaitu Bencana Alam mengikut sukatan KSSR Tahun
4 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
NILAI SKOR DAN KRITERIA HOLISTIK
|
|
TAHAP PENCAPAIAN
|
PENERANGAN
|
A (Cemerlang) 80-100 markah
|
· Menyediakan
kesemua bahan yang dikehendaki dan boleh menyiapkan tugasan dengan sendiri
serta mengikut kehendak tugasan secara terperinci dengan kemas dan kreatif.
· Menguasai
kesemua disiplin ilmu yang terdapat dalam mata pelajaran PSSAS dengan baik.
|
B (Kepujian)
60-79 markah
|
· Menyediakan
bahan yang dikehendaki dan boleh menyiapkan tugasan dengan bantuan guru serta
mengikut kehendak tugasan dengan tepat dan kemas.
· Menguasai
kesemua disiplin ilmu yang terdapat dalam mata pelajaran PSSAS dengan baik.
|
C (Baik)
0-59 markah
|
· Menyediakan
sebahagian bahan yang dikehendaki dan boleh menyiapkan sebahagian tugasan
dengan bantuan guru serta mengikut kehendak tugasan dengan memuaskan.
· Menguasai
disiplin ilmu yang terdapat dalam mata pelajaran PSSAS dengan memuaskan.
|
D (Memuaskan) 20-39 markah
|
· Menyediakan
bahan yang dikehendaki namun tidak memenuhi kehendak tugasan.
· Lemah
dalam menguasai disiplin ilmu yang terdapat dalam mata pelajaran PSSAS.
|
E
(Tahap Minimum)
0-19 markah
|
· Tidak
dapat menyediakan bahan dan gagal memenuhi kehendak tugasan yang dikehendaki.
· Tidak
dapat menguasai kesemua disiplin ilmu dalam mata pelajaran PSSAS.
|
Bagi
kedua-dua rubrik analitikal dan holistik yang disediakan di atas, pencapaian
murid dinilai dengan corak pemarkahan atau penskoran yang tidak begitu
membebankan dan memberi peluang yang adil terutama kepada murid pendidikan khas
untuk mencapai skor yang terbaik. Berbanding murid aliran perdana, murid
pendidikan khas masih dikira mencapai tahap memuaskan walaupun mempunyai skor antara julat 20-39 markah. Guru
atau pentaksir akan membantu dan memberi sokongan yang sewajarnya dalam
menyiapkan tugasan yang diberi mengikut kategori dan permasalahan yang dihadapi
murid. Murid hanya dikira gagal atau mencapai tahap minimum sekiranya tidak langsung dapat menyediakan bahan dan
menguasai kesemua disiplin ilmu dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial
Dan Alam Sekitar yang dinilai. Oleh yang demikian, dengan adanya rubrik, guru
dan murid dapat bersama-sama berusaha mencapai tahap pencapaian yang terbaik
tanpa ada sebarang unsur prejudis dan keraguan.
Bagi
meningkatkan lagi kesahan dalam pemarkahan, guru atau pentaksir perlu
berpandukan kepada peraturan pemarkahan dengan seadil mungkin. Skor atau markah
yang diperoleh calon hendaklah setekal yang mungkin supaya ujian itu boleh
dipercayai dan sah bagi memenuhi objektif ujian itu diadakan. Selain itu,
jumlah markah yang diberi bagi sesuatu soalan bergantung kepada tugasan yang
dikehendaki oleh soalan dan peraturan pemarkahan. Semakin rencam dan sukar
sesuatu tugasan atau soalan yang diberikan, semakin banyak markah yang
diperuntukkan seperti dalam soalan dua dalam tugasan yang diberikan di atas
yang membawa pemberatan sebanyak 40 peratus.
Seharusnya
juga, marah yang diterima oleh calon atau murid adalah sama walaupun kertas
jawapan mereka diperiksa oleh pemeriksa atau pentaksir yang berlainan. Oleh
yang demikian, pemeriksaan hendaklah sentiasa dijalankan dengan merujuk kepada
peraturan pemarkahan yang disediakan. Akhir sekali, pemberian markah seharusnya
tidak dipengaruhi oleh perkara lain iaitu dinamakan sebagai Kesan Halo (Halo
Effect) yang tidak berkenaan dengan tugasan atau soalan yang diuji. Antara
perkara yang tidak berkenaan ialah seperti aspek tulisan, kesilapan membaca
soalan, pengenalan calon dan juga emosi pemeriksa itu sendiri.
7.0
KESIMPULAN
Usaha
yang berterusan dan konsisten dalam mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang
selaras memerlukan keperihatinan dan penelitian dari semua pihak. Pemantauan
juga perlu dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan pentaksiran yang
dijalankan adalah telus dan tidak menimbulkan keraguan mana-mana pihak. Semua
murid termasuk pra sesekolah, pendidikan khas, sekolah rendah dan sekolah
menengah berhak mendapat penilaian dan skor yang sewajarnya mengikut kemampuan
mereka walaupun corak pemikiran kognitif atau afeksi mereka kadangakala adalah
berbeza antara satu sama lain. Murid pada alaf ini perlu didedahkan dengan
corak penilaian yang berbeza dengan tahun-tahun sebelum yang hanya menitik
beratkan pencapaian dalam peperiksaan yang diadakan samada secara ujian
bulanan, ujian pertengahan tahun ataupun ujian akhir tahun. Corak pemikiran
masyarakat perlu diubah sedikit demi sedikit dan tidak lagi membandingkan
pencapaian ujian bagi menentukan murid yang terbaik seterusnya ditempatkan di
sekolah berasarama penuh dan mengikuti kursus-kursus yang popular di institusi
pengajian tinggi.
Tidak
dinafikan, ujian dan sistem peperiksaan yang dijalankan masih lagi relevan dan
wajar dilaksanakan terutama dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, corak penilaian dan penentuan murid yang terbaik perlu
datang daripada beberapa jenis penilaian secara holistik dan menyeluruh bagi
mencari kekuatan dan kelebihan murid dala sesuatu bidang. Bagi sesetengah
murid, walaupun tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik, tetapi amat
berkebolehan dan cenderung dalam aspek kemahiran seperti teknikal, seni, muzik,
bakat, pertanian, perniagaan dan banyak lagi. Justeru pelaksanaan pentaksiran autentik
yang diwujudkan dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) amat wajar
diteruskan dan mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak bagi memberi
peluang yang adil, seimbang dan sewajarnya kepada murid mengikut minat dan
kecenderungan mereka.
Sebagai
pentaksir, guru berperanan merancang dan
mentadbir aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.
Melalui pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif, murid dapat
memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai sikap dan nilai serta dapat
mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka. Guru perlu keluar dari corak
pemikiran lama yang menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar. Penilaian
secara autentik yang mendasari sistem PBS di sekolah mengubah corak pengajaran
guru di mana guru adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara manakala murid
yang melakukan aktiviti dan tugasan sepenuhnya. Penilaian autentik memerlukan
perealisasian pengetahuan dengan menunjukkan pemahaman dengan melakukan tugasan
yang lebih kompleks yang biasanya memberi hasilan yang lebih bermakna.
Oleh yang demikian, sewajarnya semua
pihak harus mengemblengkan tenaga untuk mewujudkan sistem pendidikan di
Malaysia setanding dengan negara maju dunia seperti Korea Selatan, Singapura,
Jepun, China, Australia dan sebagainya. Adalah diharapkan dengan sistem PBS
yang dilaksanakan akan juga serba sedikit mengubah kedudukan Malaysia di tangga
yang lebih baik dalam penilaian PISA dan TIMMs yang dijalankan.
8.0 RUJUKAN
Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:
Pelaksanaan dan kesediaan guru.
Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan
Sekolah, USM Pulau Pinang.
Amidon,
E. & Hunter, E.(1964). Student
teaching :Cases and comments. New York:
Holt, Rinehart & Winston.
Bransford
& Stein. (1993) Science, an involvement approach to elementary Science methods.
New York: International Publications
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013) Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2014) Dokumen Standard Kandungan Prestasi Pendidikan Sains
Sosial Alam Sekitar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Tahun Empat
Merill,
j. (1991) Approaches to teaching science subjets: Project based learning, United
States:
Pearson Education.
Newmann
and Wehlage. (1995). Project based learning in teaching primary science. New
York: Trans-Atlantic Pubns
Noriati,
A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid
dan alam belajar. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Pengurusan
Kehidupan Tahun Empat (2013), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Draf.
Praujian
Tugasan Pendidikan Khas (t.t), Sektor Pembinaan Pentaksiran Alternatif, Lembaga
Peperiksaan, Kementerain Pendidikan Malaysia.
Saptu, S., &
Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif
dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan
Pembelajaran.
Slavin,
R.E. (2005).Educational psychology:
Theory into practice.Englewood Cliff: Prentice
Hall Ltd.
Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Zhang, Z., & Burry -Stock, J. (2003). Classroom
Assessment Practices and Teachers' Self-Perceived Assessment Skills.
Applied Measurement in Education, 16(4), 323-342.
http://kheru2006.i8.com/teoriphttp://jfmueller.faculty.noctrl.edu/toolbox/whatisit.htmengukuran_asas.htm
No comments:
Post a Comment