Thursday 23 October 2014

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran Autentik menurut Pert(1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran Autentik ini meliputi pentaksiran daripada pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial , sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran Autentik ini juga merupakan proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Menurut Grace, (1992), Penilaian Autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. "Realistik" dan "bermakna" merupakan terma yang seing digunakan dalam Pentaksiran Autentik... 

Sumber: (Buku Educational Assessment of Studies)