Tuesday 2 December 2014

Review Video Project Based Learning At Clear View Charter Elementary School (Learn and Live)



DISEDIAKAN OLEH:
LAU SHIAU CHING
M20131001142
HAILMI BIN ABD HALIM
M20131000983
           
SOALAN 1
Apakah bentuk pentaksiran yang dirancang dan dijalankan?
Jawapan
Project-based learning  untuk mengkaji spesis serangga seperti pepatung, lebah dan penyengat (wasp).
SOALAN 2
Apakah fokus pentaksiran?
Jawapan
Murid perlu mengumpul, menganalisis dan mensintesis maklumat daripada makmal melalui interaksi pelajar dengan saintis kerana tugas mengumpul maklumat biasanya dilakukan oleh saintis. Murid membina rubrik sendiri bersama guru tetapi idea daripada murid sendiri.
SOALAN 3
Apakah pengetahuan dan kemahiran yang diukur dalam pentaksiran?
Jawapan
Keupayaan pelajar bertindak sebagai pengkaji, bekerjasama, penggunaan teknologi, pembinaan rubrik, komunikasi, psikomotor ( semasa menangkap serangga, kemahiran membuat keputusan ( dalam menentukan maklumat yang perlu dimasukkan dalam sesuatu presentation disediakan dan apakah rekabentuk presentation yang digunakan.
Murid boleh membina kecedasan emosi seperti kerjasama, tolak ansur, keyakinan diri, komunikasi, penghargaan. Murid mengumpul data dan mengintegrasikan maklumat melalui komputer
Murid memerlukan aras pemikiran yang lebih mencabar untuk mencari dan mensintesis maklumat untuk projek.
SOALAN 4
Bagaimanakah penglibatan pelajar dalam proses pentaksiran?
Jawapan
Soalan-soalan yang kritis dilontarkan oleh guru sebagai rangsangan kepada tahap pemikiran kognitif murid. Murid diberi tugasan untuk membina rubrik dan membuat penilaian sendiri terhadap hasil kerja mereka dan pentaksiran guru berdasarkan senarai semak.
Murid juga dikehendaki menghasilkan persembahan powerpoint mereka yang menarik dengan perisian komputer setelah didedahkan dengan video conferencing daripada universiti  iaitu melalui perbincangan dan sesi soal jawab dengan pensyarah universiti tentang specimen yang ditangkap dan dihantar ke universiti untuk dianalisis dengan mikroskop electron yang sangat canggih.
SOALAN 5
Apakah hasil pentaksiran yang dijalankan?
Jawapan
Multimedia presentation ditaksir melalui rubrik yang dicadangkan oleh murid contohnya menggunakan perkataan sendiri, bunyi,grafik, warna serta guru berkongsi hasil kerja murid dengan ibu bapa (sharing).
SOALAN 6
Apakah kekuatan pentaksiran yang dijalankan?
Jawapan
Pelajar membina pengetahuan sendiri tentang serangga. Proses pentaksiran berlaku sepanjang proses pembelajaran iaitu proses pentaksiran bersepadu dengan proses pembelajaran. Assessment as a teaching tools iaitu pentaksiran sebagai proses pengajaran .
Sesi pengajaran sebenar tidak berlaku, guru bertindak sebagai pemudahcara (facilitate) iaitu memberi panduan kepada pelajar tentang cara pelaksanaan projek- less teaching, more learning falsafah pendidikan Singapura . Dalam video ini, didapati bahawa pelajar yang memulakan pembelajaran dengan adanya bantuan dari teknologi.  Pelajar mendapat maklumat secara langsung   tentang serangga dari persekitaran dan internet dengan pengawasan minimum oleh guru semasa pencarian bahan berkaitan topic kajian, iaitu pelajar diberi ruang yang banyak untuk mendapatkan maklumat dari internet. Guru memberi panduan dan  menggalakkan pelajar untuk berfikir secara mendalam
Maklum balas yang berterusan daripada guru, rakan sebaya dan saintis untuk mewujudkan assessment for learning iaitu murid-murid boleh memperbaiki pembelajaran pelajar dan meningkatkan pemahaman murid tentang sesuatu topic.
Pentaksiran  autentik boleh meningkatkan kemahiran berfikir, mengukur pelbagai aras kognitif pelajar,  pelajar berani menyuarakan pandangan dan menjadi self directed serta menghargai projek yang dihasilkan
SOALAN 7
Apakah ciri- ciri pentaksiran autentik yang terdapat dalam pentaksiran yang dijalankan?
Jawapan
Mengukur aras kognitif, afektif dan psikomotor  pelajar. Afektif merangkumi bekerjasama, keyakinan diri, komunikasi, organisasi maklumat, penghargaan (bagaimana murid menghargai projek yang dihasilkan, input dari saintis)
Ø    Bersifat praktikal kerana pelajar dikehendaki melakukan tugasan dalam dunia yang sebenar.
Ø    Menggalakkan penghasilan kerja  yang sebenar (original) dan autentik oleh pelajar  iaitu (multimedia presentation)
Ø    Menggalakkan pemikiran aras tinggi (KBAT) serta mengukur pelbagai aras kognitif dan kemahiran
Ø    Ada proses dan produk
Ø    Memerlukan masa yang fleksible dalam pelaksanaan sesuatu projek (mungkin dalam satu minggu)
Ø    Pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh  iaitu  pelajar meneroka ilmu dan m emperkembangkan potensi diri pelajar
Ø    Membolehkan pembelajaran kendiri contoh melalui homeschooling iaitu pelajar boleh belajar melalui internet
Ø    Pentaksiran autentik memerlukan ruang yang banyak, guru, prasarana teknologi
Ø    Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar semasa pembelajaran berlaku
Ø    Pembelajaran aktif berlaku kerana murid terlibat penuh dengan tugasan yang diberikan.
SOALAN 8
Apakah teori pembelajaran yang hendak diterapkan?
Jawapan
Konstruktivisme iaitu murid perlu mengumpul  data, berkomunikasi dengan pakar serta berkongsi maklumat
SOALAN 9
Pandangan pakar
Jawapan
Manusia berbeza- beza, ada yang memerlukan masa yang panjang untuk belajar dan ada yang memerlukan masa yang pendek untuk belajar iaitu belajar mengikut kemampuan murid - konsep PBS.  PBS menekankan pembelajaran masteri iaitu semua pelajar boleh mencapai hasil pembelajaran dengan : Guru menyediakan persekitaran  yang kondusif dan masa yang mencukupi. PBS ditaksirkan dengan ujian rujukan criteria bukan ujian rujukan norma
Pelajar akan merasa diri mereka senbagai saintis kerana sejak peringkat awal projek , murid sudah didedahkan dengan dunia sebenar iaitu alam pekerjaan
KESIMPULAN
Pentaksiran autentik merupakan satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan. Sistem pentaksiran autentik yang sedia ada memerlukan penelitian.

No comments:

Post a Comment