UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TUGASAN KUMPULAN
KURSUS PENTAKSIRAN AUTENTIK
KPN 6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
DISEDIAKAN OLEH :
SOLEHAN BIN NAZAN M20132001760
SOLEHUDDIN BIN ISMAIL M20132001764
FARIZAN BINTI CHE MUSA M20132001966
RUSTAM BIN SIIS M20132002315
PENSYARAH :
PROF. EMIRITUS DR OTHMAN BIN LEBAR
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS
SEMESTER 2 2013/2014
Isi Kandungan
1. Pengenalan
Pendidikan
berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri,
berketerampilan, berkeperibadian mulis, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara
kreatif dan kritis,berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan
serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering
berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus utama dalam
membangunkan modal insan yang telah menggariskan pelan tindakan bagi merangka
strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga
kepada sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic serta
menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan dan
memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan Negara (Ghani, 2008 )
2. Pengertian Pentaksiran
Pengertian
istilah pentaksiran atau assessment adalah
berasal daripada perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi”
(Adimin, 2011 ). Menurut Ghafar ( 2011 ) pentaksiran adalah proses mengukur
proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan,
penganalisaan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada
guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistic tentang keseluruhan
perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan
datang. Airasian ( 2004 ), menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan,
sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian
memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran.
Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi
maklumat tentang pembelajaran pelajar ( pemerhatian, penilaian prestasi atau
projek, ujian kertas pensel ) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai
kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005 )
Jesteru itu, pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan,
analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat
keputusan bagi membuat penanbahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran
dan pembelajaran.
3. Pentaksiran Autentik
Saptu & Said
( 2011 ) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk kepada
alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut Logsdon
( 2011 ), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di
mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih
berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk
menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan
penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (
Aurbach& Associates, 2011 ).
Pentaksiran autentik secara umumnya
ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain
pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas.Pentaksiran autentik menghendaki
pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat
dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran
sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan
mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang
mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya ( Companies,
2011 ).
Jesteru itu, pentaksiran autentik
adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri
terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang
bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan,
seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik
termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan
lisan,pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini menyediakan peluang
kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan
pelajar sendiri.Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran yang
dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk
menguji dan mengukur.Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai
pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.
Menurut Bailey ( 1998 ),pentaksiran
tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes ( 1995
)menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional
adalah ujian –peristiwa tunggal ( single-occasion)
iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu.
Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar
tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa
melakukan ujian. Bailey ( 1998 ) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang
disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini. Law & Eckes ( 1995 )
menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir
pelajar yang rendah. Manakala Dikli ( 2003 ) menyatakan bahawa pentaksiran
tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali
pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem
pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan
pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain
tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (
Begum& Farooqui , 2008 ).
Sebaliknya pentaksiran autentik,
mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk
menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi tumpuan
kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang
pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar
tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-pbila masa yang berbeza dan keadaan
yang berbeza.
Pentaksiran autentik atau
pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan.
Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami
dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menetukan apa yang
boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat
autentik adalah pentaksiran kerja kursus/ portfolio, projek, persembahan,
aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri
pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik
dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ( Khan, 2009 )
4. Kepelbagaian Aktiviti Membolehkan Perlaksanaan Pentaksiran
Autentik
Gambaran yang
lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan
menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.
Ø Pentaksiran prestasi – Pelajar
dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang
menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau
konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan
berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar.
Ø Pemerhatian guru –
Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau
aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya
untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang
tertentu.
Ø Persidangan – Guru
dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih
matlamat yang tertentu.
Ø Pentaksiran sendiri – Pelajar
memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan
oleh guru atau pelajar
Ø Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar
menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan
oleh guru atau pelajar-pelajar.
Ø Pentaksiran kerja kursus /
portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi
bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa,
yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian
dalam cara yang teratur dan sistematik.
5. Kesimpulan
Pentaksiran yang
berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis
dilakukan, tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain
perkembangan pelajar itu sangat penting.Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu
memahami, mahir dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran
yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan.Guru-guru juga harus melakukan
refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti
kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
Daripada pengertian pentaksiran
sebelum ini, menunjukkan bahawa pentaksiran adalah gabungan pengukuran dan
penilaian.Pentaksiran tradisional lebih banyak dikaitkan dengan peperiksaan di
mana pencapaian dan prestasi seseorang pelajar itu dilihat dan ditentukan oleh
skor atau markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan yang didudukinya.
Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang
untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan.
Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar
tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang
dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan.Hal
ini dapat diperhatikan daripada fenomena pelajar Tahun Enam di sekolah rendah,
yang tidak lagi belajar seawall bulah Jun, kerana pelajar-pelajar perlu diberi
persediaan untuk menduduki peperiksaan. Mereka akan diberi latih tubi menjawab
soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih
daripada sekali.
Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa
pentaksiran autentik atau pentaksiran pembelajaran merupakan salah satu pilihan
dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui
kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui
produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah.
6. Rujukan
Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved, fromhttp//www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm
Airasian,
P.W. ( 2004 ). Classroom Assessment; Concept and Applications ; ( 5th
ed ); McGraw-Hill
Aurbach,
& Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from. http//www.aurbach.com/alt_assess.html
Bailey,
K. M. (1998). Learning About Language
Assessment: Dilemmas, Decisions, and Directions ; Heinle & Heinle
Publisher.
Begum,
M., & Farooqui,S. (2008). School Based Assessment : Will it Really Change
the Educational Scenario in Bangladesh ?. International Education Studies,
Vol.1 (2 ), 45-53.
Companies,
M. H (2011). Alternative Assessment Primer, fromhttp//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer.
Dikli,
S. (2003). Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online Journal of Education
Technology-TOJET,2 (3)
Ghafar,
M. A. (2011).Pembinaan & Analisis
Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 );Penerbit UTM Press.
Ghani,
T.H,. (2008). Membangun Modal Insan.
Retrieved from. http://sppkkedah.blogsport.com/2009/10/membangun-modal-insan.html
Khan,
A.(2009). Tidak Lagi Bergantung 100%
Kepada Peperiksaan - TPM. Retrieved from..http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada
peperiksaan.html.
Law,
B., & Eckes, M. (1995). Assessment ang ESL: on the yellow big road to the Withered of OZ; Peguis Publishers.
Lim, R.
L., & Miller, M. D.,(2005). Measurement and Assessment in Teaching ( 9th
ed ): Pearson Prentice Hall.
Logsdon,
A.(2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment ?, fromhttp://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_assesment.htm.
Saptu,
M., & Said, H. (2011). Pentaksiran
Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran.
No comments:
Post a Comment