DISEDIAKAN
UNTUK :
PROF.
EMERITUS DR. OTHMAN BIN LEBAR
PENSYARAH
|
DISEDIAKAN
OLEH :
ARFA
NADWA BINTI JAI (M20131000981)
NURUL
HAJAR BINTI ABU SAMAH (M20131000107)
AZIAH
BINTI PANDAK (M20131001015)
HARTINI
BINTI AHMAD MORSIDI (M20131001163)
|
“ RUBRIK ”
|
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran autentik
merupakan satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan
tugas-tugas dunia sebenar yang menunjukkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang bermakna (Muller, 2011). Prestasi pelajar biasanya dicapai melalui rubrik
untuk menentukan bagaimana pelajar tersebut dapat memenuhi sesuatu standard
atau tahap yang telah ditetapkan.
Manakala menurut Pert (1990)
pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian
sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Ia
meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain,
pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai
bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut
Stiggins (1987) dalam Muller (2011), penilaian prestasi digunakan bagi menguji
kemahiran khusus dan kompetensi, supaya dapat mengaplikasikan kemahiran dan
pengetahuan yang telah dikuasai. Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru vokal
mengajar teori dan teknik dalam nyanyian akan bertindak menyuruh pelajarnya
menyanyi dengan kemahiran yang telah dikuasainya sebagai bukti bahawa pelajar
tersebut boleh menyanyi dengan baik.
2.0
HASIL PEMBELAJARAN
Tajuk : Pengurusan Diri
Standard Kandungan
: 2.1 Mengamalkan kebersihan diri
Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menjaga kebersihan
kuku, tangan dan kaki
Tunjang yang disepadukan : Komunikasi, fizikal dan estetika,
kerohanian, sikap
dan nilai murni.
Objektif
: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menyatakan tujuh langkah mencuci tangan dengan betul
3.0
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi merupakan
rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan
2013). Strategi disini merupakan satu rancangan yang dirancang supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang guru
secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid untuk
belajar.
Pembelajaran menurut kamus dewan (2013) adalah merupakan proses
memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Mengikut Woolfolk (1980), pembelajaran dilihat sebagai perubahan
dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru, atau
sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru. Pembelajaran
adalah satu proses yang berterusan secara formal dan tidak formal. Pembelajaran
secara formal adalah melalui sekolah,
manakala pembelajaran secara tidak formal ialah melalui persekitaran, keluarga,
rakan sebaya dan media massa.
Pengurusan diri adalah salah satu subjek yang di ajar
bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid Pendidikan khas ialah
murid yang mempunyai masalah bukan sahaja intelek tetapi mempunyai masalah
kemahiran motor kasar, motor halus dan pengurusan kehidupan. Komponen
pengurusan diri bermatlamat untuk membimbing dan melatih murid agar
berkemahiran dalam mengurus diri sendiri, membantu keluarga dalam mengurus
rumahtangga, boleh bersosialisasi dengan persekitarannya dan mampu hidup
berdikari. Melalui pengurusan diri murid boleh menyediakan diri menghadapi
situasi sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan di dalam bilik darjah ke
dalam kehidupan sebenar. Pengurusan diri juga memberi pendedahan kepada murid
supaya mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta
persekitaran.
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada standard
kurikulum pengurusan kehidupan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran
dengan berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina perancangan pengajaran
yang sesuai mengikut keperluan. Penglibatan murid secara aktif dapat
meningkat kan pencapaian prestasi
murid.
Di dalam pengajaran matapelajaran pengurusan diri teknik
yang biasa digunakan ialah mengaplikasikan dengan dunia sebenar murid. Murid di
ajar mengalami dan berada dalam keadaan sebenar sesuatu aktiviti yang
dirancang. Contoh adab makan, murid di ajar adab sebelum ,semasa dan selepas
makan. Murid di bawa ke kantin dan di
ajar adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Teknik yang digunakan ini
berpusatkan murid. Murid akan melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam mengajar
murid pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai
keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian. Penglibatan
murid secara aktif, membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan, bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid
mendapat peluang yang sama sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun
secara individu. Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah seperti
analisis tugasan, belajar melalui bermain, pengajaran bertema, pengajaran
pengalamian, pembelajaran masteri, dan pendekatan kolaborasi.
Di dalam pengajaran menjaga kebersihan diri bagi
matapelajaran pengurusan diri ini, teknik pertama yang digunakan semasa proses
pengajaran ialah kaedah simulasi iaitu murid di ajar secara simulasi
langkah-langkah mencuci tangan yang betul. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk
meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam
penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya
menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan
atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.
Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:
- memilih satu
masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
- memastikan
unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
- mengenal
pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
- menentukan
langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini
termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta
peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara
memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau
prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi cara menggunakan tandas dengan cara yang
betul. Murid di ajar cara yang betul duduk di atas tandas duduk dan tandas
cangkung. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan
seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks,
perbincangan dan penyoalan.
Pendekatan yang seterusnya ialah pendekatan pembelajaran pengalamian. Pendekatan ini
adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini
meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai
keupayaan diri sendiri. Proses pendekatan pembelajaran pengalamian ialah :
a) Guru menentukan matlamat dan
objektif untuk individu dan kumpulan
b) Aktiviti pembelajaran yang dibentuk
adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid.
c) Guru perlu menjelaskan tentang tugas
atau aktiviti yang akan dijalankan dengan murid dan mengenai apa yang
diharapkan oleh murid.
d) Murid perlu ditempatkan di dalam
situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan
dengan pengalaman lalu.
e) Pengajaran berlaku melalui
pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat yang tepat tentang apa yang dibuat
atau dipelajari
f) Berikan bantuan, latihan dan
peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar
murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
Di
dalam proses pengajaran teknik
pengalamian ini digunakan oleh guru. Guru akan membawa murid ke sinki dan
menerangkan kepada murid langkah-langkah mencuci tangan yang betul. Murid akan
ditunjuk cara oleh guru cara mencuci tangan yang betul, kemudian murid akan
mencuci tangan seperti yang ditunjukkan oleh guru mengikut langkah-langkah. Di
sini murid akan mengalami sendiri cara mencuci tangan yang betul. Walaupun
mencuci tangan adalah sesuatu yang mudah
bagi kanak-kanak biasa tetapi bagi seorang murid pendidikan khas ia pastinya
sesuatu yang sukar. Daya ingatan yang tidak lama menyukarkan mereka mengingati
langkah-langkah memcuci tangan tersebut.
4.0 STRATEGI PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu
proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil
daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran
merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.
Noraini Idris (2008)
menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi
sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses
pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan
untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai
pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk
menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat
perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh
menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan
sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.
Lembaga Peperiksaan Malaysia
(2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam
konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor
(markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan
institusi pentaksiran.
Pentaksiran pendidikan khas
adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan
tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di pendidikan khas. Proses dalam
pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi
maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran sekolah berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru dan memberi maklumat tentang apa yang telah
dilaksanakan atau di capai di dalam PdP. Pentaksiran sekolah dilaksanakan oleh
guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari perancangan, pembinaan item dan
instrumen pentaksiran, pentadbiran pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan
pelaporan. Pentaksiran ini perlulah
holistik iaitu mampu memberi maklumat yang menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan,
kemahiran dan pengamalan nilai murni. Kaedah pentaksiran perlulah fleksibel
iaitu yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dan berjalan
seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran autentik
meliputi persembahan karya tulisan asli, mendemonstrasi, portfolio, jurnal,
buku log, persembahan dan projek Pentaksiran
adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu
tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran
tersebut. Pentaksiran
autentik yang dijalankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai
aspek perkembangan.
Guru akan melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk
kepada standard Pembelajaran. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan
menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan standard prestasi. Standard
prestasi diukur dengan mengikut tahap penguasaan murid. Ia mengandungi panduan
untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan.
Pentaksiran autentik yang digunakan bagi subjek pengurusan diri ini ialah mendemonstrasi. Murid akan menjalankan
demonstrasi langkah-langkah mencuci tangan dengan betul. Guru akan membuat
pentaksiran ke atas murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan ialah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pengurusan diri ini ialah melalui permerhatian.
Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta
sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses
yang dilakukan oleh murid dan bukan hasil akhir yang diperolehi. Guru boleh
memerhati langkah-langkah membasuh tangan dengan cara yang betul yang akan dilakukan oleh murid. Pemerhatian
ini akan dibuat sepanjang proses PdP. Senarai semak digunakan untuk mentaksir tahap
penguasaan murid. Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan
elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu
lembaran kerja juga disediakan supaya murid dapat mengenal alat untuk mencuci
tangan dan mengingati kembali langkah mencuci tangan.
Penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar boleh membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran dalam menggunakan computer. Murid melengkapkan permainan menyusun
langkah-langkah mencuci tangan di dalam komputer. Bagi murid pendidikan
khas yang “slow function” kebolehan
dalam penggunaan komputer adalah sesuatu yang sukar. Kebolehan mereka
menggunakan komputer untuk aktiviti menyusun langkah-langkah mencuci tangan
adalah satu kemahiran aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid pendidikan
khas.
Kesimpulannya pentaksiran
pembelajaran bukan sahaja dapat menggalakkan seseorang guru menggunakan
kebijaksanaan untuk menilai kefahaman murid dalam proses pembelajaran, dan
seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu
guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan murid.
5.0 REKABENTUK PENTAKSIRAN
Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, reka bentuk adalah bentuk atau corak yang direka. Manakala,
pentaksiran proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti, menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan
maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat
keputusan dan mengemukakan soalan (Noraini, 2005).
5.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang betul agar murid
lebih memahami pembelajaran yang dijalankan. Langkah-langkah ini perlu diberi
penerangan dan penjelasan yang baik agar objektif pembelajaran yang disasarkan
dapat dicapai. Dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Pengurusan Diri
langkah-langkah yang diperlukan untuk topik kebersihan diri dan kesihatan adalah
seperti di bawah :
Set
Induksi :
*
Murid
memerhati kad gambar tangan yang kotor.
*
Bersoal
jawab dengan murid mengenai gambar yang dilihat.
Langkah
1
*
Penerangan
mengenai kebaikan dan keburukan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
*
Guru
menunjukkan simulasi membasuh tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci.
*
Murid
memerhati guru mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci tangan dengan
cara yang betul.
*
Murid
diberi tunjuk ajar/cara mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci
tangan dengan betul.
Langkah
2
*
Murid
memerhati guru mencuci tangan dengan cara-cara serta langkah yang betul
menggunakan air dan sabun pencuci tangan.
*
Murid
mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan mengikut
langkah-langkah yang ditunjuk oleh guru dengan bantuan.
Langkah
3
*
Murid
mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan mengikut
langkah-langkah yang betul tanpa bantuan guru.
*
Murid
mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan secara individu
mengikut langkah yang betul tanpa bantuan guru.
Penutup
*
Menonton
video cara-cara mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul.
*
Murid
menyebut secara lisan cara-cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.
5.2 Soalan Latihan
TOPIK
: KEBERSIHAN DIRI
Nama : _______________________
Hari :
________________
Tarikh :
________________
a) Kenalpasti
dan bulatkan gambar peralatan untuk mencuci tangan dengan betul.
b) Susun
gambar di bawah mengikut turutan langkah yang betul.
6.0
KAEDAH PENSKORAN DAN PENGREDAN
Rubrik
membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat
penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk
menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Rubrik
adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria
dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk
menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. Rubrik
holistik memerlukan guru untuk menilai proses keseluruhan atau produk secara
keseluruhan tanpa menilai bahagian-bahagian komponen secara berasingan
6.1
Rubrik
Kriteria
|
0
|
1
|
2
|
3
|
Buka paip
air
|
Tidak boleh memegang paip air
|
Boleh memegang paip air
|
Tidak boleh membuka paip air
|
Boleh membuka paip
|
Tutup paip
Air
|
Tidak dapat menutup paip air
|
Menutup
paip air dengan bantuan
|
Menutup paip air tanpa bantuan
|
Boleh menutup paip air dengan cara
yang betul
|
Mengetahui
cara menggunakan sabun
|
Tidak tahu apa kegunaan sabun
|
Tahu menggunakan sabun dengan
bantuan
|
Tahu menggunakan sabun tanpa
bantuan
|
Tahu menggunakan sabun dengan cara
yang betul
|
Mengetahui
kegunaan tuala
|
Tidak tahu kegunaan tuala
|
Tahu menggunakan
tuala dengan bantuan
|
Tahu menggunakan tuala tanpa bantuan
|
Tahu menggunakan tuala dengan cara
yang betul
|
Kriteria
|
0
|
1
|
2
|
3
|
Membasahkan
tangan
|
Tidak tahu membasah tangan
|
Tahu membasah tangan dengan
bantuan
|
Tahu membasah tangan tanpa bantuan
|
Tahu membasah tangan dengan cara
yang betul
|
Menggosok
kedua-dua tapak tangan
|
Tidak boleh menggosok kedua tapak tangan
|
Boleh menggosok kedua-dua tapak tangan
|
Boleh menggosok kedua tapak tangan
tanpa bantuan
|
Boleh menggosok kedua tapak tangan
dengan cara yang betul
|
Murid
menggosok setiap jari dan dicelah jari
|
Tidak boleh Menggosok setiap jari dan dicelah jari
|
Boleh menggosok setiap jari dan
dicelah jari dengan bantuan
|
Boleh menggosok setiap jari dan
dicelah jari tanpa bantuan
|
Boleh menggosok setiap jari dan
dicelah jari dengan cara yang betul
|
Menggosok
kuku di tapak tangan
|
Tidak boleh menggosok kuku di
tapak tangan
|
Boleh menggosok kuku di tapak
tangan dengan bantuan
|
Boleh menggosok kuku di tapak
tangan tanpa bantuan
|
Boleh menggosok kuku di tapak tangan dengan cara
yang betul
|
Menggosok
belakang tangan dan di celah jari
|
Tidak boleh menggosok belakang
tangan dan di celah jari
|
Boleh menggosok belakang tangan
dan di celah jari dengan bantuan
|
Boleh menggosok belakang tangan
dan dicelah jari tanpa bantuan
|
Boleh menggosok belakang tangan
dan dicelah jari dengan cara yang betul
|
Kriteria
|
0
|
1
|
2
|
3
|
Membilas
tangan dengan bersih
|
Tidak tahu membilas tangan dengan
bersih
|
Tahu membilas tangan dengan bersih
dengan bantuan
|
Tahu membilas tangan dengan
Bersih tanpa bantuan
|
Tahu membilas tangan dengan bersih
dengan cara yang betul
|
Mengeringkan
tangan dengan kain bersih atau tisu
|
Tidak tahu mengeringkan tangan
dengan kain bersih atau tisu
|
Tahu mengeringkan tangan dengan
kain bersih atau tisu dengan bantuan
|
Tahu mengeringkan tangan dengan
kain bersih atau tisu tanpa bantuan
|
Tahu mengeringkan tangan dengan
bersih atau tisu tanpa bantuan
|
JUMLAH
SKOR : _________/33
Murid dikehendaki mencapai tahap
minimum = 17
Murid yang tidak mencapai tahap
minimum akan mengulang kembali aktiviti yang patut dilakukan sehingga mencapai
tahap yang ditetapkan.
7.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN
Bagi murid-murid Pendidikan
Khas, pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu matapelajaran itu mengambil masa
bagi murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang tertentu kerana kekurangan
keupayaan yang dialami oleh mereka. Masa yang diperlukan
adalah bergantung kepada secepat mana murid khas dapat menguasai kemahiran yang
diajar.
Matapelajaran Pengurusan Diri ini telah diperuntukkan
sebanyak 4 waktu seminggu. Bagi murid khas yang tergolong dalam kategori ‘slow
function’ memerlukan lebih daripada satu minggu untuk menguasai kemahiran dalam
topik mencuci tangan kerana permasalahan dalam pergerakan motor kasar dan motor
halus serta koordinasi tangan dan mata yang sukar. Oleh sebab itu, topik Kebersihan Diri ini, memerlukan
lebih daripada seminggu untuk murid-murid ini menguasai kemahiran dalam mencuci
tangan dengan cara yang betul.
Untuk permulaan, murid perlu didedahkan kepada penjagaan
kebersihan diri iaitu kebersihan tangan. Dalam 2 waktu pertama, murid perlu
dikenalkan kepada peralatan yang perlu digunakan untuk mencuci tangan di mana
murid perlu mengenalpasti nama peralatan yang digunakan dengan betul iaitu
sabun pencuci tangan dan kain pengelap tangan atau tuala tangan. Murid perlu
membezakan di antara sabun pencuci tangan dengan sabun pencuci pinggan, sabun
mandi atau sabun pencuci rambut.
Bagi waktu seterusnya iaitu 2 waktu terakhir dalam satu
minggu, murid diberi penerangan secara lisan mengenai cara-cara mencuci tangan
dengan betul. Murid perlu kenalpasti cara-cara mencuci tangan mengikut susunan
yang betul sehingga mereka ingat dan kuasainya.
Minggu kedua pembelajaran, ia berkaitan dengan amali di
mana murid perlu menguasai dan mengikuti cara-cara mencuci tangan dengan tunjuk
cara yang diajar oleh guru. 2 waktu pertama murid perlu mengetahui cara mencuci
tangan tanpa menggunakan ajar dan sabun pencuci tangan. Murid perlu melakukan
amali perbuatan ini secara individu dengan bantuan guru secara berulang. Bagi
waktu kedua terakhir murid perlu melakukan amali mencuci tangan tanpa bantuan
guru secara individu untuk memastikan murid boleh menguasai kemahiran yang
ditunjukkan.
Pada minggu ketiga iaitu di akhir
pembelajaran, ia berkaitan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun
pencuci tangan dengan cara yang betul di mana murid perlu melakukan amali
dengan bantuan dari pada guru. Guru menunjukkan cara-cara mencuci tangan
mengikut langkah yang ditetapkan dengan betul dan murid perlu mengikutinya
secara individu untuk memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran serta
dapat mencuci tangan dengan cara yang betul. Dalam minggu ini juga, murid dikehendaki mengenalpasti
langkah-langkah mencuci tangan yang betul mengikut turutan yang betul melalui
pembelajaran menggunakan kemahiran aplikasi ICT bagi membolehkan murid menambah
kemahiran dalam penggunaan komputer.
7.1 Lampiran Pemarkahan Guru
Tajuk :
2 Kebersihan Diri dan Kesihatan
Standard
Kandungan : 2.1 Penjagaan Kebersihan Diri
Standard
Pembelajaran : 2.1.1 Menjaga kebersihan kuku, tangan dan kaki.
______________________________________________________________________
Nama
:_____________________________________
Kelas
:_________________
Tarikh
:_________________
Arahan : Tandakan ( Ö ) pada ruangan skor berdasarkan kebolehan
murid.
BIL
|
KEMAHIRAN / AKTIVITI
|
0
|
1
|
2
|
3
|
1.
|
Buka paip
air
|
|
|
|
|
2.
|
Tutup paip
air
|
|
|
|
|
3.
|
Mengetahui kegunaan sabun
|
|
|
|
|
4.
|
Mengetahui kegunaan tuala
|
|
|
|
|
5.
|
Membasahkan tangan
|
|
|
|
|
6.
|
Menggosok kedua-dua tapak tangan
|
|
|
|
|
7.
|
Menggosok setiap jari dan di celah jari
|
|
|
|
|
8.
|
Menggosok kuku di tapak tangan
|
|
|
|
|
9.
|
Menggosok belakang
tangan dan di celah jari
|
|
|
|
|
10.
|
Membilas tangan dengan
bersih
|
|
|
|
|
11.
|
Mengeringkan tangan
dengan kain bersih atau tisu
|
|
|
|
|
JUMLAH SKOR KESELURUHAN :
( / 33 )
Tandatangan
Guru :
...................................................
(
) Tarikh
: ___________
BIBLIOGRAFI
Lambert,
D. & Lines, D. (2000). Understanding Assessment: Purposes, Perceptions,
Practice.
London: Routledge/Falmer.
Mueller, J., (2011), Authentic
Assessment Toolbox. Diperolehi pada 12 Oktober 2014
daripada://http:www.jonathan.mueller.faculty.noctrl.edu/toolbox/index.htm.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Khas (Bermasalah Pembelajaran)
Tahun 3, Bahagian Pembangunan Kurikulum
No comments:
Post a Comment