NAMA AHLI KUMPULAN
8 :
PRIYA RAJENDRAN (
M2014 1000658)
PARTHIBAN
GOVINDASAMY ( M20132001918)
ANUSIA MUTHU
(M20131000862)
GAYATRI MANOKARAN (
M20131000822)
SARASWATY A/P
ARUMUGAM (M20131000863)
PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah prosedur sistematik pengumpulan
maklumat yang digunakan untuk membuat inferens ciri-ciri seseorang atau objek
(AERA et., 1999). Pentaksiran
meningkatkan lagi pengetahuan tentang ciri-ciri sesuatu perkara, objek atau
fenomena yang dikaji. Popham (2000)
menyatakan pentaksiran lebih sesuai digunakan dalam bidang pendidikan masa
kini. Pelan induk pembangunan
pendidikan (PIPP) juga begitu menekankan pelaksanaan pentaksiran berasaskan
sekolah yang lebih holistik.
Pentaksiran didefinisikan oleh beberapa tokoh iaitu,
menurut Dunn (1991), pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat olah guru
tentang pelajarnya dan pelajar itu sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994) menyatakan pentaksiran
ialah proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dari segi aspek
perkembangan, pengetahuan dan kemahiran mereka yang dinilai melalui tugasan,
pemerhatian dan dokumentasi. Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran
dikendalikan dan dirancang oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses
pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dijalankan secara berterusan yang
bersifat formatif iaitu melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari
yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.
Manakala Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1998) menyatakan pentaksiran adalah satu proses mendapatkan maklumat
dan membuat keputusan tentang produk sesuatu pendidikan dan juga proses untuk
mengesan kebolehan, kemajuan, pencapaian dan perkembangan pelajar secara
menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Sistem pendidikan Malaysia berorientasikan peperiksaan akan diubah
menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu
sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yang berbentuk holistik agar dapat
memenuhi Falsafah Pendidikan Negara.
Pentaksiran autentik ialah satu bentuk penilaian di
mana murid diminta untuk menjalankan tugasan atau ujian dalam situasi yang
sebenar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan sebenar pelajar. Pentaksiran autentik menurut Pert (1990)
merupakan penilaian berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh
pelajar dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik meliputi pelbagai aspek yang merangkumi pemahaman
mendalam, pengetahuan pelajar, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran
dan situasi terhadap dunia sebenar.
Pentaksiran autentik juga merupakan proses yang melibatkan pelbagai
bentuk pengukuran prestasi yang mereflek tahap pembelajaran pelajar, motivasi,
kejayaan dan sikap pada aktiviti releven.
Grace, (1992) menyatakan bahawa pentaksiran autentik merupakan amalan
yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai prestasi mereka
sendiri dan ia dilakukan secara berterusan.
Tambahan pula, pentaksiran autentik ini dapat
memberi peluang kepada pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan
yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan
tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. Pentaksiran autentik boleh diukur melalui
pelbagai kaedah atau teknik antaranya adalah melalui pemerhatian, portfolio,
rekod anekdot dan sebagainya. Dengan ini
boleh simpulkan bahawa pentaksiran autentik ialah subset kepada alternatif
proses pentaksiran yang menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat
perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan tertakluk kepada ujian
semata-mata. Spektrum yang luas ini menyeluruhi situasi pembelajaran yang
sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
Pierce dan O’ Malley mengkategorikan kepelbagaian
kaedah pentaksiran autentik dan tingkah laku kanak-kanak yang boleh
diperhatikan dan didokumentasikan antaranya adalah temu bual atau soal jawab
contohnya guru bertanya tentang latar belakang, minat, aktiviti dan lain-lain
lagi kepada pelajar. Penceritaan semula
pula pelajar akan bercerita melalui pengalaman yang dilalui oleh mereka atau
pembacaan mereka. sampel penulisan
adalah pelajar bercerita atau memberikan penjelasan melalui penulisan dan
melalui pameran pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
projek atau pameran yang melibatkan persembahan atau pameran. Pelajar akan mendemonstrasikan eksperimen,
melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan
hasil eksperimen. Guru melakukan
pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam
kelas kerjasama di dalam aktiviti kelas dan portfolio pula guru mengumpul
koleksi hasil kerja pelajar untuk melihat
perkembangan dari masa ke semasa.
Kaedah yang dinyatakan merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan
dalam pentaksiran autentik.
Pentaksiran autentik mempunyai tiga fasa iaitu fasa
permulaan yang melibatkan matlamat, menentukan keperluan pelajar dan
menyediakan data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang
dipelajari dan bagaimana pelajar berfikir.
Fasa berterusan pula melibatkan penilaian dan penyemakan bilik darjah serta
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang poses pembelajaran dan
pengajaran. Fasa penamat melibatkan
pentaksiran refleksi mengenai kurikulum, pengajaran, pembelajaran dan reka
bentuk program pada hujung proses.
KEPENTINGAN
DAN TUJUAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik boleh dilakukan sebelum, semasa
dan selepas pengajaran dan pembelajaran, tetapi langkah pertama yang paling
penting dalam pentaksiran autentik adalah kejelasan tujuan pentaksiran atau
tujuan mengumpul maklumat. Antara persoalan yang perlu dijawab adalah, Mengapa
perlu melakukan pentaksiran? Adakah maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran
dapat mengukuhkan keputusan yang guru buat? Pentaksirasn autentik dianggap
sebagai proses mengukur apa yang pelajar telah pelajari dan mengredkannya.
Pentaksiran autentik juga boleh diklasifikasi sebagai pemahaman yang lebih
jelas dalam menganalisasi keperluan untuk kaedah penilaian prestasi pelajar
dalam bidang pendidikan.
Pentaksiran autentik juga bertujuan untuk
membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai
dengan keperluan pelajar. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran
tahap perkembangan seseorang pelajar, proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi pelajar dalam pembelajaran secara berterusan. Antara tujuan
pentaksiran autentik yang lain ialah:
·
Mencungkil kemahiran pelajar di samping
memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan
lebih baik lagi pada masa hadapan.
·
Merangsang pelajar menggunakkan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
·
Mendapatkan maklumat secara berterusan
tentang pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaan pada masa hadapan.
·
Dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan keupayaan pelajar.
·
Mendedahkan pelajar dengan pelbagai
kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis).
·
Membimbing
pelajar menggunakan pengetahuan dengan lebih makna
CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam
pentaksiran autentik menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
·
Keobjektifan -
ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
·
Kebolehtadbiran – kelicinan dan
kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan
sekolah.
·
Kemudahan tafsiran- maklumat tentang
calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan
sesuatu ujian dan pentaksiran.
·
Komprehensifan- mengandungi
soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
KAEDAH
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik boleh dibuat dengan beberapa
kaedah seperti pemerhatian, lisan dan kaedah secara penulisan. Pemerhatian dibuat apabila sukar hendak
dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis oleh para pelajar,
biasanya penilaian dibuat melalui sikap perlakuan, proses atau hasil kerja
amali, lukisan, kraftangan dan sebagainya. Lisan boleh mengesan secara serta-merta
tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan
dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti
seperti bersoal-jawab, perbincangan, kuiz, bercerita dan sebagainya.
Penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
hasil tugasan daripada kerja bertulis oleh pelajar seperti lembaran kerja ujian
bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta.
Pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya
secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran.
KESIMPULAN
Pentaksiran
autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pentaksiran di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, pentaksiran autentik yang
menyeluruh boleh digunai pakai dalam menaksir setiap perkembangan
pelajar-pelajar melalui instrument yang ditentukan. Penaksiran yang berkesan
bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis yang dilakukan
tetapi bagaimana menggunakan instrument terhadap sesuatu domain perkembangan
pelajar tersebut.
Sehubungan
dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir dan berupaya mengamalkan pengunaan
pelbagai jenis instrument penaksiran yang sesuai dengan sasaran utama
pendidikan. Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan
yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi
pengajaran, pembelajaran dan penaksiran.
Usaha
dalam mewujudkan system pentaksiran autentik yang selaras memerlukan
keperihatian dan penelitian yang berterusan dari semua pihak. Pemantauan juga
perlu dilakukan dari masa ke semasa agar dapat memastikan pentaksiran yang
dijalankan adalah telus. Seperti mana yang berlaku kepada pendidikan yang
sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa kerana ia memainkan peranan yang
sangat penting dalam membantu kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal.
Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa pentaksiran autentik merupakan satu proses
menerima maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang
produk sesuatu proses. Konteks pendidikan pentaksiran autentik merupakan satu
episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan penginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar. Pentaksiran autentik juga merupakan satu proses
untuk mendapat gambaran tentang prestasi pembelajaran.
No comments:
Post a Comment