PENTAKSIRAN
AUTENTIK
KPN 6074
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK:
PEMBINAAN
RUBRIK PENSKORAN BAGI TOPIK TUMBUHAN
(DUNIA
SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN
4)
PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR
DISEDIAKAN OLEH: kumpulan 8
PRIYA
A/P RAJENDRAN (M20141000658)
PARTHIBAN
A/L GOVINDASAMY (M20132001981)
SARASWATY
A/P ARUMUGAM (M20131000863)
ANUSIA
A/P MUTHU (M20131000862)
GAYATRI
A/P MANOKARAN
(M20131000822)
HASIL PEMBELAJARAN
Mata pelajaran : Dunia Sains &Teknologi Tahun 4
Topik : 5.0 Proses Hidup Tumbuhan
s/k : 5.1
Tumbuhan Bergerak BalasTerhadap Rangsangan.
1.
Murid dapat mengenalpasti bahagian tumbuhan yang
bergerakbalas terhadap rangsangan.
2.
Murid dapat memerihalkan jenis rangsangan yang menyebabkan
gerakbalas tumbuhan.
3.
Murid dapat membuat kesimpulan tentang bahagian tumbuhan
yang bergerakbalas terhadap rangsangan dan menyatakan penyiasatan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan
Pembelajaran
Pengajaran membawa maksud
penyampaian maklumat dalam pelbagai seting pendidikan misalnya sekolah rendah,
sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk kolej dan
universiti.Merujuk kepada Kamus Webster, istilah “pembelajaran” boleh
ditakrifkan sebagai “perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang
diperoleh melalui pendidikan.
“Pengajaran dan pembelajaran
tidak boleh ‘berdiri’ bertentangan sebuah sungai sambil ‘melihat’ air mengalir;
namun perlu ‘berjalan’ bersama-sama untuk mengharungi arus sungai tadi (Loris
Malaquzzi, 1994). Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang
kompleks. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru mengambilkira beberapa
perkara termasuk matlamat pendidikan, kurikulum matapelajaran yang diajar dan
persekitaran pembelajaran.
Selain
itu, pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi
pekara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
pelajar dengan cara yang berkesan
Matlamat pendidikan di Negara
kita adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.Manakala kurikulum bagi semua matapelajaran dibekalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum.Oleh itu, guru adalah bertanggungjawab ke atas
pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada beberapa langkah termasuk
merancang, mengajar, dan menilai. Guru perlulah memikirkan pendekatan,
strategi, kaedah yang sesuai dan selaras dengan minat dan kebolehan murid-murid
kelas tersebut.
Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran
Strategi merupakan rancangan
yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan ( Kamus Dewan, 1998).
Strategi menentukan pendekatan yang kita akan menggunakan untuk mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Secara umumnya, konsep strategi membawa maksud kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkara.
Strategi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran pula merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan
objektif pelajaran yang telah ditentukan.Lebih-lebihan lagi, strategi
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah
serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu
pendekatan dengan berkesan.
Pada
tahun 2011, Standard Kurikulum Sains diperkenalkan dengan pembelajaran
berfikrah. Pembelajaran berfikrah ini merupakan satu proses pemerolehan dan
penguasaan ilmu pengetahuan. Secara tidak langsung, pembelajaran berfikrah ini
dapat mengembangkan minda murid ke tahap yang optimum.Murid dilibatkan secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai
murni.Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri,
konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri. Pendekatan pengajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan,
simulasi, projek, penggunanan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan
penyelesaian masalah.
Berdasarkan
topik Proses hidup tumbuhan kami telah menyenaraikan beberapa hasil
pembelajaran yang akan dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mencapai hasil pembelajaran tersebut, pelbagai strategi dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dipilih. Strategi, pendekatan dan kaedah adalah
seperti dalam rajah dibawah:
Rajah
1.0 menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Strategi Pemusatan Murid
Strategi
pemusatan murid dipilih kerana guru bertindak sebagai fasilitator dengan
mengemukakan soalan-soalan yang memandu murid ke arah tajuk perbincangan.Mengikut
strategi ini, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka.Strategi ini berasaskan teori pembelajaran
konstruktivisme. Guru membimbing murid-murid untuk membina dan seterusnya
memperoleh kefahaman masing-masing mengenai isi pelajaran yang disampaikan.
Contohnya, guru mengemukakan soalan-soalan yang memandu tentang tajuk tumbuhan
bergerakbalas terhadap rangsangan.
Contoh
soalan-soalan memandu :
1.
Adakah bahagian tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan ?
2.
Bahagian tumbuhan manakah bergerakbalas terhadap rangsangan
?
3.
Apakah jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas
tumbuhan ?
Soalan-soalan
seperti ini membimbing murid membina kefahaman masing-masing tentang tajuk
perbincangan.Ini menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif tanpa
bantuan guru.Murid-murid secara individu atau dalam kumpulan kecil menyiapkan
tugasan yang diberi.Murid-murid boleh melakukan aktiviti secara hands-on.
Strategi Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
a.
saling bergantung antara satu sama lain secara
positif,
b.
saling berinteraksi secara bersemuka,
c.
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d.
kemahiran koperatif, dan
e.
pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada
individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan
dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza
bergilir-gilir.Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Pengajaran sebaya memainkan
peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian
tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan
pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.Setiap murid diagihkan tugas
untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri,
murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli
kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan
untuk menguji sama semua ahli kumpulan
berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara
pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif
menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.Ini
membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.Contohnya, murid-murid
dalam kumpulan menjalankan eksperimen dan menjalankan penyiasatan terhadap
gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.Setiap murid dalam kumpulan berkongsi
pendapat dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.
Strategi Perbincangan Kumpulan
Perbincangan
kumpulan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti
perbualan diantara guru dan murid-murid dalam kelas atau suatu aktiviti
pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat
tentang sesuatu perkara melalui perbualan.Tujuan perbincangan ialah untuk
melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal dan memberi mereka
peluang menyuarakan pendapat disamping dapat memupuk sikap bekerjasama,
menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain. Contohnya,
murid-murid diminta untuk menyatakan pendapat mereka mengapa tumbuhan bergerak
balas terhadap rangsangan.Mereka juga diminta untuk berbincang dalam kumpulan
kecil untuk merancang dan membuat penyiasatan tentang gerak balas tumbuhan
terhadap rangsangan.
Strategi Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Sebagai seorang
pendidik kita tidak seharusnya tertumpu pengajaran di dalam bilik darjah
sahaja.Terdapat banyak lokasi yang boleh digunakan sebagai pengganti bilik
darjah. Pengajaran luar bilik darjah adalah satu cara yang berkesan dalam
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat
seperti zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang
boleh menjadikanpembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan
bermakna.
Melalui
lawatan luar bilik darjah murid-murid akan dapat memerhati dan membuat
perbandingan sebenar dengan apa yang mereka pelajari dalam bilik darjah dan
pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna. Menurut Charlesworth &
Lind (1999), apabila berada di luar bilik darjah, murid-murid akan mempunyai
peluang untuk menyiasat, menguji dan mengubah sesuatu objek. Lantaran itu,
murid-murid dapat membina pengetahuan daripada pengalaman yang bermakna.
Menurut
Piaget juga, murid-murid perlu dihubungkan dengan persekitaran mereka secara
aktif kerana mereka perlu mengetahui dan mempelajari dunia di sekeliling
mereka. Sebagai contoh, murid dibawa ke taman sains untuk memerhatikan gerak
balas tumbuhan terhadap rangsangan yang diberikan. Mereka juga dikehendaki
memerhatikan dan merekodkan perubahan gerak balas tumbuhan yang berada di taman
sains tersebut. Selain itu, murid boleh menjalankan eksperimen tentang gerak
balas tumbuhan terhadap rangsangan di taman sains untuk menjalankan
penyiasatan.
Pendekatan Inkuiri - Penemuan
Pendekatan
inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman.Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti
eksperimen murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan
sendiri. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau
idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen
melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Secara tidak langsung pembelajaran akan berlaku dalam diri murid
apabila mendapat penemuan baru melalui aktivti yang telah mereka lakukan. Guru
kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil
inkuiri-penemuan tersebut. Ilmu pengetahuan tidak dapat dibina sekirannya tidak
melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan.
Guru
memberi satu masalah di mana mereka perlu menggunakan kaedah inkuiri untuk
mencari cara-cara penyelesaian. Mereka akan melalui empat langkah seperti
berikut :
(i)
menerima masalah
(ii)
mengumpul data
(iii)
mengurus data dan cuba merangka cara penyelesaian
(iv)
menganalisis cara penyelesaian
Contohnya,
guru meminta murid membuat kesimpulan tentang bahagian tumbuhan yang bergerak
balas terhadap rangsangan dan menyatakan penyiasatan. Seterusnya, murid akan mengumpul data dan
cuba merangka penyelesaian. Murid-murid akan menganalisis cara penyelesaian.
Akhir sekali, murid dapat membuat kesimpulan tentang topik perbincangan.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh
individu atau sekumpulan murid untukmencapai sesuatu tujuan tertentu dan
mengambil masa yang panjang sertamenjangkau waktu pembelajaran yang formal.Pembelajaran
berasaskan projek menggunakan kaedah pemusatan murid dimana guru memberikan
satu tajuk atau masalah untuk dibincangkan oleh murid. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah
untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan
dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam
bentuk laporan, artifak ataulain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid
lain.Menurut
Thomas, Mergendollar dan Michealson (1999), pembelajaran berasaskan projek
menyediakan soalan aras tinggi dan murid memainkan peranan utama untuk mereka
bentuk, menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan. Lantaran dari
itu, murid tersebut akan saling bekerjasama apabila bekerja dalam kumpulan
untuk menyelesaikan tugasan.Contohnya, murid diminta menjelaskan tentang proses
hidup tumbuhan iaitu bergerak balas terhadap rangsangan melalui lakaran, TMK
atau penulisan dalam bentuk projek.
Penggunaan Teknologi
Pisapa
(1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran
untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Selain itu, penggunaan
teknologi dapat membantu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Media
teknologi berfungsi meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
sesuatu pelajaran. Secara tidak langsung, penggunaan teknologi dalam sains
dapat mewujudkan pembelajaran bersendiri dimana murid mencari dan meneroka
Murid juga turut melalui pembelajaran bersendiri (individual learning) dimana
murid sendiri yang akan mencari dan meneroka aktiviti pembelajaran mereka.
Contohnya murid diberi tugasan untuk menyediakan slide persembahan untuk
membentangkan hasil penyiasatan yang telah mereka lakukan.Murid mempersembahkan
hasil penemuan dengan menggunakan komputer.
STRATEGI PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah proses
pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan pelajar sendiri tentang
kemajuan merekan (Dunn 1991).
Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan data, menaksir, mengukur dan
keputusan penilaian untuk dapatkan maklumat serta menentukan refleksi tindakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Strategi pentaksiran ini boleh dilakukan melalui beberapa cara antaranya
adalah portfolio, projek, ujian, temu bual dan pemerhatian, rekod anekdot dan
seterusnya. Pentaksir adalah orang yang
mentafsir instrumen, respon dan skor.
Strategi pentaksiran dalam pembelajaran dan pentaksiran adalah proses
berterusan yang dijalankan bagi memastikan setiap pelajar dapat memahami dan
menterjemahkan tugasan supaya pelajar dan guru dapat memastikan apa yang boleh
dibantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar.
Pentaksiran strategi dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana melalui pentaksiran
dapat mengenal pasti faktor penyebab kepada sesuatu kelemahan, memudahkan guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Selain itu, pentaksiran juga
dapat membantu mengetahui keupayaan dan pengetahuan asas pelajar dan juga dapat
mengesan kelemahan pelajar dalam pelbagai aspek.
Tambahan pula sebagai seorang pentaksir
guru juga boleh menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk
pelajar untuk mengatasi masalah-masalah lain yang berkaitan seperti tingkah
laku. Melalui pentaksiran guru juga boleh mengetahui tahap sebenar pelajar dan
dapat membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran. Cronbach (1970) mengatakan
bahawa ujian adalah prosedur yang sistematik dalam memerhatikan tingkah laku
seseorang.
Selain itu, pentaksiran sekolah
merupakan maklumat mengumpul yang berbentuk proses autentik yang melibatkan
guru secara sumatif dan formatif yang bertujuan untuk membaiki proses
pembelajaran dan pentaksiran sekolah adalah secara sumatif menilai sejauh mana
pelajar boleh atau telah menguasai apa yang dipelajari. Proses pentaksiran
sekolah ini melibatkan aktiviti yang mengumpul maklumat autentik yang boleh
diharap tentang prestasi pelajar secara berterusan berdasarkan kriteria
penyertaan jelas iaitu standard prestasi. dan penggunaan pelbagai kaedah,
teknik, alat dan konteks. Merekod, menterjemah, mengelola, melapor dan membuat
pertimbangan tentang prestasi pelajar oleh guru semasa dan sepanjang iaitu
berbentuk formatif dan di hujung iaitu penilaian yang berbentuk sumatif dalam
proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung dengan menggunakan
kepelbagaian maklumat untuk membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau
bertulis melalui potensi, prestasi, pencapaian dan keperluan pelajar.
Laporan yang diperoleh
daripada pentaksiran dapat membantu guru dalam membuat keputusan tentang sejauh
mana pelajar dapat mencapai standard tertentu dan strategi pengajaran serta
pembelajaran. Tambahan pula, pelajar juga perlu mempunyai kefahaman jelas apa
yang mereka pelajari, dibuat penting dalam peringkat pembelajaran mereka.
Strategi pembelajaran yang
digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran sains tahun
empat ialah teknik pentaksiran yang berterusan telah digunakan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran biasa dalam kelas. Guru-guru sekolah rendah sering
menggunakan teknik ini berbanding guru sekolah menengah disebabkan kemahiran
berkomunikasi dan pembangunan sosial yang berlaku adalah tinggi di peringkat
sekolah rendah.
Strategi pentaksiran yang
sesuai digunakan dalam proses penilaian adalah penilaian melalui pemerhatian
kerana pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu diperlukan
dalam membantu guru untuk mendapatkan maklum balas yang keberkesanan dalam pembelajaran
dan pengajaran secara berterusan. Penilaian melalui pemerhatian juga meliputi
aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Guru dapat memerhati pelajar dengan
menggunakan senarai semak, rekod anekdot dan rekod profile. Guru secara
langsung dapat memerhati tingkah laku pelajar dan dapat mengenal pasti mereka
yang dinilai secara langsung dengan tepat.
Strategi pentaksiran yang
digunakan dengan pemerhatian juga dapat dibuat oleh guru terhadap keberkesanan
bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran dan
perkara yang perlu diambil kira semasa dibuat pemerhatian adalah kualiti
pemerhatian iaitu pengetahuan lebih mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin
dengan persekitarannya. Guru juga perlu peka dalam perubahan yang berkaitan
dengan bahan yang yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil
secara ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil
terhadap sesuatu dan juga tekal serta stabil dalam penilaiannya.
Bentuk perancangan dalam
penilaian pemerhatian menyediakan alat yang relevan dan menentukan kaedah untuk
mentadbir dan menentukan teknik menganalisis, merekod, mentafsir dan melapor.
Dalam penilaian pemerhatian ini juga tindak susul merangka akan dijalankan
mengikut konsekuen yang dijalankan daripada pemerhatian. Merekod penilaian
dalam pemerhatian dapat menggambarkan perubahan tingkah laku secara tersusun
dari segi kaedah individu atau berkumpulan dan pendekatan semasa menjalankan
pemerhatian dan hasil pendekatan serta pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu
direkod dengan jelas semasa menjalankan tugasan. Guru juga dapat menilai cara
individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dan diurai
dengan tepat. Strategi pentaksiran pemerhatian juga dapat merekodkan dapatan
dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Selain itu, melalui pemerhatian
juga dapat digunakan untuk menilai kecekapan dan kecerdasan individu dalam
bidang tertentu seperti kecekapan linguistik dan boleh melihat kecekapan dalam
bidang muzik, kecekapan interpersonal dan intrapersonal. Pemerhatian terbahagi
mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan adalah
memerhatikan perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan serta menilai apa
sahaja yang dilihat. Open ended akan dijalankan semasa pemerhatian iaitu
pengetahuan, kemahiran dan perlakuan.
Strategi pelaksanaan yang
dijalankan semasa pembelajaran dan pengajaran adalah secara berterusan yang
telah dikenal pasti dengan menggunakan senarai semak dan tindakan susulan
terhadap hasil pemerhatian dititik beratkan. Jangka masa pemerhatian hendaklah
sesuai dengan kaedah dan keperluan. Refleksi pengalaman bahan dikategorikan
sebagai pemerhatian. Guru dapat peluang untuk memerhati kognitif, psikomotor
dan objektif pelajar. Keberkesanan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
membuat penilaian oleh guru sebagai penyampai tutor, maklumat, pemudah cara dan
pendidik.
Strategi pentaksiran yang sesuai digunakan
untuk mengukur hasil pembelajaran sains tahun empat adalah melalui eksperimen
dan projek. Guru dapat menilai hasil pembelajaran dan kebolehan pelajar dalam
menjalankan eksperimen dan projek dengan sempurna atau tidak. Melalui
eksperimen pelajar secara langsung terlibat dalam dunia sebenar dan dapat
meningkatkan lagi kemahiran berfikir, kerja kumpulan secara bertoleransi antara
satu sama lain dan berani untuk menjalankan eksperimen yang diarah oleh guru.
Kaedah eksperimen dan projek ini sangat
berkesan kerana guru secara langsung dapat menilai sikap, kemahiran kognitif,
afektif dan psikomotor mereka dengan lebih tepat lagi.
Selain daripada itu, pelajar tidak
perlu membaca atau menghafal untuk ujian bertulis semata-mata mereka hanya belajar
untuk ujian sahaja malah tidak belajar untuk meningkatkan kemahiran mereka
sendiri. Oleh itu, penglibatan pelajar secara langsung ini dapat meningkatkan
lagi kemahiran berfikir mereka dan juga kreativiti serta inovatif pelajar. Guru
juga dapat menilai interaksi pelajar antara satu sama lain dalam eksperimen
untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pentaksiran eksperimen dan
merupakan komponen yang praktikal dengan menentukan bagaimana pelajar
menggabungkan teori dalam amalan. Ia juga merupakan pentaksiran autentik kerana
pelajar menggunakan gaya mereka sendiri untuk belajar dengan bantuan guru.
Pentaksiran
strategi dengan menggunakan kaedah eksperimen dan projek juga dapat memberi
gambaran yang jelas kepada pelajar dan pelajar dapat melihat secara langsung
perubahan yang mereka dapat daripada hasil kajiannya. Mereka juga mempelajari
untuk bagaimana hendak menggunakan alat-alat eksperimen seperti bikar,
termometer dan sebagainya secara langsung dengan menyentuhi, menghidu, merasai
oleh mereka sendiri.
Melalui kaedah ini pelajar dapat
mempelajari mata pelajaran ini dengan bersungguh-sungguh dan dapat pengalaman
yang tidak dapat lupakan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam projek atau
eksperimen ini. guru juga dapat menilai gerak geri pelajar dengan menilai
setiap rangsangan pelajar melalui tindak balas mereka secara langsung. Ini
dapat menyenangkan kerja guru kerana tidak perlu bersusah payah menyediakan
kertas ujian untuk pelajar dan menandai tanpa tidak tahu siapa pelajar tersebut.
Strategi pentaksiran ini boleh menilai pelajar secara langsung kemahiran
kognitif, afektif dan psikomotor secara langsung oleh guru. Kreativiti dan
inovasi pelajar juga dapat meningkatkan melalui kaedah projek dan eksperimen.
REKA BENTUK PENTAKSIRAN
Perbincangan tentang Reka
bentuk merupakan satu prosedur atau bentuk sesuatu yang direka manakala
pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.
Pentaksiran merupakan prosedur
sistematik pengumpulan maklumat yang digunakan bagi membuat inferens ciri-ciri
seseorang atau objek. Pentaksiran adalah pendekatan yang lebih menyeluruh
berbanding pengujian kerana melibatkan semakan rekod latar belakang, temubual,
pemerhatian dan alat pengukuran lain secara maksima dan bersepadu.kebanyakan
pendidik menggunakan istilah pentaksiran, pengukuran dan penilaian bersilih
ganti dalam amalan dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut Popham(2000) menjelaskan pentaksiran lebih sesuai digunakan dalam
bidang pendidikan masa kini. Pelan induk pembangunan pendidikan juga menekankan
perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang lebih bersifat holistik.
Reka Bentuk
Pentaksiran Dalam Bilik Darjah
Pentaksiran dalam
bilik darjah didefinisikan sebagai koleksi, penilaian dan penggunaan maklumat
untuk membantu guru membuat keputusan bagi memperbaiki pembelajaran murid.
Terdapat empat komponen utama dalam melaksanakan pentaksiran dalam bilik
darjah.
1)
Tujuan
Pentaksiran boleh
dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran, tetapi
langkah pertama yang paling penting dalam pentaksiran adalah kejelasan tujuan
pentaksiran atau tujuan mengumpul maklumat. Antara persoalan yang perlu dijawab
adalah, Mengapa perlu melakukan pentaksiran? Adakah maklumat yang dikumpul
melalui pentaksiran dapat mengukuhkan keputusan yang guru buat? Pentaksirasn
autentik dianggap sebagai proses mengukur apa yang pelajar telah pelajari dan
mengredkannya.
2)
Pengukuran
Pengukuran adalah
proses membezakan trait, cirri-ciri dan tingkah laku. Proses membezakannya
boleh menjadi secara formal dan
kuantitatif atau kurang formal seperti pemerhatian
3)
Penilaian
Setelah mengumpulan
maklumat melalui pengukuran, kita perlu memberi darjah angka atau pemerhatian
dalam kerangka rujukan yang jelas .Penilaian menlibatkan penghakiman berhubung
kualiti prestasi atau tingkah laku. Ekspektasi yang guru berikan adalah perkara
penting yang dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah.
4)
Penggunaan Maklumat Pengukuran Dan Penilaian
Kegunaan utama
maklumat dari pengukuran dan penilaian adalah memberi panduan untuk memperbaiki
pengajaran agar lebih berkesan, tujuan pentaksiran, keperluan pelajar dan
ibu-bapa. Kegunaan pentaksiran boleh dibahagiakan kepada tiga kategori utama
iaitu diagnosi, pengredan, pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis digunakan
untukmengumpul maklumat membolehkan guru mengenal pasti bidang pembelajaran
tertentu yang diperlukan perhatian. Diagnosis dapat mengenal pasti mengapa
pelajar menghadapi kesukuran mencapai sesuatu hasil pembelajaran agar
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran spesifik boleh dilakukan untuk
membantu pelajar tersebut.
Pentaksiran Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan
pentaksiran perlu dilakukan untuk menyepadukan pentaksiran dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru harus berketerampilan atau kompeten membuat berbagai keputusan dari mula hingga ke akhir
proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pentaksiran yang baik akan
memberikan maklumat yang objektif yang boleh dijadikan asas dalam membuat
berbagai pertimbangan berhubung pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah boleh dianggap sebagai proses pembentukan atau
pembinaan individu pelajar sebagai seorang pembelajar yang berkesan. Matlamat
akhir yang dapat dilihat pada perkembang pelajar yang diinginkan perlu melalui
peringkat-peringkat penilaian yang penting sepanjang proses pembelajaran.
Perancangan yang dilakukan perlu mempunyai matlamat objektif dan hasil
pembelajaran yang jelas.
Pentaksiran
Sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)
Proses ini merupakan salah satu proses yang
membentuk dan menyokong metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai
pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan murid sebagai
penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid
bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang
kritikal biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat,
menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan
menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.
Pentaksiran
Untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)
Pentaksiran
untuk pembelajaran membolehkan guru mendapatkan informasi bagi tujuan
memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti untuk pengajaran dan pembelajaran.
Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal
pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran
mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan
keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi
turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah
boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran
mereka.
Pentaksiran
Kepada Pembelajaran (Assessment of Learning)
Pentaksiran
kepada pembelajaran sumatif adalah bertujuan memberikan pelajar gred turut secara semulajadi dan digunakan untuk
memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan,
mendemostrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak
hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan
atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru memberi tumpuan dan
penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan menggunakan pentaksiran
bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna
terhadap kebolehan murid.
Proses Pentaksiran /
Langkah- Langkah Menyediakan Reka Bentuk Pentaksiran
Pada peringkat
permulaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat persediaan
awal seperti mengenal pasti apakah konstruk yang hendak dinilaikan kepada
murid. Memperkembangakan an pembelajaran dan pentaksiran untuk sesuatu unit
pengajaran melibatkan empat fasa penting
-
Mengenal pasti hasil pembelajaran
-
Mereka bentuk tugasan pentaksiran
-
Merancang pengalaman pembelajaran dan cara-cara mengajar
-
Memilih pengisian
objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan, dan pada akhir pembelajaran murid tahu apakah kemahiran yang
perlu mereka pamerkan untuk dinilai berdasarkan pentaksiran yang telah
ditetapkan.
Langkah 1: Memilih
kandungan mata pelajaran mengikut standard kurikulum
Langkah2 : Guru perlu merancang kaedah-kaedah /
strategik pengajaran mengikut kesesuaian hasil pembelajaran dan menyediakan
pemetaan yang lengkap sebelum proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan.
Langkah 3: Guru membuat penyediaan bahan-bahan / alat
bantu mengajar mengikut kesesuai topik
dan instrumen- instrumen , senarai semak dan rubrik.
Langkah 4: Guru
memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut masa/ waktu pengajaran
Langkah 5: guru membuat penilaian terhadap hasil yang
diterima oleh murid tersebut dan serta
refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Dalam rekabentuk
pentaksiran yang berasaskan penyiasatan ini murid akan dinilai atau fokus terhadap tahap pemahamam
murid tahun emapat dalam tajuk proses hidup tumbuhan dan berfokus kepada
memahami gerak balas tumbuhan.yang dijalankan secara berkumpulan. Pada akhir
penyiasatan tersebut murid akan dapat menaakul kepentingan air, udara dan
cahaya matahari kepada tumbuhan.Berikut adalah langkah-langkah penyiasatan yang
dijalankan oleh 1 buah kelas murid tahun empat yang mempunyai murid
masing-masing seramai 25 orang. Walaupun penyiasatan dijalankan dalam kumpulan,
laporan penyiasatan hendaklah dihantar dan dibuat secara individu.
Langkah 1 (Set
induksi )
Ø Guru
memaparkan video yang berkaitan dengan proses hidup tumbuhan (tumbuhan bergerak
balas terhadap cahaya matahari, air dan
graviti dan sentuhan
Ø Guru
meminta murid- murid mengambil perhatian terhadap video yang telah di paparkan.
Ø Guru membimbing
murid-murid untuk membina dan seterusnya memperoleh kefahaman masing-masing
mengenai isi pelajaran yang disampaikan
Ø Aktiviti
soal jawab antara guru dengan murid selepas tamat tonton video tersebut.
Ø Murid
telah mengetahui dan mengenalpasti topik
yang akan dipelajari iaitu tajuk tumbuhan
bergerakbalas terhadap rangsangan.
Langkah 2
Ø Murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan yang terdiri daripada 4orang.
Ø Kemudian guru memberi arahan dan mengemukan soalan kepada setiap kumpulan
(soalan murid diminta menyatakan pendapat mereka mengapa tumbuhan
bergerak balas terhadap
rangsangan)
Ø Murid diterangkan tentang gerak balas tumbuhan
terhadap rangsangan.
Ø Murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk
merancang dan membuat penyiasatan tentang gerak balas tumbuhan terhadap
rangsangan.
Langkah 3
Ø Setiap kumpulan
dikehendaki menyediakan bahan-bahan seperti pucuk daun, air, kotak dan gunting.
Murid berbincang untuk menentukan bahan yang perlu dibawa oleh setiap ahli
kumpulan.
Ø Guru
memberi arahan kepada murid – murid
jenis rangsangan yang perlu
membuat penyiasatan berikut adalah aktiviti- aktiviti yang murid perlu membuat
penyiasatan
Aktiviti 1
: Mengenal pasti gerak balas pucuk terhadap cahaya
Aktiviti 2
: Mengenal pasti gerak balas akar kepada air
Aktiviti 3 : Mengenal pasti
gerak balas akar kepada graviti
Aktiviti 4 : Mengenal pasti gerak balas daun terhadap sentuhan.
Langkah
4
Ø Setelah menyiapkan semua langkah penyiasatan, murid
diajukan beberapa soalan berkenaan ramalan apa yang terjadi kepada pokok-pokok
yang disiasat
Ø Guru bersoal jawab
dengan murid untuk menentukan setiap pembolehubah dalam penyiasatan dan meminta
murid meramal pemerhatian yang akan diperolehi hasil daripada penyiasatan
tersebut.
Ø Murid juga diminta
untuk membuat inferens atau kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan
pemerhatian yang akan mereka perolehi.
Langkah 5
Ø Guru menyuruh murid
mempersembahkan hasil penyiasatan mereka secara individu iaitu tugasan 2 secara
pembentangan hasil yang diterima oleh murid masing- masing dalam aktiviti
penyiasatan.
Ø Kandungan- kandungan
yang akan dibentang mesti mempunyai jawapan – jawapan seperti di bawah.
Ø Menyatakan bahagian tumbuhan yang bergerak balas
terhadap rangsangan memerihalkan jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas
tumbuhan. menjelaskan dan contoh gerak balas bahagian tumbuhan terhadap
rangsangan.
Ø Membuat hipotesis bahawa tumbuhan bergerak balas
terhadap rangsangan
Ø Membuat kesimpulan tentang gerak balas bahagian
tumbuhan terhadap rangsangan.
Ø Murid-murid dapat membentuk persembahan secara
kreatif dan inovatif berkaitan penyiasatan tentang gerak balas bahagian
tumbuhan terhadap rangsangan melalui pelbagai kaedah.
Borang Pemerhatian
Nama : _________________________ Kelas:
Mata Pelajaran :
Tarikh :
Catatkan pemerhatian
murid berdasarkan penyiasatan yang telah
kamu jalankan.
Jenis rangsangan
|
Pemerhatian & kesimpulan
|
Cahaya matahari
|
|
graviti
|
|
Air
|
|
Jawab soalan berikut
berdasarkan penyiasatan dan pemerhatian yang telah anda lakukan.
1)
Nyatakan jenis-jenis rangsangan yang bergerak balas tumbuhan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
2)
Nyatakan
bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan berdasarkan penyiasatan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
3)
Mengapakah tumbuhan
respon terhadap rasangan itu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
4)
Bahagian tumbuhan
manakah yang memberi respon terhadap rangsangan itu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
KAEDAH PENSKORAN DAN PENGGREDAN
Markah penskoran melambangkan pencapaian bagi seseorang pelajar.
Pencapaian ini menggambarkan kebolehan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang
atau domain yang diuji. Ia menentukan tahap pencapaian atau penguasaan dalam
bidang yang diuji pada ketika ujian itu dijalankan. Pencapaian dan kebolehan
pelajar mungkin berubah dari masa ke semasa disebabkan maklumat atau
pembelajaran yang sentiasa berlaku.Kaedah penskoran dan
penggredan terdiri daripada senarai semak (check list) dan skala markah (rating
scales). Senarai semak adalah kaedah penskoran untuk respons yang memberi
senarai jawapan muktamad. Ia biasa digunakan untuk item aneka pilihan dan
respons terhad. Bagi skala markah (rating scales) ia terdiri daripada rubrik
yang mempunyai tiga bentuk penskoran atau penggredan iaitu:
a)
Penskoran Objektif Bergred
b)
Penskoran Analitikal
c)
Penskoran Holistik.
Rubrik adalah panduan penskoran untuk menilai
prestasi murid beradasarkan cakupan kriteria yang luas. Ia merupakan alat untuk
mengukur respons atau hasil kerja murid dalam pentaksiran autentik yang dinilai
berdasarkan kriteria dalam kontek tugasan. Rubrik memperincikan tahap prestasi
murid berdasarkan kepada setiap kriteria bagi perkara yang ditaksir.
Bagi
Penskoran Objektif Bergred (Graded Objective Scoring) ia dilakukan dengan terus
memberikan skor penuh kepada respons yang betul. Sekiranya respons tidak
menepati ketepatan tugasan, skor akan diberi kepada peringkat-peringkat yang
tertentu dalam persembahan respons itu. Seterusnya bagi Penskoran Analitikal
(Point-score-method), rubrik ini sesuai digunakan untuk respons yang agak
terhad di mana kejituan dan ketepatan respons adalah diutamakan. Penskoran
analitikal dilakukan dengan cara skor diberikan mengikut poin-poin yang telah
ditentukan untuk satu-satu tugasan item. Caranya adalah dengan mengadakan satu
senarai semak (check list) dan tiap-tiap satu poin itu ditentukan pula skornya.
Skor yang diberikan adalah dengan berdasarkan poin-poin dalam respons calon
tanpa mengambil kira respons secara keseluruhan. Jumlah keseluruhan markah akan
menentukan kedudukan atau pencapaian seseorang calon berbanding dengan prestasi
calon lain.
Bagi
Penskoran Holistik atau dikenali juga sebagai penskoran mutu keseluruhan,
rubrik ini sesuai apabila banyak respons murid yang hendak diperiksa terutama
jenis item respons terbuka. Sesuai dengan dengan maksud holistik yang berasal
daripada perkataan Greek iaiti ‘holos’ yang membawa maksud keseluruhan atau
secukupnya. Penskoran jenis ini menggunakan pendekatan pemberian skor yang
mengambil kira mutu respons secara keseluruhan berdasarkan satu piawai yang
telah ditetapkan. Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan dalam menentukan
piawai harus dikenalpasti, kemudian pelbagai tahap pencapaian ditentukan. Tahap
pemberian skor ini dikenali sebagai gred. Contohnya seperti cemerlang,
kepujian, baik, memuaskan dan lemah. Pentaksir atau pemeriksa akan memeriksa
samada secara membaca, melihat atau mendengar respons calon secara keseluruhan
dan kemudiannya menimbangkan gred bagi respons itu berdasarkan piawai yang
ditetapkan. Setiap piawai gred pula terdapat satu julat skor yang membezakan
pelbagai pencapaian dalam gred itu. Untuk memastikan ketekalan pemberian skor,
lazimnya dijalankan proses yang dikenali sebagai (grade review).
Tujuan
utama rubrik diwujudkan adalah untuk menggambarkan kriteria penilaian yang
konsisten dan adil. Guru, murid malahan ibu bapa dapat bersama-sama untuk
mencari dan menggalakkan murid mendapat hasil atau keputusan yang terbaik
sepertimana yang ditetapkan dalam rubrik. Guru yang baik dan bertanggungjawab
cenderung untuk berkongsi rubrik dengan
murid pada waktu tugas tersebut dibuat dan sama-sama memperbetulkan keadaan
mengikut prestasi dan kemampuan sebenar murid. Tidak disangkal lagi, rubrik
memberi panduan kepada guru untuk memeriksa jawapan yang diberikan murid dengan
tepat selain dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid yang perlu
dititik beratkan.
Kaedah
portfolio yang dijalankan dalam tugasan ini menjadikan rubrik analitikal
sebagai panduan penskoran murid iaitu menilai secara terperinci beberapa aspek
iaitu penyediaan awal bahan, penyelesaian tugasan, proses pelaksanaan, sikap
dan nilai. Berikut merupakan contoh rubrik yang digunakan untuk menilai tugasan
yang diberikan kepada murid bagi pentaksiran mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi ,yang bertajuk Proses hidup tumbuhan bagi murid tahun 4. Rubrik
memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubric
hendaklah telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan
pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercaqyaan
Pentaksiran pusat.
Dalam
proses rubriks, aspek pemarkahan merupakan tugas yang mencabar. Untuk memberi
markah, kita mesti memerhati atau mencerap prestasi yang dijadikan sasaran
penilaian. Pada masa yang sama, kita perlu mengesan dan memilih aspek-aspek
prestasi yang layak diberikan markah. Seterusnya, tahap kualiti prestasi
tersebut hendaklah dipertimbangkan. Hanya dengan itu barulah markah yang wajar
dapat ditetapkan.Tugas yang rumit ini dapat dilaksanakan dengan baik jika kita
membuat persedaiaan rapi. Pertama sekali, sepesifikasi hendaklah disediakan.
Dengan berpandukan spesifikasi tersebut, kita mesti menetapkan kaedah untuk
mencerap dan memberikan markah. Langkah
menstruktur pencerapan itu menggunakan alat yang sesuai.
Skala Kadar
Skala kadar ialah darjah kemajuan yang
menggambarkan pencapaian murid. Skala disembahkan secara angka atau gred.
Semasa merancang pentaksiran guru perlu
menentukan :
Tajuk
Kemahiran , tingkahlaku dan
aktiviti dinyatakan dengan jelas
Penerangan skala dinyatakan
Skala kadar boleh digunakan
secara individu, kelas atau kumpulan
Berdasarkan Instrumen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, terdapat enam skala perkembangan murid bagi
Standard Prestasi yang digunakan dalam rangka pentaksiran seperti berikut:
Tahap penguasaan
1 - Tahu
l Mengingat semula apa yang telah dipelajari/
menyatakan apa yang murid tahu
l Murid
tahu perkara asas, atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 - Tahu + Faham
l Mempunyai kefahaman untuk menukar
bentuk komunikasi, menjelaskan apa yang murid tahu
l Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 - Tahu + Faham + Boleh buat
l Menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru
l Murid
menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 - Tahu + Faham + Boleh buat
dengan beradab
l Menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik
l Murid
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 - Tahu + Faham + Boleh buat dengan
beradab terpuji
l Menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik dan inovatif
l Murid
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6 - Tahu + Faham + Boleh buat dengan
mithali
l Menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, kreatif dan inovatif dan
menjadi contoh
l Murid mampu
menzahirkan idea yang kreatif
dan inovatif, mempunyai keupayaan
membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
Rubrik penyiasatan (Tugasan 1)
Aktiviti Kumpulan
Kriteria
|
0
|
1
|
2
|
3
|
Menyediakan bahan dan peralatan yang
digunakan sebelum penyiasatan
|
Tidak menyediakan peralatan dan bahan
|
Menyediakan 1 atau 2 bahan dan
peralatan
|
Menyediakan hampir lengap bahan dan
peralatan
|
Menyediakan dengan lengkap bahan dan
peralatan
|
Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan yang dugunakan dalam penyelidikan
|
Tidak dapat mengguna dan
mengendalikan sepenuhnya peralatan dan bahan
|
Tidak menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan dengan betul dan selamat
|
Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan dengan betul tetapi tidak selamat
|
Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan dengan betul dan selamat
|
Mengenalpasti Jenis-jenis
rangsangan dalam penyelidikan.
|
Tidak dapat mengendalikan
Jenis rangsangan yang dikaji.
|
Tidak mengendalikan Jenis rangsangan yang dikaji dengan betul dan selamat
|
Mengendalikan Jenis
rangsangan yang dikaji dengan betul tetapi tidak selamat
|
Mengendalikan Jenis rangsangan yang dikaji dengan betul dan selamat
|
Mengendalikan penyiasatan
i.
Fototropisme
ii.
Hidrotropisme
iii.
Geotropisme
|
Tidak dapat megendalikan penyiasatan
dan tidak memahami arahan
|
Mengendalikan penyiasatan dan tanpa
memahami arahan
|
Mengendalikan penyiasatan dan kurang
memahami arahan
|
Mengendalikan penyiasatan dan
memahami arahan
|
Menetukan pembolehubah
|
Tidak dapat menentukan pembolehubah
|
Dapat menentukan sekurang-kurangnya satu
pembolehubah
|
Dapat menetukan sekurang-kurangnya
dua pembolehubah
|
Dapat menentukan ketiga-tiga
pembolehubah
|
Membuat inferens
|
Tidak dapat membuat inferens
|
Dapat membuat sekurang-kurang satu
inferens tentang keperluan asas tumbuhan
|
Dapat membuat sekurang-kurang dua
inferens keperluan asas tumbuhan
|
Dapat membuat tiga inferens tentang keperluan asas tumbuhan
|
Membuat pemerhatian
|
Tidak dapat membuat dan menjelaskan
pemerhatian
|
Dapat membuat pemerhatian tanpa
penjelasan
|
Dapat membuat pemerhatian dan penjelasan
kurang tepat
|
Dapat membuat pemerhatian dan penjelasan yang tepat
|
JUMLAH
SKOR: ( ____ / 70 )
Rubrik penyiasatan (Tugasan 2)
Aktiviti Individu
Kriteria
|
0
|
1
|
2
|
3
|
Menggunakan TMK untuk mengemukakan hasil penyiasatan
secara kreatif dan inovatif
|
Tidak
menggunakan perisian atau bahan lain untuk pembentangan
|
Menggunakan
bahan lain untuk pembentangan
|
Menggunakan
perisian MS Word untuk pembentangan
|
Menggunakan
perisian MS PowerPoint untuk pembentangan
|
Memilih
dan mengaplikasi sumber TMK yang bersesuaian
|
Menghasilkan
persembahan yang tidak mengandungi elemen teks atau imej
|
Menghasilkan
persembahan yang mengandungi elemen teks dan imej dengan menggunakan bahan
lain.
|
Menghasilkan
persembahan yang mengandungi elemen teks dan imej dengan menggunakan perisian
MS Word
|
Menghasilkan
persembahan yang mengandungi elemen teks dan imej dengan menggunakan perisian
MS PowrPoint
|
Menggunakan
TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran
|
Tidak
menggunakan TMK untuk mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan menggunakan
jadual, imej dan warna.
|
Menggunakan
TMK untuk mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan menggunakan jadual, imej
dan warna.
|
Menggunakan
TMK untuk mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan menggunakan jadual, imej
dan warna.
|
Menggunakan
TMK untuk mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan menggunakan jadual, imej
dan
warna.
|
Persembahan
keseluruhan hasil penyiasatan menggunakan TMK
|
Kurang
menarik dan tidak besesuaian dengan hasil pembelajaran
|
Menarik,
kemas dan besesuaian dengan hasil pembelajaran
|
Kreatif,
menarik, kemas dan besesuaian dengan hasil pembelajaran
|
Sangat
kreatif, menarik, kemas dan besesuaian dengan hasil pembelajaran
|
JUMLAH
SKOR: ( ____ / 30 )
Apabila markah keseluruhan
skor diperolehi berpandukan rubrik analitikal yang disediakan, guru atau
pentaksir boleh merujuk kepada rubrik holistik untuk menentukan tahap
pencapaian yang ditetapkan mengikut markah dan kriteria yang ditetapkan.
Berikut merupakan contoh rubrik holistik yang dijadikan sebagai panduan
menentukan tahap pencapaian murid dalam tugasan Matapelajaran Sains bagi tajuk
5.0 iaitu Proses hidup tumbuhan mengikut sukatan KSSR Tahun 4. Dalam topik ini
menyelidik Tumbuhan
bergerak balas terhadap rangsangan.
RUBRIK
PENSKORAN TUGASAN PORTFOLIO (HOLISTIK)
NILAI SKOR DAN KRITERIA
HOLISTIK
|
|
TAHAP PENCAPAIAN
|
PENERANGAN
|
A (Cemerlang) 80-100 markah
|
Menyediakan kesemua bahan yang dikehendaki dan
boleh menyiapkan tugasan dengan sendiri serta mengikut kehendak tugasan
secara terperinci dengan kemas dan kreatif.
Menguasai kesemua disiplin ilmu yang terdapat
dalam mata pelajaran PSSAS dengan baik.
|
B (Kepujian)
60-79 markah
|
Menyediakan bahan yang dikehendaki dan boleh
menyiapkan tugasan dengan bantuan guru serta mengikut kehendak tugasan dengan
tepat dan kemas.
Menguasai kesemua disiplin ilmu yang terdapat
dalam mata pelajaran PSSAS dengan baik.
|
C (Baik)
0-59 markah
|
Menyediakan sebahagian bahan yang dikehendaki
dan boleh menyiapkan sebahagian tugasan dengan bantuan guru serta mengikut
kehendak tugasan dengan memuaskan.
Menguasai disiplin ilmu yang terdapat dalam
mata pelajaran PSSAS dengan memuaskan.
|
D (Memuaskan) 20-39 markah
|
Menyediakan bahan yang dikehendaki namun tidak
memenuhi kehendak tugasan.
Lemah dalam menguasai disiplin ilmu yang
terdapat dalam mata pelajaran PSSAS.
|
E
(Tahap Minimum)
0-19 markah
|
Tidak dapat menyediakan bahan dan gagal
memenuhi kehendak tugasan yang dikehendaki.
Tidak dapat menguasai kesemua disiplin ilmu
dalam mata pelajaran PSSAS.
|
RUJUKAN
Basiah
Abu Bakar, edisi ke-2.(2001) Asas
Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantom Books.
Halil
TURGUT (2008) Prospective Science Teachers’
Conceptualizations about Project Based Learning, International Journal of
Instruction.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (2011) Dokumen
Standard Prestasi Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (2011) Dokumen
Standard Sekolah Rendah Dunia Sains dan Teknologi Tahun Dua
McMillan,
J. H. (2000) Fundamental Assessment
Principles For Teachers And School Administrators. Practical Assessment,
Research & Evaluation.
Md.Arris
b. Haji Abu Yamin, Suwaibatullaslamiah bt. Jalaludin & Alias b. Puteh,
(2011) Buku teks Dunia Sains dan
Teknologi Tahun 2, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Mohd.
Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001) Pengenalan
Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
Mohd.Majid Konting
(2009) Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Osborne,R.J.Bell.B.F
and Gilbert, J.K. (1983). Science
teaching and children'sviews ofthe world. European Journal of Science Ed.
R.Mark
Sirkin,third edition. (1998) Statistics
for the Social Science. California: Sage Publication, Inc.
Sulaiman
Ngah Razali, Ph.D. (1991) Penggunaan
Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wellington,
J. (Ed), (1998) Skills and process in
science education: A criticalanalysis.London: Routledge.
As claimed by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason women in this country live 10 years longer and weigh 19 KG less than us.
ReplyDelete(Just so you know, it has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING about "how" they are eating.)
BTW, I said "HOW", and not "what"...
TAP this link to discover if this brief quiz can help you find out your real weight loss possibilities