Saturday, 6 December 2014

TUGASAN 3 KUMPULAN 3

DISEDIAKAN OLEH     :
ARFA NADWA BINTI JAI (M20131000981)
NURUL HAJAR BINTI ABU SAMAH (M20131000107)
AZIAH BINTI PANDAK (M20131001015)

HARTINI BINTI AHMAD MORSIDI (M20131001163)


1.0       PENGENALAN

Pentaksiran autentik merupakan satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dunia sebenar yang menunjukkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang bermakna (Muller, 2011). Prestasi pelajar biasanya dicapai melalui rubrik untuk menentukan bagaimana pelajar tersebut dapat memenuhi sesuatu standard atau tahap yang telah ditetapkan.

Manakala menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Ia meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

            Menurut Stiggins (1987) dalam Muller (2011), penilaian prestasi digunakan bagi menguji kemahiran khusus dan kompetensi, supaya dapat mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang telah dikuasai. Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru vokal mengajar teori dan teknik dalam nyanyian akan bertindak menyuruh pelajarnya menyanyi dengan kemahiran yang telah dikuasainya sebagai bukti bahawa pelajar tersebut boleh menyanyi dengan baik.





2.0                 HASIL PEMBELAJARAN

Tajuk                                                : Pengurusan Diri
Standard  Kandungan                    : 2.1    Mengamalkan kebersihan diri
Standard Pembelajaran                  : 2.1.1 Menjaga kebersihan kuku, tangan dan kaki
Tunjang yang disepadukan           : Komunikasi, fizikal dan estetika, kerohanian, sikap  
                                                  dan nilai murni.                       
Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menyatakan  tujuh langkah mencuci tangan dengan betul


3.0       STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan 2013). Strategi disini merupakan satu rancangan yang dirancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid untuk belajar.

Pembelajaran menurut kamus dewan (2013) adalah merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Mengikut Woolfolk (1980),  pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru. Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan secara formal dan tidak formal. Pembelajaran secara formal  adalah melalui sekolah, manakala pembelajaran secara tidak formal ialah melalui persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan media massa.

Pengurusan diri adalah salah satu subjek yang di ajar bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid Pendidikan khas ialah murid yang mempunyai masalah bukan sahaja intelek tetapi mempunyai masalah kemahiran motor kasar, motor halus dan pengurusan kehidupan.   Komponen pengurusan diri bermatlamat untuk membimbing dan melatih murid agar berkemahiran dalam mengurus diri sendiri, membantu keluarga dalam mengurus rumahtangga, boleh bersosialisasi dengan persekitarannya dan mampu hidup berdikari. Melalui pengurusan diri murid boleh menyediakan diri menghadapi situasi sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar. Pengurusan diri juga memberi pendedahan kepada murid supaya mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran.

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada standard kurikulum pengurusan kehidupan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina perancangan pengajaran yang sesuai mengikut keperluan. Penglibatan murid secara aktif dapat meningkat  kan pencapaian prestasi murid. 

Di dalam pengajaran matapelajaran pengurusan diri teknik yang biasa digunakan ialah mengaplikasikan dengan dunia sebenar murid. Murid di ajar mengalami dan berada dalam keadaan sebenar sesuatu aktiviti yang dirancang. Contoh adab makan, murid di ajar adab sebelum ,semasa dan selepas makan. Murid  di bawa ke kantin dan di ajar adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Teknik yang digunakan ini berpusatkan murid.  Murid  akan melibatkan diri  di dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam mengajar murid pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang  sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian. Penglibatan murid secara aktif, membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu. Di antara pendekatan yang boleh digunakan ialah seperti analisis tugasan, belajar melalui bermain, pengajaran bertema, pengajaran pengalamian, pembelajaran masteri, dan pendekatan kolaborasi.

Di dalam pengajaran menjaga kebersihan diri bagi matapelajaran pengurusan diri ini, teknik pertama yang digunakan semasa proses pengajaran ialah kaedah simulasi iaitu murid di ajar secara simulasi langkah-langkah mencuci tangan yang betul. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:
  • memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
  • memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
  • mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
  • menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi  cara menggunakan tandas dengan cara yang betul. Murid di ajar cara yang betul duduk di atas tandas duduk dan tandas cangkung. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Pendekatan yang seterusnya ialah pendekatan  pembelajaran pengalamian. Pendekatan ini adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Proses pendekatan pembelajaran pengalamian ialah :
a)    Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu dan kumpulan
b)    Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan  murid.
c)    Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan murid dan mengenai apa yang diharapkan oleh murid.
d)    Murid perlu ditempatkan di dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu.
e)    Pengajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat yang tepat tentang apa yang dibuat atau dipelajari
f)     Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
Di dalam proses pengajaran  teknik pengalamian ini digunakan oleh guru. Guru akan membawa murid ke sinki dan menerangkan kepada murid langkah-langkah mencuci tangan yang betul. Murid akan ditunjuk cara oleh guru cara mencuci tangan yang betul, kemudian murid akan mencuci tangan seperti yang ditunjukkan oleh guru mengikut langkah-langkah. Di sini murid akan mengalami sendiri cara mencuci tangan yang betul. Walaupun mencuci tangan  adalah sesuatu yang mudah bagi kanak-kanak biasa tetapi bagi seorang murid pendidikan khas ia pastinya sesuatu yang sukar. Daya ingatan yang tidak lama menyukarkan mereka mengingati langkah-langkah memcuci tangan tersebut.



4.0       STRATEGI PENTAKSIRAN


Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Pentaksiran pendidikan khas adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di pendidikan khas. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran sekolah  berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi maklumat tentang apa yang telah dilaksanakan atau di capai di dalam PdP. Pentaksiran sekolah dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporan. Pentaksiran ini  perlulah holistik iaitu mampu memberi maklumat yang menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni. Kaedah pentaksiran perlulah fleksibel iaitu yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dan berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran autentik meliputi persembahan karya tulisan asli, mendemonstrasi, portfolio, jurnal, buku log, persembahan dan projek Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan  penguasaan terhadap  kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut. Pentaksiran autentik yang dijalankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan.  


Guru akan melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada standard Pembelajaran. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan standard prestasi. Standard prestasi diukur dengan mengikut tahap penguasaan murid. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan.


Pentaksiran autentik yang digunakan bagi subjek pengurusan diri ini   ialah mendemonstrasi. Murid akan menjalankan demonstrasi langkah-langkah mencuci tangan dengan betul. Guru akan membuat pentaksiran ke atas murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan ialah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengurusan diri ini ialah melalui permerhatian. Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan oleh murid dan bukan hasil akhir yang diperolehi. Guru boleh memerhati langkah-langkah membasuh tangan dengan cara yang betul  yang akan dilakukan oleh murid. Pemerhatian ini akan dibuat sepanjang proses PdP. Senarai semak digunakan untuk mentaksir tahap penguasaan murid. Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu lembaran kerja juga disediakan supaya murid dapat mengenal alat untuk mencuci tangan dan mengingati kembali langkah mencuci tangan.   


Penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar  boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam menggunakan computer. Murid melengkapkan permainan menyusun langkah-langkah mencuci tangan di dalam komputer. Bagi murid pendidikan khas  yang “slow function” kebolehan dalam penggunaan komputer adalah sesuatu yang sukar. Kebolehan mereka menggunakan komputer untuk aktiviti menyusun langkah-langkah mencuci tangan adalah satu kemahiran aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid pendidikan khas.


Kesimpulannya pentaksiran pembelajaran bukan sahaja dapat menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman murid dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan murid.




5.0       REKABENTUK PENTAKSIRAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk adalah bentuk atau corak yang direka. Manakala, pentaksiran proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti, menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan (Noraini, 2005).

5.1       Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang betul agar murid lebih memahami pembelajaran yang dijalankan. Langkah-langkah ini perlu diberi penerangan dan penjelasan yang baik agar objektif pembelajaran yang disasarkan dapat dicapai. Dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Pengurusan Diri langkah-langkah yang diperlukan untuk topik kebersihan diri dan kesihatan adalah seperti di bawah :
Set Induksi   :          
*        Murid memerhati kad gambar tangan yang kotor.
*        Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang dilihat.



Langkah 1
*        Penerangan mengenai kebaikan dan keburukan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
*        Guru menunjukkan simulasi membasuh tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci.
*        Murid memerhati guru mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci tangan dengan cara yang betul.
*        Murid diberi tunjuk ajar/cara mencuci tangan tanpa menggunakan air dan sabun pencuci tangan dengan betul.


Langkah 2   
*        Murid memerhati guru mencuci tangan dengan cara-cara serta langkah yang betul menggunakan air dan sabun pencuci tangan.
*        Murid mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan mengikut langkah-langkah yang ditunjuk oleh guru dengan bantuan.


Langkah 3
*        Murid mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan mengikut langkah-langkah yang betul tanpa bantuan guru.
*        Murid mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan secara individu mengikut langkah yang betul tanpa bantuan guru.
Penutup
*        Menonton video cara-cara mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul.
*        Murid menyebut secara lisan cara-cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.


5.2       Soalan Latihan

                                                TOPIK : KEBERSIHAN DIRI

Nama : _______________________
Hari     : ________________
Tarikh : ________________

a)         Kenalpasti dan bulatkan gambar peralatan untuk mencuci tangan dengan betul.


  


 




                                                                                                          





                                                                           

b)         Susun gambar di bawah mengikut turutan langkah yang betul.

 

 








 











6.0        6.0   KAEDAH PENSKORAN DAN PENGREDAN

Rubrik membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. Rubrik adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. Rubrik holistik memerlukan guru untuk menilai proses keseluruhan atau produk secara keseluruhan tanpa menilai bahagian-bahagian komponen secara berasingan

6.1       Rubrik

Kriteria
0
1
2
3
Buka paip air
Tidak boleh memegang paip air
Boleh memegang paip air
Tidak boleh membuka paip air
Boleh membuka paip
Tutup paip
Air
Tidak dapat menutup paip air
Menutup paip air dengan bantuan
Menutup paip air tanpa  bantuan
Boleh menutup paip air dengan cara yang betul
Mengetahui cara menggunakan sabun
Tidak tahu apa kegunaan sabun
Tahu menggunakan sabun dengan bantuan
Tahu menggunakan sabun tanpa bantuan
Tahu menggunakan sabun dengan cara yang betul
Mengetahui kegunaan tuala

Tidak tahu kegunaan tuala
Tahu menggunakan  tuala dengan bantuan
Tahu menggunakan tuala tanpa bantuan
Tahu menggunakan tuala dengan cara yang betul
Kriteria
0
1
2
3
Membasahkan tangan
Tidak tahu membasah tangan
Tahu membasah tangan dengan bantuan
Tahu membasah tangan tanpa bantuan
Tahu membasah tangan dengan cara yang betul
Menggosok kedua-dua tapak tangan
Tidak boleh menggosok  kedua tapak tangan
Boleh menggosok  kedua-dua tapak tangan
Boleh menggosok kedua tapak tangan tanpa bantuan
Boleh menggosok kedua tapak tangan dengan cara yang betul
Murid menggosok setiap jari dan dicelah jari

Tidak boleh Menggosok setiap  jari dan dicelah jari
Boleh menggosok setiap jari dan dicelah jari dengan bantuan
Boleh menggosok setiap jari dan dicelah jari tanpa bantuan
Boleh menggosok setiap jari dan dicelah jari dengan cara yang betul
Menggosok kuku di tapak tangan
Tidak boleh menggosok kuku di tapak tangan
Boleh menggosok kuku di tapak tangan dengan bantuan
Boleh menggosok kuku di tapak tangan tanpa bantuan
Boleh  menggosok kuku di tapak tangan dengan cara yang betul
Menggosok belakang tangan  dan di celah jari



Tidak boleh menggosok belakang tangan dan di celah jari
Boleh menggosok belakang tangan dan di celah jari dengan bantuan
Boleh menggosok belakang tangan dan dicelah jari tanpa bantuan
Boleh menggosok belakang tangan dan dicelah jari dengan cara yang betul
Kriteria
0
1
2
3
Membilas tangan dengan bersih


Tidak tahu membilas tangan dengan bersih

Tahu membilas tangan dengan bersih dengan bantuan
Tahu membilas tangan dengan
Bersih tanpa bantuan
Tahu membilas tangan dengan bersih dengan cara yang betul


Mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
Tidak tahu mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
Tahu mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu dengan bantuan
Tahu mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu tanpa bantuan
Tahu mengeringkan tangan dengan bersih atau tisu tanpa bantuan

JUMLAH SKOR : _________/33
Murid dikehendaki mencapai tahap minimum = 17

Murid yang tidak mencapai tahap minimum akan mengulang kembali aktiviti yang patut dilakukan sehingga mencapai tahap yang ditetapkan.







7.0       PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

Bagi murid-murid Pendidikan Khas, pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu matapelajaran itu mengambil masa bagi murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang tertentu kerana kekurangan keupayaan yang dialami oleh mereka. Masa yang diperlukan adalah bergantung kepada secepat mana murid khas dapat menguasai kemahiran yang diajar.

Matapelajaran Pengurusan Diri ini telah diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu. Bagi murid khas yang tergolong dalam kategori ‘slow function’ memerlukan lebih daripada satu minggu untuk menguasai kemahiran dalam topik mencuci tangan kerana permasalahan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi tangan dan mata yang sukar.  Oleh sebab itu, topik Kebersihan Diri ini, memerlukan lebih daripada seminggu untuk murid-murid ini menguasai kemahiran dalam mencuci tangan dengan cara yang betul.

Untuk permulaan, murid perlu didedahkan kepada penjagaan kebersihan diri iaitu kebersihan tangan. Dalam 2 waktu pertama, murid perlu dikenalkan kepada peralatan yang perlu digunakan untuk mencuci tangan di mana murid perlu mengenalpasti nama peralatan yang digunakan dengan betul iaitu sabun pencuci tangan dan kain pengelap tangan atau tuala tangan. Murid perlu membezakan di antara sabun pencuci tangan dengan sabun pencuci pinggan, sabun mandi atau sabun pencuci rambut.

Bagi waktu seterusnya iaitu 2 waktu terakhir dalam satu minggu, murid diberi penerangan secara lisan mengenai cara-cara mencuci tangan dengan betul. Murid perlu kenalpasti cara-cara mencuci tangan mengikut susunan yang betul sehingga mereka ingat dan kuasainya.

Minggu kedua pembelajaran, ia berkaitan dengan amali di mana murid perlu menguasai dan mengikuti cara-cara mencuci tangan dengan tunjuk cara yang diajar oleh guru. 2 waktu pertama murid perlu mengetahui cara mencuci tangan tanpa menggunakan ajar dan sabun pencuci tangan. Murid perlu melakukan amali perbuatan ini secara individu dengan bantuan guru secara berulang. Bagi waktu kedua terakhir murid perlu melakukan amali mencuci tangan tanpa bantuan guru secara individu untuk memastikan murid boleh menguasai kemahiran yang ditunjukkan.
           
            Pada minggu ketiga iaitu di akhir pembelajaran, ia berkaitan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun pencuci tangan dengan cara yang betul di mana murid perlu melakukan amali dengan bantuan dari pada guru. Guru menunjukkan cara-cara mencuci tangan mengikut langkah yang ditetapkan dengan betul dan murid perlu mengikutinya secara individu untuk memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran serta dapat mencuci tangan dengan cara yang betul. Dalam minggu ini juga, murid dikehendaki mengenalpasti langkah-langkah mencuci tangan yang betul mengikut turutan yang betul melalui pembelajaran menggunakan kemahiran aplikasi ICT bagi membolehkan murid menambah kemahiran dalam penggunaan komputer.



7.1       Lampiran Pemarkahan Guru

Tajuk                                      : 2         Kebersihan Diri dan Kesihatan
Standard Kandungan         : 2.1      Penjagaan Kebersihan Diri
Standard Pembelajaran      : 2.1.1   Menjaga kebersihan kuku, tangan dan kaki.
____________________________________________________________________
Nama :_____________________________________         
Kelas :_________________          
Tarikh :_________________

Arahan : Tandakan ( Ö ) pada ruangan skor berdasarkan kebolehan murid.

BIL
KEMAHIRAN / AKTIVITI
0
1
2

3
1.
Buka paip air




2.
Tutup paip air




3.
Mengetahui kegunaan sabun




4.
Mengetahui kegunaan tuala




5.
Membasahkan tangan




6.
Menggosok kedua-dua tapak tangan




7.
Menggosok setiap jari dan di celah jari




8.
Menggosok kuku di tapak tangan




9.
Menggosok belakang tangan dan di celah jari




10.
Membilas tangan dengan bersih




11.
Mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu





JUMLAH SKOR KESELURUHAN : (      / 33 )

Tandatangan Guru :

 ...................................................
(                                                      )                                        Tarikh : ___________







BIBLIOGRAFI

Lambert, D. & Lines, D. (2000). Understanding Assessment: Purposes, Perceptions,
Practice. London: Routledge/Falmer.
Mueller, J., (2011), Authentic Assessment Toolbox. Diperolehi pada 12 Oktober 2014 daripada://http:www.jonathan.mueller.faculty.noctrl.edu/toolbox/index.htm.          
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
Tahun 3, Bahagian Pembangunan Kurikulum

No comments:

Post a Comment