Friday, 5 December 2014

Tugasan 1 kump 4




KPN 6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
TUGASAN 1 :
PENULISAN ILMIAH  
 (PENTAKSIRAN AUTENTIK)


DISEDIAKAN OLEH :

1. RANJINI A/P SUPRAMONEY                     (M20132001982)                            
2. JAMUNARANI A/P RAJANDRAN              (M20132001748)
3. SITI HASHA BINTI SAARI                          (M20132001747)                               4. NUR AIN ASYIKIN BINTI ABU HASAN   (M20132001749)              

PENSYARAH :

PROF. AMERATUS. MADYA. DR. OTHMAN BIN LEBAR

1.0 PENGENALAN
Pentaksiran autentik merupakan sesuatu yang baru. Pentaksiran autentik merupakan proses pemerhatian, perekodan dan mendokumentasikan kerja yang dilaksanakan oleh  kanak-kanak dan cara-cara bagaimana kerja  dilaksanakan. Ianya merupakan asas kepada keputusan  pendidikan yang akan member kesan kepada keputusan pendidikan yang akan member kesan kepada individu (NAEYC,NAECS/SDE,1991;Nortwest Regional Educational Laboratory, 1991 ; Grace & Shares,1991).
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistic dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Pentaksiran autentik berbeza daripada program evolusi dan akauntabiliti yang mengukur kepentingan keperluan dan kejayaan seseorang individu daripada mengukur output sesuatu program bersandarkan kepada pengskoran markah daripada kumpulan pelajar yang ramai. Tahap perbezaan ialah, ianya menilai menggunakan pengukuran kebolehan seseorang individu dari segi keupayaan mata pelajaran dan bidang yang dipelajari. Pentaksiran autentik member maklumat kualitatif  yang berterusan yang boleh digunakan oleh guru sebagai alatan arahan yang dapat membimbing seseorang individu (Margaret B.Pucket. Janet K.Black;2000)
Pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh merefleksi tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Pentaksiran autentik juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan  terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik  (Educational Assessment of Students).
Menurut (Bergen, 1993) mengenal pasti tiga sifat penilaian autentik yang merujuk kepada penilaian prestasi dan autentik, satu kriteria yang diberikan adalah berdasarkan kumpulan dan sumbangan daripada setiap diperlukan untuk kejayaan. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan pelajar secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
Pentaksiran autentik  secara realistik ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu (1) penilaian yang terdiri daripada aktiviti realistik, soalan yang dibina berasakan prestasi dan soalan hendaklah mempunyai domain kognitif kompleks. (2) peranan pelajar ialah penilaian yang dibuat adalah formatif, pelajar bekerjasama antara satu sama lain atau dengan guru. (3) pemarkahan iaitu kriteria pemarkahan yang diketahui, penggunaan beberapa indikator atau portfolio dan penguasaan masteri.
Menurut Wiggins (1989) ujian yang autentik harus mempunyai empat ciri iaitu soalan yang dibina mestilah benar-benar mewakili prestasi yang berlaku dalam keadaan sebenar, penekanan yang khusus hendaklah diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran tentang kriteria yang harus digunakan, pentaksiran kendiri memainkan lebih peranan berbanding dengan ujian konvensional dan pelajar dikehendaki membentangkan dan mempertahankan kerja-kerja secara lisan untuk menentukan bahawa penguasaannya adalah benar. Dalam satu artikel berasingan diterbitkan pada tahun yang sama, Wiggins (1989) sekali lagi menekankan betapa pentingnya dunia sebenar (real-world) contohnya menjalankan penyelidikan, menulis laporan, membuat portfolio dan menawarkan kriteria yang meliputi kerjasama antara pelajar, serta mencadangkan supaya soalan dan pemarkahan haruslah kompleks seperti penilaian formatif. Oleh itu, empat dimensi autentik diberikan iaitu struktur dan logistik, ciri-ciri reka bentuk intelek, pemarkahan dan kesaksamaan dan keadilan.
Tambahan pula, Paris dan Ayres (1994) menggambarkan penilaian autentik dari segi kesahihannya ia memerlukan penilaian secara formatif kerana penilaian autentik ditakrifkan sebagai hasil yang bernilai dalam negara dari segi kurikulum dan mesti diselaraskan dengan kaedah pengajaran. Penekanan pada sifat ujian formatif dan keperluan untuk individu (di sekolah atau peringkat daerah) keputusan disesuaikan dengan kriteria luar biasa bagi memastikan ketulenannya. Penilaian autentik menyokong pengajaran bilik darjah, mengumpul bukti daripada pelbagai aktiviti, menggalakkan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar dan mencerminkan  nilai-nilai tempatan, piawaian dan kawalan.
Pentaksiran autentik pada awal persekitaran zaman kanak-kanak digambarkan dengan ciri-ciri seperti dijalankan di alam persekitaran, menggunakan pelbagai kaedah, hubungan antara tujuan penilaian dan penggunaan dan penglibatan keluarga dalam proses penilaian. Menurut Puckett dan Black (2008) mendefinisikan penilaian autentik untuk kanak-kanak termasuk “Empat P” daripada pentaksiran autentik iaitu Proses, Prestasi, Produk dan Portfolio. Adapun portfolio adalah format yang melibatkan bukti berganda bagi pemarkahan yang konsisten berdasarkan garis panduan bagi memastikan ketulenan. Manakala Brown, Hallam dan Brookshire menekankan tentang kepentingan penglibatan keluarga dalam penilaian.

2.0 OBJEKTIF
Objektif pentaksiran dan pnilaian secara umumnya menyatakan, pentaksiran dan penilaian bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan diriny asendiri (Katz, 1997).
3.0 CIRI-CIRI DAN KRITERIA
Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan  berfokuskan murid meneroka sendiri pembelajaran mereka. Seorang pengkaji Nancy Kraft, menyatakan    beberapa cirri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:
a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai.
b. Berorientasikan dunia sebenar.
c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran.
d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi (KBAT).
e. Menggunakan kaedah pengalaman "hands-on".
f. Memberi pemahaman yang tinggi.
g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.
i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri.
k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang 
baru dengan yang lama.
l. Pembelajaran melibtkan data semasa.
m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.
n. Pembelajaran merentasi kurikulum.
o. Guru sebagai fasilitator.
p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
4.0 PERBANDINGAN
David Payne (2003) dalam bukunya bertajuk “Applied Educational Assessment”, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat keatas maklumat. Manakala “Pentaksiran autentik” menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran ini merangkumi pentaksiran dari pelbagai aspek ilmu pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran serta simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Pentaksiran autentik melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang bolek mereflek tahap pembelajaran, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan pelajar. Grace (1992) menyatakan bahawa penilaian ini merupakan amalan yang membabitkan pelajar secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri yang melibatkan pentaksiran yang berterusan.

Pentaksiran autentik yang dijalankan boleh memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada melalui pelbagai bentuk penampilannya. Ia termasuklah pentaksiran terhadap penyampaian pengetahuan melalui portfolio, kerja kursus, ujikaji, temubual, bercerita, projek, eksperimen/demontrasi, sampel penulisan dan pemerhatian guru. Pentaksiran autentik mampu untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan tidak bergantung kepada ujian semata-mata. Pentaksiran autentik didapati boleh membantu pelajar menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna dan mahir menggunakan kemahiran diri yang ada.

Selain itu, ia boleh memberi peluang kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa. Pentaksiran autentik juga dapat merangsang pelajar mengkombinasikan kemahiran, pengetahuan dan kemampuan yang terdapat dalam dunia sebenar. Selaras itu, pentaksiran autentik mampu membantu pelajar meneroka sumber baru dalam menghasilkan produk. Pemikiran aras tinggi akan terbentuk yang memerluakn pelajar menganalisis, mensintesis dan menilai sebelum menghasikan hasil yang bernilai dalam kehidupan. Pentaksiran ini mampu membawa kepada peningkatan potensi serta meneroka penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul.  Pentaksiran autentik didapati memberi kesan baik untuk mengenalpasti dan melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran yang dinilai. Melalui laporan daripada pentaksiran autentik, ia boleh membantu gurudalam memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan pelajar. Ini kerana pentaksiran ini dilihat sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif dan konstruktif. Rudner dan Boston (1994), menyatakan pentaksiran autentik sebagai proses yang memerlukan pelajar mendemontrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilam dalam konteks realiti yang bermakna. Selain itu, ia merupakan penilaian yang telus sebagai medium penyampaian maklumat terus kepada ibu bapa tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Pentaksiran autentik juga dapat dinilai berdasarkan kepada skoran rubrik yang dibina mengikut standard oleh guru tersebut. Selain itu, pentaksiran ini lebih kepada sistem pentaksiran yang berpusatkan kepada pelajar agar pelajar dapat dinilai sepanjang  proses pembelajarannya. Namun begitu, pentaksiran autentik dikatakan lebih sukar untuk dibentuk berbanding kaedah pentaksiran tradisional.

            Dalam sistem pendidikan sekolah kini, pentaksiran autentik baharu sahaja dijalankan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sebelum ini, pentaksiran tradisional yang menggunakan kaedah peperiksaan ujian semata-mata. Melalui pentaksiran tradisional, ia didapti tidak boleh mengukur keseluruhan potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini disebabkan jika melalui peperiksaan berbentuk objektif dilihat hanya menekankan kepada pentaksiran berbentuk kemahiran diskret sahaja dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas, interaksi sosial atau situasi kehidupan sebenar. Huerta-Macias (1995) merujuk sebagai masalah yang berhubungan dengan penilaian tradisional biasanya ia tidak menunjukkan keadaan sebenar mengenai apa yang murid tahu. Manakala pentaksiran alternatif biasanya lebih menguji lebih kebolehan dalam menghadapi ujian (Pavlenko, 2001).

            “Traditional Assessment” juga merujuk kepada pilihan ujian aneka pilihan, isi tempat kosong, menentukan betul atau salah, memadankan dan seperti kebiasaan dalam pendidikan. Ia boleh diseragamkan dan dicipta oleh guru. Pembinaan pentaksiran tradisional adalah berasaskan kepada falsafah pendidikan yang diterimapakai dengan beberapa hujah. Dalam penilaian tradisional, kurikulum akan memacu pentaksiran manakala pentaksiran autentik , penilaian akan memimpin kurikulum. Melalui pentaksiran secara tradisional, penilaian biasanya dibuat mempunyai pilihan jawapan seperti A,B,C dan D dan akhirnya akan membuat pilihan jawapan yang betul. Manakala dalam pentaksiran autentik, penilaian dilaksanakan secara perlaksanaan tugas. Antara perlaksanaan tugas tersebut boleh berbentuk portfolio, kerja kursus, ujikaji, temubual, bercerita, projek, eksperimen/demontrasi, sampel penulisan dan pemerhatian guru. Penilaian autentik memerlukan perealisasian pengetahuan dengan menunjukkan pemahaman dengan melakukan tugasan yang lebih kompleks yang biasanya memberi hasilan yang lebih bermakna.
            Dalam pentaksiran tradisional juga, pelajar memilih sesuatu untuk menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu malah dalam pentaksiran autentik pelajar akan diminta melontarkan pengetahuan melalui penghuraian lanjut tentang sesuatu yang mereka kuasai. Pentaksiran tradisional yang direka bentuk dengan baik sepeti kuiz dan ujian juga berkesan menentukan sama ada pelajar telah memperoleh ilmu pengetahuan atau tidak. Ujian juga boleh menjadi satu bentuk baik bagi pembentukan pentaksiran autentik. Dalam pentaksiran tradisional, pelajar akan cuba mengingat kembali fakta atau idea yang diperoleh sebagai pengetahuan yang menjadikan ujian agak tulen. Sebaliknya pentaksiran autentik memerlukan pelajar menganalisis, sintesis dan menggunakan apa yang dipelajari dalam ruanglingkup yang lebih luas dan pelajar membentuk makna yang lebih berkesan. Selain itu, pentaksiran tradisional lebih berpusatkan guru manakala pentaksiran autentik lebih berfokus kepada pelajar. Dalam penilaian tradisional, pengetahuan dan penguasaan pelajar adalah terhad dan berfokus kepada ujian yang dilaksanakan sahaja. Manakala pentaksiran autentik memberikan lebih banyak pilihan dan boleh mengembangkan penguasaan terhadap sesuatu topik. Walaupun pelajar tidak boleh memilih tajuk atau format sendiri, mereka selalunya mendapat laluan kearah membina hasil atau prestasi sendiri. Jelasnya, penilaian dikawal dengan lebih teliti terhadap kelebihan dan kekurangannya. Persamaan yang wujud antara kedua pentaksiran ini ialah struktur tugas yang diberikan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang mesti dipertimbangkan dalam pemilihan dan pembinaan pentaksiran tersebut.

            Dalam pentaksiran tradisional yang mempunyai kepelbagaian pilihan memerlukan pelajar untuk menganalisis atau mempraktikkan fakta kepada situasi baru bukan sahaja mengingat fakta dan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul. Ia tidak dapat melatih murid untuk berfikir pada aras tinggi dan penilaian ini lebih menjurus kepada ujian dengan menggunakan kertas-pensil atau mempunyai standard penilaian berskala besar. Dalam pentaksiran autentik pula, ia lebih menawarkan eviden yang jelas dan diaplikasikan dalam pengetahuan. Contohnya dalam sesuatu tugasan, pelajar boleh membuat kritikan dengan sesuatu hujahan bagi tujuan persembahan hasilan yang lebih baik. Selain itu, pentaksiran tradisional guru akan merangkumkan seluruh pengajaran untuk melaksana ujian. Ini kerana ujian biasanya akan menilai sampel pengetahuan dan pemahaman pelajar dan akhirnya beranggapan pemahaman pelajar adalah berada dalam penilaian yang relevan melalui instrumen ujian. Namun sebenarnya prestasi yang baik itu tidak menggambarkan pengetahuan terhadap semua perkara. Dengan pentaksiran autentik, guru digalakkan untuk mengajar kepada yang terbaik. Pelajar perlu belajar bagaimana untuk menghasilkan tugasan yang bermakna. Prestasi yang baik dilihat kepada rubrik tugasan pada masa yang benar-benar sesuai. Sebagai pendidik, pentaksiran autentik merupakan penilaian menggunakan tugasan atau konteks “dunia sebenar”. Lebih banyak eviden sebenar yang lebih bermakna diaplikasikan dalam pengetahuan dan kemahiran pelajar.

5.0  PENSKORAN RUBRIK
Penskoran rubrik adalah merupakan skema penskoran deskriptif yang digubal oleh guru atau lain-lain pentaksir untuk memberi panduan dalam menganalisis produk atau proses tugasan pelajar.  (Brookhart, 1999). Penskoran rubrik juga kebiasaannya digunakan apabila penilaian ke atas kualiti diperlukan untuk menilai pelbagai subjek dan aktiviti. Selain itu, penskoran rubrik ini juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan persembahan  lisan. Manakala persoalan di mana dan bila penskoran rubrik digunakan bergantung kepada  tujuan sesuatu pentaksiran itu dijalankan.
Apakah itu rubrik?
Rubrik adalah panduan atau matriks penskoran yang piawai. Iaitu ia mengandungi garis panduan yang telah ditetapkan. Ia juga adalah satu instrumen penskoran untuk pentaksiran prestasi (performance) seseorang pelajar. Ia juga adalah untuk  mengenalpasti kriteria penting dan tahap prestasi/kejayaan bagi setiap kriteria serta menjelaskan perbezaan kualitatif dan kuantitatif. Rubrik juga mengandungi kriteria yang didefinisi dengan baik dan digunakan dengan sistematik. Selain itu ia berguna  untuk mentaksir perlakuan atau produk yang mempunyai komponen subjektiviti yang tinggi (tidak boleh diskor secara objektif) Contohnya persembahan lisan, reka bentuk projek, kemahiran berpasukan dan kepimpinan. Antara lain, penskoran rubrik biasanya digunakan apabila pertimbangan (judgment) kualiti diperlukan. Penskoran rubrik juga memberi sekurang-kurang nya dua faedah dalam proses penilaian iaitu, pertama, ia menyokong pemeriksaan ke atas sejauh mana kriteria yang ditetapkan telah dicapai.  Kedua, ia menyediakan maklum balas kepada pelajar tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi mereka.
Contoh penskoran rubrik
TAHAP
CEMERLANG
4
BAIK
3
SEDERHANA
2
LEMAH
1
MARKAH

CS2
(KIM)
Kebolehan
Mengamalkan
kemahiran
mendengar
yang aktif
dan memberi maklumbalas

Mendengar dengan penuh perhatian,  menunjukkan minat apa yang didengar serta memberi maklum balas yang tepat

Mendengar
dengan
penuh perhatian,
menunjukka nminat
apa yang didengar tetapi memberi maklumbalas yang kurang tepat

Kurang
memberi
perhatian
kepada apa yang didengar dan jarang memberi maklumbalas

Tidak
Member
Perhatian
kepadaapa yang didengar dan tidak memberi maklumbalas



6.0  PENUTUP
Pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang bersesuaian untuk di cadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan. Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerlukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan tiada mengalami kecacatan.

No comments:

Post a Comment