Friday, 5 December 2014

Rubrik Jahitan

MURUGAN A/L BALASUNDRAM
( M20132001756 )
NORSUHAILA BT NORDDIN
( M20132001752 )
ZAINARIAH BT ABDUL GANI
( M20132001758 )
NOR MAZLIN BT ABD LATIF
( M20132001757 )



KAEDAH PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)
1.0       PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat  menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem penaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson, 1990).
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran  motivasi.
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.
 Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian  pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak  mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif  di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006.
Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010).
Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah ia diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu.




  
2.0  HASIL PEMBELAJARAN


Matapelajaran                       : Kemahiran Hidup
Topik                                               : Jahitan
Standard Kandungan         : Menghasilkan Artikel Mudah


STANDARD PEMBELAJARAN (Hasil Pembelajaran):
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
1)      Menghasilkan artikel mudah dengan baik
2)      Menghias artikel mudah menggunakan jahitan jelujur halus
3)      Menjana idea kreatif bagi mengahasilkan produk yang menarik



3.0  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi ialah satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.manakala pengajaran pula membawa maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu menurut kamus dewan 1998, strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Di dalam konteks pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Strategi pengajaran boleh diklafikasikan kepada tiga kategori yang utama iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan pelajaran. strategi pemusatan guru berlaku di mana guru mengawal keadan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. mengikut brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu penekatan yang mudah dirancang dan diurus.
Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah penerangan, demostrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, pengajaran mikro, bercerita dan keseluruhan kelas. manakala ciri-ciri strategi pemusatan guru pula ialah komunikasi sehala, murid pasif dan mendengar sahaja, guru mengarah dan mengawal pembelajaran, murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif, mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru, guru berkuliah, kepimpinan bercorak autokratik, murid kurang berminat terhadap penerangan guru, menekankan ujian sumatif, sifat-sifat sosial kurang dipupuk dan yang terakhir ialah guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran,
Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran beliau. Di dalam bilik darjah guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan atau individu. antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan murid ialah projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan dan pembelajaran melalui pengalaman.
Ciri-ciri strategi pemusatan murid ialah berlaku pemindahan pembelajaran, komunikasi dua hala, naluri ingin tahu berkembang, kepimpinan bercorak demokratik, mementingkan perkembangan jasmani, emosi, roani dan intelek, disiplin tidak terkawal, menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid, pembelajaran bercorak pengarahan kendiri, murid lebih kreatif, murid minat dalam pelajaran, sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong, murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Takrifan PBP itu sendiri berbeza-beza mengikut perspektif pengkaji yang berminat dengan kaedah ini. Selain itu, definisinya masih menjadi perdebatan sehingga sekarang kerana definisi yang berbeza datang dari pelbagai bidang kajian dan sempadan geografi serata dunia. PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) (Veerasamy, 2010), manakala Nation (2008), Beddoes (2010), Zimmerman (2010) dan Kaldi et al. (2011) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'.

Salah satu ciri PBP yang dipersetujui ramai kerana is berasaskan soalan yang bermakna, menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada mereka, selain sangat dekat dengan konteks dunia sebenar Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.
Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.
Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui  “Handbook-Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan. Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.

4.0  STRATEGI PENTAKSIRAN

Terdapat pelbagai kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk menjalankan penaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, penaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses penaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.   

4.1   TUJUAN PENAKSlRAN AUTENTIK
Penaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan. Antara tujuannya ialah:
Ø  Membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna.
Ø  Mendedahkan murid dengan  pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
Ø  Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
Ø  Merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Ø  Mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.


4.2      KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK

O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah penaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti berikut :
Ø  Temubual / Bersoal jawab - Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi
Ø  Penceritaan semula / Bercerita - Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka
Ø  Sampel penulisan - Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan.
Ø  Pameran - Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran.
Ø  Eksperimen/ Demostrasi - Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen.
Ø  Pemerhatian guru - Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas.
Ø  Portfolio - Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa.                      

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak  secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.                                                                                                                      


  
4.3 CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

            Pembelajaran berasaskan projek boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. Proses penilaian dijalankan pada awal proses sehingga ke tahap hasil yang telah siap. Selain itu, interaksi antara guru dan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan dilakukan pada setiap tahap di mana guru akan bertindak sebagai fasilitator. Sebelum projek dijalankan, guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap kepada murid. Proses pembelajaran berasaskan projek melibatkan pengumpulan dan pemprosesan bahan maklumat dan data serta pelaporan hasil dan refleksi kendiri. Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid serta berorientasikan dunia sebenar.


4.4 STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

            Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menjalankan pembelajaran berasaskan projek. Antaranya ialah :
  1. Memberi tugasan mengikut kurikulum
  2. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat
  3. Menentukan jadual kerja
  4. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil
  5. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan
  6. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek
  7. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek
  8. Pelaksanaan dan perancanga projek haruslah berperingkat
  9. Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
  10. Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek


4.5       KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan pembelajaran berasaskan projek. Antaranya ialah :
  1. Penyataan masalah atau isu
  2. Idea pelajar
  3. Pelaksanaan projek (pengumpulan dan pemprosesan bahan/maklumat/data)
  4. Pembentangan projek/hasil tugasan
  5. Penilaian
  6. Laporan


5.0 REKA BENTUK PENTAKSIRAN
Dalam rekabentuk pentaksiran ini akan menilai kemahiran murid Tahun 4 KSSR dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Asas – Jahitan, tajuk Artikel Mudah yang dijalankan secara individu. Pada akhir tugasan tersebut, murid akan dapat menyiapkan artikel mudah. Berikut adalah langkah-langkah pembuatan artikel mudah yang dijalankan oleh kelas pendidikan khas iaitu murid Tahun 4 KSSR yang terdiri daripada seramai 7 orang murid. Laporan untuk pemerhatian dan penggredan dijalankan dan dibuat secara individu.


Langkah 1 – Mengumpul Bahan
·         Murid dikehendaki mengumpul bahan seperti gambar artikel mudah di internet dan majalah.
·         Murid mengumpul bahan yang mereka dapat dari internet dan majalah. Ada yang guru sediakan (bagi murid yang kurang mampu untuk mencari maklumat di internet).
·         Murid perlu menggunting dan gam gambar yang mereka telah kumpul pada helaian portfolio mereka.

Langkah 2 – Undian
·         Undian dilakukan untuk menentukan murid mana akan buat untuk guru dan PPM.
·         Undian secara rawak iaitu guru menulis nama guru-guru dan PPM, kemudian di lipat, murid akan memilih kertas yang berlipat tadi.
·         Apabila murid tidak mampu untuk melakukan projek tersebut, murid akan dibantu oleh guru dan PPM yang bertugas.

Langkah 3 – Pemilihan Bahan
·         Murid menulis apa yang mereka mahu buat untuk guru atau PPM. Ayat akan ditulis oleh guru, kemudian murid perlu menyalin semula. Ini kerana murid tidak mahir untuk membina ayat dengan sendiri.
·         Pada masa ini, murid juga perlu mengumpul bahan untuk melalui proses menjahit.
·         Murid juga akan memilih jahitan yang akan mereka gunakan. Murid hanya menjahit jahitan Jelujur Kasar dan Jelujur Halus sahaja. Sekiranya murid ada dan tahu menjahit jahitan lain, amat dialu-alukan.

Langkah 4 – Membuat Draf
·         Murid melukis draf untuk produk mereka. Mereka perlu mengambil idea dari gambar-gambar yang terkumpul ataupun dari idea mereka sendiri.
·         Murid diberi kebebasan untuk melukis pelbagai idea mereka.
·         Pada akhirnya, murid perlu melukis draf akhir, iaitu gambaran hasil produk mereka.

Langkah 5 – Pemilihan Bahan Akhir
·         Murid mengumpul bahan untuk melakukan proses menjahit nanti.
·         Murid perlu menyediakan dan mengumpul bahan seperti kain, warna kain yang sesuai, benang, jarum dan juga hiasan.
·         Murid juga perlu mengambil ukuran untuk penghasilan produk mereka dan seterusnya menggunting mengikut ukuran tersebut.
·         Ini dilakukan supaya murid lain dapat menggunakan warna kain yang sama untuk produk mereka pula.

Langkah 6 – Proses Menjahit
·         Murid mula menjahit produk mereka.
·         Murid akan sentiasa diselia oleh guru dan PPM yang bertugas.
·         Murid perlu mengikuti setiap arahan guru.
·         Murid perlu diingatkan dari masa kesemasa supaya tidak bermain-main dengan peralatan menjahit.

Langkah 7 – Hasil Akhir Murid
·         Murid siap menjahit produk.
·         Guru akan mengambil gambar murid bersama produk dan kemudiannya mengambil gambar murid member produk mereka tadi kepada guru yang telah ditetapkan awal-awal tadi.


Berikut merupakan hasil undian mengikut guru dan murid dan juga nama produk murid.

NAMA GURU
NAMA MURID
PRODUK
Cik Nor Mazlin
Harris Haqimi
Sarung telefon bimbit
Pn Intan Nor Baizura
Mohd Hafiz
Rantai kunci
Pn Norhayati Nai’mi
Nurul Asyiqin
Rantai kunci
Pn Sakinah
Loh Zhi Qin
Sarung ‘pendrive’
Cik Norshamira
Siti Khadijah
Sarung telefon bimbit
Pn Norizan (PPM)
Mohd Khairul Azmir
Sarung telefon bimbit
Cik Noraini (PPM)
Mohd Shahrizat
Sarung telefon bimbit

     
Jadual pemerhatian mengikut minggu yang menunjukkan kemajuan murid menyiapkan produk.

Nama murid
M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
Harris Haqimi
P
P
P
P
P
P

Mohd Hafiz
P
P
P
P
P
P
P
Nurul Asyiqin
P
P
P
P
P
P
P
Loh Zhi Qin
P
P
P
P
P
P
P
Siti Khadijah
P
P
P
P
P
P
P
Mohd Khairul Azmir
P
P
P
P
P
P

Mohd Shahrizat
P
P
P
P
P
P


*M – Minggu

Penunjuk:-
Minggu 1 – Mengumpul bahan dan mengundi
Minggu 2 – Pemilihan bahan
Minggu 3 – Pemilihan bahan akhir
Minggu 4 – Proses menjahit
Minggu 5 – Proses menjahit
Minggu 6 – Proses menjahit / persembahan
Minggu 7 – Persembahan (lewat)



6.0 KAEDAH PENSKORAN DAN PENGGREDAN

Berikut merupakan contoh  rubrik yang digunakan untuk menilai tugasan yang dilakukan oleh murid dalam menjalankan tugasan mereka.

Rubrik Skor Projek 1 Murid 1 Produk

KRITERIA
0
1
2
3
Mengumpul bahan sebagai persediaan mengumpul idea
Tidak dapat menggumpul dan mencari gambar-gambar sebagai idea untuk melakukan tugasan
Dapat mengumpul gambar dari majalah sahaja
Dapat mengumpul sedikit  gambar dari internet dan sedikit dari majalah
Mengumpulkan pelbagai sumber untuk mendapat idea seperti internet, majalah, gambar dan lain-lain
Memilih bahan yang sesuai sebelum menjahit
Tidak dapat memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan produk akhir
Memilih mengikut yang telah guru tetapkan sahaja
Memilih mengikut yang telah guru tetapkan tetapi ada inisiatif untuk menambah bahan lain sebagai idea
Memilih pelbagai bahan selain dari yang telah guru senaraikan, termasuklah jahitan yang digunakan
Membuat draf awal dan draf akhir
Hanya melukis apa yang telah guru arahkan sahaja
Melukis draf mengikut gambar yang mereka kumpul
Melukis draf idea sendiri
Melakukan lebih dari 3 draf produk dan menggabungkan draf-draf tadi pada draf akhir produk
Pemilihan bahan akhir untuk melalui proses menjahit
Tidak dapat mengumpul bahan sebelum proses menjahit
Memilih bahan yang kurang sesuai dari bahan yang guru sediakan
Memilih bahan yang sesuai dari bahan yang guru sediakan
Memilih bahan yang sesuai dari bahan yang guru sediakan ditambah dengan bahan yang dibawa sendiri dari rumah
Melalui proses menjahit
Murid dibantu sepenuhnya oleh guru dan PPM setiap dan sepanjang proses menjahit
Murid dibantu sekali sekala oleh guru dan PPM
Murid menjahit sendiri tapi perlu sentiasa diselia oleh guru
Murid sepenuhnya menjahit produk tanpa bantuan guru dan PPM
Persembahan akhir murid
Murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
Murid menyiapkan tugasan tapi tidak tepat pada masa yang ditetapkan
Murid menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan
Murid dapat menyiapkan tugasan awal dari masa yang ditetapkan oleh guru




Jumlah Skor: _____ / 18

Rubrik yang dibina mempunyai pembahagian skor mengikut gred seperti berikut:

GRED
SKOR
A
14-18
B
9-13
C
4-8
D (GAGAL)
0-3

            Jumlah skor tersebut akan di gabungkan dengan markah Penilaian Akhir Tahun 2015 murid.




7.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

Tugasan Kemahiran Hidup asas ini yang menfokuskan kepada projek menjahit iaitu 1 Murid 1 Produk untuk guru dan PPM (Pembantu Pengurusan Murid)   dapat memberi pengalaman sebanar kepada murid melalui pengalaman dan pengetahuan yang dibelajar didalam kelas bagi menjalani kehidupan seharian. Projek ini memerlukan masa yang panjang lebih daripada satu atau dua waktu pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang dan menguruskan masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat  secara individu. Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama.

Pada keseluruhannya, projek menjahit ini menggunakan 10 waktu untuk mengendalikan dan menyiapkan projek ini bersama murid KSSR Tahun Empat. Setiap minggu masa yang diperuntukkan untuk  mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas ini ialah 2 waktu sahaja. Pada minggu pertama dapat dilihat guru pada peringkat awal perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang dirancang. Untuk memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru perlu menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Dalam projek ini guru telah menggunakan kaedah CRCD iaitu (Collect, Relate, Create dan Donate)

Pada minggu pertama guru memberi penerangan kepada murid mengenai projek jahitan yang ingin dilaksanakan. Murid perlu mengetahui dan memahami tujuan projek ini dilaksanakan, hasil pembelajaran yang akan diperolehi. Guru  telah menunjukkan beberapa contoh hasil projek yang telah disiapkan untuk memberi gambaran kepada  murid membuat lakaran draf projek. Murid diminta memikirkan idea yang kreatif dan diminati bagi membuat projek ini. Pada peringkat pertama ini, murid mengumpul bahan dan gambar  melalui pelbagai media Contohnya melalui pengumpulan internet, majalah dan sebagainya. Pergerakan murid dipantau oleh guru semasa proses pengumpulan bahan dijalankan
 Selain itu, langkah yang seterusnya, guru telah membuat undian secara rawak  untuk menentukan murid  terhadap pemilihan nama guru dan PPM sebagai produk atau projek yang akan dihasilkan. Dalam langkah ini bagi murid yang tidak mampu akan dibimbing oleh guru dan PPM. Bagi memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Selain itu, guru juga telah menerangkan rubrik penskoran yang perlu dipenuhi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Ia bertujuan supaya memberi kefahaman dan dorongan kepada murid-murid untuk mendapatkan skor yang maksimum  untuk pentaksiran yang dibuat oleh guru. Di dalam pentaksiran yang dibuat juga, penggredan dan penskoran akan dibuat secara individu.
 Pada minggu kedua  guru meminta murid menulis apa yang mereka perlu buat mengenai projek 1 Murid 1 Produk untuk guru dan PPM. Contohnya,  Bantal, Sarung Telefon,  Rantai kunci, Perhiasan dan sebagainya. Murid juga mengumpul bahan apa yang perlu untuk proses menjahit dan murid  membuat pilihan untuk jenis jahitan yang akan digunakan dalam menghasilkan projek tersebut Contohnya, Jahitan Jelujur Kasar, Jahitan Julujur Halus, Jahitan Kia dan sebagainya. Guru memberi kebebasan kepada murid untuk memilih jenis jahitan secara bebas mengikut minat dan tahap kebolehan murid. Pada peringkat ini juga, murid melukis draf untuk produk mereka dan murid boleh memilih pelbagai bentuk, bahan atau rekaan. Murid diminta menunjukkan draf akhir kepada guru.
 Selain itu, bagi minggu ketiga, murid telah mengumpul bahan untuk proses menjahit. Contohnya murid mengumpul bahan seperti kain, warna kain, benang, jarum dan juga hiasan. Murid juga mengambil ukuran untuk penghasilan produk mereka Contohnya sekiranya murid ingin memberi seseorang guru sarung telefon, murid tersebut boleh meminta keizinan kepada guru atau PPM yang terlibat untuk mendapatkan ukuran yang betul. Hal ini bertujuan bagi memastikan projek yang dihasilkan tepat dan betul terutamanya yang melibatkan ukuran. Pada peringkat ini juga, murid mula menjahit produk mereka.  Ketika aktiviti menjahit dilaksanakan murid sentiasa diselia oleh guru dan PPM dan perlu mengikuti arahan guru.  Bagi mengelakkan sebarang kemalangan kecil atau besar ketika aktiviti dijalankan.
 Disamping itu, pada minggu keempat dan kelima, murid terus melaksanakan proses menjahit sehingga jahitan siap. Walaupun anggaran masa yang ditetapkan oleh guru adalah dalam tempoh 4 minggu namun projek jahitan ini dapat disiapkan selama 5 minggu. Murid diminta mendengar setiap arahan yang guru berikan ketika menjahit. Setelah siap menjahit murid diminta member produk mereka kepada guru atau PPM mengikut undian nama masing-masing. Hal ini secara tidak langsung murid dapat berkongsi idea mereka dan menyumbang hasil kerja mereka kepada guru, PPM dan juga rakan yang lain.



  
8.0 LAPORAN PENTAKSIRAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Jahitan merupakan salah satu subjek yang penting untuk pelajar-pelajar keperluan khas tahap dua. Mereka didedahkan dengan kemahiran asas menjahit sehinggalah kepada menyediakan bahan (projek). Dengan pendedahan yang diberikan ini membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran tersebut di rumah, lebih-lebih lagi apabila mereka berhadapan dengan situasi alam pekerjaan pada masa akan datang. Kemahiran jahitan dapat membolehkan murid-murid khas mempunyai kemahiran asas jahitan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Contohnya untuk membaiki pakaian yang koyak dan tetas, menampal, menjahit butang dan kancing yang tertanggal, membuat artikel mudah dan jika boleh dapat menjahit pakaian sebagai satu kerjaya pada masa depan. Hal ini walaupun  kemahiran jahitan diajar di sekolah, namun kemahiran tersebut memerlukan kesinambungan dengan latihan kendiri semasa di rumah. Sokongan serta kebersamaan ibu bapa amat perlu bagi memastikan setiap kemahiran yang diajar dapat dikuasai dengan cemerlang. Oleh itu untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru supaya murid dapat menguasai kemahiran ini.
 Selain itu, jahitan merupakan kemahiran yang perlu ada di dalam setiap diri masing-masing. Aktiviti ini menggunakan kain perca, jarum gunting dan benang. Ia banyak memerlukan kesabaran dan penumpuan individu. Bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Asas ini memerlukan kemahiran yang ditunjukkan oleh murid KSSR Tahun Empat bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Jenis jahitan yang diajar ialah yang paling mudah sekali iaitu jahitan jelujur halusdan jelujur kasar. Hanya beberapa orang murid sahaja yang boleh menjahit dengan dibantu oleh guru. Hal ini kerana, penumpuan murid terhadap kemahiran menjahit perlu lama dan berhati-hati.
Disamping itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menjahit dijalankan terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dan murid.  Antaranya ialah faktor keselamatan terhadap peralatan yang tajam seperti jarum dan gunting. Hal ini kerana murid Pendidikan Khas perlu didedahkan dan diingatkan berulangkali tentang aspek keselamatan seperti murid tidak boleh menggunakan alatan  jahitan sehingga mendapat kebenaran daripada guru supaya pekara-pekara yang tidak diingini berlaku Contohnya tercucuk jarum, terkena gunting dan sebagainya. Sebagai langkah berjaga-jaga dapat dilihat guru telah  membawa ‘ First Aid’  ketika aktiviti menjahit dijalankan. Semasa  proses pengajaran dan pembelajaran ini berlaku dapat dilihat ada beberapa orang murid masih belum dapat menguasai kemahiran menjahit dengan baik. Hal ini kerana, faktor yang ketara dapat dilihat kerana murid ini baru didedahkan dengan kemahiran menjahit  menyebabkan mereka berasa kekok untuk membuat aktiviti  yang dijalankan.
Diantara kekangan yang dapat dilaporkan disini ialah peralatan seperti jarum yang disediakan oleh pembekal tidak sama seperti yang diminta oleh guru kerana jarum yang digunakan kecil . Hal ini secara tidak langsung menyukarkan proses menjahit bagi murid Pendidikan Khas yang baru ingin belajar. Sekiranya, jarum yang dibekalkan adalah bersaiz besar akan memudahkan murid untuk membuat jahitan kerana murid dapat memegang jarum dengan lebih selesa. Kehadiran murid juga agak merosot dan tidak memberangsangkan menyebabkan projek menjahit yang ingin dibuat mengambil masa yang lama. Ketidakhadiran murid ini, melibatkan murid yang berlainan kerana masalah kesihatan dan sebagainya.  Guru perlu mengulangi langkah yang sama setiap kali proses pengajaran.

Selain itu, kekangan lain yang dapat dilihat disini ialah aktiviti menjahit perlu megambil masa yang lama. Namun begitu, waktu yang ditetapkan kepada guru  terhad iaitu 60 minit sahaja setiap minggu. Hal ini menyebabkan guru dan murid tidak dapat menyiapkan projek yang dirancang pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, murid terpaksa memanfaatkan waktu tersebut dengan bimbingan guru mata pelajaran supaya mereka dapat menyiapkan projek yang dibuat dengan dapatan yang baik dan kemas. Keadaan ini memaksa guru untuk memberikan kebenaran dan peluang kepada murid yang mendapat skor yang rendah untuk membaiki semula hasil projek mereka. Walau bagaimana pun, pentaksiran dan penilaian terhadap murid perlu dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Pelbagai bentuk pentaksiran boleh dilaksanakan untuk menguji setiap topik yang diajar mengikut kesesuaian kaedah pelaksanaan dan teknik yang digunkan oleh guru mata pelajaran
Pemerhatian terhadap masalah kordinasi mata dan tangan murid juga memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini. Hal ini kerana murid yang menghadapi masalah kordinasi mata dan tangan akan menghadapi sedikit masalah seperti sukar untuk memasukkan benang kedalam jarum, kelemahan motor kasar dan motor halus seperti memegang benang, jarum dan kain. Mereka memerlukan ketekunan dan penumpuan yang tinggi semasa aktiviti menjahit dijalankan. Bimbingan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) secara tidak langsung dapat membantu murid tersebut untuk melakukan projek jahitan ini walaupun dengan kadar yang perlahan dan minima.
Jesteru, dapat dilihat murid-murid ini kekurangan idea semasa mendraf lakaran projek yang diminta oleh guru menyebabkan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menunjukkan  beberapa contoh hasil projek untuk mengeluarkan idea mereka. Kebanyakan daripada mereka kurang kreatif dalam memilih barang perhiasan yang perlu dijahit pada kain projek bagi memastikan projek itu kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan perhiasan untuk dijahit amat terhad yang dibekalkan oleh guru. Murid tidak membawa sebarang perhiasan tambahan  yang disuruh oleh guru.
 Namun begitu, ada juga beberapa orang murid yang mempunyai idea yang kreatif dan amat berminat dengan projek ini. Aktiviti menjahit ini, amat menarik minat mereka sehingga dapat mengeluarkan pelbagai idea untuk dibuat draf projek. Guru teruja untuk melihat hasil jahitan. Akhirnya hasil yang diusahakan adalah amat berbaloi dan cantik. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang yang cerah untuk menghasilkan pendapatan sekiranya rajin. Keyakinan murid juga merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan penting untuk menjayakan projek jahitan yang kreatif.  Hal ini dapat dilihat, ketika murid-murid menjalankan aktiviti jahitan murid kelihatan kurang berkeyakinan untuk membuat jahitan. Murid-murid kelihatan seperti takut untuk menjahit diatas kain yang diberikan kerana bimbang melakukan kesalahan.
Pemantauan guru bagi setiap murid dari setiap langkah ke langkah yang lain amat penting, kerana murid Pendidikan Khas mudah hilang tumpuan, dan ada juga yang mudah rasa kecewa apabila tidak dapat membuat aktiviti ini dengan sebaik mungkin. Ada juga murid yang tergesa-gesa ketika menjahit kerana ingin menyiapkan projek jahitan dengan cepat tanpa mendengar arahan daripada guru. Oleh itu, hasil projek jahitan yang diperolehi tidak seperti yang dikehendaki oleh guru. Mereka memerlukan sokongan dan bimbingan ketika aktiviti sedang dijalankan. Namun begitu, apabila mereka sudah biasa dengan aktiviti menjahit mereka sudah pandai menjahit sendirian dan guru hanya melihat pada jarak yang jauh.



9.0 KESIMPULAN

            Secara keseluruhannya, pembelajaran berasaskan projek boleh memberikan pelbagai impak positif terhadap pembelajaran murid. Antaranya ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelajar. Kaedah ini juga boleh menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid juga akan lebih memahami dan boleh mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Guru pula boleh mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu dalam komuniti. Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan akauntabiliti dan penentuan maklumat dengan lebih berkesan. Selain itu, ia boleh memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.


  
10.0 SENARAI RUJUKAN

Boss. S & Krauss. J. (2007). Reinventing Project Based Learning. International Sociey for Technology in Education.

Bender, W. (2012). Project Based Learning : Differentiating Instruction for the 21st Century. A Sage Company : California.

Nitce Isa Medina Machmudi Isa, Mai Shihah Hj Abdullah. (2013). Pembelajaran Berasaskan Projek : Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti Pendidikan Sultan Idris : Perak.










No comments:

Post a Comment