PENTAKSIRAN
AUTENTIK
KPN
6074
TUGASAN
KUMPULAN
TAJUK
:
PEMBINAAN
RUBRIK PENSKORAN BAGI TOPIK KONSEP KETUMPATAN DAN KEAPUNGAN
PENSYARAH:
PROFESOR
EMIRITUS DR. OTHMAN B LEBAR
DISEDIAKAN
OLEH:
NAMA
AHLI KUMPULAN
|
NO.
KAD MATRIK
|
AZLINA
AMAT YASIN
|
M20132001951
|
NURUL
ASHIKEN MOHD RASHID
|
M20132001952
|
ROHAIDA
ABDUL HAMID
|
M20132001965
|
ROHAYA
RAHIM
|
M20132001950
|
SITI
AISHAH MOHD NONG
|
M20132001772
|
1.0 PENGENALAN
Sejak 1990-an reformasi pendidikan memfokuskan
pentaksiran pembelajaran untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Ia
bertujuan memastikan pembelajaran berlaku, membantu guru merancang pengajaran
untuk keberkesanan pembelajaran, berbentuk formatif dan berpusatkan pelajar dan
memberikan manfaat kepada guru dan pelajar dalam membentuk maklum balas bagi
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
1.1 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PdP
1.
Berpusatkan
pelajar
·
Memberikan tumpuan kpd
pembelajaran dan bagaimana hendak menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
2.
Arahan
guru
·
Guru menentukan apa jua
yg hendak dinilai, bagaimana hendak menilai dan bagaimana utk gunakan maklumat
yg diperoleh utk meningkatkan P&P.
3.
Manfaat
bersama
·
Melalui penglibatan
pelajar, mereka membuat penaksiran kendiri dan akan lebih memahami isi
pelajaran.
·
Melalui penaksiran
bilik darjah, guru akan mendapat idea baharu dalam menjadikan P&P lebih
berkesan.
4.
Formatif
·
Matlamat penaksiran
dalam bilik darjah adalah utk menjadikan pembelajaran lebih berkualiti, bukan
utk tujuan penggredan.
·
Guru dapat membuat
penambahbaikan dalam P&P.
5.
Berasaskan
konteks pengajaran yg spesifik
·
Penaksiran dlm
satu-satu bilik darjah adalah sesuai dgn keperluan bilik darjah berkenaan
(guru, pelajar, mata pelajaran)
·
Sekiranya berjaya dan
sesuai bagi satu kelas, tidak semestinya berjaya dalam kelas yang lain.
6.
Berterusan
·
Berlaku sepanjang
proses P&P sebagai satu bentuk maklum balas yg memberikan maklumat kpd guru
tentang perkembangan pembelajaran pelajar.
·
Maklum balas boleh
bantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.
7.
Berakar
umbi amalan pengajaran yg baik
·
Membolehkan amalan
pengajaran yg baik dimanfaatkan sebaik-baiknya.
·
Amalan pengajaran akan
jadi lebih baik dgn adanya maklum balas pembelajaran yg lebih sistematik.
Fleksibel dan berkesan.
1.2 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
1. Mengenalpasti
pelbagai faktor dapat memudahkan
guru merancang pdp .
2. Guru dapat mengesan dan mengetahui kelemahan
pelajar, keupayaan dalam pelbagai pengetahuan asas pelajar
3. Guru
boleh membuat perbandingan menentukan kaedah pencapaian pelajar dan teknik yang
sesuai
4. Mengetahui
pelbagai masalah yang berkaitan pelajar
seperti masalah tingkah laku
Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan
informasi dan maklumat bagi menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid
dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Berdasarkan keputusan yang
diperolehi guru boleh merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kemampuan murid. Bukti-bukti dan bahan yang dikumpul
dalam satu tempoh masa membolehkan guru mentafsir keberkesanan aktiviti
pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,
lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Pentaksiran dalam Pdp adalah untuk memberi maklumat
dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca,menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah
yang dihadapimurid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan
yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
system yang berkategori. Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)” Secara ringkas Pengujian ialah :
Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan
ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam
bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Gay (1985) berpendapat bahawa
penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan.
Guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Secara ringkasnya Penilaian ialah :
Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan
memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum. Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan
suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik.
Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong merekabelajar dengan lebih
tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid
berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.
Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat
maklumbalas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk
mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka. Kemahiran sosial
didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi dirumah,
sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran social
sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa mengganggu
orang lain. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran
berkomunikasi,kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan
masalah dan lain-lain lagi.Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk
mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Kemahiran sosial
membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga
hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut
golongan.
Kemahiran ini juga membantu mereka dalam
menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain.
Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan
oranglain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul.
Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya
perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan
kemurungan. Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara
seseorang itumembawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup
kerana setiap bendahidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.
Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran.
1.3 PENTAKSIRAN AUTENTIK
Penilaian autentik
adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan
tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan
kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ).
Penilaian autentik
adalah sesuatu yang diuji untuk
menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu
untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta pengetahuan
tersebut. (Stiggins, 1987)
Penilaian autentik
juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan
seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi
yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan
bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten, 1993).
Menurut perspektif
ahli falsafah pendidikan menyatakan
bahawa Penilaian Autentik bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang
berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan
tersebut. (Burke, 2005)
Bagi lebih jelas, di
bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu untuk
menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas.
1) Kaedah yang
menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi
terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin)
2) Tugasan yang
memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang
berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)
3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu
belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)
4) Cabaran yang
memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik.
(Wiggins)
5) Penglibatan aktif
pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)
1.4 CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN AUTENTIK
1)
Penilaian autentik lebih kepada melaksanakan
tugasan.
2)
Penilaian autentik adalah melalui pengalaman
sebenar dalam melaksanakan sesuatu tugasan. (kehidupan sebenar)
3)
Penilaian autentik mendorong kepada proses
pembinaan atau pergabungan idea oleh pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
4)
Penilaian autentik akan menjadikan proses
pembelajaran ke arah pemusatan pelajar.
5)
Penilaian autentik ini akan membawa kepada bukti
langsung.( hasil kajian setelah melakukan tugasan)
1.5 MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran
iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran autentik utnuk tujuan yang
berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan pentaksiran autentik dan menjadi
semakin popular mutakhir ini.
- Pentaksiran autentik adalah pengukuran
langsung (sebenar)
- Pentaksiran autentik merangkumi
pembelajaran secara semulajadi
- Pentaksiran autentik mengintegrasikan
pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran
2.0 HASIL PEMBELAJARAN
Matapelajaran : Sains
Topik : Konsep Ketumpatan dan Keapungan
Standard
Pembelajaran (Hasil Pembelajaran)
·
Murid dapat menerangkan
mengapa ada bahan timbul dan tenggelam
·
Murid dapat
menyelesaikan masalah mudah berkaitan dengan ketumpatan
2.1 Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
|
|
Mata pelajaran
|
Sains
|
Kelas
|
Tingkatan 1 Arif
|
Tempoh
|
80 minit
|
Tema pembelajaran
|
Jirim
|
Tajuk
|
Konsep ketumpatan dan keapungan
|
Hasil pembelajaran
|
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran,
pelajar dapat:
1. menerangkan mengapa ada bahan timbul
dan tenggelam
2.menyelesaikan masalah mudah berkaitan
dengan ketumpatan
|
Isu sosio-saintifik
|
Alam sekitar-pencemaran air di sungai dan
lautan yang berlaku khususnya di Negara kita semakin membimbangkan. Hasil
pembuangan sampah sarap dan sisa toksik dari sektorperkilangan memberi kesan buruk kepada hidupan akuatik dan
seterusnya kepada hidupan manusia.
|
Pendekatan/strategi pengajaran dan
pembelajaran
|
Pendekatan sosio-saintifik, perbincangan,
penggunaan teknologi dan mengeksperimen
|
Aras
|
Tinggi
|
Kemahiran saintifik
|
Membuat pemerhatian, mengelaskan,
mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, berkomunikasi,
menganalisis.
|
Sikap saintifik dan nilai murni
|
Minat dan ingin tahu, berfikiran kritikal
dan analitis, mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat, berfikiran secara
rasional,menghargai kehidupan alam semesta.
|
Fasa/Langkah//Masa
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran/Isi kandungan
|
Komunikasi
KBAT
|
Orientasi
(5
minit)
|
1. Tayangan video pencemaran
air-botol/kayu/sampah terapung
www.youtube.com/watch?v=1q-rOXB6NI
|
Arahan kepada murid:
Perhatikan video yang ditayangkan.
Catatkan pemerhatian anda.
|
Cetusan
Idea
(30
minit)
|
1. Murid berbincang di dalam kumpulan
mengenai kandungan video yang ditayangkan dan dicatatkan di dalam peta
bulatan.
2.Kumpulan terpilih akan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas (Peta bulatan)
3. Perbincangan secara kelas untuk
membuat kesimpulan hasil pembentangan berdasarkan contoh soalan.
|
Contoh soalan:
a. Senaraikan bahan-bahan buangan yang
terapung dan bahan-bahan buangan yang tenggelam.
b. Pada pandangan andamengapakah
bahan-bahan tersebut terapung?
Jangkaan jawapan (JJ):
JJ:Mempunyai ketumpatan yang rendah
JJ:bahan lebih ringan
JJ:bahan mempunyai lebih banyak ruang
udara
c. Pada pandangan anda mengapakah
bahan-bahan tersebut tenggelam?
JJ: ketumpatan bahan tinggi
JJ: bahan lebih berat
d. berikan kesan bahan-bahan buangan
tersebut kepada kehidupan.
JJ: hidupan akuatik akan mati/pupus/
JJ: kekurangan sumber makanan dan minuman
kepada manusia
JJ: merebaknya penyakit berjangkit
e.Pada pendapat anda bagaimana masalah
inidapat diatasi.
JJ: memepergiatkan lagi program kitar
semula.
JJ: menguatkuasakan peraturan dan
undang-undang dengan lebih ketat lagi.
f. Cadangkan sumbangan yang boleh anda
berikan bagi membantu mengurangkan pencemaran air di kawasan tempat tinggal
anda.
|
Pengstrukturan
Idea
(30
minit)
|
1. Murid dibahagikan kepada lima
kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan enam
bahan dan alat radas untuk menentukan ketumpatan.Alat radas yang diberi
adalah seperti berikut:
a)silinder penyukat
b)bikar
c)penimbang elektronik
d)tin eureka dan
e)benang/tali
3.murid menjalankan eksperimen dengan
bimbingan guru.
4.murid menentukan jisim dan isipadu
bahan dan seterusnya membuat pen giraan bagi mendapatkan nilai ketumpatan.
5.murid menentukan bahan mana yang
mempunyai ketumpatan paling tinggi dan ketumpatan paling rendah.
6.setiap kumpulan mencatatkan ketumpatan
setiap bahan yang mereka telah kenalpasti di papan putih di hadapan makmal.
|
Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu
lembaran kerja.
Bandingkan nilai ketumpatan setiap bahan,
bahan manakah yang mempunyai ketumpatanpaling tinggi dan paling rendah?
|
|
1. Perbincangan antara murid dan guru
untuk menyusun ketumpatan kesemua bahan-bahan mengikut ketumpatan yang paling
rendah kepada ketumpatan yang paling tinggi.
|
a. adakah jisim akan mempengaruhi
ketumpatan bahan tersebut?
b.Lukis dan labelkan kedudukan kesemua
bahan-bahan apabila dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air. Ketumpatan air
adalah 1g/cm3
|
Refleksi
(5
minit)
|
Murid membuat kesimpulan tentang konsep
ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang timbul dan tenggelam.
|
|
3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1 Pendekatan Sosio Saintifik
Pendekatan
isu-isu sosio saintifik (ISS) merupakan strategi yang dapat membantu pelajar
membangunkan kemahiran dalam memahami istilah sains, membuat keputusan, membuat
penilaian, menyatakan eviden dan mampu membuat rumusan hasil daripada isu yang
dibahaskan. Bagi menghubungkan literasi
sains dalam pendidikan, satu pendekatan perlu dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas, pendekatan yang dimaksudkan adalah pendekatan berasaskan
isu-isu sosio-saintifik. Akhir-akhir ini
para pengkaji mula menyedari bahawa isu-isu terkini yang berlaku dalam
persekitaran pelajar perlu di bawa masuk ke dalam kelas sebagai topik yang
perlu dibincangkan dan dikaitan dengan kurikulum sedia ada. Isu-isu inilah dikenali sebagai Isu-isu
sosio-saintifik (socio-scientific issues). Isu-isu sosio-saintifik ini sangat
kompleks dan berkait dengan konsep sains. Pendekatan
isu sosio-saintifik adalah satu satu teknik pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang mengaitkan sains dengan isu-isu semasa seperti media komunikasi,
kesihatan, persekitaran, perubahan genetik dan sebagainya. Isu
sosio-saintifik ini kadangkala memberi satu perdebatan yang hangat dan
kontroversi, namun akhirnya ia merupakan landasan perbincangan yang dapat
menimbulkan satu nilai tambah dan etika yang dipatuhi oleh pelajar semasa
membincangkanya seperti isu kejuruteraan kimia dan pemanasan global (Zeidler dan Nicols, 2009).
Ciri-ciri Isu-isu sosio-saintifik di
dalam kelas
Pendekatan isu-isu sosio-saintik
ini dapat membantu pelajar membangunkan kemahiran mereka terutama dalam
memahami istilah-istilah, membuat keputusan, membuat penilaian, menyatakan
eviden dan membuat rumusan perbincangan yang melibatkan isu dan konsep sains
secara
langsung dan tidak langsung (Sadler dan Zeidler, 2004). Pendekatan isu-isu sosio- saintifik di dalam
kelas dapat membantu menarik minat pelajar untuk mendalami konsep sains. Selalunya apabila guru mengajar, guru cuba
menekankan konsep sains yang hendak disampaikan, tetapi kurang pengalaman sedia
ada daripada pelajar, konsep yang hendak disampaikan itu akan tersasar
menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai dan menjadikan mereka tersalah
konsep isi kandungan ‘miss
conception in content knowledge’ (Evagorou, 2011).
Sebagai alternatif untuk menjadikan pelajar membawa pengalaman sedia ada mereka
ke dalam kelas, guru boleh menyediakan satu masalah yang berkaitan dengan
isu-isu semasa dan berpusatkan kepada pelajar, mereka berbincang masalah yang
dihadapi sehingga membawa kepada kemahiran menguasai isi kandungan yang
membentuk kurikulkum sains yang ditetapkan. Ini akan membolehkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas lebih berjaya.
Ciri-ciri
isu-isu sosio-saintifik yang perlu di bawa ke dalam kelas adalah seperti
berikut:
•
Mempunyai kaitan dengan
kurikulum yang disediakan
•
Disokong oleh data
•
Isu sebenar bukannya
direka
•
Isu kontemporari yang
relevan
•
Bersifat kontroversi
•
Bersifat semulajadi dan
mempunyai proses sains
•
Lebih kepada
pertimbangan etika
Tal,
R. T dan Kedmi. Y. (2006)
Namun begitu, hasil kajian pengkaji luar Negara
menyatakan bahawa isu-isu sosio-saintifik ini banyak dikaitan dengan nilai
moral dan etika (Zeidler dan Nicols, 2009). Nilai kepercayaan dalam agama
menyebabkan isu-isu yang dibincangkan akan menjadi lebih ekstrim dan
menjejaskan kepercayaan dalam agama. Namun bagi menjadikan pelajar lebih kepada
berfikiran terbuka terhadap konsep sains dan agama, terutama pelajar Malaysia
yang majoritinya beragama Islam, guru memainkan peranan penting untuk
membimbing dan membenarkan pelajar untuk memahami bagaimana isu-isu
sosio-saintifik dan keputusan yang dibuat oleh pelajar merentas nilai moral dan
etika yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut
Zeidler dan Sadler (2008) pelajar perlu diberi pendedahan kepada pelbagai
perspektif dan membangunkan potensi kefahaman mereka sekiranya mereka bersedia
serta mahu jadikan isu-isu sosio-saintifik ini sebagai isu persekitaran yang
formal. Isu-isu sosio-saintifik sengaja melibatkan penggunaan topik saintifik
yang memerlukan pelajar untuk menyumbangkan diri mereka dalam dialog,
perbincangan, dan perdebatan. Isu ini bukan hanya melibatkan alam semulajadi
sebagai kontroversi, tetapi juga mempunyai elemen tambahan yang memerlukan tahap
moral, hujah atau penilaian etika dalam proses untuk menetapkan keputusan mengenai resolusi kemungkinan isu-isu
terjadi. Tujuannya adalah untuk memberikan bahawa isu-isu ini lebih bermakna
dan secara peribadi serta dapat menarik minat kepada pelajar. Secara tidak
langsung pelajar akan mengemukakan
penggunaan bukti asas yang kukuh, penaakulan, dan menyediakan konteks
untuk memahami maklumat saintifik (Sadler, 2004; Zeidler, 2003).
Isu-Isu
sosio saintifik dan literasi sains
Sains
bertujuan untuk membuat perkaitan idea dan kefahaman terhadap fenomena alam
semulajadi. Manakala isu-isu sosio-saintifik yang berlaku merupakan idea-idea
yang menghasilkan alat untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan sains dan
isu-isu semasa adalah saling memperlengkapi. Pada masa kini, perkembangan sains
adalah seiring dengan perkembangan teknologi.
Disamping itu, pemahaman masyarakat umum tentang prinsip-prinsip sains
adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam sekitar serta
menyelesaikan masalah. Kesedaran adalah perlu bagi mewujudkan kesedaran baik
dan buruknya sains dalam kehidupan seharian. Oleh itu masalah-masalah yang
berkaitan dengan sains yang berlaku dalam kehidupan pelajar mampu memberi impak
sekiranya pelajar mampu berhujah dan memberikan pendapat mereka.
Konsepsi pelajar terhadap fenomena sains adalah berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman seharian (Gil-perez dan Carrascosa,1990). Menurut Abruscato (2000), apabila sesuatu
konsep telah sebati dalam diri pelajar, ia adalah sukar untuk mengubahnya walaupun
sesuatu konsep yang betul telah diajarkan oleh guru. Biasanya konsep dibina
berdasarkan apa yang telah dilihat dan dialami. Walaupun pada dasarnya tidak
betul, ianya sukar diubah kecuali dapat dibuktikan. Pengalaman akan dapat diperolehi melalui aktiviti
ekperimen yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ia tidak akan tercapai jika
guru tidak membiarkan pelajar merancang dan menjalankan ekperimen sendiri (Mohd
Zaki, 2005).
3.2 Perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu
atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam
sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi
ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara
berkesan bersama guru mereka atau dikalangan murid. Murid-murid berpeluang
mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru
bersama murid-murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan.
Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan
sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai
objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif,
perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan
fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif
perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat
mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan
kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti
dirancang dengan baik dan soalan-soaln penting dibentuk sebelum pengajaran
dijalankan.
Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :
a)Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )
Dalam
perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan
kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas
tentang aspek yang dibincangkan. Dalam perbincangan kelas perlu wujud panel dan
perbahasan. Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid,
memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut
dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu
murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau
isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang
dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam
kegiatan bilik darjah yang
besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil
tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana
empat hingga enam orang ahli berbincang satu topic bersama seorang pengerusi
manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian satu perbincangan
tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli
memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel
yang tidak formal.
b)Perbincangan kumpulan
kecil
Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan keciladalah
empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih
dengan bimbingan seorang guru. Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap
tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepimpinan, perbahasan,
dan kompromi.
Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru
boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama
ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam
bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus
pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada
perbincangan tersebut. Oleh yang demikian, perbincangan kumpulan kecil harus
mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang
berdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harusmerancang
perbincangan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik yang paling akhir ialah
murid-murid harus diberi arahan yang tepat.
Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan baru
melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau
wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan
.Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti
perbincangan :
a)Mengambil
kira matlamat perbincangan
b)Mempertimbangkan
pengalaman dan perkembangan murid-murid
c)Mengkaji
isu-isu yang terlibatd) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e)Menyediakan
persekitaran yang menyeronokkan
f)Perlu
berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu
g)Mengulang,
rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yangbermakna
h)Menerapkan
unsur jenaka
Dalam
perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau
masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawalan guru. Teknik
perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran disekolah. Tujuan
kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam
situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan
pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep
kendiri murid. Guru harus menggalakkan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoalserta menyelesaikan masalah. Selain
itu, guru harus memupuk unsure-unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai
dan mendengar pandangan orang lain. Topic perbincangan mestilah sesuai dengan
objektif dan minat murid-murid tambahan pula guru perlu menentukan objektif
perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau
menyelesaikan sesuatu masalah.
Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai
pemudahcara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan. Seterusnya guru
juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakkan murid-murid untuk menyoal idea-idea
rakan-rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti
perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti
tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dalam satu
sesi perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid
harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam
perbincangan.
Rasional Perbincangan
Menurut
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia
yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung
diantara satu dengan lain.Berdasarkan dapatan persoalan kajian kedua ini,
didapati para pelajar mempunyai kemahiran komunikasi dalam aktiviti berkumpulan
yang baik berdasarkan maklumat-maklumat positif yang diperolehi dalam kajian
ini. Aktiviti berkumpulan memerlukan pelajar-pelajar untuk bekerjasama bagi
mencapai tujuan tertentu. Menurut Long (2005), salah satu ciri kumpulan ialah
sekumpulan individu yang saling berkomunikasi antara sesama ahli kumpulan untuk
mencapai tujuan yang sama. Kesediaan pelajar dalam mengambil inisiatif untuk
memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan perbincangan berada di tahap
yang memberangsangkan. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar mampu untuk
memulakan komunikasi dan seterusnya berkomunikasi sesama ahli kumpulan kerana
mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu menyiapkan tugasan yang diperlukan
untuk keperluan kursus.
Proses komunikasi akan sentiasa
berlaku sepanjang pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Secara
keseluruhannya pelajar-pelajar dapat untuk memberikan respon, memberikan
pendapat dan idea, memberi pandangan dan cadangan bagi aktiviti yang sering
mereka lakukan dalam kumpulan. Menurut Lumsden dan Lumsden (2004), kehidupan
peribadi dan kehidupan professional manusia memerlukan kebolehan manusia untuk
memikirkan secara kreatif dan kritikal bagi menyeronokkan suasana kerja
sekaligus mendapat keputusan yang baik dan berkesan. Jelas disini membuktikan
bahawa sumbanganidea,pendapat,cadangan dan respon akan membuatkan ahli kumpulan
sentiasa memupuk penjanaan idea yang kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah
yang dibincangkan.
Dalam menyertai atau mengendalikan
sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh
pelajar adalah kemahiran mengurus interaksi apabila sedang berkomunikasi dengan
orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakapcakap mengikut kehendak mereka
sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas, tanpa mengambil kira sama ada pihak
lain berasa puas dalam berinteraksi dengannya. Menurut Abdullah dan Ainon
(2000), mutu interaksi terbahagi kepada tiga iaitu tujuan bercakap tercapai,
berjaya menjelaskan fikiran dan perasaannya dan keperluan psikologinya
dipenuhi. Justeru itu, penyelidik ingin melihat adakah pelajar dapat
mengaplikasikan interaksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan
soalan seperti saya mahir mengurus interaksi apabila berkomunikasi dan kesannya
semua pihak akan berasa puas. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang terlibat
dalam aktiviti berkumpulan mampu mengaplikasikan interaksi komunikasi yang baik
hanya berada di tahap sederhana. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang
bekerjasama dalam kumpulan bukanlah dari kelompok yang sama tahap pemikirannya
apatah lagi amat sukar bagi manusia untuk memuaskan hati semua pihak.
Selain itu, melalui aktiviti
berkumpulan juga akan mendedahkan pelajar kepada proses penghuraian idea yang
terperinci bagi memantapkan kefahaman sesama ahli kumpulan. Kemahiran
komunikasi dalam kumpulan akan memaksa pelajar untuk memotivasikan rakan
sekumpulannya apabila wujud ahli kumpulan yang berputus asa atau buntu dalam
memainkan peranannya dalam kumpulan. Sehubungan itu pengorganisasian kumpulan
yang cekap akan memainkan peranan dalam memastikan setiap kumpulan dapat
menjalankan fungsinya dengan cekap. Menurut Parker (2003), perbincangan
kumpulan memerlukan individu yang akan memainkan peranan dalam memastikan
perbincangan terus berjalan sehingga mencapai keputusan. Ahli kumpulan boleh
menyoal ahli kumpulan lain untuk memberikan huraian yang lebih terperinci pada
setiap idea yang dikemukakan. Pelajar juga perlu bijak dalam memotivasikan
rakan sekumpulan melalui pelbagai kaedah seperti meringkaskan hasil
perbincangan pada setiap peringkat perbincangan supaya ahli kumpulan yang belum
memberikan idea akan cuba dan terus berfikir untuk menyumbang kepada tujuan
perbincangan. Segala aspek yang diutarakan ini hanya menunjukkan peratusan
setuju yang sederhana sahaja namun boleh dipertingkatkan lagi melalui kesediaan
pelajar dalam memotivasikan ahli kumpulan lain.
3.3 Penggunaan Teknologi
Teknologi
pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional,
menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem
sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang
dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam
perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan
pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan
penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran
terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang
dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan
pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat.
Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin
pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran.
Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan
fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini
membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih
masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran,
sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).
o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.
Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.
o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.
Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu
konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT
sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik
darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai
elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan
meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada
pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal
ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan
kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.
Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang
menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional
yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan
menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Satu kajian
(Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT
dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara
tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih
produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang
pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan
teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang
baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT
sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam
integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P
dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa
proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi
kandungan.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan
mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet,
bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan
multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual
grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat
menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka,
mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal
pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid
dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman
yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam
eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja
tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan
pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat
banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun
sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Penggunaan ICT sebagai alat
komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan
komunikasi. Guru boleh mengambil daripada keupayaan ini untuk menjalankan
pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunkan untuk membolehkan
murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio
video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin
sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet
menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan
teknologi moden ini. Pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut
kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di sampingitu, teknologi
maklumat dan internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.
3.4 Eksperimen
Pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. (Esai Sulaiman,2003) Menurut Rashidi
dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih
dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu
pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan.Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam
subjek sains. Diantaranya ialah eksperimen,
‘hands-on’,I nkuiri penemuan, sains projek, kerja kumpulan, simulasi
kerja lapangan, aktiviti merentas
kurikulum dan eksplorasiaktif .
Berikut adalah definisi bagi eksperimen:
|
|
||||||
|
Langkah-langkah untuk
membuat eksperimen:
1. Membuat Hipotesis
Lazimnya, masalah yang
hendak dikaji dinyatakan dalam bentuk soalan yang dikenali sebagai pernyataan masalah. Membuat hipotesis
ialah satu proses menghasilkan satu
kenyataan umum yangdifikirkan benar berdasarkan inferens, untuk menerangkan
suatu perkara atau peristiwa. Secara terperinci, kemahiran membuat
hipotesis adalah kebolehan:
i. Memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka.
Contoh :Murid-murid memerhati ketul-ketul garam melarut dalam air.Hipotesis:
Saiz bahan larut mempengaruhi masa dikehendaki untuk bahan itu larut dalam air.
ii. Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman atau pengetahuan sedia
ada.
Contoh :Kefahaman bahawa udara lembab mengandungi lebih banyak wap air.Hipotesis:Kain
kering lebih cepat pada keadaan kering daripada keadaan lembab.
iii. Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji.
Hipotesis : Jika suhu bertambah, lebih banyak
bahan larut melarut di dalam air.
Penguasaan kemahiran
membuat hipotesis adalah penting kerana ia:
i. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara beberapa cadangan penerangan.
ii. Membolehkan
penerangan peristiwa atau kejadian yang berlaku di persekitaran.
iii. Memberi kesedaran bahawa terdapat pelbagai penerangan
bagi pemerhatian.
iv. Memberi kesedaran bahawa kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji diperlukan
apabila mencari jawapan kepada sesuatu
2. Mengumpul Data
Proses mengumpul
maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif.
Pemerhatian boleh
dibahagikan kepada tiga jenis:
i) Pemerhatian Kualitatif merupakan pengumpulan maklumat
menggunakan deria sahaja.
ii) Pemerhatian
Kuantitatif adalah pemerhatian untuk memperolehi
maklumatsecara perbandingan yang lebih
tepat di mana ukuran, anggaran
atauinstrumen digunakan.
iii) Pemerhatian
Perubahan merupakan pemerhatian berdasarkan fenomenayang mengalami perubahan fizikal
atau kimia dan dapat diperhatikansecara kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang
berlaku perlu dinyatakan samada sebelum, semasa dan selepas.
Contoh:
i. Pemerhatian Kualitatif
·
Daun berwarna hijau. (penglihatan)
·
Ia berbau wangi. (bau)
·
Ia berasa masam. (rasa)
·
Daunnya berlilin dan licin. (sentuhan)
·
Semua penonton bertepuk tangan. (pendengaran)
|
ii. Pemerhatian Kuantitatif
|
iii. Pemerhatian Perubahan
|
3. Merekod Data
Data yang diperolehi
melalui pemerhatian atau eksperimen perlulah
direkod dalambentuk tertentu supaya mudah difahami dan diolah. Lazimnya,
data daripadaeksperimen direkodkan dalam bentuk jadual.
4. Menganalisis Dan Mentafsir Data
Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau
polaberdasarkan maklumat atau data yang dikumpul. Data yang dikumpul mungkin
dalampelbagai bentuk seperti jadual, gambarajah, graf, gambar dan lain-lain lagi.
Kemahiran mentafsir
maklumat penting kerana ia akan membolehkan kita:
i. Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual, graf
dangambarajah.
ii. Melihat
perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat.
iii. Membuat sesuatu rumusan.
Contoh
1. Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan alam sekitar.
2. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa
kilang dan sampah sarap serta pengaliran
air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia kesungai, tasik dan laut yang
berhampiran.
3. Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan ekzos kenderaan.
4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah
sarap dari rumah, kedai dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke
merata-rata tempat.
5. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat- alat elektronik seperti radio dan
televisyen
5. Membuat inferens
Membuat inferens adalahmembuat kesimpulan awal yang logik, yang
mungkinbenar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian
tentangsesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan.
Contoh:
Kenyataan B menerangkan
kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.
Kenyataan A
|
Kenyataan B
|
1.Daun bewarna hijau
dan mempunyai tompok-tompok coklat.
|
1.Tompok–tompok coklat
ini mungkin disebabkan oleh racun.
|
2. Terdapat beberapa lubang pada daun.
|
2. Lubang-lubang ini hasil gigitan seranggaatau
ulat.
|
Data yang telah
dianalisis atau diolah seterusnya dibincangkan.
Perbincangan mestilah berasaskan data yang diperolehi, walaupun secara teorinya
data berkenaan kurang tepat ataupun tidak menepati jangkaan. Ini dikenali
sebagai ‘membuat inferens’.
Dalam perbincangan ini
dinyatakan juga punca-punca yang
menyebabkan data yangdiperolehi tidak tepat, misalnya ketidaktepatan
pemerhatian, pengukuran, atau alatkajian yang digunakan. Di peringkat yang
lebih tinggi, perbincangan sering dikaitkan dengan dapatan kajian-kajian yang lain atau dengan teori-teori yang
berkaitan.
6.
Membuat Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan
dan inferens, kesimpulan dibuat sama ada menerima atau menolak andaian (hipotesis) yang dibuat sebelum
eksperimen atau kajian dijalankan.
4.0 STRATEGI PENTAKSIRAN
Pentaksiran autentik adalah satu bentuk penilaian di
mana pelajar diminta untuk melaksanakan
tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Jon
Mueller ). Manakala, menurut Stiggins 1987 Pentaksiran autentik adalah
sesuatu yang diuji untuk
menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu dan untuk menunjukkan sama ada telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan tersebut. Pentaksiran
Autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan
juga kadang-kadang digunakan seiring. Menurut perspektif ahli falsafah
pendidikan menyatakan bahawa Pentaksiran
Autentik bermaksud tugasan murid yang berbentuk amali yang berkaitan dengan
pelajaran agar penilaian boleh dibuat dari hasil tugasan tersebut.
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia mempunyai enam aspirasi murid iaitu
Pengetahuan, Identiti nasional, Etika dan Kerohanian, Kemahiran berfikir,
Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwibahasa. Pendidikan kini perlu menekankan
penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pembelajaran agar Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ini tercapai.
Ini sejajar dengan Pentaksiran Autentik yang meminta pelajar melakukan
dengan sendiri tugasan dan mengaplikasikan pengetahuan sedia dan kemahiran yang
berkait dengan dunia sebenar. P+entaksiran Autentik akan dibuat berdasarkan
hasil kerja pelajar berkenaan. Secara tidak langsung, murid akan bersaing
sesama mereka dan akan cuba menguasai hasil pembelajaran dengan optimum.
Pentaksiran
Autentik ni digunakan dalam mata pelajaran sains tingkatan satu. Tema yang
digunakan dalam mata pelajaran sains ini ialah Jirim yang berkait dengan tajuk
Konsep ketumpatan dan keapungan. Untuk hasil pembelajaran yang pertama ialah
pelajar dapat menerangkan mengapa ada bahan timbul dan tenggelam. Melalui
objektif ini, guru menggunakan teknologi maklumat dengan menunjukkan video tentang pencemaran air,
botol, kayu, sampah terapung yang diperolehi www.youtube.com/watch?v=1q-rOXB6NI untuk memudahkan pelajar membuat pemerhatian.
Melalui
pemerhatian video berkenaan, murid-murid diminta mengulas tentang video
berkenaan. Maka berlaku perbincangan antara murid dengan murid dan murid dengan guru di dalam
kelas berkenaan. Namun guru lebih kepada memberi peluang kepada murid-murid
untuk mengulas iaitu menggunakan kaedah pemusatan murid. Perbincangan boleh
meransang pemikiran kritikal dan dan menggalakkan murid-murid yang berkebolehan
sederhana melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Menurut Abdul Rahman Abdul
aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling
berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung antara satu
sama lain.
Seterusnya
setelah perbincangan, pelajar dikehendaki mencatat dapatan dan membina peta bulatan I-Think. Peta
Bulatan ini adalah kesimpulan yang telah diperhatikan oleh murid di dalam video
yang telah dipertontonkan oleh guru tadi dan hasil perbincangan. Seterusnya,
murid membentangkan hasil Peta Bulatan kepada pelajar lain dan juga guru. Dari
situ guru boleh memberi pandangan tentang dapatan perbincangan sebelum
menjalankan eksperimen yang berkait dengan
topik iaitu ketumpatan. Hasil pembinaan peta bulatan ini juga boleh
ditaksirkan oleh guru tentang tahap pencapaian murid. Murid yang dapat membina
peta bulatan dengan baik dan bermaklumat adalah dikira telah dikira mencapai
tahap yang baik. Penghasilan Peta bulatan dengan baik bermakna murid memberi
tmpuan yang baik semasa menonton video tadi.
Seterusnya, pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusat guru,
pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan( Esai sulaiman
2003). Menurut Rashidi dan Abdul Razak 1995, guru perlu memilih dan menggunakan
kaedah-kaedah yang paling sesuaibagi membantu murid-murid dan dirinya sendiri
bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai
pengajaran yang boleh digunakan didalam subjek sains. Diantaranya Eksperimen,
‘Hands On’, Enkuiri Penemuan, sains projek, Kerja Kumpulan, Simulasi Kerja
Lapangan, aktiviti merentas kurikulum dan Explorasi Aktif.
Dalam situasi ini, salah satu
Pentaksiran Autentik ialah yang telah dijalankan ialah eksperimen tentang
ketumpatan. Menurut Kelinger 1973, eksperimen dijalankan dalam persekitaran
dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat daripada sesuatu
tindakan dalam situasi yang terkawal. Dalam situasi ini, Eksperimen dijalankan
dalam kumpulan yang kecil. Setiap kumpulan akan diberikan silinder penyukat,
bikar, penimbang elektronik, tin eureka dan tali. Seterusnya eksperimen ini
dijalankan dengan awasan dari guru mata pelajaran. Eksperimen bertujuan untung
merangsang minda pelajar agar lebih celik akal tentang topik ketumpatan ini.
Perasaan ingin tahu akan membawa kepada pelajar yang celik akal. Eksperimen
berkenaan celik akal ini telah digunakan oleh Wolfgang Kohler iaitu berkenaan Teori Gestalt.
Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang
Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen pertama,
seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu
terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di
bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi
cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk
mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti,
cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba, cimpanzi itu
mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia menyusun peti itu
bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti
tersebut. Dengan cara ini cimpanzi berjaya memperolehi pisang tersebut. Dalam
eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk
mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba
menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia
dikatakan telah mendapat celik akal.
Eksperimen
ini dijalankan dalam setiap kumpulan dan guru mengawasi pelajar bagi menjamin
keselamatan dan ketetapan cara eksperimen. Melalui eksperimen ini, murid
dikehendaki menentukan jisim dan isipadu bahan dan seterusnya membuat pengiraan
bagi mendapatkan nilai ketumpatan. Murid-murid akan dibekalkan dengan lembaran kerja bagi mencatat dapatan
eksperimen ketumpatan berkenaan. Eksperimen ini merupakan pentaksiran autentik
yang kepada murid bagi menilai tahap kefahaman murid. Murid yang menjalankan
eksperimen dengan baik telah dapat ditaksirkan akan mendapat dapatan yang baik.
Semasa eksperimen itu juga, guru telah sertakan beberapa soalan agar murid
dapat menjalankan eksperimen dengan baik. Seterusnya dapatan daripada
eksperimen berkenaan dicatat di papan putih di makmal.
Setelah
selesai eksperimen, murid menjalankan perbincangan dengan guru bagi menyusun
ketumpatan kesemua bahan- bahan mengikut ketumpatan yang paling rendah kepada
ketumpatan yang paling tinggi. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang
konsep ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang timbul dan tenggelam. Dalam
topik ini, dapat dirumuskan bahawa pendekatan eksperimen sangat penting bagi
membantu murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Pentaksiran autentik boleh
berlangsung dari awal proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 Reka bentuk Pentaksiran
Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, reka bentuk merupakan corak atau bentuk sesuatu yang
direka. Pentaksiran pula bermaksud proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat
tentang pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran
dan pengajaran. Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Oleh
yang demikian boleh dirumuskan bahawa reka bentuk pentaksiran merupakan corak
atau bentuk yang direka bagi mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang
pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran.
Secara
umumnya, aktiviti pentaksiran direka bentuk untuk mencapai beberapa tujuan
iaitu:
i) mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran
ii) menilai
aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii) mendapatkan
maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv) merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan pelajar
v) melibatkan
semua atau sebahagian besar pelajar dalam kelas secara efektif
vi) merancang
dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan
vii) memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam merekabentuk aktiviti pentaksiran,
ciri-ciri pentaksiran yang baik perlu diambil kira iaitu dari segi kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan
kekomprehensifan. Kesahan merujuk kepada ketepatan pentaksiran sama ada
mengukur apa yang sepatutnya diukur atau tidak. Kebolehpercayaan pula merujuk
kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran. Keobjektifan merupakan
ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor manakala kebolehtadbiran merujuk
kepada kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara pusat
atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran merupakan maklumat tentang calon
berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu
ujian dan pentaksiran. Ciri terakhir iaitu kekomprehensifan yang mengandungi
soalan-soalan yang mewakili semua objektif penting dalam sukatan
pelajaran.
Dalam
reka bentuk pentaksiran yang berasaskan penyiasatan saintifik ini akan menilai
tahap pemahaman pelajar tingkatan satu bagi topik Ketumpatan dan Keapungan.
Pada akhir penyiasatan tersebut, pelajar dapat menerangkan mengapa ada bahan
timbul dan tenggelam serta dapat menyelesaikan masalah mudah berkaitan dengan
ketumpatan. Berikut adalah langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan oleh
pelajar:
Langkah
1
v Pelajar
dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli bagi
setiap kumpulan.
v Setiap
kumpulan dibekalkan dengan bahan dan alat radas untuk menentukan ketumpatan.
Alat radas yang diberi adalah seperti berikut:
a) silinder
penyukat
b) bikar
c) penimbang
elektronik
d) tin
eureka dan
e) benang/tali
Langkah
2
v Pelajar
menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.
v Pelajar
menentukan jisim dan isipadu bahan dan seterusnya membuat pengiraan bagi
mendapatkan nilai ketumpatan.
v Pelajar
menentukan bahan mana yang mempunyai ketumpatan paling tinggi dan ketumpatan
paling rendah.
Langkah
3
v Setiap
kumpulan mencatatkan ketumpatan setiap bahan yang telah mereka kenal pasti di
papan putih di hadapan makmal.
Langkah
4
v Pelajar
dan guru berbincang utnuk menyusun ketumpatan kesemua bahan mengikut ketumpatan
yang paling rendah kepada ketumpatan yang paling tinggi.
Langkah
5
v Pelajar
membuat kesimpulan tentang konsep ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang
timbul dan tenggelam.
Nama pelajar : ………………………………………………………………………………. Tingkatan
: ………………………
Tajuk :
________________________________________________________________________________
Tujuan :
________________________________________________________________________________
Hipotesis :
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Pembolehubah :
i) Pembolehubah dimanipulasi
:
________________________________________________________
ii)Pembolehubah dimalarkan
: ________________________________________________________
iii)Pembolehubah bergerak balas:
________________________________________________________
Alat/radas :
______________________________________________________________________
Bahan : ______________________________________________________________________
Kaedah :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Pemerhatian
Bil
|
Bahan
|
Jisim
|
Isipadu
|
Ketumpatan
|
1
|
Minyak
masak
|
|
|
|
2
|
Guli
|
|
|
|
3
|
Air
|
|
|
|
4
|
Blok
kayu
|
|
|
|
5
|
Gabus
|
|
|
|
6
|
Tomato
|
|
|
|
Tentukan
ketumpatan bahan berikut:
|
|
Minyak masak Guli
a) Ketumpatan
minyak masak:
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
b) Ketumpatan
guli:
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
|
|
Air Blok kayu
a) Ketumpatan
air :
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
b) Ketumpatan
Blok kayu:
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
|
|
Gabus Tomato
a) Ketumpatan
gabus:
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
b) Ketumpatan
tomato:
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
Perbincangan
:
1. Bandingkan nilai ketumpatan setiap
bahan, manakah bahan yang mempunyai ketumpatan paling
tinggi dan paling rendah?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Adakah jisim akan mempengaruhi
ketumpatan bahan tersebut? Berikan alasan anda.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. Lukis
dan labelkan kedudukan kesemua bahan apabila dimasukkan ke dalam bikar yang
berisi air. Ketumpatan air adalah 1g/cm3 .
|
Kesimpulan _______________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
|
6.0 Kaedah Penskoran dan Penggredan
Rubrik adalah alat bagi mentaksir
produk, projek atau prestasi pelajar. Rubrik mengukur masteri pelajar dalam
kandungan mata pelajaran dan kemahiran berfikir. Menurut Eftah Haji Abdullah
(2013), rubrik membantu pelajar mengetahui apa yang sepatutnya mereka lakukan
dan memahami kualiti kerja yang seharusnya dihasilkan. Rubrik juga membolehkan
guru mengesan dan mentaksir sebilangan data. Setiap rubrik mengandungi
komponen-komponen berikut :
·
Skala penarafan
·
Kriteria yang
menggambarkan standards
·
Indikator bagi setiap tahap
prestasi
·
Sistem penskoran
·
Skala penggredan
Penyediaan rubrik melibatkan proses memadamkan
standards dan hasil yang diharapkan untuk sesuatu projek, standards atau
prestasi.
Menurut Anonymous (2006), rubrik
ialah panduan penilaian untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan jumlah julat
criteria. Rubrik merupakan perkakas penilaian bagi menilai dan mengukur tahap
prestasi pelajar. Contohnya, criteria yang sama mestilah digunakan untuk
mengadili penghasilan projek membina rakit oleh pelajar. Walaupun kriteria yang
sama dipertimbangkan, namun jangkaannya mestilah berubah-ubah mengkut tahap
kepakaran.
Selain itu, rubrik merupakan alat
penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard
yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi
murid di atas kertas, projek, esei, penyiasatan dan tugas lain. Standard rubrik
membolehkan guru menilai berdasarkan kriteria tertentu, membuat pemarkahan
dengan lebih mudah dan lebih telus.
Rubrik juga menyediakan asas untuk
penilaian diri, refleksi dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian
yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan
dengan belajar seterusnya mengajar. Integrasi prestasi dan maklum balas yang
disebut “penilaian langsung”. Semakin guru mengandalkan rubrik untuk rubrik
untuk menilai prestasi, pelajar cenderung untuk berkongsi rubrik dengan
pelajar pada ketika tugasan dibuat.
Flash Pamela menyayakan bahawa “Apabila pelajar tahu tentang kriteria
penggredan lebih awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju
kearah kemajuan dalam tugasan.
Berikut merupakan contoh rubrik
yang digunakan untuk menilai tugasan yang dilakukan oleh murid dalam
menjalankan penyiasatan dan persembahan hasil penyiasatan mereka.
Rubrik Pemarkahan
Analitik
Penilaian Menjalankan
Penyiasatan Saintifik
Kriteria
|
Skor
|
||
3
(Cemerlang)
|
2
(Memuaskan)
|
1
(Lemah)
|
|
I.
Mengukur dan menggunakan nombor
(20
%)
|
Menjalankan
eksperimen mengikut prosedur yang betul dan merekod bacaan dengan jelas,
tepat dan terperinci.
|
Menjalankan
eksperimen mengikut prosedur dan merekod bacaan dengan jelas.
|
Eksperimen
tidak mengikut prosedur yang betul dan bacaan kurang tepat.
|
II.
Pengendalian bahan dan radas
(20
%)
|
Mengendalikan
semua bahan dan alatan dengan tepat dan mahir.
|
Mengendalikan
bahan dan alatan dengan beberapa kesilapan tetapi tidak menjejaskan rekod
bacaan.
|
Tidak
berjaya mengendalikan sebahagian besar bahan alatan dengan cara yang betul.
|
III.
Pengumpulan data
(20
%)
|
Mempersembahkan
data yang lengkap
|
Pengumpulan
data yang sederhana lengkap
|
Pengumpulan
data yang tidak lengkap.
|
IV.
Analisis Data
(20%)
|
Analisis
yang tepat dan Berjaya menjawab semua soalan penyiasatan dengan sempurna.
|
Analisis
yang betul tetapi ada ketidaktepatan keputusan yang menjejaskan jawapan
soalan penyiasatan.
|
Analisis
yang kurang tepat dan tidak menjawab soalan penyiasatan dengan betul.
|
V.
Nilai-nilai murni
(20%)
|
Penghayatan
sikap saintifik dan nilai murni melalui:
1)
Kerap bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, sentiasa bersedia mendengar
idea orang lain dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
2)Sentiasa
bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan
3)Kerap
menjalankan penyiasatan dan eksperimen dengan sistematik, melaporkan data dan
pemerhatian dengan tepat dan benar
4)Sentiasa
yakin denga kemampuan diri sendiri dan sentiasa menjaga keselamatan
diri,rakan dan alam sekitar
|
Penghayatan
sikap saintifik dan nilai murni melalui:
1)
Kurang bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, kurang bersedia mendengar
idea orang lain dalam melakukan
sesuatu perkara.
2)Kurang bekerjasama dalam menjalankan aktiviti
berkumpulan
3)Menjalankan
penyiasatan dan eksperimen dengan agak sistematik, melaporkan data dan pemerhatian
dengan betul dan benar, sesekali ada kesilapan.
4)Kurang
yakin dengan kemampuan diri sendiri dan
menjaga keselamatan diri,rakan dan alam sekitar
|
Penghayatan
sikap saintifik dan nilai murni melalui:
1)
Tidak bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, tidak mendengar idea orang
lain dalam melakukan sesuatu perkara.
2)Tiada
kerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan
3)Menjalankan
penyiasatan dan eksperimen dengan tidak sistematik, melaporkan data dan
pemerhatian dengan tidak tepat, kerap melakukan kesilapan.
4)Tidak
yakin dengan kemampuan diri sendiri dan
kurang menjaga keselamatan diri,rakan dan alam sekitar
|
Rubrik Pemarkahan
Holistik
Penilaian Menjalankan
Penyiasatan Saintifik
Peringkat
|
Markah
|
Kriteria
|
Cemerlang
|
11-15
|
·
Mengikut prosedur
yang betul dan merekod bacaan dengan jelas, tepat dan terperinci.
·
Mengendalikan semua
bahan dan alatan dengan tepat dan mahir.
·
Mempersembahkan data
yang lengkap
·
Analisis yang tepat
dan Berjaya menjawab semua soalan penyiasatan dengan sempurna.
·
Penghayatan sikap
saintifik dan nilai murni secara keseluruhan
|
Memuaskan
|
6-10
|
·
Mengikut prosedur dan
merekod bacaan dengan jelas.
·
Mengendalikan bahan
dan alatan dengan beberapa kesilapan tetapi tidak menjejaskan rekod bacaan.
·
Pengumpulan data yang
sederhana lengkap
·
Analisis yang betul
tetapi ada ketidaktepatan keputusan yang menjejaskan jawapan soalan
penyiasatan
·
Penghayatan sikap
saintifik dan nilai murni secara sederhana
|
Lemah
|
1-5
|
·
Eksperimen tidak
mengikut prosedur yang betul dan bacaan kurang tepat.
·
Tidak berjaya
mengendalikan sebahagian besar bahan alatan dengan cara yang betul.
·
Pengumpulan data yang
tidak lengkap.
·
Analisis yang kurang
tepat dan tidak menjawab soalan penyiasatan dengan betul.
·
Tiada penghayatan
sikap saintifik dan nilai murni
|
Penilaian Menjalankan Penyiasatan Saintifik (20%)
Nama
pelajar :
Mohd Khairuddin b. Mohd Saad
Kelas : 1 Arif
Tajuk
eksperimen : Konsep ketumpatan dan Keapungan
|
Kriteria/ Petunjuk prestasi
|
Rating
|
Pemberat
|
Skor
|
I.
Mengukur dan menggunakan
nombor
|
|
|
|
II.
Pengendalian bahan dan radas
|
|
|
|
III.
Pengumpulan data
|
|
|
|
IV.
Analisis Data
|
|
|
|
V.
. Nilai-nilai murni
|
|
|
|
Jumlah
|
|
RUJUKAN:
1. Mokhtar
Ismail (2009), Pentaksiran Pendidikan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor
2. Azizi Ahmad (
3. Mohamad
Sahari Nordin (2002), Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Pusat
Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur
4. Rick
Stiggins, Judith Arter, Jan Chappuis, Steve Chappuis (2007), Classroom
Assessment for Student Learning, Pearson Merill Prentice Hall, USA
5. Eftah
Hj Abdullah, Abdul Aziz Abd Shukor (2013), Pentaksiran Prestasi dan Pentaksiran
Rujukan Standard dalam bilik darjah, Penerbitan UPSI, Tanjong Malim
6. Julia
Jasmine (2001), Portfolios and other assessments, Teacher created material Inc,
USA
7. Bhasah
Abui Bakar (2009), Asas pengukuran bilik darjah, Quantum Books, Kuala Lumpur
8. Margerat
B. Pucket, Janet K. Black (2000), Pearson Merill Prentice Hall, USA
No comments:
Post a Comment