Friday, 5 December 2014

TUGASAN 3

PENTAKSIRAN AUTENTIK KPN 6074.

Tugasan Berkumpulan 2.

Nama ahli kumpulan:
1.      ABDUL RAHMAN BIN AB. MAJID         M20132001967
2.      SUZIYANA BT ABU JAMIL                      M20132001987
3.      AHMAD SYAHMI BIN JUWAINI             M20132001779
4.      AHMAD QHADRI BIN ABDUL AZIZ     M20132002112


















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
Matematik
Tingkatan
2
Tempoh
80 minit
Bidang
Statistik dan Kebarangkalian
Tajuk
Statistik
Objektif Pembelajaran
Mewakili dan mentafsirkan data dalam bentuk piktograf, graf garis dan carta palang untuk menyelesaikan masalah.
Hasil Pembelajaran
Murid akan mendapat:
Membina piktograf, graf garis dan carta palang untuk mewakilkan data.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah memahami konsep data serta konsep kekerapan.
Nilai murni
Kerjasama, Yakin
ABM
Kertas Majong, Lampiran A
Kemahiran Berfikir
Menganalisis, Menghubung kaitkan, Mereka cipta

FASA/MASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
CATATAN
Orientasi
(10 Minit)
Guru menunjukkan contoh  perwakilan data yang telah dipelajari seperti berikut :










 








 
Soalan :
Sila lihat  tiga jenis perwakilan data pada papan putih berikut. Berdasarkan perwakilan data  tersebut, apakah maklumat atau ciri  yang ada?

Respon Dijangka:
Untuk graf garis:
Ada tajuk
Ada paksi menegak dan megufuk
Skala yang sama ( 1 : 60)
Untuk carta palang:
Ada tajuk
Menegak
Paksi mengufuk untuk gred
Paksi mencancang untuk bilangan pelajar
Senang dilukis
Skala seragam (1 : 5)
A-4, B-12, C-10, D-2
Untuk piktograf:
Ada tajuk
Ada gambar atau simbol
Saiz dan bentuk yang sama, Mudah dilukis
Ada petunjuk

KBKK:
Menganalisis

Langkah 1
Perkembangan
(15 minit)
Guru meminta murid secara berkumpulan (5 orang satu kumpulan) untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang diberi.
Guru menerangkan kepada murid soalan yang dikemukakan dan apa yang perlu diselesaikan oleh murid.
Semua penyelesaian perlu dibuat di atas kertas majong.
Guru meminta muridnya mengemukakan soalan jika soalan tersebut kurang jelas.
Guru meminta wakil kumpulan mencabut undi untuk menentukan bentuk perwakilan data yang perlu dibina.



Arahan:
Sila berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
Cikgu akan mengedarkan tugasan dan anda semua  diminta berbincang untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan cabutan undi tadi.
Semua langkah kerja perlu dibuat diatas kertas majong yang disediakan.
Masa 15 minit diberikan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan kepada masalah yang diberikan dalam lampiran A, anda diminta membina perwakilan data yang telah dipilih.
Hasil kerja kumpulan terbaik akan diberi ganjaran istimewa.

Soalan:
Apakah bilangan buku yang dipinjam oleh Shanti, Badrul dan Ahmad ?
KBKK:
Menghubung kait
Mereka cipta

Nilai:
Kerjasama

Lampiran A
Langkah 2
(15 minit)
Perkembangan
Pelajar menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
Guru beredar dan bergerak dari kumpulan ke kumpulan bagi memantau tugasan murid.
Guru memberikan cadangan atau bantuan kepada kumpulan yang menghadapi masalah
Guru mencadangkan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah


Langkah 3
(30 Minit)
Guru meminta semua kumpulan membentangkan hasil kerja mereka mengikut giliran yang telah dicatatkan pada kertas undi sebelum ini.
Guru membanding beza hasil jawapan pelajar.
Guru meminta muridnya berbincang antara mereka bagi mencari persamaan dan perbezaan.




Soalan:
Sila lekatkan tugasan anda pada papan putih.
Wakil bagi setiap kumpulan perlu ke hadapan dan membentangkan hasil kerja anda.
Seterusnya diikuti oleh kumpulan 2, 3 dan 4, 5 dan 6.

Soalan:
Berdasarkan binaan perwakilan data anda, nyatakan  kenapa anda memilih perwakilan data tersebut?
Terangkan secara ringkas perwakilan data yang anda pilih.

Respon Jawapan:
Piktograf
Tajuk dinyatakan
Boleh menggunakan pelbagai bentuk dan simbol.
Petunjuk dinyatakan dengan tepat.
Graf garis
Tajuk dinyatakan
Paksi mengufuk mewakili nama pelajar
Paksi mencancang mewakili bilangan buku
Skala seragam dan bersesuaian
Keenam-enam titik diplot dengan betul.
Carta palang:
Tajuk dinyatakan
Boleh dibina secara melintang atau menegak
Skala seragam dan bersesuaian
Nilai:
Yakin
Penutup
( 10 Minit)
Guru meminta mana-mana pelajar member kesimpulan.
 Guru memberikan rumusan bagi pembelajaran hari ini.
Guru melekatkan soalan latihan pada papan putih.
Siapa yang boleh memberi kesimpulan berdasarkan tugasan hari ini
Respons jawapan :
Ada tiga jenis perwakilan data iaitu piktograf, graf garis dan carta palang.

Sila siapkan latihan yang diberi sebagai kerja rumah anda.








LAMPIRAN
Pelan Bansho
Soalan diberi kepada setiap kumpulan – Aktiviti berkumpulan.
Rujuk Lampiran A
Ada tiga jenis perwakilan data yang sesuai untuk dibina.
Latihan tambahan diberi kepada pelajar secara individu – Kerja rumah
Rujuk Lampiran G
Bina perwakilan data berdasarkan maklumat diberi.
 







·         Murid perlu mencari bilangan buku Shanti, Badrul dan Ahmad terlebih dahulu.
·         Murid telah belajar menentukan kekerapan dalam suatu data.
·        
Untuk ketiga-tiga jenis perwakilan data, mesti ada tajuk.
Piktograf-mesti menggunakan simbol atau bentuk dan petunjuk yang bersesuaian.
Graf garis dan carta palang-skala mesti seragam dan bersesuaian.
Carta palang-boleh dilukis secara menegak atau melintang.
Murid telah belajar mengumpul dan merekod data dengan sistematik.
·         Membina perwakilan data yang dipilih dengan tepat.

Jawapan pelajar yang dijangka.
Rujuk Lampiran C
Jawapan pelajar yang dijangka.
Rujuk Lampiran E
Jawapan pelajar yang dijangka .
Rujuk Lampiran F
Jawapan pelajar yang dijangka.
Rujuk Lampiran D
 









Lampiran A
Soalan:
Jadual di bawah menunjukkan rekod pinjaman buku perpustakaan sekolah oleh enam orang murid pada tahun 2013.
Murid
Bilangan buku
Jenny
20
Ahmad

Mariam
60
Adila
40
Badrul

Shanti


Didapati jumlah bilangan buku perpustakaan sekolah yang dipinjam oleh enam murid tersebut ialah 300. Bilangan buku yang dipinjam oleh Badrul adalah tiga kali bilangan buku yang dipinjam oleh Shanti manakala bilangan buku yang dipinjam oleh Shanti adalah dua kali bilangan buku yang dipinjam oleh Ahmad.
Bina graf garis berdasarkan data yang diberikan.















Lampiran B (langkah penyelesaian)
Jawapan yang dijangka:
1.      Anggap bilangan buku yang dipinjam oleh Shanti = x
2.      Anggap bilangan buku yang dipinjam oleh Badrul = 3x
3.      Anggap bilangan buku yang dipinjam oleh Ahmad =
4.      Jumlah bilangan buku yang dipinjam oleh Shanti, Badrul dan Ahmad
= 300 – 120 = 180
5.      x + 3x +  = 180
4x +  = 180
8x + x = 360
9x = 360
  x = 40
6.      Shanti = x = 40, Badrul = 3x = 120, Ahmad =  = 20
Murid
Bilangan buku
Jenny
20
Ahmad
20
Mariam
60
Adila
40
Badrul
120
Shanti
40











Lampiran C

Piktograf

Rekod Pinjaman Buku Peprpustakaan
Jenny

Ahmad

Mariam

Adila


Badrul



Shanti

            mewakili 10 buah buku yang dipinjam










Lampiran D

Graf garis
Rekod pinjaman buku perpustakaan
 


















Lampiran E

Carta palang (melintang)

Murid


















Lampiran F

Carta palang (menegak)

Murid
Bilangan buku


















Lampiran G

Latihan:
.
 Jadual di bawah menunjukkan perolehan pingat oleh murid SMK Seri Tualang dalam pelbagai jenis pertandingan sukan dari tahun 2007 hingga 2011.

Tahun
2007
2008
2009
2010
2011
Bilangan pingat
40


42
50

Diberi bahawa bilangan pingat yang diperoleh  pada tahun 2008 adalah  dari tahun 2007 tahun manakala bilangan pingat yang diperoleh pada tahun 2009 adalah 10% lebih dari tahun 2008.
Jumlah perolehan pingat dalam lima tahun tersebut ialah 198.
Berdasarkan jadual tersebut, bina satu perwakilan data yang bersesuaian untuk mewakili maklumat di atas.















Tugasan Autentik.

Projek statistik.

1.      Bentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang.

2.      Lakukan soal selidik terhadap pelajar kelas lain atau pun sampel yang sesuai berdasarkan topik yang ingin dikaji. Jawab soalan berikut.
Contoh : Soal selidik berkaitan dengan sukan kegemaran pelajar tingkatan 1 Aktif.
a)      Terangkan bagaimana ahli kumpulan menjalankan soal selidik.

3.      Kumpul dan rekodkan data secara sistematik dalam bentuk jadual. Jawab soalan berikut.
a)      Bincangkan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data.

4.      Persembahkan data ke dalam bentuk piktograf/ graf palang/ graf garis mengikut kesesuaian data. Jawab soalan berikut.
a)      Terangkan kenapa graf tersebut dipilih.
b)      Tulis kesimpulan yang dapat dibuat daripada analisis data tersebut.


Kriteria.

1.      Laporan mestilah mempunyai muka hadapan yang mengandungi tajuk projek, nama ahli kumpulan dan tarikh.
2.      Laporan mestilah bercetak komputer dan langkau 2 baris.
3.      Semua carta, jadual dan graf dibina dengan kemas dan perlu bercetak komputer. Graf mesti mempunyai tajuk dan paksi yang berlabel.
4.      Semua penerangan mestilah dalam bentuk perenggan.
5.      Senaraikan rujukan yang digunakan (tajuk, penulis dan penerbit).


Rubrik berdasarkan kriteria.

              Markah

Kriteria
1-3
Lemah
4-7
Sederhana
8-10
Baik
Jumlah markah
Jadual/
Graf/ Carta
Tiada tajuk, skala tidak sesuai dan tidak berlabel,
Tajuk kurang sesuai, skala kurang dan tidak berlabel.
Tajuk sesuai dengan data, skala tepat dan berlabel lengkap.

Pembinaan Jadual/Graf/Carta
Pembinaan kurang baik, kesalahan sehingga lebih 4 kesalahan.
Pembinaan baik, mempunyai 2-3 kesalahan.
Pembinaan jelas, tiada kesalahan.

Kekreatifan
Laporan kurang menarik, tiada faktor tambahan.
Laporan baik dan mempunyai faktor tambahan.
Sangat kreatif dalam mempersembahkan hasil tugasan dan mempunyai faktor lain dalam laporan.

Penerangan
Penulisan lemah, terdapat kesalahan bahasa dan ejaan yang melebihi 6 perkara.
Penulisan baik dan menjawab semua soalan. Kesalahan bahasa yang minima.
Penulisan jelas, menarik, mempunyai rujukan dan menjawab tepat semua soalan. Tiada kesalahan bahasa.

Kerja berkumpulan
Terdapat ahli yang tidak melaksanakan tugasan dan mempunyai masalah dengan tugasan.
Beberapa ahli melakukan tugasan dan mempunyai sedikit masalah.
Semua ahli dapat bekerjasama dengan baik dan melakukan tugasan dengan sistematik.



Justifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran.

Strategi yang dipilih adalah berpusatkan pelajar sepenuhnya dan menggunakan pembelajaran koperatif serta konstruktif. Pembelajaran berpusatkan pelajar dapat melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila hal ini berlaku, pelajar dapat membina pengalaman sendiri terhadap topik yang ingin dikembangkan dalam diri pelajar.
Pembelajaran alaf 21 menekankan aspek-aspek yang dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam aspek komunikasi berkesan dan membina sendiri idea baru yang dapat diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar masa kini lebih suka aktiviti yang aktif yang dapat memberi kesan mendalam terhadap diri pelajar. Maka pembelajaran konstruktif sangat sesuai bagi pelajar bagi menggalakkan mereka mempunyai pengalaman membina sendiri pengetahuan bermakna dalam pembelajaran.
Bagi meningkatkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dalam kumpulan, bertolak ansur, membantu rakan yang lemah, pendekatan yang digunakan adalah pendekatan pembelajaran koperatif di mana pelajar belajar secara berkumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai pelbagai tahap kognitif, jantina, bangsa dan sebagainya. Pengetahuan dapat diperluas merentasi perbezaan tersebut. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika nilai-nilai tersebut dapat diperoleh semasa kerja berkumpulan.

Justifikasi contoh pentaksiran autentik.

            Tugasan yang dipilih untuk mentaksir pelajar tingkatan 2 dalam topik statistik adalah berbentuk projek yang melihat bagaimana pelajar dapat mengembangkan idea terhadap proses pengumpulan data, perekodan data, persembahan data dan kesimpulan atau analisis data yang diperoleh melalui tugasan yang dilakukan.
            Projek dapat memberi pengalaman kepada pelajar bagaimana menyelesaikan masalah yang diberi dengan perbincangan kumpulan dan persediaan yang terancang. Pelajar juga akan terlibat secara langsung dengan situasi masalah yang dikehendaki dan dapat memahami bagaimana sesuatu topik dapat berkait dengan dunia luar dari bilik darjah.
            Guru dapat menilai bagaimana pelajar mengendalikan sesuatu tugasan atau masalah yang diberi kepada pelajar. Hasil projek dapat dinilai melalui laporan yang disiapkan oleh pelajar. Laporan akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk mengikut kekreatifan pelajar. Di sini guru dapat melihat dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang yang lain. Melalui laporan projek tersebut, dapat menambah baik penulisan pelajar. Pelajar mempelajari banyak perkara dengan melakukan projek. Pelbagai elemen dapat dilihat dan diukur menerusi kelakuan dan tingkah laku yang dipamerkan pelajar.
            Pelajar juga dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari bukan hanya semata-mata belajar teori sahaja. Maka tugasan projek ini amat sesuai dilakukan pelajar sebagai tugasan praktikal pelajar. Pelajar dapat menggunakan seluruh elemen kognitif, afeksi dan psikomotor dalam menyelesaikan tugasan projek.



No comments:

Post a Comment