TUGASAN 2
1.0 DEFINISI
2.0 PERBEZAAN PENTAKSIRAN
TRADISIONAL DAN AUTENTIK
3.0 ASAS TEORI PENTAKSIRAN
AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)
4.0 PRINSIP PENTAKSIRAN AUTENTIK
5.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
AUTENTIK
6.0 BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN
AUTENTIK
7.0 RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK
8.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK
9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
PBS
10.0
CONTOH-CONTOH
PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO PENDIDIKAN KHAS & SEK MEN)
11.0
CONTOH-CONTOH
PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO SEK. REN & PRA SEK)
1.0 DEFINISI
Pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan
di Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu
serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan
pembentukan modal insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya
ialah pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan
hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi.
Menurut Pert
(1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan
suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh
mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.
Pentaksiran
autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian pengetahuan atau keahlian pelajar dalam
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan
kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Selain itu,
menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian
autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik
dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang
dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan
kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan
hanya melibatkan tahap kognitif di
peringkat pengetahuan dan pemahaman malah
melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
Saptu
& Said (2011) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya
merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard.
Menurut Logsdon (2011), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang
berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang
silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan
untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan
penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach
& Associates, 2011).
Pentaksiran autentik secara umumnya
ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain
pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas. Pentaksiran autentik
menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak
dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran
sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan
mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka
yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya
(Companies, 2011).
Jesteru itu, pentaksiran autentik
adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri
terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang
bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan,
seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik
termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan,
pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini menyediakan peluang
kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan
pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran yang dijalankan
tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji
dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran
formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.
Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional
adalah secara tidak langsung tidak autentik,
one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes (1995)
menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah
ujian – peristiwa tunggal (single-occasion)
iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu.
Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar
tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa
melakukan ujian. Bailey (1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang
disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini. Law & Eckes (1995)
menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir
pelajar yang rendah. Manakala Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional
sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali
pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem
pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan
pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain
tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (
Begum & Farooqui , 2008 ).
Sebaliknya pentaksiran autentik,
mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk
menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi tumpuan
kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang
pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu,
pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada
bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza.
Pentaksiran autentik atau
pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan.
Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami
dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menetukan apa yang
boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat
autentik adalah pentaksiran kerja kursus atau portfolio, projek, persembahan,
aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri
pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik
dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Khan, 2009).
Penilaian autentik adalah satu bentuk
penilaian di mana pelajar diminta
untuk melaksanakan tugas-tugas
dalam dunia sebenar yang menunjukkan
penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ).
Penilaian autentik adalah
sesuatu yang diuji untuk
menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu untuk menunjukkan sama ada telah menguasai
kemahiran serta pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987)
Penilaian autentik juga
dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan seringkali
digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi yang
memerlukan pelajar untuk menjana idea dan
bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten, 1993).
Menurut perspektif ahli
falsafah pendidikan menyatakan bahawa
Penilaian Autentik bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang
berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan
tersebut. (Burke, 2005)
Bagi lebih jelas, di bawah
terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu untuk menggambarkan
penilaian autentik dengan lebih jelas.
1) Kaedah yang menekankan
pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya seperti
strategi menyelesaikan masalah. (Collin)
2) Tugasan yang memberi
tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau
prestasi tinggi. (Wiggins)
3) Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu
belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)
4) Cabaran yang memerlukan
pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins)
5) Penglibatan aktif
pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)
2.0 PERBEZAAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN TRADISIONAL
BIL
|
AUTENTIK
|
TRADISIONAL
|
1.
|
Berpusatkan murid
|
Berpusatkan guru
|
2.
|
Pelbagai jenis
pentaksiran (esei, potfolio, eksperimen, persembahan, pameran)
|
Kaedah pentaksiran secara Ujian Bertulis, Ujian
Lisan
|
3.
|
Murid mengalami
situasi sebenar dalam sesuatu perkara/ujian.
|
Tidak menunjukkan keadaan sebenar apa
yang murid tahu.
|
4.
|
Penilaian akan
memimpin kurikulum.
|
Kurikulum memacu pentaksiran
|
5.
|
Murid menganalis,
sintesis dan menggunakan apa yang diperolehi dalam skop yang lebih luas
|
Murid akan mengingat kembali fakta atau
idea yang diperoleh dalam sesuatu ujian.
|
6.
|
Soalan adalah bertumpu kepada aras tinggi.
|
Soalan adalah secara terus tanpa
memerlukan pemikiran yang kompleks
|
7.
|
Pentaksiran
berterusan dari semasa ke semasa
|
Beroreintasikan
peperiksaan, jadual.
|
8.
|
Kriteria
pemarkahan ditentukan, rubrik disediakan untuk mencapai keputusan yang
terbaik
|
Pencapaian
ditentukan melalui gred
|
9.
|
Murid lebih
aktif dan terlebih secara langsung dalam aktiviti.
|
Murid pasif
dan mengikut arahan yang ditetapkan.
|
10.
|
Bukti
pencapaian murid secara langsung
|
Bukti
pencapaian murid secara tidak langsung
|
11.
|
Lebih
kepada kaedah membina dan mengaplikasi.
|
Lebih
kepada kaedah menghafal dan mengenalpasti.
|
12.
|
Penilaian
secara konteks kehidupan sebenar
|
Penilaian
kepada konteks yang terkawal
|
13.
|
Pelajar perlu melakukan tugasan
|
Pelajar memilih respon / ayat pendek
|
14.
|
Penilaian holistik dan bersepadu
|
Berfokuskan pencapaian kognitif
|
15.
|
Penilaian semasa proses pembelajaran dan produk akhir
|
Penilaian berasaskan produk/hasil akhir
|
16.
|
Guru dapat merancang pengajaran berdasarkan kecenderungan dan keupayaan
pelajar.
|
Kebolehan dan kecendurangan murid tidak dapat dikenalpasti secara
langsung.
|
3.0 ASAS
TEORI PENTAKSIRAN AUTENTIK (KONSTRUKTIVISME)
PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DENGAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Konsep pembelajaran
konstruktivisme berkaitan dengan
bagaimana manusia memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia
termasuklah melalui didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga,
proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka.
Seterusnya
murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman
sedia ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga
dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti
setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam
aktiviti seharian atau pada masa akan datang.
Perkaitan Penilaian Autentik dengan Teori
Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian
Autentik melibatkan penilaian pencapaian
sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi
mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme sebagaimana diterangkan di atas merupakan
teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina
kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi.
Dari segi prinsip asas pula Penilaian Autentik berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan
Integrasi kandungan instruksional. Teori
Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea,
menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi.
Manakala dari segi
tujuan Penilaian Autentik bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran,
proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme
untuk menilai input, proses dan kualiti
produk dan menilai tugasan
pelajar.
Format dan bentuk penilaian
pula bagi Penilaian Autentik bersifat Holistik,menggunakan rubrik yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran
yang ingin diuji. Serta mengandungi
pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh
penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian
dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan,
secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah,
koperatif,inkuri penemuan dan
eksperimen.
PERKAITAN
TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
“Pembelajaran
sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau
latihan”
~ Williams & Anandam (1973)
Teori pembelajaran
behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses
pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak balas dapat
dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokoh-tokoh mazhab
behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat
bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh
diperhatikan,dikawal dan diramal.
Menurut perspektif
behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap
suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau peneguhan
negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu pendekatan pemikiran
yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Antara matlamat
yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau
prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.
Secara amnya,sumbangan
pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan
Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operan-Thorndike dan B.F.Skinner.
HUKUM LATIHAN
Perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh dalam pentaksiran
ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid dapat memahami dengan
lebih mendalam)
HUKUM KESAN
Ikatan antara rangsangan
dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan iaitu
ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu gerak balas yang
dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti sesuatu yang
tidak menyenangkan.
HUKUM KESEDIAAN
Sesuatu ganjaran itu akan
berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi.
HUKUMAN
Akan melemahkan kekerapan
gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu
·
Dendaan
dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan dihentikan
atau kekerapan menurun.
·
Sekatan
daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak
disenangi
Teori Behaviorisme
menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan
dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau
tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku
termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan
lain-lain adalah dipelajari.
Antara andaian ahli
behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan
melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan
dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas
dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan
dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan
pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran
Satu aspek penting dalam
memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran
ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau
maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang
merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan
dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat.
Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan
baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu
kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu
diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik
prestasi mereka.
Maklum balas yang berkesan
ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan,
apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk
membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang
memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih
memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang
memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi
mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak
menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk
mengetahui perkembangan mereka seterusnya.
4.0
PRINSIP
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Prinsip-prinsip
Pentaksiran
Prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan
antara satu sama lain. Contohnya instrumen yang disediakan hendaklah sesuai
dengan kumpulan murid yang ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras
kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut tahun persekolahan. Oleh yang
demikian, adalah amat tidak relevan sekiranya kertas soalan tahun 5 diberikan
kepada murid-murid tahun 3 dan sebagainya.
Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrument atau pun satu alat untuk menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji.
Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di bawah.
Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip jawapan atau pun respons-respons yang telah diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini baru lah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar.
Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid.
Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrument atau pun satu alat untuk menguji pencapaian dan pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji.
Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di bawah.
Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip jawapan atau pun respons-respons yang telah diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini baru lah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar.
Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid.
- Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran.
- Tugasan berbeza setiap tahun.
- Dilaksana di sekolah.
- Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib.
- Ditaksiroleh guru matapelajaran.
- Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
- Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard.
- Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.
Situasi 1
"Cikgu Rahman
ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih dahulu Cikgu
Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain
menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop
pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah disampaikan dan
apakah kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh mereka untuk
suatu tempoh persekolahan (pertengahan semester, satu semester, setelah
satu kemahiran dan sebagainya)."
Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons.
Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah
diberikan oleh murid-murid di dalam kertas ujian mereka. Respons-respons murid
memainkan peranan yang sangat penting di dalam pentaksiran kerana
respons-respons ini mengandungi data-data atau pun maklumat-maklumat tentang
pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh persekolahan; penguasaan murid-murid
tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan juga keberkesanan strategi yang
digunakan oleh guru.
Prinsip-prinsip
Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:
5.0 CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN AUTENTIK
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran
autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan
untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatakan sebagai
satu alternatif kepada ujian tradisional.
Ciri-cirinya pentaksiran autentik ialah:
1. Berorientasikan
proses
Membantu menunjukkan bagaimana murid dapat
meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.
2. Bersifat dua hala
Guru dan murid mengambil tanggungjawab
bersama, banyak perspektif diambil kira dalam penilaian yang dijalankan
3. Bersistematik
Merujuk kepada kriteria yang ditetapkan
4. Bersifat autentik
Berdasarkan aktiviti bilik
darjah yang sebenar.
5. Bersifat ujian terbuka
Lebih dinamik dan fleksibel
Ciri-ciri pentaksiran autentik menurut pandangan Wiggins,
G
1. Berstruktur
dan logistik
Ø Lebih sesuai untuk orang
awam kerana melibatkan pendengar, barisan panel dan sebagainya.
Ø Tidak dipengaruhi oleh kekangan masa yang tidak realistik
sewenang-wenangnya.
Ø Mengemukakan tugasan atau
soalan yang diketahui dan bukan rahsia.
Ø Lebih berbentuk portfolio
Ø Memerlukan kolaborasi
dengan orang lain
Ø Berulang-ulang dan sesuai
digunakan untuk latihan atau raptai
Ø Menjalankan penilaian dan
memberi maklum balas kepada pelajar supaya jadual sekolah, struktur dan polisi
dapat diubahsuai untuk menyokong mereka.
2. Berbentuk
intelektual
Ø Penting iaitu tidak sewenang-wenangnya dibuat untuk
mendapatkan gred.
Ø Bersifat memudahkan kerana
dibentuk untuk membimbing pelajar ke arah penggunaan pengetahuan dan kemahiran
yang canggih.
Ø Bersifat kontekstual dan
menguji minda
Ø Melibatkan kajian dan
penggunaan pengetahuan pelajar di mana “kandungan” adalah makna
Ø Menilai tabiat dan koleksi
pelajar dan tidak hanya menguji kemahiran yang dibekal.
Ø Bersifat mencabar iaitu
diwujudkan untuk kajian secara mendalam
Ø Menawan dan bersifat
pendidikan
Ø Melibatkan tugasan atau
masalah yang samar-samar
3. Standard
penskoran
Ø Melibatkan kriteria yang
menilai kepentingan
Ø Digunakan untuk menunjukkan
standard prestasi iaitu ujian rujukan kriteria dan bukan ujian rujukan norma
Ø Membolehkan penilaian
kendiri sebagai sebahagian daripada penilaian.
Ø Menggunakan sistem
penskoran pelbagai aspek untuk menggantikan gred agregat.
4. Keadilan
dan kesamarataan
Ø Mencungkil dan mengenal
pasti kekuatan yang terpendam.
Ø Mendapatkan keseimbangan
yang berterusan antara pencapaian dan kemahiran sebelum latihan.
Ø Mengurangkan perbandingan
yang tidak adil.
Ø Membolehkan pelajar
menggunakan gaya pembelajaran dan minat tersendiri.
Ciri-ciri tugasan autentik merangkumi:
1. Tugasan
autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.
Penyediaan
aktiviti yang bersesuaian dalam tugasan seperti dalam profesion sebenar yang
lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks.
2. Tugasan
autentik adalah terbuka (ill- defined), memerlukan pelajar mengenal pasti
sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan satu aktiviti.
Penyelesaian
masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan
dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan
satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang sedia
ada.
3. Tugasan
autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam
tempoh masa atau jangka masa yang lebih panjang.
Tugasan yang
disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada
beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna
iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.
4. Tugasan
autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti dan mengkaji
tugasan daripada pelbagai perspektif serta menggunakan pelbagai sumber.
Tugasan
autentik menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti penyelesaian
masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan
praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana
pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik
daripada rujukan yang terhad bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenal
pasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak
relevan.
5. Tugasan
autentik memberi peluang kepada pelajar untuk berkolaborasi.
Bekerjasama dan
berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan sama ada ketika dalam mengikuti kursus
mahupun ketika di situasi dunia sebenar. Ia lebih baik daripada pencapaian
kejayaan secara individu.
6.
Tugasan
autentik memberi peluang untuk refleksi
Aktiviti yang
disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula
ke atas pembelajaran mereka sama ada secara individu ataupun sosial.
7.
Tugasan autentik boleh
diintegrasikan dan diaplikasikan meretas displin subjek dan mampu menjangkau
lebih dari yang telah dispesifikasikan
Aktiviti
menggalakkan perspektif dari pelbagai displin dan membenarkan pelbagai peranan
serta kemahiran
8.
Tugasan autentik adalah
integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian
Penilaian
aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar
berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik iaitu lebih baik daripada
penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.
9.
Tugasan autentik
menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang
tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan
sesuatu
Aktiviti yang
berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik
daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah
penyediaan sesuatu.
10.
Tugasan autentik
membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil
Aktiviti ini
membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semula
jadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja
tindak balas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau
prosedur tertentu.
Ciri-ciri pentaksiran autentik murid prasekolah
Pentaksiran
prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran
autentik prasekolah adalah seperti berikut:
1.
Mengambil
kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak.
2.
Lebih
mementingkan proses
3.
Dijalankan
secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang.
4.
Dijalankan
secara berterusan
5.
Tidak
membanding dan melabelkan murid
6.
Bersifat
diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
7.
Berfokus
kepada tahap perkembangan murid.
8.
Tugasan
pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid.
9.
Menepati
standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.
6.0
BENTUK-BENTUK
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Bentuk-bentuk Pentaksiran
Autentik
·
Pentaksiran
prestasi melalui pemerhatian guru
-
Sesuatu
untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses
pembelajaran berlaku.
-
Instrumen
yang diperlukan bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala
kedudukan (rubric holistik atau rubric analitikal)
·
Persidangan
-
Mendemonstrasikan
hasil karya dalam pameran atau persidangan seperti di Pameran Sains dan
Pertunjukan Seni.
·
Pentaksiran
Kendiri
-
Pelajar
menilai diri sendiri.
·
Pentaksiran
Rakan Sebaya
-
Memepersembahkan
karya tulisan asli kepada rakan sebaya dan mendapatkan maklum balas dari
mereka.
·
Pentaksiran
Kerja Kursus/Portfolio
-
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar
yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan
pelajar dan memberi peluang yang besar
kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)
-
Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan
sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang
spesifik. (Vavrus, 1990).
Portfolio
boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:
1. Portfolio
Perkembangan (Growth Portfolios)
-
Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau
perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran
proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti
kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi.
2. Portfolio
‘Showcase’ (Showcase Portfolio)
-
Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung
tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik
untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari
segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan
kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka.
3. Portfolio
Penilaian (Evaluation Portfolios)
-
Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi
tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard
yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya.
-
Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio,
beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar.
-
Antara persoalan tersebut adalah:
1. Tujuan : Apakah
tujuan portfolio dihasilkan?
2. Audien : Untuk siapakah portfolio
tersebut dihasilkan?
3. Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar
yang perlu
dimasukkan?
4. Proses : Apakah proses yang terlibat dalam
menghasilkan
portfolio?
5. Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan
diuruskan dalam
penghasilan portfolio?
6. Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan
dikongsi bersama
audien?
7. Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan
untuk tujuan penilaian,
bila dan bagaimana ia akan dinilai?
7.0
RUBRIK
HOLISTIK DAN ANALITIK
1.0 RUBRIK
DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK
1.1 Pengenalan
Secara
amnya, pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
Selain daripada itu juga, pentaksiran juga dapat disama ertikan dengan proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterprestasi
meklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu,
maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat
kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Walau bagaimanapun, pentaksiran juga memerlukan
pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk
mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam
bentuk dialog, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian
diagnosis. Pentaksiran bertujuan bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran.Selain itu juga, melalui pentaksiran guru dapat
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya pelaksanaan pentaksiran ini, guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, guru juga harus peka terhadap
pengajaran yang disampaikan kerana dengan pelaksanaan pentaksiran ini, guru
boleh memperbaiki kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
Menurut Dunn (1991) dalam Mohd. Salleh Abu & Zaidatun
Tasir (2001), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh murid sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam
Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah
proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Noraini Idris (2010),
pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian
daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses
pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada murid untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini juga amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran murid. Justeru itu, pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah amat penting
untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang yang
menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah dalam usaha untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap
yang maksimum.
1.2 Pengertian
Penilaian Rubrik
Rubrik
merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru guru. Sistem
ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator)
yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kepada
kriteria yang jelas dan khusus. Penaksiran secara subjektif dijalankan
berdasarkan set kualiti yang dihasilkan dengan merujuk kepada objektif
pembelajaran. Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan oleh guru
berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek dan amali.
Rubrik juga adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah
satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang
digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas
yang lain. Rubrik membolehkan penilaian standard sesuai dengan kriteria
tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. Ini juga merupakan
usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk
grading. Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar
sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga
menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review.
Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan
menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya mengajar. Selain itu, rubrik
merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang diinginkan guru
dalam menilai atau memberi tingkatan dari hasil tugasan individu. Tujuan dari
penilaian rubrik adalah diharapkan secara jelas memahami dasar penilaian yang
akan digunakan untuk mengukur suatu tugas. Rubrik dapat memberi panduan dan
mampu menjadi pendorong atau motivasi bagi individu.
1.3
Ciri-ciri rubrik yang baik
Ø Rubrik yang mudah digunakan
Ø Huraian maklumat berkenaan
segala maklumat penskoran dinyatakan dengan mudah dan jelas untuk dirujuk
Ø Diskripsi tugasan yang jelas
Ø Penjelasan kualiti bagi setiap
kriteria dinyatakan dengan terperinci
Ø Penggunaan bahasa yang jelas
Ø Membantu dalam tujuan
permarkahan
Ø Mudah membezakan tahap kualiti
respon calon
Ciri-ciri
umum berikut rubrik dapat dibezakan, menurut Bernie Dodge dan Nancy
Pickett (2007), tumpuan pada pengukuran tujuan lain (prestasi, perilaku, atau
kualiti) Menggunakan rentang untuk menilai prestasi. Mengandungi ciri-ciri
prestasi tertentu ditetapkan dalam tahap yang menunjukkan sejauh mana standard
telah dipenuhi.
Rubrik Scoring merangkumi satu
atau lebih dimensi yang prestasi undian, definisi dan contoh-contoh yang
menggambarkan sifat (s) telah diukur dan skala rating untuk setiap dimensi.
Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala penilaian sebagai peringkat,
dan definisi sebagai deskriptor. Herman, Aschbacher dan Winters (1992)
membezakan unsur-unsur berikut dari sebuah rubrik skor iaitu satu atau lebih
ciri-ciri atau dimensi yang bertugas sebagai asas untuk menilai respon pelajar,
definisi dan contoh-contoh untuk memperjelas makna dari setiap sifat atau
dimensi dan skala nilai yang masing-masing untuk mengadar dimensi.
Standard keunggulan untuk tahap prestasi yang ditetapkan dengan model atau
contoh-contoh sejak 1980-an, banyak rubrik disediakan dalam format grafik,
biasanya tempat. Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan
kecekapan dari grid di atas, katakanlah, senarai berasaskan teks kriteria.
Rubrik biasanya
dibuat dalam bentuk jadual dua lajur, iaitu kriteria dan kualiti. Kriteria
merupakan yang utama. Kemudian diperincikan menjadi komponen-komponen penting
atau dapat pula komponen-komponen ditulis terus tanpa disatukan dalam yang
utama. Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga
bersifat khusus atau hanya berlaku untuk suatu topik tertentu. Rubrik yang
bersifat menyeluruh dapat ditunjukkan dalam bentuk holistic rubric.
Rubrik holistik adalah panduan untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau
kombinasi semua kriteria serta dapat pula dalam bentuk analytic rubric,
rubrik analitik adalah panduan untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang
ditentukan dengan menggunakan rubrik ini dapat dianalisis kelemahan atau
kelebihan individu.
Rajah 1 ; Contoh rubrik holistik
Skor
|
Deskripsi
|
4
|
Respons terhadap tugas sangat spesifik. Maklumat yang
diberikan tepat dan memperlihatkan pemahaman yang kukuh. Respons dikemukakan adalah
asli. Jawapan ringkas dan menjurus kepada masalah yang diminta serta
kesimpulan dan pendapat adalah secara logik. Secara menyeluruh, respons
lengkap dan memuaskan.
|
3
|
Respons menjawab soalan yang diberikan. Maklumat yang
diberikan tepat. Respons dikemukakan adalah asli, jelas tetapi huraian
panjang lebar.
|
2
|
Respons kurang memuaskan. Walaupun maklumat yang
diberikan tepat tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta kurang logik.
|
1
|
Respons tidak menjawab soalan yang diberikan. Banyak maklumat
yang hilang dan tidak tepat. Tidak ada kesimpulan atau pendapat.
|
Rajah 2 ; Contoh rubrik analitik
Skor
|
Grafik
|
Spesifikasi
|
Rasional
|
4
|
Gambar dan
perkaitan tentang grafik yang diberikan benar
|
Semua
spesifikasi yang diberikan benar
|
Rasional yang
diberikan jelas.
|
3
|
Sebagian besar
gambar dan perkaitan yang diberikan benar
|
Semua
spesifikasi yang diberikan benar
|
Penjelasan
diberikan, tetapi masih tidak jelas
|
2
|
Beberapa gambar
dan perkaitan yang ditunjukan benar
|
Hanya sebagian
spesifikasi yang benar
|
Rasional yang
diberikan tidak lengkap
|
1
|
Gambar dan perkaitan
yang diberikan sangat terbatas dan hanya sedikit yang benar
|
Spesifikasi
yang diberikan salah
|
Rasional yang
diberikan tidak benar
|
2.0 TUJUAN RUBRIK
DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK
Tujuan pemarkahan berasaskan rubrik adalah Kebanyakan pakar berpendapat
rubrik boleh memperbaiki kerja murid dan meningkatkan pembelajaran kerana ia
menyediakan panduan yang eksplisit ( jelas dan terang ) bagi murid. Membantu para
pelajar memperbaiki kualiti kerja mereka dan seterusnya mempertingkatkan
pengetahuan mereka. Guru-guru boleh menggunakan rubrik untuk pelbagai aktiviti
dengan sedikit pengubahsuaian. Membantu guru menilai dengan tepat, tidak berat
sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan. Ciri
ciri umum rubrik menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap tiap
bidang, mengandungi spesifikasi yang spesifik tentang kriteria dan kualiti yang
disusun mengikut tahap bagi menunjukkan setakat mana kriteria dan piawai dicapai.adalah
memfokuskan pengukuran berasaskan kepada objektif dengan jelas,
Kebaikan penilaian berasaskan rubrik
adalah akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang penilaian yang dibuat.
Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek aspek
sesuatu projek. Pemahaman murid adalah lebih jelas serta mengurangkan tekanan
pelajar dan guru. Selain daripada itu, rubrik membantu guru memfokuskan
perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan memendekkan separuh masa
penilaian pelajar. Pihak penjaga mengetahui tentang penilaian yang dibuat
seterusnya meningkatkan standard kredibiliti dan efektif. Selain itu, dapat meningkatkan
komunikasi antara pelajar dan guru. Mengalakkan percambahan idea dan tidak
terhad apa yang dipelajari.
Kesimpulannya rubrik selalu
digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian
pelajar di dalam pembelajaran. Di dalam mentaksir,rubrik direka untuk memberi
maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan pelajar. Rubrik memberi fokus
kepada hasil pembelajaran yang perlu kepada pelajar kuasai di mana hasil
pembelajaran akan digunakan untuk menghasilkan ujian atau tugasan untuk dinilai
setakat mana pengetahuan dan pemahaman pelajar.
8.0
KELEBIHAN
DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK KEPADA PELAJAR
Pentaksiran ini merupakan satu
proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang
disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata
lain, adakah hasil pembelajaran pelajar itu mampu memberi perubahan kepada
pelajar tersebut sama ada dari segi kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.Pentaksiran
autentik memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ia dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan
tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan disekolah sahaja.
Selain
itu, Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan
suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh
mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara
berkumpulan dan aktiviti pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar
dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang
dibincangkan serta menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh
rakan-rakan mereka dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan
pemikiran kritis dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang
ditimbulkan.
Disamping itu melalui pentaksiran
autentik pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana
pentaksiran lebih konsisten dan telus dimana murid dapat menentukan perkara
yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang
diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat mengungkapkan secara
keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana mereka dapat
menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan
masyarakat luas.
6.0 KEBAIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
KEPADA GURU
Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik
merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan
oleh pelajar di dalam bilik darjah
setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran
sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia
sebenar. Oleh hal yang sedemikian pentaksiran autentik memberikan
manfaat kepada guru dalam bentuk maklum balas secara langsung bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya sekiranya seseorang
pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh
melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui memperbaiki penyediaan guru dalam
proses pembelajaran dan perkembangan. Maklumbalas yang
diterima oelh guru boleh membantu guru
menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.
Selain itu,
penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa pentaksiran autentik contohnya melalui
portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi dapat disimpulkan
bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses
pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat
perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada
ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang
sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal ini secara tidak
lansung, guru dapat melihat perkembangan pencapaian pelajar melalui hasil kerja
pelajar. Contohnya melalui portfolio guru dapat menyimpan hasil kerja murid
sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dan
pengajaran.
Disamping itu,
melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai keupayaan pelajar dalam
melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu
yang baharu dan kreatif. Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah,
menganalisis hujah lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka
cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru
untuk membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang
berterusan sepanjang proses belajar.
9.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PBS
Sistem
pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah
menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan
diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan
Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini,
ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis
tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item
ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam
masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman &
Pearson, 1990).
Pentaksiran autentik menurut Pert
(1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran
autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam
erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan
‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
(Sumber: Buku Educational Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik
ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan
dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di
prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan
untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio,
pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.
Dengan
ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada
alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas
untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya
tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran
yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
2. PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran
prasekolah adalah satu proses yang sistematik
untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru
membuat penilaian terhadap mereka dengan
tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul,
menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran
adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran
dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah
untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru
mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru
memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.
Pentaksiran murid
prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang
lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang
sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau
Pentaksiran secara formatif (Formative
assessment).
Pentaksiran
murid di prasekolah lebih menekankan kepada
usaha ke arah penambahbaikan (improvement)
serta perkembangan (development) dan
bukan pencapaian (achievement)
semata-mata. Maklum balas yang diberi
semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam
menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan
kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan
kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.
3.
PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD
Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010
disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah
perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran..
Fokus adalah
bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang
pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus
dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan
merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi
kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan
satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif
tingkahlaku (behavioural) yang boleh
diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.
Seiring dengan kurikulum prasekolah
yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan
dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran
Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan
penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas,
realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah
laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens
(juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang
ditetapkan.
Standard
Prestasi (Performance
Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap
prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu
telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada ”kejayaan” dan bagaimanakah
hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran.
Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu.
Standard Prestasi memperihalkan
kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard
Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk
mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui
oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.
Standard Prestasi dinyatakan dalam
bentuk kriteria dan skor. Kriteria
merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau
perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak
mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi
rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan
kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan
setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus
dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara
kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.
Dalam konteks pentaksiran prasekolah
di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap
penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred
(A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan
dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam.
Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat
tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih
bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid
berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh
digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai (J), Sedang Maju (JJ)dan
Telah Menguasai (JJJ). Tiga
skor ini mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan
bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard
Prestasi.
Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 1
Skor
(Tahap Penguasaan)
|
Simbol
|
Kriteria
|
Telah
Menguasai
|
TM
|
Tahu dan
boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila
|
Sedang Maju
|
SM
|
Tahu dan boleh buat dengan bimbingan.
|
Belum Menguasai
|
BM
|
Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh
buat
|
Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 2
Skor
(Tahap Penguasaan)
|
Simbol
|
Kriteria
|
Menguasai
|
M
|
Boleh
melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai
|
Sedang Berkembang
|
SB
|
Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila
melakukan aktiviti namun masih boleh melakukannya sehingga selesai
|
Perlu Banyak Bimbingan
|
PB
|
Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan
bimbingan
|
4.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid.
Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
i.
Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak
ii.
Lebih mementingkan proses bukan produk
iii.
Dijalankan tidak secara langsung (not
direct testing)
iv.
Dijalankan dalam suasana semula jadi
(naturalistic)
v.
Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)
vi.
Dijalankan dalam keadaan yang tenang
vii.
Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid
viii.
Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai
ix.
Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran
x.
Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif)
xi.
Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan
xii.
Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid
xiii.
Tugasan pentaksiran diberi
menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik)
xiv.
Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid
xv.
Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.
5. KONSTRUK YANG DITAKSIR
Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir(konstruk),
rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
untuk setiap Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan
terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap
baik (yang berkaitan dengan kemahiran/ kebolehan dalam Standard Pembelajaran)
juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan
sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan
senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh
pembelajaran murid di peringkat prasekolah.
Jadual 3: Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di
Prasekolah
TUNJANG
|
KONSTRUK
|
||
Komunikasi
|
|||
BM1
|
Kemahiran Mendengar
|
||
BM2
|
Kemahiran Bertutur
|
||
BM3
|
Kemahiran
Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan
|
||
BM4
|
Kemahiran
Membaca Perkataan
|
||
BM4
|
Kemahiran Membaca Perkataan
|
||
BM5
|
Kemahiran Membaca Ayat
|
||
BM6
|
Kemahiran Mencerita Semula
|
||
BM7
|
Kemahiran Menulis
|
||
Kemanusiaan
|
|||
KM1
|
Pengetahuan
tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti.
|
||
KM2
|
Amalan
Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri dengan Keluarga, Rakan, Sekolah
dan Komuniti
|
||
KM3
|
Amalan
Tabiat Menjaga Alam Sekitar
|
||
KM4
|
Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya
Tradisional
Pelbagai Kaum di Malaysia
|
||
KM5
|
Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia
|
||
KM6
|
Amalan Cintakan Negara
|
||
Ketrampilan
Diri
|
|||
Perkembangan
Sosioemosi
|
SE1
|
Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri
|
|
SE2
|
Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif
|
||
SE3
|
Kebolehan Membina Kemahiran Sosial
|
||
Perkembangan
Fizikal dan Estetika
|
|||
Perkembangan
Fizikal
|
FZ1
|
Kemahiran Motor Halus
|
|
dan
Penjagaan Kesihatan
|
FZ2
|
Kemahiran Motor Kasar
|
|
FZ3
|
Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri
|
||
FZ4
|
Mengamalkan Tabiat
Pemakanan yang Berkhasiat
|
||
FZ5
|
Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran
|
||
FZ6
|
Mengamalkan Langkah-langkah Pencegahan Jangkitan
Penyakit
|
||
FZ7
|
Pengetahuan tentang Sumber Bahaya
|
||
FZ8
|
Mengamalkan Langkah-langkah Menjaga Keselamatan
Diri
|
||
Kreativiti
|
KR1
|
Kemahiran Menghasilkan Karya
Seni Visual secara Kreatif
|
|
KR2
|
Mengamalkan Sikap Apresiasi Seni
|
||
KR3
|
Kemahiran dalam Menyanyi
|
||
KR4
|
Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
|
||
KR5
|
Kemahiran Gerakan Kreatif
|
||
KR6
|
Kemahiran Berlakon dan Main Peranan
|
||
Sains
dan Teknologi (Perkembangan Kognitif)
|
|||
Awal Sains dan
|
ST1
|
Kemahiran Memerhati
|
|
Awal Matematik
|
ST2
|
Kemahiran Merekod Hasil Pemerhatian
|
|
ST3
|
Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit Bukan
Piawai
|
||
ST4
|
Kemahiran Membanding dan Membeza
|
||
ST5
|
Kemahiran Mengelas
|
||
ST6
|
Kemahiran Membuat Ramalan
|
||
ST7
|
Kemahiran Menyelesai Masalah
|
||
ST8
|
Kemahiran Membuat Seriasi
|
||
ST9
|
Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina Pola
|
||
ST10
|
Pengetahuan tentang Nombor 1-20
|
||
ST11
|
Pengetahuan tentang 20,30,40,50
|
||
ST12
|
Kemahiran Menyelesai Operasi Tambah dalam
Lingkungan 10
|
||
ST13
|
Kemahiran Menyelasai Operasi Tolak dalam Lingkungan 10
|
||
ST14
|
Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai
|
||
ST15
|
Pengetahuan tentang Konsep Masa
|
||
ST16
|
Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam Ruang
|
||
ST17
|
Pengetahuan tentang Bentuk
|
||
ST18
|
Kemahiran Membuat Pembinaan
|
||
ST19
|
Kemahiran Menggunakan Komputer
|
||
Kerohanian,
Sikap dan Nilai
|
|||
Pendidikan
Islam
|
PI1
|
Pengetahuan tentang Rukun Islam
|
|
PI2
|
Pengetahuan tentang rukun Iman
|
||
PI3
|
Pengetahuan Kalimah Syahadah
|
||
PI4
|
Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan Ibadah
|
||
PI5
|
Pengetahuan
tentang Sirah Rasulullah SAW
|
||
PI6
|
Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW
|
||
PI7
|
Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran
|
||
PI8
|
Pengetahuan Asas Tulisan Jawi
|
||
Pendidikan
Moral
|
|||
PM1
|
Mengamalkan Nilai Baik hati
|
||
PM2
|
Mengamalkan Nilai Bertanggungjawab
|
||
PM3
|
Mengamalkan Nilai Berterima kasih
|
||
PM4
|
Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi
|
||
PM5
|
Mengamalkan Nilai Hormat Menghormati
|
||
PM6
|
Mengamalkan Nilai Kasih sayang
|
||
PM7
|
Mengamalkan Nilai Keadilan
|
||
PM8
|
Mengamalkan Nilai Keberanian
|
||
PM9
|
Mengamalkan Nilai Kejujuran
|
||
PM10
|
Mengamalkan Nilai Kerajinan
|
||
PM11
|
Mengamalkan Nilai Kerjasama
|
||
PM12
|
Mengamalkan Nilai Kesederhanaan
|
||
PM13
|
Mengamalkan Nilai Toleransi
|
||
PM14
|
Mengamalkan Nilai Berdikari
|
||
PM15
|
Mengamalkan Nilai Berdisiplin
|
||
6.
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
DI PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif.
Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan
pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang
pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan
aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai
persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.
Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk
melihat proses kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara
konsisten. Elakkan daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat
memberi maklumat mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih
sesuai dijalankan bagi murid prasekolah.
Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid
ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam
dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema,
topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira
aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian,
persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang
demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang
dirancang.
Pentaksiran
murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli
keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat daripada
pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai
serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.
·
MERANCANG
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah
merancang dengan melakukan perkara-perkara berikut:
·
Tahu
tujuan mentaksir
·
Tahu apakah konstruk yang
ditaksir
·
Rujuk kepada Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan
·
Rujuk kepada Standard Prestasi
teras dan kriteria berkaitan;
·
Tentukan instrumen (aktiviti atau
strategi) yang akan digunakan;
·
Tentukan bila hendak mentaksir;
·
Tentukan tempoh pemerhatian.
MEMBINA INSTRUMEN
Berdasarkan Konstruk,
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru boleh
membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid
berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran
autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan
aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira
faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh
digunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di
prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan
perbualan.
.
MENTAKSIR
Bagaimana mengumpul maklumat
(evidens)?
Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk mengumpul
maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid.
Pendekatan ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia
diperhatikan.
Apakah yang diperhatikan?
Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh
dipamerkan dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja.
Evidens yang mahu dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan
pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap atau pengamalan
nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan melalui KSPK.
i. Tingkah
laku
Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika
murid:
·
Mengurus diri.
·
Bermain bersama rakan.
·
Membuat kolaj dalam kumpulan.
·
Menyelesaikan masalah bersama
rakan.
·
Menyusun blok bersama rakan
atau bersendirian.
ii. Interaksi
Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti
berikut :
·
Bacaan.
·
Nyanyian.
·
Main peranan.
·
Bersoal jawab.
·
Aktiviti berkumpulan (projek, persembahan)
·
Interaksi murid dengan bahan/
haiwan/ tumbuhan/ persekitaran.
·
Dengan diri sendiri (imaginary friend).
iii. Proses dan
Hasil Kerja Murid
Contoh proses dan hasil kerja murid yang boleh
diperhati dan dinilai ialah:
· Lukisan
·
Buku kecil
·
Buku skrap
·
Kraf tangan
·
Lembaran kerja
·
Membuat model menggunakan bongkah
MEREKOD
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran
dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap
penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid
pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran
dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan
keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan
mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap
akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid
kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat
pentaksiran adalah seperti berikut:
a) Senarai Semak
b) Rekod Anekdot.
c) Rekod
Berterusan (Running Record)
(a) Senarai Semak
Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan
untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item menentukan :
·
Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
·
Kekerapan sesuatu tingkahlaku
itu berlaku.
·
Sesuatu tingkah laku yang
dikehendaki telah berlaku.
Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan
sesuatu tingkahlaku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ‘ya’ atau
‘tidak’. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar
boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam
penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap
hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi
pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang.
Guru
perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang senarai semak :
·
Konstruk yang hendak dinilai
·
Standard Prestasi dan kriteria
ditulis dengan jelas.
·
Instrumen dan aktiviti yang digunakan
·
Skor digunakan: angka atau
simbol
(b) Rekod Anekdot
Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku
biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku.
Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa
berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah
laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang
berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Panduan Menulis Rekod :
·
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang
berlaku.
·
Membuat catatan dalam buku
nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang
akan direkodkan tidak tercicir.
·
Menulis apa yang dilihat secara objektif
·
Mengenal pasti peristiwa
itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid.
·
Pastikan peristiwa dicatat
mengikut urutan.
·
Merekod hasil pemerhatian
sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
(c) Rekod
Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk
cerita ‘narrative’ yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10
minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.
Panduan menulis rekod :
·
Fokus kepada murid yang ingin
diperhatikan.
·
Rekod hendaklah tepat dan
padat.
·
Catatkan dengan jelas setiap
perlakuan mengikut urutan.
·
Rekodkan perkara-perkara yang
sebenarnya berlaku.
·
Gunakan bahasa yang boleh
difahami.
·
Boleh gunakan singkatan semasa
mencatat.
·
Tulis secara terperinci
tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang
ingin diperhatikan.
·
Tulis secara objektif, tidak
terlalu deskriptif dan “judgmental”.
·
Pastikan buku nota atau kertas
catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat
MENGANALISIS
DAN MENGINTERPRETASI
Segala data yang direkod menggunakan senarai semak,
skala kadar, rekod anekdot, atau rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk
membolehkan guru membuat rumusan mengenai murid. Prosedur
umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat adalah
seperti berikut:
·
Membaca dengan teliti semua
data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.
·
Membuat analisis terhadap
data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang
Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan
kemahiran menulis
·
Menganalisis hasil kerja murid.
ANALISIS HASIL KERJA MURID
Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :
·
Gambar atau lukisan
·
Sampel tulisan
·
Binaan yang disempurnakan
·
Cerita yang ditulis
·
Buku skrap
Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang
telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,
contohnya ‘sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf‘. Hasil kerja
ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa
pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio.
Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio
sebagai pentaksiran kendiri.
7. ETIKA PENTAKSIRAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH
Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
Seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan
berhubungan dengan pendidikan prasekolah,
‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’.
8. Rekod Kemajuan Murid
Guru
hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan
merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar
dari semasa ke semasa
Panduan Menjaga Rekod Perkembangan dan Kemajuan
Murid Prasekolah
·
Segala
hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja (ibu
bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan)
·
Rekod murid tidak boleh
dipamerkan.
·
Kebenaran ibu bapa,
penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang
melibatkan murid berkenaan.
·
Pastikan segala rekod
pemerhatian diberikan kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.
10.0
CONTOH-CONTOH
PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO PENDIDIKAN KHAS & SEK MEN)
11.0
CONTOH-CONTOH
PENTAKSIRAN AUTENTIK (VIDEO SEK. REN & PRA SEK)
Maklumat yang teratur dan padat.
ReplyDeleteterbaik..penih isi dan fakta
ReplyDelete