KPN
6074
PENTAKSIRAN
AUTENTIK
TUGASAN
BERKUMPULAN
DISEDIAKAN
OLEH:
PROGRAM
|
NO. MATRIK
|
NAMA
|
IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS)
|
M20132001782
|
MUHAMAD AZIZI BIN JAZMI
|
M20132001769
|
MUHAMAD RIZAL BIN MANAF
|
|
M20132001781
|
CHE NORLIA BINTI MD REJAB
|
|
M20132001768
|
NORAINI BINTI RAHMAN
|
PENSYARAH : PROF. EMERITUS DR. OTHMAN
BIN LEBAR
1.0
PENGENALAN
Pengukuran dan penilaian merupakan suatu aspek penting dalam
bidang pendidikan. Di samping itu, melalui pengukuran dan penilaian juga ia
dapat memberi maklumat kepada kita tentang keberkesanan suatu program
pendidikan yang telah dilaksanakan. Jika dilihat secara keseluruhannya,
pengukuran dan penilaian bukan sahaja tertakluk dalam bidang pendidikan,
malahan ia merentasi semua bidang termasuklah bidang pengurusan. Dalam bidang
pengurusan penilaian prestasi pekerja digunakan sebagai kaedah untuk menilai
tahap kecekapan seorang kakitangan itu bekerja. Begitu juga penggunaannya dalam
bidang pendidikan yang mana ia dapat memberikan maklumat tentang tahap
pencapaian seorang pelajar setelah sesi pembelajaran tamat. Penilaian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat
membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008).
2.0
PENTAKSIRAN
AUTENTIK
Airasian (2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah
pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran
dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan
pembelajaran. Menurut Pert (1990) pentaksiran autentik merupakan bentuk
penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
di dalam bilik darjah pada setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi
pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan
simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran
autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk
pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Pentaksiran autentik juga
dikenali sebagai penilaian alternatif.
Menurut Rudner
& Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang
memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran
dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau
realiti yang bermakna. Menurut Grace
(1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak
secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘realistik’ dan ‘bermakna’
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku
Educational Assessment of Students).
Saptu & Said, (2011) menyatakan bahawa
definisi pentaksiran autentik, pentaksiran alternatif, pentaksiran secara
terus, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk
kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut
Logsdon, (2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang
berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang
silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan
untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran alternatif juga
merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi
pelajar (Aurbach & Associates, 2011).
Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan
mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.
Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan
pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod
anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran
autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia
menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan
lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum
yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan
seharian pelajar dan bermakna.
3.0 KEPENTINGAN DAN TUJUAN PENTAKSIRAN
Dalam proses
pendidikan, pentaksiran rnerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dan ianya rnerupakan salah satu komponen kritikal dalam membuat
penilaian berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi pengukuran sama ada yang
dibuat secara kuantitatif atau kualitatif. Proses penilaian ini berlaku secara
berterusan dan bukan hanya dilakukan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran itu. Menurut Rohani & Mohd Majid (2003), pentaksiran
berterusan mampu memberi panduan dan ruang kepada pelajar dan guru untuk
memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dari semasa
ke semasa. Manakala Mazzeo (2001) pula berpendapat pentaksiran berterusan
memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil
berbanding dengan pengujian yang lain.
Seperti yang sedia
maklum, di dalam mana-mana organisasi seperti sekolah terdapat pelbagai aspek
yang perlu dinilai termasuklah kanak-kanak, guru, kurikulum, dan pentadbiran.
Semua elemen yang dinyatakan tadi memerlukan penilaian dari masa ke semasa.
Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi
maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau
projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai
kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005).
3.1 Pentaksiran
Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif / Autentik
Pentaksiran
alternatif merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu
bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada
aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut Bailey (1998),
pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot,
speed-based, dan rujukan norma. Law & Eckes (1995) menggariskan isu yang
sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa
tunggal (singleoccasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh
lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat
menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat
menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian.
Dikli (2003)
menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada
kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran
kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan
kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran
menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis,
disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (Begum & Farooqui, 2008).
Pentaksiran
alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan
disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini
dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli,
2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk
memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih
dahulu. Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang
lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka
belajar. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa
ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar
dalam pelbagai bidang dan situasi (Law & Eckes, 1995).
Pentaksiran
alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran
secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar
memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan
apa yang boleh dibantu dalam
meningkatkan prestasi pelajar. Reeves (2000) mempercayai bahawa penekanan kepada
penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat
alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio, projek,
persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan
jati diri pelajar dapat dilaksanakan.
Pentaksiran
tradisional juga mempunyai kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada
pentaksiran alternatif. Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional
yang lebih objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada
ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya,
pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi subjektiviti,
kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan.
Selain itu,
pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi masa dan juga tenaga
(Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio,
yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh membawa
masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar
untuk menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar,
tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.
4.0 TUJUAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Menurut Katz
(1997), tujuan pentaksiran autentik adalah untuk menentukan kemajuan dalam
pencapaian perkembangan yang utama oleh murid. Pentaksiran autentik adalah
untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian
ini dalam bidang pendidikan. Antara tujuannya ialah:
●
Membimbing murid menggunakan
pengetahuan dengan lebih bermakna.
●
Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran (penulisan, penyelidikan,
perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).
●
Memberi pelajar peluang untuk
memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke
semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
●
Merangsang murid menggunakan kombinasi
kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
●
Mencungkil kemahiran pelajar di samping
memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan
lebih baik lagi pada masa hadapan.
5.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, segala usaha
dalam mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang selaras memerlukan
keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua pihak. Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa agar
dapat memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah telus. Seperti mana yang
berlaku kepada sistem pendidikan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran
semasa, begitu juga halnya dengan pentaksiran. Pentaksiran di peringkat sekolah
juga perlu berkembang mengikut peredaran semasa dan ia juga memainkan peranan
yang sangat penting dalam membantu kejayaan sistem pendidikan dari peringkat
awal kehidupan manusia.
Penggunaan pentaksiran autentik ini merentasi semua peringkat
pendidikan. Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan
swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk pentaksiran
yang lebih sejagat dan mantap. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran
autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam
sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar
melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar
melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
6.0 RUJUKAN
Airasian, P. W.
(2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.): McGraw-Hill.
Aurbach &
Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from http://www.aurbach.com/alt_assess.html
Bailey,
K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and directions: Heinle & Heinle Publishers.
Begum,
M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change
the Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2),
45-53.
Dikli,
S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. Alternative Assessment.
The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).
Grace, C, (1992). The
Portfolio and its use: Developmentally appropriate assessment of young
children. ERIC DIGESTS, Article No: ED351150
Goldin, Claudia and
Lawrence F. Katz. 1997. “Human and Social Capital in the Rise of Sec- ondary
Schooling in America, 1910 to 1940.” Working paper, Harvard University.
Logsdon, A. (2011).
Alternative Assessment - What Is an Alternative Assessment?, from
http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_terms_A/g/alternative_assessment.htm
Rohani Ahmad Tarrnizi & Mohd. Majid Konting (2003). Konsep penilaianberterusan.
Kertas kerja dibentang pada Bengke1 Pengurusan Peperiksaan
Pendidikan Jarak Jauh anjuran Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak
Jauh(IDEAL)
Universiti Putra Malaysia di Dewan Persidangan IDEAL, 15 April
2003
Rudner, L. M.,
& Boston, C. (1994). Performance assessment. ERIC Review, 3(1), 2–12.
Mazzeo, C. (2001).
Frameworks of state: assessment policy in historical perspective. Teachers College Record,103 (3): 367 – 397
Law, B., & Eckes, M. (1995).
Assessment and ESL: on the yellow big road to the Withered of Oz: Peguis
Publishers.
Linn, R. L., &
Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.):Pearson
Prentice Hall.
Katz, L. G. (1997).
A developmental approach to assessment of young children. Retrieved May 12,
2010 from http://www.ericdigests.org/1997-4/young.htm
Reeves, T. C. (2000). Alternative
assessment approaches for online learning environments in higher education.
Journal of Educational Computing Research, 23(1).
Saptu, S., &
Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan
Meningkatkan Pembelajaran
No comments:
Post a Comment