Wednesday, 10 December 2014

PERKAITAN P.AUTENTIK DENGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME & TEORI BEHAVIOURISME

TUGASAN 2 KUMPULAN 3


AZIAH BT PANDAK
HARTINI BT AHMAD MORSIDI
ARFA NADWA BT JAI
NURUL HAJAR BT ABU SAMAH
 


PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan  dengan bagaimana manusia memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka. 

Seterusnya  murid membina sendiri pengetahuan atau konsep  secara aktif berdasarkan pengetahuan  dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam aktiviti seharian atau pada masa akan datang.

Perkaitan  Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik  melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme  sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi.

Dari segi prinsip  asas pula Penilaian Autentik  berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional.  Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi.

Manakala dari segi tujuan  Penilaian Autentik  bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme untuk menilai  input, proses dan kualiti produk  dan menilai  tugasan   pelajar.

Format dan bentuk penilaian pula bagi  Penilaian Autentik  bersifat Holistik,menggunakan rubrik  yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji.  Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded .
Sebagai contoh  penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan dan  eksperimen.

 
(sumber: celorengguru.blogspot.com)

PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan”

 ~ Williams & Anandam (1973)

Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak balas dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokoh-tokoh mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,dikawal dan diramal.

Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operan-Thorndike dan B.F.Skinner.

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid dapat memahami dengan lebih mendalam)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti sesuatu yang tidak menyenangkan.

HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi.

HUKUMAN

Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu

·         Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan dihentikan atau kekerapan menurun.

·         Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi

 

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat.  Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

 
 

2 comments:

  1. Semoga hasil usaha para pelajar sarjana pendidikan UPSI ini dapat dikongsi dengan semua yang diluar sana..

    ReplyDelete
  2. Saya telah wujudkan "link" pentaksiran autentik dari dalam blog saya..
    sakurahana69.blogspot.com bagi tujuan perkongsian ilmu bagi pengunjung blog saya. Terima kasih. M20131001015

    ReplyDelete