Wednesday, 3 December 2014

Tugasan 3 Reka bentuk dan Pembinaan Pentaksiran autentik (kumpulan 5- Lau)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN 3 KUMPULAN 5
KURSUS PENTAKSIRAN AUTENTIK KPN 6074

PENTAKSIRAN AUTENTIK

DISEDIAKAN OLEH :
CHEW HOCK KIANG
M20122001820
HASLIZA BT YUNUS
M20131001140
LAU SHIAU CHING
M20131001142
NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH
M20122001381

PENSYARAH :
PROF. EMERITUS DR OTHMAN BIN LEBAR

KPN6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS




ISI KANDUNGAN                                                                                      MUKA SURAT

1.0  Pengenalan                                                                                                            1-3
2.0  Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah                                                               4
3.0  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah                                                 5-14
4.0  Strategik Pentaksiran                                                                                           15-19
5.0  Reka bentuk Pentaksiran                                                                                     20-23
6.0  Penskoran dan Penggredan                                                                                  24-39   
7.0  Kesimpulan                                                                                                              40
8.0  Bibliografi                                                                                                             41-42



  
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan negara. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja serta menjadi pengupayaan perkembangan ekonomi keseluruhan pada abad ke 21 kelak. Menurut Vaizey (1967),
″Education is important, therefore, not only to help our children,to give them better lives, to improve the society in which we live,to enable this country to go forward paying its way and competing internationally; but it is essential if we are to survive in a changing, technical and scientific age ″ (m.s. 12).

Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara (Ismail, 2005). ‘Pembangunan modal insan berminda kelas pertama’ telah ditetapkan sebagai salah satu daripada lima teras utama dalam Misi Nasional yang berhala tuju untuk  merealiasasikan Wawasan 2020. Dalam penjelasan yang diberikan, ‘Modal insan berminda kelas pertama’ yang dimaksudkan di sini ialah
″...mesti mempunyai pembangunan secara holistik, menekankan
pembangunan ilmu pengetahuan, ... dan juga sikap yang progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi ″  (Misi Nasional, 2006-2010: m.s. 16).

Keberhasilan pembangunan modal insan berminda kelas pertama disokong dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan dengan jelas sasaran yang perlu dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses dalam tempoh 15 tahun. Maka dengan itu perubahan besar terhadap sistem pendidikan secara keseluruhan perlu dilakukan. Dalam perubahan tersebut proses perlaksanaan transformasi perlu dijalankan terhadap pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan dan seterusnya meningkatkan keberhasilan murid.

Pendidikan Prasekolah   adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat  kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998).

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:
·         Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
·         Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
·         Perbezaan individu dibenarkan.
·         Murid belajar mengikut kadar sendiri.
·         Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.

Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang:  fizikal, emosi, sosial dan kognitif (Almy, 1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983; Skeen, Garner & Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-bahan (Biber, 1984; Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera, 1986).

Pada tahun 2011, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah dilaksanakan dengan kohort Tahun 1 dan di peringkat menengah rendah mulai kohort Tingkatan Satu  tahun 2012. Kurikulum Berasaskan Standard mempunyai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang  bernyata spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama. Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Menurut Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah tahun 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu  menghasilkan generasi yang kreatif  dan inovatif yang berupaya untuk berdepan dengan cabaran dalam abad ke 21. Pentaksiran tersebut  merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh kerana ianya merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Bagi menyokong kesahan sesuatu pentaksiran yang dijalankan oleh guru apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, pembinaan rubrik penskoran adalah penting.





2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

Mata Pelajaran             : Sains Awal

Tajuk                             : Daun

Standard Kandungan : ( ST 3.3)
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih

Standard Pembelajaran: (ST 3.3.5)
Memerhati dan mengumpulkan daun daripada persekitaran sekolah dan kediaman mengikut ciri berikut:
a)                  Warna
b)                  Saiz
c)                  Tekstur
d)                 Bentuk
e)                  Urat daun

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran;
  1. murid menguasai kemahiran memerhatian;
  2. Murid menguasai kemahiran merekod hasil pemerhatian; dan
  3. Murid menguasai kemahiran mengelaskan sesuatu objek mengikut ciri yang ditetapkan
  4. Murid dapat mengumpul dan mengelaskan daun mengikut ciri yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.





3.0    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi menjamin keberkesanan objektif yang ingin dicapai. Oleh yang demikian guru perlu menggunakan teknik dan strategi pengajaran yang berkesan.

Pengajaran adalah suatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Menurut Gagne, Briggs dan Weger (1992) terdapat lapan elemen utama dalam sesuatu pengajaran iaitu: (1) menarik perhatian, (2) menyatakan objektif pelajaran, (3) merangsang proses mengingat kembali semula kandungan lepas, (4) menggunakan bahan-bahan yang boleh menimbulkan ransangan kepada murid (5) memberi bimbingan (6) memberi tugasan dan soalan, (7) membuat penilaian tahap penguasaan murid, dan (8) mengekalkan serta mengembangkan pengetahuan dan kemahiran murid.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:
•           Strategi pemusatan guru
•           Strategi pemusatan murid, dan
•           Strategi pemusatan bahan pelajaran

Manakala pembelajaran pula dilihat sebagai proses belajar yang bukan sahaja merangkumi penguasaan pengetahuan semataa-mata tetapi mencakupi penguasaan perkembangan sikap, emosi,nilai dan estetika serta kesenian. Menurut Bloom (1985), pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga bidang iaitu kognitif efektif dan psikomotor. Pembelajaran kognitif mengutamakan proses menggunakan mental dan akal fikiran untuk memperoleh pengetahuan dan maklumat. Pembelajaran efektif adalah berkait dengan perkembangan sikap dan perlakuan murid yang lebih mengutamakan penggunaan interaksi social dan emosi. Pembelajaran psikomotor pula mengutamakan perkembangan fizikal untuk memperoleh kemahiran melalui latihan dan amali dengan menggunakan koordinasi otot dan organ deria. 

Berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2001), Pendidikan Prasekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Dengan adanya peluang ini, ia dapat merealisasikan matlamat pendidikan Negara dengan tahap pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak agar dapat merangsang daya pemikiran kanak-kanak, membina sikap yang positif dan akhlak yang baik serta berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu.

Pengajaran dan pembelajaran bertema merupakan salah satu strategi yang lazimnya digunakan  oleh guru prasekolah bagi menyusun pengalaman pembelajaran kanak-kanak.Menurut Cummings (1989), pengajaran bertema merupakan pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif  berbanding dengan pendekatan yang lain. Menurut Kostelnik (1989), “Themes teaching involves offering children an array of activities built around a central idea”.

Melalui pembelajaran bertema, kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya tema yang menyatukan kurikulum, program dan aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Pengajaran bertema memberi peluang kepada kanak-kanak bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan projrk. Ini dapat meningkatkan kesedaran sosial dan pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

Seterusnya, pengajaran berdasarkan tema yang dipilih dengan melangkaui bidang ataupun komponen. Sebagai contoh, komponen-komponen digabungkan dengan mengunakan satu tema. Kandungan dan hasil pembelajaran setiap bidang juga saling berbeza. Contohnya dengan mengunakan komponen koginitf iaitu dengan bertemakan alam hidupan serta subtema rama-rama dengan kandungan pengajaran konsep nombor dengan mengetahui konsep nombor iaitu menyusun nombor 1-10. Dengan bantuan alat bantu mengajar iaitu origami rama-rama yang mempunyai tulisan nombor 1 sehingga 10. Disamping itu juga, guru menyediakan origami rama-rama pelbagai warna untuk menarik minat murid-murid untuk bergiat aktif.

Sekaligus, murid-murid dapat memegang dan melihat bentuk rama-rama yang sebenar serta ia bukan sahaja merangsang perkembangan otak malahan akan mempengaruhi tahap perkembangan motor halus murid-murid. Secara objektifnya, hasil daripada pembelajaran ini murid-murid dapat menyusun rama-rama dari bilangan 1- 10 mengikut urutan yang betul. Di samping itu melalui penyusunan tersebut murid-murid boleh menyelesaikan masalah bermain sambil belajar.Teknik pengajaran sangat penting dalam sesebuah prasekolah. Guru haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid-murid tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan.

“Playing and learning” merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005).

Satu sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal telah dirancang dan dilaksanakan bagi murid prasekolah. Sesi pegajaran dan pembelajaran ini bertemakan tumbuhan dan guru menumpukan pengajaran kepada bahagian daun. Memandangkan sesi pengajaran dan pembelajaran ini bersifat autentik, Murid dimaklumkan tugasan yang akan mereka lakukan pada awal sesi pengajaran. Guru juga dikehendaki memaklumkan murid tentang penilaian yang akan dilaksanakan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran

Pembelajaran sains akan menjadi kurang menarik sekiranya tidak mengadakan lawatan dan penggunaan sumber luar bilik darjah terutama sekali bagi murid prasekolah. Melalui lawatan luar bilik darjah murid-murid akan dapat memerhati dan membuat perbandingan sebenar dengan apa yang mereka pelajari dalam bilik darjah dan pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna. Menurut Charlesworth & Lind (1999), apabila berada di luar bilik darjah, murid-murid akan mempunyai peluang untuk menyiasat, menguji dan mengubah sesuatu objek. Lantaran itu, murid-murid dapat membina pengetahuan daripada pengalaman yang bermakna. Menurut Piaget juga, murid-murid perlu dihubungkan dengan persekitaran mereka secara aktif kerana mereka perlu mengetahui dan mempelajari dunia di sekeliling mereka. Strategi ini dilihat berpusatkan kepada murid.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dibawa ke luar bilik darjah iaitu ke kebun. Murid dikehendaki mengumpul daun mengikut ciri yang ditetapkan. Melalui pembelajaran di luar bilik darjah, murid dapat belajar dalam suasana semulajadi. Mereka berpeluang belajar secara ‘hand on’  iaitu mencari daun di kebun. Di samping itu, murid dapat mempelajari ciri-ciri tumbuhan serta secara tidak langsung menerapkan nilai cinta kepada alam sekitar.Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme beranggapan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Seseorang guru perlu bijak dalam merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran dan pendekatan yang diberikan guru perlu berpandukan kepada teori Piaget (1951) yang beranggapan bahawa perkembangan kemahiran kognitif atau pemikiran adalah berturutan. Menurut Piaget perkembangan kognitif ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan disokong oleh faktor penyediaan tempat pembelajaran yang menarik adalah amat penting bagi memastikan penerimaan murid untuk lebih berminat untuk belajar. Menurut Piaget penyediaan persekitaran yang bersesuaian dengan penerimaan murid dapat memenuhi minat dan keperluan murid untuk belajar di samping penyediaan bahan pengajaran  yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid. Maka dengan itu guru telah membawa murid ke kebun sebagai satu lokasi pembelajaran dan memilih bahan maujud iaitu tumbuh-tumbuhan dengan menfokuskan kepada daun sebagai bahan eksplorasi murid dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dengan kata lain, bahan bantu belajar adalah merupakan bahan maujud dan asli. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan penggunaan deria dan pengalaman yang sebenar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Salah satu aplikasi teori Piaget yang digunapakai oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah pembelajaran berdasarkan keadaan semula jadi dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai pengalaman pembelajaran yang positif dan meneyronokkan. Menurut aplikasi teori Piaget, pembelajaran yang bermakna menekankan kepada penggunaan keseluruhan deria iaitu deria lihat,rasa,bau, dengar dan sentuh. Pengalaman yang dirancang amat penting dalam membantu memperkembangkan idea semuajadi murid.

Selain itu guru juga telah mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip Bruner seperti pembelajaran melalui penaakulan induktif, penglibatan murid dan menggunakan alat bantu mengajar. Menerusi aplikasi berdasarkan prinsip Bruner, guru perlu menyediakan contoh yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid benar-benar memahami apa yang dipelajari. Contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, guru ingin mengajar murid tentang ciri-ciri daun dari segi bentuk, jadi guru akan menggunakan daun yang pelbagai bentuk sebagi contoh bagi bentuk. Penggunaan contoh yang maujud dan spesifik akan membantu murid memahami apa yang dipelajari dengan lebih berkesan.

Menerusi prinsip Bruner, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan murid secara aktif adalah amat penting. Selain meningkatkan minat murid, ianya dapat menggalakkan keinginan perasaan ingin tahu dalam kalangan murid yang seterusnya dapat menilai kekuatan dan kelemahan bagi seseorang murid. Bruner juga menganggap bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat membantu murid memberi tumpuan yang lebih serta menimbulkan minat yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan. Maka dengan itu dalam perlaksanaan rancangan pengajaran harian, penggunaan kanta pembesar dan daun sebagai bahan bantu belajar secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya memberi murid pengalaman yang menyeronokkan. Murid akan berasa seperti saintis yang sebenar yang dalam membuat kajian tentang daun.

Pembelajaran inkuiri dilihat mempunyai pelbagai definisi bergantung kepada mata pelajaran yang dipelajari. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Heron (1971) membahagikan pembelajaran inkuiri kepada empat aras di mana aras tersebut adalah bergantung kepada berapa banyak peranan yang diberikan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran.

Jadual 1 : Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)
Aras
Jenis inkuiri
Penerangan
0
Pengesahan (confirmation)
Pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal
1
Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru.
2
Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soaln yang telah disediakan oleh guru dan pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh pelajar.
3
Inkuiri Terbuka (Open Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topic-topik yang tertentu.

Pengajaran menggunakan pendekatan inkuiri dapat menggalakkan murid dapat mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Pembelajaran ini juga menekankan penyiasatan saintifik secara autentik. Menurut Onyancha, Armour & Endrizzi, 2006) bahawa pembelajaran inkuiri dapat menyediakan proses pembelajaran yang efektif kepada murid. Di mana murid dapat belajar tentang kemahiran penyelesaian masalah di samping mendedahkan murid dengan pembelajaran yang melibatkan proses penerokaan secara semula jadi, menggalakkan penyoalan, penyiasatan dan eksperimen bagi memperoleh pengetahuaan baru.
Bagi rancangan pengajaran harian yang disediakan, strategi yang digunakan lebih kepada kaedah inkuiri berstruktur. Seperti yang dinyatakan inkuiri berstruktur bermaksud murid akan melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru. Justeru dalam perlaksananan pengajaran harian, murid telah diminta mengkaji urat daun yang dimiliki dengan menggunakan kanta pembesar dan kemudian melukis kembali urat daun yang dilihat. Kaedah yang digunakan memberi pendedahan kepada murid pengetahuan baru tentang perbezaan urat daun. Di samping itu juga murid didedahkan kepada pengetahuan tentang daun dengan lebih luas berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Ianya dapat melahirkan perasaan ingin tahu dalam diri murid.

 Rancangan Pengajaran Harian
Langkah / Masa
Kandungan
Aktiviti PdP
Bahan Bantu Belajar

Set Induksi
(5 Min)

Kepentingan alam sekitar

1.   Guru menerangkan kepada murid apa yang akan dipelajari
2.   Kepentingan alam sekitar yang perlu dipelihara.cintakan alam sekitar
3.   Murid dimaklumkan tugasan yang akan mereka lakukan.
4.   Murid dimanklumkan tentang apa yang akan dinilai pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran




Langkah 1
(10 min)

Tugasan

1.   Murid dibawa ke luar bilik darjah-ke kebun
2.   Murid diminta mengumpul daun mengikut ciri yang ditetapkan.



Langkah 2
(20 min)

Aktiviti tampalan

1.   Murid menampal daun yang dikumpulkan pada lembaran kerja yang disediakan mengikut ciri yang ditetapkan.
2.   Murid melukis  semula gambar daun.


Lembaran kerja
Daun
Gam/ salotep
Kertas A4
Pensel

Langkah 3
(20 min)

Persembahan

1.   Murid membuat perbentangan terhadap tugasan yang telah disediakan kepada rakan dan guru.
2.   Setiap murid diberi masa 5 minit untuk membentangkan hasil tugasan mereka.


Hasil tugasan

Penutup
(5 min)



Rumusan tugasan

1.   Guru memberi pujian kepada hasil tugasan yang telah disediakan oleh murid.





Tunjang Kurikulum : Sains dan Teknologi (ST)
                          Awal Sains dan Awal Matematik 

Fokus                           : (ST 3.0)
                                        Menyiasat Alam Hidupan

Standard Kandungan : ( ST 3.3)
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih

Standard Pembelajaran: (ST 3.3.5)
Memerhati dan mengumpulkan daun daripada persekitaran sekolah dan kediaman mengikut ciri berikut:
a)         Warna
b)         Saiz
c)         Tekstur
d)         Bentuk
e)         Urat daun

Penerangan Tugasan :
Murid diminta membuat pemerhatian dan mengumpul daun yang pelbagai jenis mengikut ciri yang ditetapkan:
a)         Warna
b)         Saiz
c)         Tekstur
d)         Bentuk
e)         Urat daun

Tugasan ini untuk menilai keupayaan  murid membuat pemerhatian dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman mereka untuk mengelaskan sesuatu objek

Overall Task Content Area
Sifat ingin tahu
Sains Awal

Specific Knowledge Areas
Objek (daun) di persekitaran
Kanta pembesar
Kertas A4

Performances Expectations
1.         Mengumpul dan mempersembahkan maklumat yang diperolehi.
2.         Kebolehan menggunakan peralatan sains.
3.         Menggunakan imaginasi melukis semula objek (daun) yang dipilih.
4.         **merumuskan (bergantung kepada keupayaan murid)

Arahan Dari Guru
Tugasan ini memperuntukan masa selama 30 minit kepada murid untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Bahan bantu Mengajar         
Murid akan mendapatkan daun yang pelbagai di kawasan persekitaran di sekolah.
Murid akan diberikan kanta pembesar setiap seorang.

Aspek Keselamatan
Guru dan murid perlu memastikan aspek keselamatan diutamakan semasa menjalankan tugasan.

Arahan Tugasan (Contoh di lampiran)
1.         Murid diminta mendapatkan daun yang terdapat di kebun mengikut ciri yang berikut :
a)         Warna
b)         Saiz
c)         Tekstur
d)         Bentuk
e)         Urat daun
2.   Murid diminta menampal objek yang diperolehi pada lembaran yang disediakan . Sekurang-kurangnya 2 objek (daun) yang berlainan untuk setiap ciri yang dinyatakan.
3.         Murid melukis semula gambar objek (daun) yang diperolehi.
4.         Murid mempersembahkan hasil kerja mereka kepada rakan-rakan dan juga guru.





4.0  STRATEGIK PENTAKSIRAN

Menurut pakar dalam bidang pengukuran dan penilaian iaitu David Payne di dalam buku beliau bertajuk Applied Educational Assessment ( 2003) pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Secara ringkasnya, beliau menyarankan: Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian.

Menurut Ghafar (2011), pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik untuk tujuan penambaikan pada masa akan datang. Airasian (2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat dimana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak. Ini kerana perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka.   

Pentaksiran di peringkat prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai sudut contohnya dari sudut perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang mewarnai institusi prasekolah yang boleh meninggalkan kesan sama ada ia dapat menambahbaik atau memberi kesan  negatif dalam proses perkembangan kanak-kanak. Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk dan instrumen perlu berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai.  Justeru itu, satu kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh dan ini boleh dilakukan melalui pentaksiran autentik.

Menurut Wiggins (1990), peralihan kepada pentaksiran autentik adalah untuk menghendaki murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna, mahir menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan kombinasi kemahiran, pengetahuan dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat mencungkil kemahiran  di samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri.

Bagi pentaksiran sekolah ianya perlu dirancang, dibina, ditadbir, diskor dan dilaporkan oleh pihak sekolah terutamanya guru. Pentaksirn perlu selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di sekolah terdiri daripada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) yang merujuk kepada Standard Prestasi.

Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan untuk mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur pada peringkat prasekolah, mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan mereka secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke masa, memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam KSPK serta mengesan keberkesanan pengajaran guru.

Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK. Pentaksiran secara menyeluruh yang merangkumi semua tunjang dalam KSPK termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial. Aktiviti ko-kurikulum tidak boleh ditaksir pada peringkat umur ini kerana murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari. Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah kerana pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak factor dan bukan sahaja ke atas kebolehan individu.

Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi. Hasil pentaksiran tidak harus didedahkan kepada orang lain, hanya kepada ibu bapa dan pihak berkepentingan sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Kebolehan dan kemajuan pada peringkat umur ini amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan. Perlabelan kanak-kanak akan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak pada masa akan dating. Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan banyak motivasi malah kanak-kanak tidak tetap dan berubah-ubah.

Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkah laku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan Antara kaedah pentaksiran autentik yang lazimnya digunakan dalam prasekolah meliputi temu bual, bercerita, sampel penulisan, projek, pameran, demonstrasi, pemerhatian guru dan portfolio.

Kajian  oleh Lihanna Borhan (2003) daripada Universiti Malaya tentang pentaksiran autentik dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui portfolio ada menyatakan bahawa portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpul untuk menunjukkan kepada murid itu dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam sesuatu bidang. Hasil kerja kanak-kanak yang terpilih dikumpul secara sistematik bagi setiap kanak-kanak dalam suatu jangkamasa tertentu.  Namun ia bukan sekadar pengumpulan semua hasil kerja kanak-kanak, tetapi merupakan sampel hasil kerja di mana setiap item yang dimasukkan di dalam portfolio mempunyai tujuan dan nilai tersendiri dalam membuat penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak.

Portfolio bukan sekadar pengumpulan hasil kerja untuk menunjukkan kepada ibu bapa inilah yang dilakukan oleh anak mereka selama persekolahan, tetapi portfolio merupakan dokumentasi terpilih mengenai perkembangan dan pencapaian kanak-kanak. Untuk itu, portfolio perlu berkaitan secara langsung dengan objektif pengajaran dan merupakan satu sistem penilaian yang berterusan. Portfolio yang dikumpul perlu berasaskan perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna.( Hanson & Gilkerson, 1999). Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka (Arter & Paulson, 1991). Portfolio juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian mereka sendiri terhadap kerja mereka  dan juga digunakan untuk menilai proses pemikiran kanak-kanak (Murphy & Smith, 1990). Ia menepati kerangka penilaian autentik kerana ia menilai pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak melalui tingkah laku dan hasi kerja mereka dalam suasana bilik darjah seharian.

Di samping itu, portfolio tidak bercanggah dengan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp, 1987). Ia merupakan penilaian bercorak individu. Ia melihat perkembangan dan pembelajaran dalam konteks yang lebih menyeluruh dan tidak menekankan satu-satu aspek perkembangan. Ia juga melihat prestasi kanak-kanak dalam aktiviti seharian dan tidak meletakkan kanak-kanak dalam suasana yang berpotensi memberi tekanan dan menggangu prestasi mereka seperti ujian. Portfolio merekodkan perkembangan dan pencapaian kejayaan kanak-kanak, bukannya kegagalan ( Katz, 1997: Meisels, 1995).  

Manakala kajian oleh Surayah Zaidon tentang portfolio kanak-kanak prasekolah menyatakan Portfolio Kanak-kanak prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang program prasekolah. Oleh itu, portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak.Perlaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Komponen awal sains dan awal matematik dalam tunjang Sains dan Matematik menyatakan awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka dengan menggunakan organ deria dengan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan, kemahiran asas proses sains sepeti kemahiran memerhati, mengukur mrnggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh tumbuhan dan haiwan), alam bahan ( contoh objek yang tenggelam atau timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran kepada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Rancangan pengajaran harian yang di atas merupakan pengajaran dan pembelajaran awal sains yang telah dilaksanakan di sebuah prasekolah di daerah klang. Ianya melibatkan lima orang murid prasekolah. Guru telah menerangkan terlebih dahulu kepada murid objektif pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, dan pada akhir pembelajaran  murid akan dinilai berdasarkan pentaksiran yang telah ditetapkan.

Untuk hasil pembelajaran bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang pertama iaitu murid menguasai kemahiran memerhatian dan kemahiran menguasai kemahiran merekod hasil pemerhatian, murid ditafsir dengan menggunakan instrumen pentaksiran prasekolah kebangsaan dimana satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu dipamerkan sebagai tahap penguasaan murid yang merangkumi tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai serta . Pentaksiran tersebut juga dikenali sebagai senarai semak.  Bagi  instrumen pentaksiran murid dalam menguasai kemahiran mengumpul dan mengelaskan sesuatu objek mengikut ciri yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru telah menggunakan instrumen pentaksiran yang berbeza iaitu menggunakan senarai semak dan juga hasil kerja murid serta sesi persembahan atau pembentangan lisan.

Dalam sesi pengajaran awal sains ini, kanak-kanak dikehendaki memerhati dan mengumpul daun dari kebun sekolah berdasarkan warna, saiz, tekstur, bentuk dan urat daun. Melalui sesi ini, murid-murid diberi peluang untuk menerokai pengalaman pembelajaran secara sebenar (hand on) malah pentaksiran autentik telah berlaku iaitu kanak-kanak ini dikehendaki menampal dan melukis semula daun serta membuat pembentangan. Pentaksiran sesi pengajaran dan pembelajaran awal sains ini tidak berasaskan ujian tetapi ia ditaksirkan melalui tugasan dan pembentangan yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah.





5.0 REKA BENTUK PENTAKSIRAN

Noraini Idris (2005) menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan.Justeru itu, berdasarkan penggabungjalinan definisi rekabentuk dan pentaksiran maka dapat disimpulkan bahawa rekabentuk pentaksiran merupakan sesuatu corak atau bentuk direka yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.

Untuk menyediakan pentaksiran autentik, guru perlu menyediakan pentaksiran untuk pembelajaran. Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran mereka.

Sesuatu pentaksiran yang dijalankan perlu melalui proses-proses berikut:
a)      Mengenal pasti konstruk / perkara yang hendak ditadbir
b)      Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid bagi mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja murid yang relevan;
c)      Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard prestasi dan menentukan tahap penguasaan murid
d)     Memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaika; dan
e)      Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa

5.1 Proses  Pentaksiran
Mengenal pasti konstruk / perkara yang hendak ditadbir
Pada peringkat awal guru perlu jelas apakah konstruk yang hendak dinilai kepada murid-murid. Guru juga perlu  memaklumkan terlebih dahulu kepada murid objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan, dan pada akhir pembelajaran murid tahu apakah kemahiran yang perlu mereka pamerkan untuk dinilai berdasarkan pentaksiran yang telah ditetapkan.
  • Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai iaitu :
  • Murid berupaya menguasai konstruk yang nilai ( ST1 dan ST2) iaitu kemahiran memerhati dan kemahiran merekod hasil pemerhatian.
  • Murid berupaya membuat pengelasan objek mengikut ciri yang ditetapkan

Langkah 1: Guru perlu memilih kandungan mata pelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran.

Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid bagi mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja murid yang relevan

Pada proses ini memerlukan guru merancang perkara-perkara berikut:
  • Mengenal pasti murid yang hendak dinilaii iaitu pelajar prasekolah..
  • Menentukan instrumen atau tugasan yang hendak digunakan iaitu instrumen atau tugasan yang sesuai untuk tahap prasekolah.
  • Menentukan aspek yang hendak diperhatikan iaitu seperti tingkah laku, perbualan/interaksi/lisan dan hasil kerja murid.
  • Menentukan  tempoh masa pemerhatian iaitu sepanjang kelas.
  • Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran

Langkah 2: Guru perlu merancangan kaedah pengajaran dan membuat pemetaan Jadual Spesifikasi Kurikulum mengikut minggu sebelum bermula mengajar.

Langkah 3:Pada peringkat ini, guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran termasuk instrumen pentaksiran untuk mengajar murid dan menyediakan bahan rubriks supaya menjalankan pentaksiran secara pemerhatian.

Membina Instrumen atau tugasan untuk tumbuhan
Semasa membina tugasan, guru hendaklah pastikan bahawa tugasan tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Tujuan yang jelas iaitu:
    • tugasan ini untuk menilai keupayaan  murid membuat pemerhatian dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman mereka untuk mengelaskan sesuatu objek
                - Menepati apa yang hendak dinilai
                - Item boleh diukur
                - Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja

Melaksanakan Instrumen
Setelah reka bentuk siap dirancang, guru haruslah memikirkan bagaimana sesuatu pentaksiran tersebut akan dilaksanakan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pentaksiran dan penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sisitematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Cara mengumpul dan merekodkan maklumat adalah melalui:
i. senarai semak
ii. lembaran kerja / hasil kerja murid
iii. persembahan/ pembentangan lisan

Langkah 4: Guru mula menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama guru akan membuat pentaksiran secara pemerhatian terhadap murid.




Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard prestasi dan menentukan tahap penguasaan murid

Langkah 5: Guru akan membuat penilaian hasil kerja murid tentang proses penyampaian tentang tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid berdasarkan pentaksiran yang telah ditetapkan.

Guru melakukan pentaksiran dan sentiasa mempastikan berlaku penjajaran strategi dan instrument pentaksiran yang bersesuaian dengan pekara yang ditaksir. Pentaksiran boleh dilakukan secara formal, sebagai contoh guru menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara beterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Pelajar pula boleh memberikan eviden untuk dinilai dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.

Memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan

Dalam membuat penilaian terhadap tahap penguasaan yang dikuasai oleh murid seharusnya guru tidak melihat kepada kelemahan yang dimiliki oleh murid kerana dalam pentaksiran autentik, penilaian adalah berdasarkan keupayaan murid.

Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa

Penilaian yang dibuat perlu direkodkan, dikumpul dalam portfolio murid untuk rujukan semua pihak khususnya guru, penyelaras, murid dan ibu bapa untuk melihat perkembangan murid.






6.0 PENSKORAN DAN PENGGREDAN
Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini signakan untuk membuat ranking atau pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubriks juga dilihat sabagi satu alat bagi mentaksir prestasi pelajar. Rubriks digunakan untuk mengukur dan menilai sejauh mana pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang kompleks

Rubrik terdiri daripada rubric analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci beserta agihan markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubric hendaklah telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercaqyaan Pentaksiran pusat.

Penyediaan rubrik melibatkan proses memadankan standards dan hasil yang diharapkan untuk sesuatu prestasi. Dalam proses rubriks, aspek pemarkahan merupakan tugas yang mencabar. Untuk memberi markah, kita mesti memerhati atau mencerap prestasi yang dijadikan sasaran penilaian. Pada masa yang sama, kita perlu mengesan dan memilih aspek-aspek prestasi yang layak diberikan markah. Seterusnya, tahap kualiti prestasi tersebut hendaklah dipertimbangkan. Hanya dengan itu barulah markah yang wajar dapat ditetapkan.

Tugas yang rumit ini dapat dilaksanakan dengan baik jika kita membuat persedaiaan rapi. Pertama sekali, sepesifikasi hendaklah disediakan. Dengan berpandukan spesifikasi tersebut, kita mesti menetapkan kaedah untuk mencerap dan memberikan markah. Ini disebut sebagai langkah menstruktur pencerapan (Gronlund, 1998). Langkah menstruktur pencerapan itu menggunakan alat yang sesuai.


Skala Kadar
Skala kadar ialah darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala disembahkan secara angka atau gred.

Semasa merancang pentaksiran guru perlu menentukan :
·         Tajuk
·         Kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas
·         Penerangan skala dinyatakan
·         Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas  atau kumpulan


Berdasarkan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan, terdapat tiga skala perkembangan murid bagi Standard Prestasi yang digunakan dalam rangka pentaksiran seperti dibawah;

Standard Prestasi di Prasekolah
Tahap Penguasaan
Simbol
Kriteria
Telah Menguasai
TM
Tahu dan Boleh buat dengan sendiri secara bertatasusila
Sedang Maju
SM
Tahu dan boleh buat dengan bimbingan
Belum Menguasai
BM
Tahu beberapa perkara asas (yang minimum) berkaitan dengan konstruk tetapi tidal boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

Singkatan Sumber / Evidens
LI
Lisan
P
Projek
HK
Hasil Kerja
TL
Tingkah Laku
LL
Lain-lain 



Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat  diperhatikan dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( /) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak.

Bagi mendapatkan tahap penguasaan murid dalam menguasai kemahiran yang ingin dinilai dengan lebih terperinci, guru telah membina instrumen pentaksiran yang lain seperti berikut.

Tunjang: Sains dan Teknologi    -    TAJUK : Tumbuhan
Standard Kandungan:  Pengelasan, seriasi, padanan satu sama satu dan konsep ruang
Standard Pembelajaran : Memerhati dan mengumpul daun daripada persekitaran sekolah dan kediaman mengikut ciri berikut:
(a)                  Warna
(b)                 Saiz
(c)                  Tektur
(d)                 Bentuk
(e)                  Urat Daun
                                                                                         Jumlah Skor :           /16

Rubrik yang dibina mempunyai pembahagian skor mengikut gred seperti berikut:
Rubrik penyiasatan
Jumlah skor: _____ / 16
Contoh gred yang mencapai tahap minimum – 8

Murid yang tidak mencapai tahap minimum akan mengulang kembali aktiviti penyiasatan secara individu. Soalan akan dipermudahkan lagi dengan bimbingan guru secara individu sehingga murid mencapai tahap minimum yang ditetapkan. Mengikut kesesuaian Dokumen Standard Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tugasan ini akan menilai murid untuk memperolehi pengetahuan.

Untuk mendapat gred tersebut, guru perlu memberikan gred. Apabila gred ditentukan kebiasaanya guru akan menggunakan kombinasi daripada data objektif ( ujian, kuiz, tugasan dan penyertaan dalam kelas) dan ukuran subjektif yang merangkumi nilai ( berusaha keras, tidak putus asa dan kreativiti ) untuk di libatkan dalam gred. Namun, pentaksiran terhadap ukuran subjektif selalunya guru kurang berminat untuk melakukannya.

Menurut Azizi dan Mohd Isha Awang (2006), pada murid atau ibu bapa serta guru sendiri, gred yang diperolehi sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada pencapaian murid. Lazimnya gred yang diberikan kepada pelajar seperti A, B, C, D, E bagi gred lulus atau F bagi menunjukkan gagal. Penentuan gred perlulah dilaksanakan secara selaras dengan peraturan tertentu misalnya penetapan markah seperti berikut untuk pentaksiran di atas:
GRED
SKOR
A
13    keatas
B
           10-12
C
7-9
D
5-6
E
1-4

 7.0 Pentadbiran Pentaksiran

Jadual waktu bagi domain Sains awal adalah 2 jam seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Setiap waktu adalah selama 1 jam. Bilangan murid yang hadir pada minggu-minggu akhir persekolahan agak berkurangan menyebabkan guru hanya memfokuskan lima orang murid sahaja.  Proses pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan murid yang sama. 

Penerangan dan pemahaman murid tentang pentaksiran adalah dilihat agak kurang berjaya kerana murid hanya tertarik untuk melakukan tugasan sahaja berbanding pencapaian yang diperolehi. Sebelum waktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru tetap menerangkan kepada murid tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran.

Berikut merupakan contoh senarai semak yang dibina oleh guru untuk mentaksir tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengumpul dan mengelas daun mengikut ciri yang ditetapkan.  
Contoh Senarai Semak
Tunjang: Sains dan Teknologi
Nama murid: ……………………………………….. Kelas:………………
Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.
Nama: Syaurah                                 Umur: 6 tahun
Hasil Pembelajaran
Ulasan/ Tarikh
Ulasan/Tarikh
Ulasan/Tarikh
18/11/2014


 Kemahiran Memerhati
Boleh memerhati dan menceritakan



 Kemahiran merekod hasil pemerhatian
Boleh merekod pemerhatian dengan bimbingan



 Kemahiran Mengelas
Boleh mengumpul objek mengikut ciri-ciri yang dikenalpasti dengan bimbingan.


Hasil Pembelajaran
Ulasan/ Tarikh
Ulasan/Tarikh
Ulasan/Tarikh
18/11/2014


Mengumpul daun mengikut saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun
Mengumpul hampir lengkap daun dan mengikut  saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun yang ditetapkan.


Mengelas daun mengikut saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
Mengelas daun dengan betul tetapi tidak susun.


Melukis daun mengikut saiz, warna, tektur, bentuk dan urat daun.
Melukis daun dengan betul tetapi tidak cantik
.

  Pembentangan
  Dapat membuat     pembentangan dan penjelasan kurang tepat


Gred
Markah =
Gred     =



Berdasarkan jadual di atas menunjukkan senarai semak untuk memerhatikan murid supaya mendapat gred A. Tahap Minimum untuk mencapai kelulusan ialah markah 7 iaitu C. Murid yang tidak mencapai tahap minimum akan mengulang kembali aktiviti dengan bimbingan guru secara individu. Tugasan pengumpulan akan dipermudahkan lagi  secara berperingkat dengan bimbingan guru secara individu sehingga murid mencapai tahap minimum yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, jika murid yang dibimbing, murid tersebut dapat mencapai kelulusan yang lebih tinggi, guru boleh terus membimbing murid tersebut supaya dapat menguasai subjek tersebut.







Lampiran
Arahan Tugasan

1.        Murid diminta mendapatkan daun yang terdapat di kebun mengikut ciri yang berikut :
a)      Warna
b)      Saiz
c)      Tekstur
d)     Bentuk
e)      Urat daun
2.      Murid diminta menampal objek yang diperolehi pada lembaran yang disediakan . Sekurang-kurangnya 2 objek (daun) yang berlainan untuk setiap ciri yang dinyatakan.
3.      Murid melukis semula gambar objek (daun) yang diperolehi.
4.      Murid mempersembahkan hasil kerja mereka kepada rakan-rakan dan juga guru.

Lembaran Kerja
a)        Warna










b)        Saiz










c)        tekstur










d)       Bentuk











e)        Urat daun










 Lukis semula gambar daun yang kamu ada.










KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran bergantung pada sesorang guru prasekolah. Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Janganlah terlalu tinggi arasnya. Seorang juga guru haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Disamping itu juga penggunaan alat bantu mengajar sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam prasekolah. Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan kritikal terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Oleh itu, sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang.

Arus zaman permodenan yang semakin melanda di Negara ini membawa kepada perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar Negara. Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran. Memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan adil kepada kanak-kanak.





BIBLIOLOGRAFI

Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.):McGraw-Hill.

Azizi Ahmad & Mohd Isha B. Awang. (2006). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan, Jabatan Pendidikan Selangor

Bustam Kamri, Putri Zabariah, Raja Hamizah (2006), Siri Prasekolah Tadika Berkualiti, PTS Professional Publishing SDN. BHD

Cumming, A. (1989). Writing Expertise and Second Language Proficiency. Language Learning. 39 (1): 81-141. Diperolehi pada Oktober 30, 2014 daripada http://www.readcube.com/articles/10.1111%2Fj.1467-1770.1989.tb00592.x?r3_referer=wol&tracking_action=preview_click&show_checkout=1

David Payne (2003), Applied Educational Assessment Edisi Kedua, Canada

Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).Skudai: Penerbit UTM Press.

Gronlund, N. E. (1998). Assessment Of Student Achievement. Needham Heights, MA: A Viacom Company.

Katz, L.G. 1997. A Developmental Approach To Assessment Of Young Children. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED407172.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada https://docs.google.com/a/1bestarinet.yes.my/file/d/0Bz5GqhlMLIh-Yk5OR1JoOWZBZ2c/edit

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada http://tadika.homestead.com/Kurikulum.pra.sek.pdf

Lihanna Borhan (2003). Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui Portfolio. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada https://www.academia.edu/5294268/PENILAIAN_AUTENTIK_DALAM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK

Meisels, S. J. 1995. Performance Assessment In Early Childhood Education : The Work Sampling System. ERIC DIGEST. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada http://www.ericdigests.org/1996-1/early.htm

Murphy, S. & Smith, M.A. 1990. Talking about portfolios. The Quarterly of the National Writing Project. 12 . Spring: 1-3, 24-27. Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada http://www.nwp.org/cs/public/download/nwp_file/859/Talking_about_Portfolios.pdf?x-r=pcfile_d


Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Wiggins,G. (1990) The Case For Authentic Assessment, Eric Rigest ED238611(online). Diperolehi pada Oktober 27, 2014 daripada http://assessment.uconn.edu/docs/resources/ARTICLES_and_REPORTS/Grant_Wiggins_Case_for_Authentic_Assessment.pdf




No comments:

Post a Comment