Friday, 5 December 2014

Tugasan 1 Kumpulan 3



DISEDIAKAN OLEH     :
ARFA NADWA BINTI JAI (M20131000981)
NURUL HAJAR BINTI ABU SAMAH (M20131000107)
AZIAH BINTI PANDAK (M20131001015)
HARTINI BINTI AHMAD MORSIDI (M20131001163)


1.0       DEFINISI PENTAKSIRAN AUTENTIK

 entaksiran autentik merupakan satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dunia sebenar yang menunjukkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang bermakna (Muller, 2011). Prestasi pelajar biasanya dicapai melalui rubric untuk menentukan bagaimana pelajar tersebut dapat memenuhi sesuatu standard atau tahap yang telah ditetapkan.

Menurut Stiggins (1987) dalam Muller (2011), penilaian prestasi digunakan bagi menguji kemahiran khusus dan kompetensi, supaya dapat mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang telah dikuasai. Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru vokal mengajar teori dan teknik dalam nyanyian akan bertindak menyuruh pelajarnya menyanyi dengan kemahiran yang telah dikuasainya sebagai bukti bahawa pelajar tersebut boleh menyanyi dengan baik.

Menurut Lambert & Lines (2000), pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Pentaksiran juga adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

1.1       CIRI-CIRI PENTAKSIRAN


 Menurut McMillan (2001) dalam Noraini Idris (2005) ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara-perkara seperti berikut :

i)          Proses pengumpulan data bagi tujuan untuk membuat keputusan tentang individu atau kumpulan.
            ii)         Ujian adalah sebahagian daripada pentaksiran.
            iii)         Mengukur tahap kecekapan samada telah dapat menguasainya atau tidak.

            Pentaksiran ini bukan hanya meliputi penggunaan secara tradisioanal, bahkan ia perlu dinilai secara holistik dan merangkumi dari segala segi yang membabitkan penilaian secara berterusan dalam menguasai sesuatu kemahiran.


2.0       PERBEZAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK VS PENTAKSIRAN TRADISIONAL

Pentaksiran tradisional lebih banyak dikaitkan dengan peperiksaan di mana pencapaian dan prestasi seseorang pelajar itu dilihat dan ditentukan oleh skor atau markah yang diperolehi dalam suatu peperiksaan yang didudukinya. Jika pentaksiran merupakan suatu proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran.

 Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajarandan pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan terdiri daripada ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar hanya untuk mendudukinya akan tetapi guru-guru mengajar tidak seperti yang sepatutnya iaitu pengajaran berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai digunakan untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan. Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak holistik dan menyeluruh kerana tidak memberi maklumat yang tepat berkaitan dengan perkembangandan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak,nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan.Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran autentik di mana ia menilai dengan lebih holistik iaitu melihat kepada semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiransosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh menunjukkan tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Ini boleh ditunjukkan dalam skala rubrik yang dibina .

Pentaksiran autentik mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja. Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu. Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. dan berpusat murid. Ia boleh dinilai dari pelbagai instrument yang boleh diguna pakai seperti kaedah  permerhatian  guru,persidangan,portfolio,kerja kursus dan persidangan atau sesi pembentangan. Dalam erti kata lain,pentaksiran autentik adalah lebih tepat untuk melihat perkembangan murid secara menyeluruh dari pelbagai aspek kerana ia adalah pentaksiran formatif dan berterusan.



3.0       KONSEP TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan  dengan bagaimana manusia memperoleh ilmu.  Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka. 

Seterusnya  murid membina sendiri pengetahuan atau konsep  secara aktif berdasarkan pengetahuan  dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam aktiviti seharian atau pada masa akan datang.
Perkaitan  Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik  melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme  sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi.

Dari segi prinsip  asas pula Penilaian Autentik  berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional.  Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi. Manakala dari segi tujuan Penilaian Autentik ia bertujuan untuk mentafsir hasil pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme untuk menilai  input, proses dan kualiti produk  dan menilai  tugasan   pelajar.

Format dan bentuk penilaian pula bagi  Penilaian Autentik  bersifat Holistik,menggunakan rubrik  yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji.  Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh  penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan dan  eksperimen.


4.0       PERKAITAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.

Pentaksiran Berasakan sekolah ialah satu pentaksiran yang menilai murid dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. PBS mentaksir  bidang akademik dan bukan akademik. Komponen akademik meliputi pentaksiran pusat (PP) dan pentaksiran sekolah (PS). Komponen bukan akademik meliputi pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran psikometrik (PPsi).

Standard prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran murid serta pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai dengan adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.

Pentaksiran autentik ialah penilaian yang dibuat pemerhatian ke atas tugasan berdasarkan situasi sebenar. Ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk  menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, eksperimen , temubual dan sebagainya.


Pentaksiran autentik adalah salah satu penilaian yang termasuk di dalam PBS. Di dalam PBS, salah satu teknik pentaksiran adalah menggunakan pentaksiran autentik. Di dalam konsep PBS pentaksiran perlulah seimbang dan berpusatkan murid. Pentaksiran yang berpusatkan murid dapat meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara untuk belajar dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.Ini dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif.

            Oleh itu, rumusan yang dapat kita buat di sini ialah pentaksiran autentik diperlukan dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Penilaian yang dibuat di dalam pentaksiran autentik membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna dan merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan sedia ada dalam dunia sebenar.

  5.0       RUMUSAN

           
Pentaksiran autentik memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaik dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis (KBAT) dari masa ke semasa dalam mempeolehi kejayaan masa hadapan. Kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat diterapkan di kalangan pelajar untuk meransang mereka menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunua sebenar.

No comments:

Post a Comment