Wednesday, 10 December 2014

PERKAITAN P.AUTENTIK DENGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME & TEORI BEHAVIOURISME

TUGASAN 2 KUMPULAN 3


AZIAH BT PANDAK
HARTINI BT AHMAD MORSIDI
ARFA NADWA BT JAI
NURUL HAJAR BT ABU SAMAH
 


PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan  dengan bagaimana manusia memperoleh ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh mereka. 

Seterusnya  murid membina sendiri pengetahuan atau konsep  secara aktif berdasarkan pengetahuan  dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia ada murid termasuklah bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga dalam kelompok keluarga, di sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti setempat. Kemudian murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia untuk membina pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam aktiviti seharian atau pada masa akan datang.

Perkaitan  Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik  melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme  sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi.

Dari segi prinsip  asas pula Penilaian Autentik  berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional.  Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi.

Manakala dari segi tujuan  Penilaian Autentik  bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme untuk menilai  input, proses dan kualiti produk  dan menilai  tugasan   pelajar.

Format dan bentuk penilaian pula bagi  Penilaian Autentik  bersifat Holistik,menggunakan rubrik  yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji.  Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded .
Sebagai contoh  penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan dan  eksperimen.

 
(sumber: celorengguru.blogspot.com)

PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan”

 ~ Williams & Anandam (1973)

Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak balas dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokoh-tokoh mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,dikawal dan diramal.

Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operan-Thorndike dan B.F.Skinner.

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid dapat memahami dengan lebih mendalam)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti sesuatu yang tidak menyenangkan.

HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi.

HUKUMAN

Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu

·         Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan dihentikan atau kekerapan menurun.

·         Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi

 

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat.  Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

 
 

Sunday, 7 December 2014

Tugasan 3 Kumpulan 1

PENTAKSIRAN AUTENTIK
KPN 6074
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK :
PEMBINAAN RUBRIK PENSKORAN BAGI TOPIK KONSEP KETUMPATAN DAN KEAPUNGAN

PENSYARAH:
PROFESOR EMIRITUS DR. OTHMAN B LEBAR
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN
NO. KAD MATRIK
AZLINA AMAT YASIN
M20132001951
NURUL ASHIKEN MOHD RASHID
M20132001952
ROHAIDA ABDUL HAMID
M20132001965
ROHAYA RAHIM
M20132001950
SITI AISHAH MOHD NONG
M20132001772

1.0       PENGENALAN
Sejak 1990-an reformasi pendidikan memfokuskan pentaksiran pembelajaran untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Ia bertujuan memastikan pembelajaran berlaku, membantu guru merancang pengajaran untuk keberkesanan pembelajaran, berbentuk formatif dan berpusatkan pelajar dan memberikan manfaat kepada guru dan pelajar dalam membentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
1.1       CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PdP
1.      Berpusatkan pelajar
·         Memberikan tumpuan kpd pembelajaran dan bagaimana hendak menjadikan pembelajaran lebih berkesan.

2.      Arahan guru
·         Guru menentukan apa jua yg hendak dinilai, bagaimana hendak menilai dan bagaimana utk gunakan maklumat yg diperoleh utk meningkatkan P&P.

3.      Manfaat bersama
·         Melalui penglibatan pelajar, mereka membuat penaksiran kendiri dan akan lebih memahami isi pelajaran.
·         Melalui penaksiran bilik darjah, guru akan mendapat idea baharu dalam menjadikan P&P lebih berkesan.

4.      Formatif
·         Matlamat penaksiran dalam bilik darjah adalah utk menjadikan pembelajaran lebih berkualiti, bukan utk tujuan penggredan.
·         Guru dapat membuat penambahbaikan dalam P&P.

5.      Berasaskan konteks pengajaran yg spesifik
·         Penaksiran dlm satu-satu bilik darjah adalah sesuai dgn keperluan bilik darjah berkenaan (guru, pelajar, mata pelajaran)
·         Sekiranya berjaya dan sesuai bagi satu kelas, tidak semestinya berjaya dalam kelas yang lain.

6.      Berterusan
·         Berlaku sepanjang proses P&P sebagai satu bentuk maklum balas yg memberikan maklumat kpd guru tentang perkembangan pembelajaran pelajar.
·         Maklum balas boleh bantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.

7.      Berakar umbi amalan pengajaran yg baik
·         Membolehkan amalan pengajaran yg baik dimanfaatkan sebaik-baiknya.
·         Amalan pengajaran akan jadi lebih baik dgn adanya maklum balas pembelajaran yg lebih sistematik. Fleksibel dan berkesan.
1.2       KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
1.      Mengenalpasti pelbagai  faktor dapat memudahkan guru  merancang pdp .
2.       Guru dapat mengesan dan mengetahui kelemahan pelajar, keupayaan dalam pelbagai pengetahuan asas  pelajar
3.      Guru boleh membuat perbandingan menentukan kaedah pencapaian pelajar dan teknik yang sesuai
4.      Mengetahui pelbagai masalah yang berkaitan  pelajar seperti masalah tingkah laku
Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan informasi dan maklumat bagi menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemampuan murid. Bukti-bukti dan bahan yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru mentafsir keberkesanan aktiviti pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Pentaksiran dalam Pdp adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca,menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapimurid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu system yang berkategori. Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)” Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan.
Guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong merekabelajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.
Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklumbalas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka. Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi dirumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran social sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi,kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga  hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.
Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan oranglain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan. Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itumembawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap bendahidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran.

1.3       PENTAKSIRAN AUTENTIK
Penilaian autentik  adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ).

Penilaian autentik  adalah  sesuatu yang diuji untuk menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu  untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987)

Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan  bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten, 1993).
Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan  menyatakan bahawa Penilaian Autentik bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan tersebut. (Burke, 2005)
Bagi lebih jelas, di bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu untuk menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas.
1) Kaedah yang menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin)
2) Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)
3)  Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)
4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins)
5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)
1.4       CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
1)      Penilaian autentik lebih kepada melaksanakan tugasan.
2)      Penilaian autentik adalah melalui pengalaman sebenar dalam melaksanakan sesuatu tugasan. (kehidupan sebenar)
3)      Penilaian autentik mendorong kepada proses pembinaan atau pergabungan idea oleh pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
4)      Penilaian autentik akan menjadikan proses pembelajaran ke arah pemusatan pelajar.
5)      Penilaian autentik ini akan membawa kepada bukti langsung.( hasil kajian setelah melakukan tugasan)

1.5       MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini.
  1. Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar)
  2. Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi
  3. Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan  pentaksiran



2.0       HASIL PEMBELAJARAN
Matapelajaran              :           Sains
Topik                           :           Konsep Ketumpatan dan Keapungan

Standard Pembelajaran (Hasil Pembelajaran)
·         Murid dapat menerangkan mengapa ada bahan timbul dan tenggelam
·         Murid dapat menyelesaikan masalah mudah berkaitan dengan ketumpatan

2.1       Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran
Sains
Kelas
Tingkatan 1 Arif
Tempoh
80 minit
Tema pembelajaran
Jirim
Tajuk
Konsep ketumpatan dan keapungan
Hasil pembelajaran
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, pelajar dapat:
1. menerangkan mengapa ada bahan timbul dan tenggelam
2.menyelesaikan masalah mudah berkaitan dengan ketumpatan
Isu sosio-saintifik
Alam sekitar-pencemaran air di sungai dan lautan yang berlaku khususnya di Negara kita semakin membimbangkan. Hasil pembuangan sampah sarap dan sisa toksik dari sektorperkilangan memberi  kesan buruk kepada hidupan akuatik dan seterusnya kepada hidupan manusia.
Pendekatan/strategi pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan sosio-saintifik, perbincangan, penggunaan teknologi dan mengeksperimen

Aras
Tinggi
Kemahiran saintifik
Membuat pemerhatian, mengelaskan, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, berkomunikasi, menganalisis.
Sikap saintifik dan nilai murni
Minat dan ingin tahu, berfikiran kritikal dan analitis, mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat, berfikiran secara rasional,menghargai kehidupan alam semesta.

Fasa/Langkah//Masa
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran/Isi kandungan
Komunikasi KBAT
Orientasi
(5 minit)
1. Tayangan video pencemaran air-botol/kayu/sampah terapung
www.youtube.com/watch?v=1q-rOXB6NI
Arahan kepada murid:
Perhatikan video yang ditayangkan.
Catatkan pemerhatian anda.
Cetusan Idea
(30 minit)
1. Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai kandungan video yang ditayangkan dan dicatatkan di dalam peta bulatan.
2.Kumpulan terpilih akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas (Peta bulatan)



3. Perbincangan secara kelas untuk membuat kesimpulan hasil pembentangan berdasarkan contoh soalan.
Contoh soalan:
a. Senaraikan bahan-bahan buangan yang terapung dan bahan-bahan buangan yang tenggelam.
b. Pada pandangan andamengapakah bahan-bahan tersebut terapung?
Jangkaan jawapan (JJ):
JJ:Mempunyai ketumpatan yang rendah
JJ:bahan lebih ringan
JJ:bahan mempunyai lebih banyak ruang udara
c. Pada pandangan anda mengapakah bahan-bahan tersebut tenggelam?
JJ: ketumpatan bahan tinggi
JJ: bahan lebih berat
d. berikan kesan bahan-bahan buangan tersebut kepada kehidupan.
JJ: hidupan akuatik akan mati/pupus/
JJ: kekurangan sumber makanan dan minuman kepada manusia
JJ: merebaknya penyakit berjangkit
e.Pada pendapat anda bagaimana masalah inidapat diatasi.
JJ: memepergiatkan lagi program kitar semula.
JJ: menguatkuasakan peraturan dan undang-undang dengan lebih ketat lagi.
f. Cadangkan sumbangan yang boleh anda berikan bagi membantu mengurangkan pencemaran air di kawasan tempat tinggal anda.
Pengstrukturan Idea
(30 minit)
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan enam bahan dan alat radas untuk menentukan ketumpatan.Alat radas yang diberi adalah seperti berikut:
a)silinder penyukat
b)bikar
c)penimbang elektronik
d)tin eureka dan
e)benang/tali
3.murid menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.
4.murid menentukan jisim dan isipadu bahan dan seterusnya membuat pen giraan bagi mendapatkan nilai ketumpatan.
5.murid menentukan bahan mana yang mempunyai ketumpatan paling tinggi dan ketumpatan paling rendah.
6.setiap kumpulan mencatatkan ketumpatan setiap bahan yang mereka telah kenalpasti di papan putih di hadapan makmal.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu lembaran kerja.

Bandingkan nilai ketumpatan setiap bahan, bahan manakah yang mempunyai ketumpatanpaling tinggi dan paling rendah?

1. Perbincangan antara murid dan guru untuk menyusun ketumpatan kesemua bahan-bahan mengikut ketumpatan yang paling rendah kepada ketumpatan yang paling tinggi.
a. adakah jisim akan mempengaruhi ketumpatan bahan tersebut?
b.Lukis dan labelkan kedudukan kesemua bahan-bahan apabila dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air. Ketumpatan air adalah 1g/cm3
Refleksi
(5 minit)
Murid membuat kesimpulan tentang konsep ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang timbul dan tenggelam.







3.0       STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1       Pendekatan Sosio Saintifik
Pendekatan isu-isu sosio saintifik (ISS) merupakan strategi yang dapat membantu pelajar membangunkan kemahiran dalam memahami istilah sains, membuat keputusan, membuat penilaian, menyatakan eviden dan mampu membuat rumusan hasil daripada isu yang dibahaskan.  Bagi menghubungkan literasi sains dalam pendidikan, satu pendekatan perlu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pendekatan yang dimaksudkan adalah pendekatan berasaskan isu-isu sosio-saintifik.  Akhir-akhir ini para pengkaji mula menyedari bahawa isu-isu terkini yang berlaku dalam persekitaran pelajar perlu di bawa masuk ke dalam kelas sebagai topik yang perlu dibincangkan dan dikaitan dengan kurikulum sedia ada.  Isu-isu inilah dikenali sebagai Isu-isu sosio-saintifik (socio-scientific issues). Isu-isu sosio-saintifik ini sangat kompleks dan berkait dengan konsep sains. Pendekatan isu sosio-saintifik adalah satu satu teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mengaitkan sains dengan isu-isu semasa seperti media komunikasi, kesihatan, persekitaran, perubahan genetik dan sebagainya. Isu sosio-saintifik ini kadangkala memberi satu perdebatan yang hangat dan kontroversi, namun akhirnya ia merupakan landasan perbincangan yang dapat menimbulkan satu nilai tambah dan etika yang dipatuhi oleh pelajar semasa membincangkanya seperti isu kejuruteraan kimia dan pemanasan global (Zeidler dan Nicols, 2009).

Ciri-ciri Isu-isu sosio-saintifik di dalam kelas
Pendekatan isu-isu sosio-saintik ini dapat membantu pelajar membangunkan kemahiran mereka terutama dalam memahami istilah-istilah, membuat keputusan, membuat penilaian, menyatakan eviden dan membuat rumusan perbincangan yang melibatkan isu dan konsep sains secara langsung dan tidak langsung (Sadler dan Zeidler, 2004).  Pendekatan isu-isu sosio- saintifik di dalam kelas dapat membantu menarik minat pelajar untuk mendalami konsep sains.  Selalunya apabila guru mengajar, guru cuba menekankan konsep sains yang hendak disampaikan, tetapi kurang pengalaman sedia ada daripada pelajar, konsep yang hendak disampaikan itu akan tersasar menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai dan menjadikan mereka tersalah konsep isi kandungan miss conception in content knowledge’ (Evagorou, 2011). Sebagai alternatif untuk menjadikan pelajar membawa pengalaman sedia ada mereka ke dalam kelas, guru boleh menyediakan satu masalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa dan berpusatkan kepada pelajar, mereka berbincang masalah yang dihadapi sehingga membawa kepada kemahiran menguasai isi kandungan yang membentuk kurikulkum sains yang ditetapkan. Ini akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih berjaya.
Ciri-ciri isu-isu sosio-saintifik yang perlu di bawa ke dalam kelas adalah seperti berikut:
         Mempunyai kaitan dengan kurikulum yang disediakan
         Disokong oleh data
         Isu sebenar bukannya direka
         Isu kontemporari yang relevan
         Bersifat kontroversi
         Bersifat semulajadi dan mempunyai proses sains
         Lebih kepada pertimbangan etika
Tal, R. T dan Kedmi. Y. (2006)

Namun begitu, hasil kajian pengkaji luar Negara menyatakan bahawa isu-isu sosio-saintifik ini banyak dikaitan dengan nilai moral dan etika (Zeidler dan Nicols, 2009). Nilai kepercayaan dalam agama menyebabkan isu-isu yang dibincangkan akan menjadi lebih ekstrim dan menjejaskan kepercayaan dalam agama. Namun bagi menjadikan pelajar lebih kepada berfikiran terbuka terhadap konsep sains dan agama, terutama pelajar Malaysia yang majoritinya beragama Islam, guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan membenarkan pelajar untuk memahami bagaimana isu-isu sosio-saintifik dan keputusan yang dibuat oleh pelajar merentas nilai moral dan etika yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Zeidler dan Sadler (2008) pelajar perlu diberi pendedahan kepada pelbagai perspektif dan membangunkan potensi kefahaman mereka sekiranya mereka bersedia serta mahu jadikan isu-isu sosio-saintifik ini sebagai isu persekitaran yang formal. Isu-isu sosio-saintifik sengaja melibatkan penggunaan topik saintifik yang memerlukan pelajar untuk menyumbangkan diri mereka dalam dialog, perbincangan, dan perdebatan. Isu ini bukan hanya melibatkan alam semulajadi sebagai kontroversi, tetapi juga mempunyai elemen tambahan yang memerlukan tahap moral, hujah atau penilaian etika dalam proses untuk menetapkan keputusan  mengenai resolusi kemungkinan isu-isu terjadi. Tujuannya adalah untuk memberikan bahawa isu-isu ini lebih bermakna dan secara peribadi serta dapat menarik minat kepada pelajar. Secara tidak langsung pelajar akan mengemukakan  penggunaan bukti asas yang kukuh, penaakulan, dan menyediakan konteks untuk memahami maklumat saintifik (Sadler, 2004; Zeidler, 2003).

Isu-Isu sosio saintifik dan literasi sains
Sains bertujuan untuk membuat perkaitan idea dan kefahaman terhadap fenomena alam semulajadi. Manakala isu-isu sosio-saintifik yang berlaku merupakan idea-idea yang menghasilkan alat untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan sains dan isu-isu semasa adalah saling memperlengkapi. Pada masa kini, perkembangan sains adalah seiring dengan perkembangan teknologi.  Disamping itu, pemahaman masyarakat umum tentang prinsip-prinsip sains adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam sekitar serta menyelesaikan masalah. Kesedaran adalah perlu bagi mewujudkan kesedaran baik dan buruknya sains dalam kehidupan seharian. Oleh itu masalah-masalah yang berkaitan dengan sains yang berlaku dalam kehidupan pelajar mampu memberi impak sekiranya pelajar mampu berhujah dan memberikan pendapat mereka.
Konsepsi pelajar terhadap fenomena sains adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman seharian (Gil-perez dan Carrascosa,1990).  Menurut Abruscato (2000), apabila sesuatu konsep telah sebati dalam diri pelajar, ia adalah sukar untuk mengubahnya walaupun sesuatu konsep yang betul telah diajarkan oleh guru. Biasanya konsep dibina berdasarkan apa yang telah dilihat dan dialami. Walaupun pada dasarnya tidak betul, ianya sukar diubah kecuali dapat dibuktikan.  Pengalaman akan dapat diperolehi melalui aktiviti ekperimen yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.  Namun begitu, ia tidak akan tercapai jika guru tidak membiarkan pelajar merancang dan menjalankan ekperimen sendiri (Mohd Zaki, 2005).

3.2       Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan  dimana murid-murid berinteraksi  sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah. Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau dikalangan murid. Murid-murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan  menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan  pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soaln penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :

a)Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )
Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Dalam perbincangan kelas perlu wujud panel dan perbahasan. Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topic bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

b)Perbincangan kumpulan kecil
Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan keciladalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan  kemahiran komunikasi, kepimpinan, perbahasan, dan kompromi. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada  objektif perbincangan. Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh yang demikian, perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harusmerancang perbincangan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan baru melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan .Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan :
a)Mengambil kira matlamat perbincangan
b)Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid
c)Mengkaji isu-isu yang terlibatd) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e)Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan
f)Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu
g)Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yangbermakna
h)Menerapkan unsur jenaka

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawalan guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran disekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid. Guru harus menggalakkan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoalserta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsure-unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain. Topic perbincangan mestilah sesuai dengan objektif dan minat murid-murid tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah.  Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai pemudahcara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan. Seterusnya guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakkan  murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dalam satu sesi perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

Rasional Perbincangan

Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung diantara satu dengan lain.Berdasarkan dapatan persoalan kajian kedua ini, didapati para pelajar mempunyai kemahiran komunikasi dalam aktiviti berkumpulan yang baik berdasarkan maklumat-maklumat positif yang diperolehi dalam kajian ini. Aktiviti berkumpulan memerlukan pelajar-pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan tertentu. Menurut Long (2005), salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang saling berkomunikasi antara sesama ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesediaan pelajar dalam mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan perbincangan berada di tahap yang memberangsangkan. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan seterusnya berkomunikasi sesama ahli kumpulan kerana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu menyiapkan tugasan yang diperlukan untuk keperluan kursus.
            Proses komunikasi akan sentiasa berlaku sepanjang pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Secara keseluruhannya pelajar-pelajar dapat untuk memberikan respon, memberikan pendapat dan idea, memberi pandangan dan cadangan bagi aktiviti yang sering mereka lakukan dalam kumpulan. Menurut Lumsden dan Lumsden (2004), kehidupan peribadi dan kehidupan professional manusia memerlukan kebolehan manusia untuk memikirkan secara kreatif dan kritikal bagi menyeronokkan suasana kerja sekaligus mendapat keputusan yang baik dan berkesan. Jelas disini membuktikan bahawa sumbanganidea,pendapat,cadangan dan respon akan membuatkan ahli kumpulan sentiasa memupuk penjanaan idea yang kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dibincangkan.
            Dalam menyertai atau mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran mengurus interaksi apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakapcakap mengikut kehendak mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas, tanpa mengambil kira sama ada pihak lain berasa puas dalam berinteraksi dengannya. Menurut Abdullah dan Ainon (2000), mutu interaksi terbahagi kepada tiga iaitu tujuan bercakap tercapai, berjaya menjelaskan fikiran dan perasaannya dan keperluan psikologinya dipenuhi. Justeru itu, penyelidik ingin melihat adakah pelajar dapat mengaplikasikan interaksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan soalan seperti saya mahir mengurus interaksi apabila berkomunikasi dan kesannya semua pihak akan berasa puas. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang terlibat dalam aktiviti berkumpulan mampu mengaplikasikan interaksi komunikasi yang baik hanya berada di tahap sederhana. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerjasama dalam kumpulan bukanlah dari kelompok yang sama tahap pemikirannya apatah lagi amat sukar bagi manusia untuk memuaskan hati semua pihak.
            Selain itu, melalui aktiviti berkumpulan juga akan mendedahkan pelajar kepada proses penghuraian idea yang terperinci bagi memantapkan kefahaman sesama ahli kumpulan. Kemahiran komunikasi dalam kumpulan akan memaksa pelajar untuk memotivasikan rakan sekumpulannya apabila wujud ahli kumpulan yang berputus asa atau buntu dalam memainkan peranannya dalam kumpulan. Sehubungan itu pengorganisasian kumpulan yang cekap akan memainkan peranan dalam memastikan setiap kumpulan dapat menjalankan fungsinya dengan cekap. Menurut Parker (2003), perbincangan kumpulan memerlukan individu yang akan memainkan peranan dalam memastikan perbincangan terus berjalan sehingga mencapai keputusan. Ahli kumpulan boleh menyoal ahli kumpulan lain untuk memberikan huraian yang lebih terperinci pada setiap idea yang dikemukakan. Pelajar juga perlu bijak dalam memotivasikan rakan sekumpulan melalui pelbagai kaedah seperti meringkaskan hasil perbincangan pada setiap peringkat perbincangan supaya ahli kumpulan yang belum memberikan idea akan cuba dan terus berfikir untuk menyumbang kepada tujuan perbincangan. Segala aspek yang diutarakan ini hanya menunjukkan peratusan setuju yang sederhana sahaja namun boleh dipertingkatkan lagi melalui kesediaan pelajar dalam memotivasikan ahli kumpulan lain.

3.3       Penggunaan Teknologi

Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).

o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.

Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunkan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini. Pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di sampingitu, teknologi maklumat dan internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.

3.4       Eksperimen

Pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. (Esai Sulaiman,2003) Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam subjek sains. Diantaranya ialah eksperimen, ‘hands-on’,I nkuiri penemuan, sains projek, kerja kumpulan, simulasi kerja lapangan, aktiviti merentas kurikulum dan eksplorasiaktif . Berikut adalah definisi bagi eksperimen:


“Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal.” (Kerlinger,1973)
 
An experiment is an investigation or test that is required to either prove or disprove a hypothesis (an educated guess or thought answer to a questionthat is unproven.”
 
“The class experiment teaching method involves supervised learning activities with students doing practical work individually or in groups.”
 (Das, 1985)
 
 



















Langkah-langkah untuk membuat eksperimen:
 









                                                                                               
 
















1. Membuat Hipotesis

Lazimnya, masalah yang hendak dikaji dinyatakan dalam bentuk soalan yang dikenali sebagai pernyataan masalah. Membuat hipotesis ialah satu proses menghasilkan satu kenyataan umum yangdifikirkan benar berdasarkan inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Secara terperinci, kemahiran membuat hipotesis adalah kebolehan:

i. Memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka.

Contoh :Murid-murid memerhati ketul-ketul garam melarut dalam air.Hipotesis: Saiz bahan larut mempengaruhi masa dikehendaki untuk bahan itu larut dalam air.

ii. Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman atau pengetahuan sedia ada.

Contoh :Kefahaman bahawa udara lembab mengandungi lebih banyak wap air.Hipotesis:Kain kering lebih cepat pada keadaan kering daripada keadaan lembab.

iii. Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji.

Hipotesis : Jika suhu bertambah, lebih banyak bahan larut melarut di dalam air.

Penguasaan kemahiran membuat hipotesis adalah penting kerana ia:
i.          Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara beberapa       cadangan             penerangan.
ii.         Membolehkan penerangan peristiwa atau kejadian yang berlaku di persekitaran.
iii.        Memberi kesedaran bahawa terdapat pelbagai penerangan  bagi pemerhatian.
iv.        Memberi kesedaran bahawa kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji diperlukan   apabila mencari jawapan kepada sesuatu

2. Mengumpul Data

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

i)          Pemerhatian Kualitatif merupakan pengumpulan maklumat menggunakan deria sahaja.
ii)         Pemerhatian Kuantitatif  adalah pemerhatian untuk memperolehi maklumatsecara perbandingan yang lebih tepat di mana ukuran, anggaran atauinstrumen digunakan.
iii)        Pemerhatian Perubahan merupakan pemerhatian berdasarkan fenomenayang           mengalami             perubahan fizikal atau kimia dan dapat diperhatikansecara kualitatif dan     kuantitatif. Perubahan             yang berlaku perlu dinyatakan samada sebelum, semasa        dan selepas.
Contoh:

i. Pemerhatian Kualitatif

·         Daun berwarna hijau. (penglihatan)
·         Ia berbau wangi. (bau)
·         Ia berasa masam. (rasa)
·         Daunnya berlilin dan licin. (sentuhan)
·         Semua penonton bertepuk tangan. (pendengaran)


ii. Pemerhatian Kuantitatif

  • Sehelai daun 10 cm panjang dan 6 cm lebar. (pembaris meter)
  • Jisim sehelai daun ialah 5g. (alat timbang)
  • Suhu air mendidih ialah 100°C. (termometer)

 iii. Pemerhatian Perubahan

  • Warna air bertukar menjadi merah.
  • Saiz gula-gula semakin kecil.



3. Merekod Data

Data yang diperolehi melalui pemerhatian atau eksperimen perlulah direkod dalambentuk tertentu supaya mudah difahami dan diolah. Lazimnya, data daripadaeksperimen direkodkan dalam bentuk jadual.




4. Menganalisis Dan Mentafsir Data

Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau polaberdasarkan maklumat atau data yang dikumpul. Data yang dikumpul mungkin dalampelbagai bentuk seperti jadual, gambarajah, graf, gambar dan lain-lain lagi.
Kemahiran mentafsir maklumat penting kerana ia akan membolehkan kita:

i.          Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual, graf dangambarajah.
ii.         Melihat perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat.
iii.        Membuat sesuatu rumusan.

Contoh 

5-8e29bb30e2

1.         Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan alam sekitar.
2.         Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah sarap serta     pengaliran air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia kesungai, tasik dan      laut      yang berhampiran.
3.         Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan ekzos           kenderaan.
4.         Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dari rumah, kedai   dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke merata-rata tempat.
5.         Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat-           alat      elektronik seperti radio dan televisyen
5. Membuat inferens

Membuat inferens adalahmembuat kesimpulan awal yang logik, yang mungkinbenar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentangsesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan.

Contoh:
Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.

Kenyataan A
Kenyataan B

1.Daun bewarna hijau dan  mempunyai tompok-tompok coklat.
1.Tompok–tompok coklat ini mungkin disebabkan oleh racun.
2. Terdapat beberapa lubang pada daun. 
2. Lubang-lubang ini hasil gigitan seranggaatau ulat.

Data yang telah dianalisis atau diolah seterusnya dibincangkan. Perbincangan mestilah berasaskan data yang diperolehi, walaupun secara teorinya data berkenaan kurang tepat ataupun tidak menepati jangkaan. Ini dikenali sebagai ‘membuat inferens’.

Dalam perbincangan ini dinyatakan juga punca-punca yang menyebabkan data yangdiperolehi tidak tepat, misalnya ketidaktepatan pemerhatian, pengukuran, atau alatkajian yang digunakan. Di peringkat yang lebih tinggi, perbincangan sering dikaitkan dengan dapatan kajian-kajian yang lain atau dengan teori-teori yang berkaitan.

6. Membuat Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan inferens, kesimpulan dibuat sama ada menerima atau menolak andaian (hipotesis) yang dibuat sebelum eksperimen atau kajian dijalankan.


4.0       STRATEGI PENTAKSIRAN
Pentaksiran autentik  adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Jon Mueller ). Manakala, menurut Stiggins 1987 Pentaksiran autentik  adalah  sesuatu yang diuji untuk menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu  dan untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran dan pengetahuan tersebut. Pentaksiran Autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan juga kadang-kadang digunakan seiring. Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan  menyatakan bahawa Pentaksiran Autentik bermaksud tugasan murid yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat dari hasil tugasan tersebut.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mempunyai enam aspirasi murid iaitu Pengetahuan, Identiti nasional, Etika dan Kerohanian, Kemahiran berfikir, Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwibahasa. Pendidikan kini perlu menekankan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pembelajaran agar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini tercapai.  Ini sejajar dengan Pentaksiran Autentik yang meminta pelajar melakukan dengan sendiri tugasan dan mengaplikasikan pengetahuan sedia dan kemahiran yang berkait dengan dunia sebenar. P+entaksiran Autentik akan dibuat berdasarkan hasil kerja pelajar berkenaan. Secara tidak langsung, murid akan bersaing sesama mereka dan akan cuba menguasai hasil pembelajaran dengan optimum.
Pentaksiran Autentik ni digunakan dalam mata pelajaran sains tingkatan satu. Tema yang digunakan dalam mata pelajaran sains ini ialah Jirim yang berkait dengan tajuk Konsep ketumpatan dan keapungan. Untuk hasil pembelajaran yang pertama ialah pelajar dapat menerangkan mengapa ada bahan timbul dan tenggelam. Melalui objektif ini, guru menggunakan teknologi maklumat dengan  menunjukkan video tentang pencemaran air, botol, kayu, sampah terapung yang diperolehi www.youtube.com/watch?v=1q-rOXB6NI  untuk memudahkan pelajar membuat pemerhatian.
Melalui pemerhatian video berkenaan, murid-murid diminta mengulas tentang video berkenaan. Maka berlaku perbincangan antara murid  dengan murid dan murid dengan guru di dalam kelas berkenaan. Namun guru lebih kepada memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulas iaitu menggunakan kaedah pemusatan murid. Perbincangan boleh meransang pemikiran kritikal dan dan menggalakkan murid-murid yang berkebolehan sederhana melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Menurut Abdul Rahman Abdul aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain.
Seterusnya setelah perbincangan, pelajar dikehendaki mencatat dapatan  dan membina peta bulatan I-Think. Peta Bulatan ini adalah kesimpulan yang telah diperhatikan oleh murid di dalam video yang telah dipertontonkan oleh guru tadi dan hasil perbincangan. Seterusnya, murid membentangkan hasil Peta Bulatan kepada pelajar lain dan juga guru. Dari situ guru boleh memberi pandangan tentang dapatan perbincangan sebelum menjalankan eksperimen yang berkait dengan  topik iaitu ketumpatan. Hasil pembinaan peta bulatan ini juga boleh ditaksirkan oleh guru tentang tahap pencapaian murid. Murid yang dapat membina peta bulatan dengan baik dan bermaklumat adalah dikira telah dikira mencapai tahap yang baik. Penghasilan Peta bulatan dengan baik bermakna murid memberi tmpuan yang baik semasa menonton video tadi.

Seterusnya, pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusat guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan( Esai sulaiman 2003). Menurut Rashidi dan Abdul Razak 1995, guru perlu memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuaibagi membantu murid-murid dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai pengajaran yang boleh digunakan didalam subjek sains. Diantaranya Eksperimen, ‘Hands On’, Enkuiri Penemuan, sains projek, Kerja Kumpulan, Simulasi Kerja Lapangan, aktiviti merentas kurikulum dan Explorasi Aktif.

Dalam situasi ini, salah satu Pentaksiran Autentik ialah yang telah dijalankan ialah eksperimen tentang ketumpatan. Menurut Kelinger 1973, eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal. Dalam situasi ini, Eksperimen dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Setiap kumpulan akan diberikan silinder penyukat, bikar, penimbang elektronik, tin eureka dan tali. Seterusnya eksperimen ini dijalankan dengan awasan dari guru mata pelajaran. Eksperimen bertujuan untung merangsang minda pelajar agar lebih celik akal tentang topik ketumpatan ini. Perasaan ingin tahu akan membawa kepada pelajar yang celik akal. Eksperimen berkenaan celik akal ini telah digunakan oleh Wolfgang Kohler iaitu berkenaan Teori Gestalt.
Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen pertama, seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti tersebut. Dengan cara ini cimpanzi berjaya memperolehi pisang tersebut. Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.
Eksperimen ini dijalankan dalam setiap kumpulan dan guru mengawasi pelajar bagi menjamin keselamatan dan ketetapan cara eksperimen. Melalui eksperimen ini, murid dikehendaki menentukan jisim dan isipadu bahan dan seterusnya membuat pengiraan bagi mendapatkan  nilai  ketumpatan. Murid-murid akan dibekalkan  dengan lembaran kerja bagi mencatat dapatan eksperimen ketumpatan berkenaan. Eksperimen ini merupakan pentaksiran autentik yang kepada murid bagi menilai tahap kefahaman murid. Murid yang menjalankan eksperimen dengan baik telah dapat ditaksirkan akan mendapat dapatan yang baik. Semasa eksperimen itu juga, guru telah sertakan beberapa soalan agar murid dapat menjalankan eksperimen dengan baik. Seterusnya dapatan daripada eksperimen berkenaan dicatat di papan putih di makmal.
Setelah selesai eksperimen, murid menjalankan perbincangan dengan guru bagi menyusun ketumpatan kesemua bahan- bahan mengikut ketumpatan yang paling rendah kepada ketumpatan yang paling tinggi. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang konsep ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang timbul dan tenggelam. Dalam topik ini, dapat dirumuskan bahawa pendekatan eksperimen sangat penting bagi membantu murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Pentaksiran autentik boleh berlangsung dari awal proses pengajaran dan pembelajaran.


5.0       Reka bentuk Pentaksiran
            Menurut Kamus Dewan edisi keempat, reka bentuk merupakan corak atau bentuk sesuatu yang direka. Pentaksiran pula bermaksud proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Oleh yang demikian boleh dirumuskan bahawa reka bentuk pentaksiran merupakan corak atau bentuk yang direka bagi mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.
            Secara umumnya, aktiviti pentaksiran direka bentuk untuk mencapai beberapa tujuan iaitu:
i)          mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran
ii)         menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii)        mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv)        merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar
v)         melibatkan semua atau sebahagian besar pelajar dalam kelas secara efektif
vi)        merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan
vii)       memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Dalam merekabentuk aktiviti pentaksiran, ciri-ciri pentaksiran yang baik perlu diambil kira iaitu dari segi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Kesahan merujuk kepada ketepatan pentaksiran sama ada mengukur apa yang sepatutnya diukur atau tidak. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran. Keobjektifan merupakan ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor manakala kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara pusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran merupakan maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Ciri terakhir iaitu kekomprehensifan yang mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif penting dalam sukatan pelajaran.    
Dalam reka bentuk pentaksiran yang berasaskan penyiasatan saintifik ini akan menilai tahap pemahaman pelajar tingkatan satu bagi topik Ketumpatan dan Keapungan. Pada akhir penyiasatan tersebut, pelajar dapat menerangkan mengapa ada bahan timbul dan tenggelam serta dapat menyelesaikan masalah mudah berkaitan dengan ketumpatan. Berikut adalah langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan oleh pelajar:

Langkah 1
v  Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli bagi setiap kumpulan.
v  Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan alat radas untuk menentukan ketumpatan. Alat radas yang diberi adalah seperti berikut:
a)      silinder penyukat
b)      bikar
c)      penimbang elektronik
d)      tin eureka dan
e)      benang/tali

Langkah 2
v  Pelajar menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.
v  Pelajar menentukan jisim dan isipadu bahan dan seterusnya membuat pengiraan bagi mendapatkan nilai ketumpatan.
v  Pelajar menentukan bahan mana yang mempunyai ketumpatan paling tinggi dan ketumpatan paling rendah.

Langkah 3
v  Setiap kumpulan mencatatkan ketumpatan setiap bahan yang telah mereka kenal pasti di papan putih di hadapan makmal.

Langkah 4
v  Pelajar dan guru berbincang utnuk menyusun ketumpatan kesemua bahan mengikut ketumpatan yang paling rendah kepada ketumpatan yang paling tinggi.

Langkah 5
v  Pelajar membuat kesimpulan tentang konsep ketumpatan dan mengaitkan dengan bahan yang timbul dan tenggelam.


Nama pelajar     : ……………………………………………………………………………….  Tingkatan  : ………………………
Tajuk     :  ________________________________________________________________________________               
Tujuan  :  ________________________________________________________________________________               
Hipotesis             :  _________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Pembolehubah :
i) Pembolehubah dimanipulasi     :  ________________________________________________________
ii)Pembolehubah dimalarkan        :  ________________________________________________________
iii)Pembolehubah bergerak balas:  ________________________________________________________
Alat/radas           :  ______________________________________________________________________
Bahan                   :  ______________________________________________________________________ 
Kaedah :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Pemerhatian
Bil
Bahan
Jisim
Isipadu
Ketumpatan
1
Minyak masak



2
Guli



3
Air



4
Blok kayu



5
Gabus



6
Tomato














Tentukan ketumpatan bahan berikut:
                     
       
            
                        Minyak masak                                                                      Guli
a) Ketumpatan minyak masak:
 Ketumpatan   =          Jisim
                                    Isipadu




b) Ketumpatan guli:
Ketumpatan    =          Jisim
                                    Isipadu


           
               
                                      Air                                                                      Blok kayu
a) Ketumpatan air :
 Ketumpatan   =          Jisim
                                    Isipadu





b) Ketumpatan Blok kayu:
Ketumpatan    =          Jisim
                                    Isipadu


    
           
                                Gabus                                                                           Tomato
a) Ketumpatan gabus:
 Ketumpatan   =          Jisim
                                    Isipadu





b) Ketumpatan tomato:
Ketumpatan    =          Jisim
                                    Isipadu





Perbincangan :

1.         Bandingkan nilai ketumpatan setiap bahan, manakah bahan yang mempunyai ketumpatan paling tinggi dan paling rendah?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.         Adakah jisim akan mempengaruhi ketumpatan bahan tersebut? Berikan alasan anda.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
4.      Lukis dan labelkan kedudukan kesemua bahan apabila dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air. Ketumpatan air adalah 1g/cm3 .














Kesimpulan _______________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


6.0       Kaedah Penskoran dan Penggredan
Rubrik adalah alat bagi mentaksir produk, projek atau prestasi pelajar. Rubrik mengukur masteri pelajar dalam kandungan mata pelajaran dan kemahiran berfikir. Menurut Eftah Haji Abdullah (2013), rubrik membantu pelajar mengetahui apa yang sepatutnya mereka lakukan dan memahami kualiti kerja yang seharusnya dihasilkan. Rubrik juga membolehkan guru mengesan dan mentaksir sebilangan data. Setiap rubrik mengandungi komponen-komponen berikut :
·         Skala penarafan
·         Kriteria yang menggambarkan standards
·         Indikator bagi setiap tahap prestasi
·         Sistem penskoran
·         Skala penggredan
Penyediaan rubrik melibatkan proses memadamkan standards dan hasil yang diharapkan untuk sesuatu projek, standards atau prestasi.
Menurut Anonymous (2006), rubrik ialah panduan penilaian untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan jumlah julat criteria. Rubrik merupakan perkakas penilaian bagi menilai dan mengukur tahap prestasi pelajar. Contohnya, criteria yang sama mestilah digunakan untuk mengadili penghasilan projek membina rakit oleh pelajar. Walaupun kriteria yang sama dipertimbangkan, namun jangkaannya mestilah berubah-ubah mengkut tahap kepakaran.
Selain itu, rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi murid di atas kertas, projek, esei, penyiasatan dan tugas lain. Standard rubrik membolehkan guru menilai berdasarkan kriteria tertentu, membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan lebih telus.
Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya mengajar. Integrasi prestasi dan maklum balas yang disebut “penilaian langsung”. Semakin guru mengandalkan rubrik untuk rubrik untuk menilai prestasi, pelajar cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar  pada ketika tugasan dibuat. Flash Pamela menyayakan bahawa “Apabila pelajar tahu tentang kriteria penggredan lebih awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju kearah kemajuan dalam tugasan.
Berikut merupakan contoh rubrik yang digunakan untuk menilai tugasan yang dilakukan oleh murid dalam menjalankan penyiasatan dan persembahan hasil penyiasatan mereka.




Rubrik Pemarkahan Analitik
Penilaian Menjalankan Penyiasatan Saintifik
Kriteria
Skor
3
(Cemerlang)
2
(Memuaskan)
1
(Lemah)

I. Mengukur dan menggunakan nombor
(20 %)

Menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul dan merekod bacaan dengan jelas, tepat dan terperinci.


Menjalankan eksperimen mengikut prosedur dan merekod bacaan dengan jelas.

Eksperimen tidak mengikut prosedur yang betul dan bacaan kurang tepat.


II. Pengendalian bahan dan radas
(20 %)

Mengendalikan semua bahan dan alatan dengan tepat dan mahir.

Mengendalikan bahan dan alatan dengan beberapa kesilapan tetapi tidak menjejaskan rekod bacaan.


Tidak berjaya mengendalikan sebahagian besar bahan alatan dengan cara yang betul.

III. Pengumpulan data
(20 %)

Mempersembahkan data yang lengkap

Pengumpulan data yang sederhana lengkap

Pengumpulan data yang tidak lengkap.


IV. Analisis Data
(20%)

Analisis yang tepat dan Berjaya menjawab semua soalan penyiasatan dengan sempurna.

Analisis yang betul tetapi ada ketidaktepatan keputusan yang menjejaskan jawapan soalan penyiasatan.


Analisis yang kurang tepat dan tidak menjawab soalan penyiasatan dengan betul.

V. Nilai-nilai murni
(20%)

Penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui:

1) Kerap bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, sentiasa bersedia mendengar idea orang lain dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

2)Sentiasa bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan
3)Kerap menjalankan penyiasatan dan eksperimen dengan sistematik, melaporkan data dan pemerhatian dengan tepat dan benar



4)Sentiasa yakin denga kemampuan diri sendiri dan sentiasa menjaga keselamatan diri,rakan dan alam sekitar




Penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui:

1) Kurang bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, kurang bersedia mendengar idea orang lain  dalam melakukan sesuatu perkara.


2)Kurang  bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan
3)Menjalankan penyiasatan dan eksperimen dengan agak sistematik, melaporkan data dan pemerhatian dengan betul dan benar, sesekali ada kesilapan.

4)Kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri dan  menjaga keselamatan diri,rakan dan alam sekitar


Penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui:

1) Tidak bertanya guru dan rakan berkaitan tugasan, tidak mendengar idea orang lain  dalam melakukan sesuatu perkara.



2)Tiada kerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan
3)Menjalankan penyiasatan dan eksperimen dengan tidak sistematik, melaporkan data dan pemerhatian dengan tidak tepat, kerap melakukan kesilapan.

4)Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri dan  kurang menjaga keselamatan diri,rakan dan alam sekitar








Rubrik Pemarkahan Holistik
Penilaian Menjalankan Penyiasatan Saintifik

Peringkat


Markah

Kriteria


Cemerlang

11-15

·         Mengikut prosedur yang betul dan merekod bacaan dengan jelas, tepat dan terperinci.
·         Mengendalikan semua bahan dan alatan dengan tepat dan mahir.
·         Mempersembahkan data yang lengkap
·         Analisis yang tepat dan Berjaya menjawab semua soalan penyiasatan dengan sempurna.
·         Penghayatan sikap saintifik dan nilai murni secara keseluruhan


Memuaskan

6-10

·         Mengikut prosedur dan merekod bacaan dengan jelas.
·         Mengendalikan bahan dan alatan dengan beberapa kesilapan tetapi tidak menjejaskan rekod bacaan.
·         Pengumpulan data yang sederhana lengkap
·         Analisis yang betul tetapi ada ketidaktepatan keputusan yang menjejaskan jawapan soalan penyiasatan
·         Penghayatan sikap saintifik dan nilai murni secara sederhana


Lemah

1-5

·         Eksperimen tidak mengikut prosedur yang betul dan bacaan kurang tepat.
·         Tidak berjaya mengendalikan sebahagian besar bahan alatan dengan cara yang betul.
·         Pengumpulan data yang tidak lengkap.
·         Analisis yang kurang tepat dan tidak menjawab soalan penyiasatan dengan betul.
·         Tiada penghayatan sikap saintifik dan nilai murni



















Penilaian Menjalankan Penyiasatan Saintifik (20%)

Nama pelajar                     :  Mohd Khairuddin b. Mohd Saad
Kelas                                 :  1 Arif
Tajuk eksperimen             :  Konsep ketumpatan dan Keapungan


Kriteria/ Petunjuk prestasi
Rating
Pemberat
Skor

I. Mengukur dan menggunakan
nombor







II. Pengendalian bahan dan radas








III. Pengumpulan data








IV. Analisis Data








V. . Nilai-nilai murni








Jumlah



RUJUKAN:
1.      Mokhtar Ismail (2009), Pentaksiran Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor
2.      Azizi  Ahmad (
3.      Mohamad Sahari Nordin (2002), Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur
4.      Rick Stiggins, Judith Arter, Jan Chappuis, Steve Chappuis (2007), Classroom Assessment for Student Learning, Pearson Merill Prentice Hall, USA
5.      Eftah Hj Abdullah, Abdul Aziz Abd Shukor (2013), Pentaksiran Prestasi dan Pentaksiran Rujukan Standard dalam bilik darjah, Penerbitan UPSI, Tanjong Malim
6.      Julia Jasmine (2001), Portfolios and other assessments, Teacher created material Inc, USA
7.      Bhasah Abui Bakar (2009), Asas pengukuran bilik darjah, Quantum Books, Kuala Lumpur
8.      Margerat B. Pucket, Janet K. Black (2000), Pearson Merill Prentice Hall, USA