Saturday, 1 November 2014

TUGASAN 1 (Collect)

 Sila upload 5 mukasurat tugasan 1 bagi setiap kumpulan di sini .... jangan lupa buat cover... tuliskan nama penuh dan no matrik ya.. senang Prof nak semak nanti... Terima Kasih.

logo_baru_upsi


KPN 6074

PENTAKSIRAN AUTENTIK

TUGASAN  1
(COLLECT)


DISEDIAKAN OLEH :

AHLI KUMPULAN
NO. KAD MATRIK
AZLINA BINTI AMAT YASIN
M20132001951
ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID
M20132001965
NURUL  ASHIKEN BINTI MOHD RASHID
M20132001952
ROHAYA BINTI RAHIM
M20132001950
SITI AISHAH BINTI MOHD NONG
M20132001772
  
NAMA PENSYARAH :

PROF. EMERITUS DR. OTHMAN LEBAR


DEFINISI PENTAKSIRAN AUTENTIK
Penilaian autentik  adalah satu bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. ( Mueller, 2014 ).

Penilaian autentik  adalah  sesuatu yang diuji untuk menunjukkan kemahiran dan kecekapan tertentu  untuk menunjukkan sama ada telah menguasai kemahiran serta pengetahuan tersebut. (Stiggins, 1987)

Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif dan penilaian prestasi dan seringkali digunakan seiring. Penilaian autentik bermaksud penilaian prestasi yang memerlukan pelajar untuk menjana idea dan  bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten, 1993).
Menurut perspektif ahli falsafah pendidikan  menyatakan bahawa Penilaian Autentik bermaksud tugasan pelajar yang berbentuk amali yang berkaitan dengan pelajaran agar penilaian boleh dibuat daripada hasil tugasan tersebut. (Burke, 2005)
Bagi lebih jelas, di bawah terdapat beberapa takrif daripada pakar dalam bidang itu untuk menggambarkan penilaian autentik dengan lebih jelas.
1) Kaedah yang menekankan pembelajaran dan pemikiran, kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya seperti strategi menyelesaikan masalah. (Collin)
2) Tugasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan pelajar untuk menghasilkan produk yang berkualiti atau prestasi tinggi. (Wiggins)
3)  Tugasan yang bermakna di mana pelajar perlu belajar dengan cara cemerlang. (Wiggins)
4) Cabaran yang memerlukan pengetahuan dalam penggunaan yang baik dan pertimbangan yang baik. (Wiggins)
5) Penglibatan aktif pelajar untuk merungkai tugasan berdasarkan standard. (Wiggins)
CIRI-CIRI.
1)      Penilaian autentik lebih kepada melaksanakan tugasan.
2)      Penilaian autentik adalah melalui pengalaman sebenar dalam melaksanakan sesuatu tugasan. (kehidupan sebenar)
3)      Penilaian autentik mendorong kepada proses pembinaan atau pergabungan idea oleh pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
4)      Penilaian autentik akan menjadikan proses pembelajaran ke arah pemusatan pelajar.
5)      Penilaian autentik ini akan membawa kepada bukti langsung.( hasil kajian setelah melakukan tugasan)
MENGAPA MENGGUNAKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Guru biasanya akan menggunakan kedua-dua pentaksiran iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran autentik utnuk tujuan yang berbeza. Kenapa guru memilih untuk menggunakan pentaksiran autentik dan menjadi semakin popular mutakhir ini.
  1. Pentaksiran autentik adalah pengukuran langsung (sebenar)
  2. Pentaksiran autentik merangkumi pembelajaran secara semulajadi
  3. Pentaksiran autentik mengintegrasikan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran-


BAGAIMANA KAMU MENCIPTA PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik : Pelajar diminta untuk melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang mengaplikasikan demonstrasi yang bermakna untuk pengetahuan dan kemahiran yang penting.
Pembangunan penilaian autentik dari segi empat persoalan utama:
PERSOALAN YANG DITANYA:
1.      Apa yang sepatutnya pelajar tahu dan boleh buat?
Senarai  kemahiran dan pengetahuan menjadi kamu punya
Text Box: STANDARD
 




2.      Apakah petunjuk pelajar yang sesuai dengan standard ini?
Untuk tentukan jika pelajar yang sesuai dengan standard ini, kamu akan mencipta dan memilih ……
Text Box: TUGASAN AUTENTIK
 




3.      Apakah yang dilakukan supaya mendapat prestasi yang baik dalam tugasan ?
Text Box: KRITERIAUntuk tentukan jika pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam tugasan, kamu akan mengenalpasti dan melihat karekteristik dalam prestasi yang baik dikenali sebagai..


 




4.      Bagaimana bagusnya pelajar mempersembahkan tugasan ?
Untuk membezakan dalam kalangan persembahan pelajar yang melibatkan kriteria, kamu akan mencipta……
Text Box: RUBRIK



Text Box: 6.  Apakah  yang pelajar perlukan  untuk penambaikan?
Maklumat daripada rubrik  akan memberikan para pelajar maklumbalas dan membenarkan kamu……..

MENGUBAHSUAI ARAHAN
Text Box: 5. Sejauh mana bagusnya  pelajar mempersembahkan tugasan mereka……….
Paras Minimum  di mana kamu sepatutnya mahu kebanyakan pelajar persembahkan  tugasan adalah kamu punya………….

PENANDA ARAS





STANDARD
Pernyataan standard ke atas prestasi pelajar pada arasnya meliputi 2 dimensi iaitu:
1.      Keluasan liputan
2.      Kemungkinan terjadi pengukuran dan pemerhatian
Secara umumnya, standard dalam pentaksiran auntentik lebih menunjukkan ciri dari induktif kepada deduktif.

BROAD
                           
Keluasan liputan
Bermula dengan penyataan misi secara umum, kemudian diteruskan dengan mengenalpasti matlamat dengan lebih spesifik. Kebiasaannya matlamat yang dikenalpasti akan dibahagikan kepada sub sub tertentu untuk mengenalpasti standard yang perlu ditetapkan. Apabila telah ada standard, barulah kandungan pelajaran, unit kurikulum dapat dibentuk agar penilaian dapat dilakukan.
Kemungkinan terjadi pengukuran dan pemerhatian
Penyataan matlamat dan misi biasanya ditulis untuk menggamabarkan keseluruhan misi dan bukanlah untuk menunjukkan penanda aras untuk diukur. Dengan kata lain, standard dan objektif ditulis oleh apa diukur oleh minda.
CIRI-CIRI TUGASAN AUNTENTIK
Perbandingan antara Pentaksiran Tradisional dan Pentaksiran Auntentik dari Segi Tugasan
Tradisional
Auntentik
Memilih respons
Melaksanakan tugasan
Contrived
Kehidupan sebenar
Mengingat semula / penghargaan
Pembinaan / aplikasi
Struktur guru
Struktur pelajar
Keterangan secara tidak langsung
Keterangan secara langsung
Jenis-jenis Tugasan Auntentik
1.      Respond terpilih
·         Ujian aneka pilihan
·         Betul/salah
·         Padanan
·         Mengisi tempat kosong
·         Melabelkan rajah diagram
2.      Respond Terbina
·         Bersifatkan produk – esei, ringkasan             
·         Bersifatkan prestasi – musik, tarian

RUBRIK
Rubrik merupakan skala pemarkahan yang digunakan untuk mentaksir prestasi pelajar menerusi satu set kriteria tugasan spesifik. Pentaksiran autentik merupakan Ujian Rujukan Kriteria (URK) dengan membandingkan prestasi pelajar dengan kriteria tugasan. Berikut adalah contoh rubrik (skala pemarkahan) merangkumi pembahagian kajian kertas projek.
Rubrik Penyelidikan
Kriteria

1
2
3
Bilangan sumber
X1
1-4
5-9
10-12
Ketepatan sejarah
X3
Banyak ketidaktepatan sejarah
Beberapa ketidaktepatan
Tiada ketidaktepatan
Organisasi
X1
tidak boleh menyatakan sumber maklumat
Boleh menyatakan dengan sukar sumber maklumat
Boleh menyatakan sumber maklumat dengan mudah
Bibliografi
X1
Bibliografi mengandungi sedikit maklumat
Bibliografi mengandungi kebanyakan maklumat relevan
Semua maklumat relevan dimasukkan

Deskriptor
Deskriptor menggambarkan pencapaian prestasi yang diharapkan  pada setiap kriteria. Deskriptor memberi makluman secara tepat kepada pelajar tentang prestasi mereka pada setiap peringkat dan bagaimana hasil kerja mereka berbeza dengan pelajar lain untuk setiap kriteria. Descriptor membantu guru membezakan secara tepat dan konsisten hasil kerja pelajar.
Mengapa melibatkan tahap prestasi?
(i)                 Jangkaan yang jelas
(ii)               Pentaksiran lebih konsisten dan objektif
(iii)             Maklumbalas yang lebih baik
Rubrik Analitik dan Rubrik Holistik
Rubrik Analitik
Rubrik Analitik menggambarkan tahap prestasi untuk setiap kriteria supaya guru boleh mentaksir prestasi pelajar untuk setiap kriteria. Dengan menggunakan rubric penyelidikan, guru boleh mentaksir pelajar sama ada telah mencapai tahap lemah, baik, atau cemerlang. Rubrik analitik lebih digemari oleh guru kerana secara tipikal boleh mentaksir setiap kriteria secara berasingan terutama untuk tugasan yang melibatkan bilangan kriteria yang banyak.
Rubrik Holistik
Rubrik Holistik tidak menyenaraikan tahap prestasi untuk setiap kriteria. Rubrik holistik digunakan apabila penilaian yang cepat dan kasar diperlukan. Kebanyakan rubrik bertulis adalah holistik kerana ia agak sukar untuk meluruskan kejelasan dari organisasi atau kandungan daripada pembentangan.
Berapakah tahap prestasi perlu dimasukkan di dalam rubrik?
Rubrik boleh mempunyai sekurang-kurangnya dua tahap prestasi atau sebanyak mana yang diperlukan.
Rubrik Analitik
Sebaiknya dimulakan dengan bilangan tahap prestasi yang kecil untuk kriteria dan boleh dikembangkan sekiranya perlu. Membuat perbezaan prestasi pelajar dalam dua atau tiga kategori yang luas agak sukar. Apabila bilangan tahap bertambah, pertimbangan juga semakin diperhalus. Kemungkinan peningkatan kesalahan bertambah. Fakta menyatakan rubrik boleh diubahsuai dan boleh berubah-ubah menggambarkan rubrik adalah alat yang fleksibel dan boleh dibentuk mengikut keperluan masing-masing.
Rubrik Holistik
Rubrik holistik biasanya digunakan untuk pertimbangan yang cepat ke atas tugasan. Dicadangkan supaya sebagai permulaan, tahap prestasi yang kecil digunakan. Selepas mengaplikasikan rubric, pertimbangan perlu dilakukan untuk mengembangkan tahap supaya lebih efektif dan menghasilkan variasi dalam prestasi pelajar.




PORTFOLIO

Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar  dan memberi peluang yang besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)

Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)

          Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:
1.     Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) – Dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi.
2.       Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio) – Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka.
3.       Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) – Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya.

Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah:
1.       Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?
2.       Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?
3.       Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan?
4.       Proses :  Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio?
5.       Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio?
6.       Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien?

7.       Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia akan dinilai?  


No comments:

Post a Comment