NAMA KUMPULAN 6 (TUGASAN 1)
ABDUL RAHMAN B AB.
MAJID
( M20132001967 )
SUZIYANA BT ABU JAMIL
( M20132001987)
AHMAD SYAHMI B JUWAINI
( M20132001779 )
AHMAD QHADRI B ABDUL
AZIZ
( M20132002112 )
PENTAKSIRAN AUTENTIK
1.0 Definisi
1.1 Pentaksiran
Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai mengintegrasikan proses mengumpul
maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat
keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. (David Payne, 2003).
Ia
melibatkan gabungan proses pengukuran dan penilaian bagi mendapatkan maklumat
tentang tahap pembelajaran kanak-kanak dan pada masa yang sama ia adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran
juga adalah kesinambungan di dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Sebelum
proses pentaksiran berlaku, proses
pengukuran dan penilaian haruslah berlaku terlebih dahulu. Pengukuran ialah
proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum
ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan manakala penilaian merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai
atau interpretasi kepada maklumat itu.
Menurut
John Mueller, pentaksiran ialah satu bentuk penilaian di mana pelajar
dikehendaki menyelesaikan tugasan yang mempunyai kaitan dengan dunia sebenar
yang mana mempunyai aplikasi yang bermakna dari aspek pengetahuan dan
kemahiran.
2.0 Autentik
2.1 Pentaksiran Autentik
Dari segi bahasa, autentik merujuk kepada sesuatu yang asli, nyata, mempunyai kesahan dan
keboleh percayaan pada darjah yang tinggi. Bentuk penilaian yang berlaku adalah
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah setiap hari. (Pert, 1990).
Ia haruslah meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar. Selain itu, ia juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran
pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut (Grace 1992), penilaian autentik ini merupakan
amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan
atau dengan kata mudahnya menilai pengetahuan atau keahlian pelajar dalam
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Ciri-ciri
dalam pentaksiran autentik ialah :-
·
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan
·
Indikator profisiensi melalui aktiviti yang dilakukan
·
Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
·
Subjek membina maksud tersirat
·
Berpusatkan pelajar
·
Tugasan berdasarkan dunia sebenar
·
Tugasan mestilah bermakna
·
Pelajar menggunakan pemikiran kritikal
·
Tugasan yang kompleks
·
Bukti mestilah jelas dan langsung
·
Mengukur bagaimana pelajar berfikir
Kesimpulan
yang dapat dibuat mengenai pentaksiran autentik ialah tugasan autentik terdapat
dalam tiga bentuk iaitu berasakan proses, berasakan produk dan berasakan proses
dan produk pada satu masa yang sama. Penekanan diberi kepada kedalaman
pemahaman dalam melaporkan kajian bukan kepada keluasan kajian.
2.1.1 Pentaksiran Prestasi
Melalui
pentaksiran prestasi, pelajar akan terlibat dalam kajian atau aktiviti yang berbentuk
autentik iaitu sesuatu yang asli dan kreatif. Dalam memastikan ianya memberi
kesan yang maksimum, maka tugasan kajian haruslah bermakna, berbentuk aplikasi
kemahiran dan pengetahuan serta integrasi kemahiran berfikir aras tinggi. Di
samping itu, pada masa yang sama pelajar
harus mempunyai kemahiran menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul.
2.2 Jenis - Jenis Penilaian Autentik
1. Penilaian sikap
-
Proses ini berlaku melalui pemerhatian, penilaian diri,
penilaian antara rakan dan jurnal.
2. Penilaian pengetahuan
-
Proses ini berlaku melalui ujian bertulis, ujian lisan dan
tugasan.
3. Penilaian keterampilan
-
Proses ini berlaku melalui penilaian tugasan, penilaian
proses dan portfolio.
Terdapat 4
jenis penilaian berdasarkan masa dan tujuan perlaksanaan iaitu:
a)
Penilaian
formatif
-
Untuk
mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit pelajaran yang diajar.
Kaedah ini sangat sesuai untuk tujuan diagnosis dan dengan itu kelemahan
pelajar dapat dikenalpasti.
b)
Penilaian
sumatif
-
Untuk
mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Skor pengajian
biasanya digunakan untuk tujuan pemilihan atau pennempatan pelajar ke alam
pembelajaran yang lebih tinggi.
c)
Penilaian
pra-kelayakan dan diagnostik
-
Sebagai contoh ujian pencapaian, ujian
kecerdasan dan ujian prestasi.
d)
Penilaian
alternatif
-
Sebagai
contoh penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, seminar, bengkel dan
lisan pelajar.
2.3
Kaedah dan teknik
·
Temubual
-
Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang,
aktiviti, minat dan lain-lain lagi
·
Penceritaan semula / Bercerita
-
Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui
pembacaan mereka
·
Sampel penulisan
-
Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui
penulisan
·
Projek/ Pameran
-
Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran
·
Eksperimen/ Demostrasi
-
Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan
prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil
eksperimen
·
Pemerhatian guru
-
Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan
dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas
·
Portfolio
-
Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat
perkembangan dari semasa ke semasa
2.4 Kepentingan
Melalui pendekatan yang digunakan ia mengkehendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan pada masa yang sama mengkehendaki
pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara
kritis. Selain itu, ia turut memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke masa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Ia turut merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
No comments:
Post a Comment