Sunday, 9 November 2014

PENTAKSIRAN AUTENTIK..PENGALAMAN DUNIA SEBENAR



KPN 6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
DISEDIAKAN OLEH
HAILMI BIN ABD HALIM
M20131000983
KADIR BIN HAUMAR
M20131000990
SITI SALMAH BT IBRAHIM
M20131001011
ZALINA BINTI MD SAHINI
M20131001012




 

 
                                                                                     
 
                                                                                                                                                   PENGENALAN
            Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat bermula awal tahun 2011. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990). Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia ,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Oleh itu, kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock, 2003). Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan, 2000).

DEFINISI  PENTAKSIRAN DAN PENTAKSIRAN AUTENTIK      
           
            Pengertian istilah pentaksiran atau assessment  adalah berasal daripadaperkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud  “duduk di sisi” (Adimin, 2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses iniberperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbi rmembuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Penaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Penaksiran autentik ini meliputi penaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, penaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan penaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam penaksiran autentik (Sumber:Buku Educational Assessment of Students). Selain itu, Saptu & Said ( 2011) menyatakan bahawa definisi pentaksiran autentik, pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif kearah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut (Logsdon, 2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami.

CIRI CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

            Pentaksiran autentik ini mempunyai ciri-ciri berbeza dengan pentaksiran tradisional iaitu, berorientasikan proses membantu dengan menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan kedudukan sedia ada, dalam hal ini guru berperanan sebagai pemudahcara. Selain itu, tugasan yang diberi juga berkait dengan dunia sebenar, murid diberikan tugasan berbentuk amali dan projek serta tidak bergantung kepada soalan bertulis sahaja. Tugasan yang diberi juga lebih kompleks, kurang berstruktur, menggalakkan keaslian dan kemahiran berfikir menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, lebih sistematik merujuk kepada kriteria yang ditetapkan serta bersifat ujian terbuka, lebih dinamik dan fleksibel.


TUJUAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

            Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black & William, 1998). Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru. Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan.


KAEDAH  PENTAKSIRAN  AUTENTIK

            Guru menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pentaksiran, untuk menjalankan penaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan menggunakan rubrik sebagai panduan permarkahan kriteria pelaksanaan dalam menilai kerja pelajar berdasarkan penilaian prestasi samada rubrik holistik atau rubrik analitikal dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses penaksiran yang menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Terdapat beberapa bentuk dan kaedah untuk menilai murid dalam pentaksiran  autentik contohnya portfolio, pemerhatian, temubual, penceritaan, penulisan, projek, pameran, eksperimen, demonstrasi, lembaran kerja, kuiz, senarai semak, ujian dan yang terkini e-portfolio.


PERBANDINGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DENGAN PENTAKSIRAN TRADISIONAL
            Pentaksiran autentik yang dijalankan boleh memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam dunia sebenar melalui pelbagai bentuk penampilannya. Ia termasuklah pentaksiran terhadap penyampaian pengetahuan melalui portfolio, kerja kursus, ujikaji, temubual, bercerita, projek, eksperimen, demontrasi, sampel penulisan dan pemerhatian guru. Selain itu, pentaksiran autentik mampu untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan tidak bergantung kepada ujian semata-mata. Pelajar berpeluang untuk membuat penambahbaikan melalui pemikiran kreatif dan kritis seterusnya dapat membantu mereka meneroka sumber baru dalam menghasilkan produk. Keadaan ini akan menggalakkan pelajar berfikir diluar kotak dan kebiasaan yang juga dikenali sebagai pemikiran aras tinggi. Pelajar perlu menganalisis, mensintesis dan menilai sebelum menghasikan hasil yang bernilai dalam kehidupan. Aplikasi daripada Taksonomi Bloom yang diperkenalkan pada tahun 1964 ni mampu membawa kepada peningkatan potensi serta mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul.

Pentaksiran autentik juga dilihat sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif dan konstruktif. Rudner dan Boston (1994), menyatakan pentaksiran autentik sebagai proses yang memerlukan pelajar mendemontrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasil dalam konteks realiti yang bermakna. Selain itu, ia merupakan penilaian yang telus sebagai medium penyampaian maklumat terus kepada ibu bapa tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Pentaksiran autentik juga dapat dinilai berdasarkan kepada skoran rubrik yang dibina mengikut standard oleh guru tersebut. Selain itu, pentaksiran ini lebih kepada sistem pentaksiran yang berpusatkan kepada pelajar agar pelajar dapat dinilai sepanjang  proses pembelajarannya. Namun begitu, pentaksiran autentik dikatakan lebih sukar untuk dibentuk berbanding kaedah pentaksiran tradisional.

            Oleh yang demikian, pada tahun 2011 bermulanya era baru dalam dunia pendidikan di negara kita di mana pentaksiran autentik yang diperkenalkan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sebelum ini, pentaksiran tradisional melalui sukatan KBSR yang menggunakan kaedah peperiksaan dan ujian semata-mata didapati tidak mampu mengukur sepenuhnya potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Melalui peperiksaan dan ujian yang berbentuk objektif dilihat hanya menekankan kepada pentaksiran berbentuk kemahiran diskret sahaja dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas, interaksi sosial atau situasi kehidupan sebenar. Huerta-Macias (1995) merujuk sebagai masalah yang berhubungan dengan penilaian tradisional biasanya ia tidak menunjukkan keadaan sebenar mengenai apa yang murid tahu. Manakala pentaksiran alternatif biasanya lebih menguji kebolehan dalam menghadapi ujian (Pavlenko, 2001).

            “Traditional Assessment” juga merujuk kepada pilihan ujian aneka pilihan, isi tempat kosong, menentukan betul atau salah, memadankan dan seperti kebiasaan dalam pendidikan. Pembinaan pentaksiran tradisional adalah berasaskan kepada falsafah pendidikan yang diterimapakai dengan beberapa hujah. Dalam penilaian tradisional, kurikulum akan memacu pentaksiran manakala pentaksiran autentik, penilaian akan memimpin kurikulum. Melalui pentaksiran secara tradisional, penilaian biasanya dibuat mempunyai pilihan jawapan aneka pilihan seperti A,B,C dan D dan pelajar mungkin membuat pilihan jawapan yang betul walaupun tidak mengetahui jawapan yang sebenar. Berbanding pentaksiran autentik, penilaian dilaksanakan secara perlaksanaan tugas dimana murid pula melaksanakan tugasan dalam bentuk portfolio, kerja kursus, ujikaji, temubual, bercerita, projek, eksperimen, demontrasi, sampel penulisan dan pemerhatian guru. Penilaian autentik memerlukan perealisasian pengetahuan dengan menunjukkan pemahaman dengan melakukan tugasan yang lebih kompleks yang biasanya memberi hasilan yang lebih bermakna.

            Tidak dinafikan, pentaksiran tradisional yang direkabentuk dengan baik seperti kuiz dan ujian juga berkesan menentukan sama ada pelajar telah memperoleh ilmu pengetahuan atau tidak. Walaubagaimanapun, kebanyakan dalam pentaksiran tradisional pelajar perlu mengingat kembali fakta atau idea yang diperolehi melalui teknik hafalan untuk mencapai markah yang baik dalam ujian. Sebaliknya pentaksiran autentik memerlukan pelajar menganalisis, sintesis dan menggunakan apa yang dipelajari dalam ruanglingkup yang lebih luas dan pelajar membentuk makna yang lebih berkesan. Pentaksiran tradisional juga lebih berpusatkan guru manakala pentaksiran autentik lebih berfokus kepada pelajar. Dalam penilaian tradisional, pengetahuan dan penguasaan pelajar adalah terhad dan berfokus kepada ujian yang dilaksanakan sahaja. Manakala dalam pentaksiran autentik jawapan adalah lebih terbuka dan banyak pilihan seterusnya boleh mengembangkan penguasaan terhadap sesuatu topik. Persamaan yang wujud antara kedua pentaksiran ini ialah struktur tugas yang diberikan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang mesti dipertimbangkan dalam pemilihan dan pembinaan pentaksiran tersebut.


PENTAKSIRAN AUNTENTIK DALAM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Semua kaedah penilaian yang dinyatakan di atas, sukar untuk diseragamkan bagi keseluruhan murid dalam sistem pendidikan dan ianya lebih efektif melalui PBS kerana guru lebih mengetahui, mengenali dan paling hampir dengan murid dan tahu apa yang sepatutnya dinilai daripada murid. Melaui PBS, guru diberi ruang dan peluang untuk menentukan bentuk dan kaedah penugasan kepada murid yang berkaitrapat dengan objektif pembelajaran murid berdasarkan kepada kebolehan, keupayaan, kemampuan dan persekitaran murid yang sebenar. Ciri penting dalam PBS adalah pertimbangan atau “judgment” guru terhadap tugasan yang dihasilkan oleh murid yang bersifat subjektif. Penilaian yang bersifat subjektif memberikan pelbagai kemungkinan tafsiran daripada seorang guru dan ianya akan membangkitkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap penilaian guru. Oleh yang demikian, PBS dilengkapi dengan pentaksiran rubrik atau Band sebagai rujukan dan panduan untuk guru dalam menilai hasil kerja murid mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam setiap tahap Band.

Penilaian guru adalah berpandukan perbandingan antara skor yang diperolehi murid dengan Band yang telah ditetapkan.Semua murid berpeluang mencapai tahap Band tertinggi atau dianggap menguasai objektif pembelajaran dengan memperoleh skor minimum atau tahap kompetensi minimum. PBS adalah berkonsepkan pembelajaran masteri atau menguasai pembelajaran dalam satu julat skor yang telah ditetapkan. Perbezaan skor yang diperoleh dalam julat Band yang sama tidak membezakan tahap penguasaan murid sebagai contoh tahap skor minima ditetapkan bagi Band 6 adalah 80% hingga 100% , sekiranya murid X memperoleh skor 85%, murid Y memperoleh 81% dan murid Z memperoleh skor 95%, kesemua murid dianggap telah menguasai pembelajaran dengan memperoleh Band 6.


TEORI PEMBELAJARAN DAN KAITAN DENGAN PENTAKSIRAN

TEORI BEHAVIORISME
Behaviorisme memberi tumpuan dan perhatian ke atas aspek tingkahlaku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Tokoh-tokoh  behaviorisme  yang terkemuka  terdiri daripada Ivan  Pavlov, J.B Watson , Thordike dan B.F. Skinner. Menurut Pavlov dalam hasil kajiannya, pembelajaran boleh berlaku akibat  antara  rangsangan  dan tindak balas. Rangsangan merupakan apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Dalam kontek pentarksiran, latihan dan latih tubi  yang  berjaya  dilakukan oleh pelajar  seharusnya diberikan ganjaran  samada pujian, token, hadiah dan sebagainya.

Tokoh Thorndike pula cuba melihat untuk membentuk satu ikatan dan hubungan yang dapat menghasilkan tindakbalas yang diingini bagi setiap situasi. Dalam pentaksiran, pengujian haruslah diadakan dengan lebih kerap bagi memastikan penguasaan sebelum meneruskan pembelajaran keobjektifan seterusnya memain peranan yang penting dalam sistem pengajaran behaviorisme. Untuk mengelak kegagalan murid akibat daripada penguasaan yang tidak lengkap, guru haruslah mengemukan latihan atau ujian di akhir setiap pembelajaran. Oleh itu, peranan guru hendaklah memastikan kandungan ujian yang dijalankan mestilah tepat dengan yang hendak diuji serta bersesuaian dengan kandungan pembelajaran.


TEORI KONSTRUKTIVIS
Teori ini mengamalkan pembelajaran yang “berpusat kepada murid”. Pengetahuan yang diberikankan oleh guru diberi sedikit demi sedikit. Setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru dengan mengemukan pertanyaan, koloborasi, refleksi dan sebagainya.

            Pentaksiran boleh dilakukan dengan memberi tugasan berbentuk eksperimen, projek, kuiz, membuat laporan, persembahan demontrasi, penulisan dan sebagainya. Selain itu, guru berperanan sebagai pemudahcara, perancang aktiviti dan pembimbing kepada murid. Guru dapat mengenal pasti kemampuan murid berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan. Pentaksiran yang berterusan menjadi panduan kepada guru untuk menyediakan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tahap kefahaman   dan  keupayaan murid yang berbeza.
           
TEORI KOGNITIF
Perkembangan kognitif merupakan salah satu pertumbuhan dan perkembangan manusia yang penting. Perkembangan kognitif bermakna perkembangan yang dialami dari aspek otak atau pemikiran manusia. Ia boleh dilihat dari segi perubahan tingkahlaku dan percakapan. Antara tokoh-tokoh yang dikaitkan denganperkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Vygostsk, Garner den Sternberg. Menurut Piaget, perkembanagn kognitif dikenali sebagai teori tahap. Ia bermaksud bagaimana manusia memproses maklumat yang diterima berdasarkan skemata atau sktur kognitif berdasarkan pemahaman terhadap usaha memahami persekitaran dengan pengalaman. Beliau turut menentang idea menjadi pemikiran kanak-kanak dipercepatkan seperti orang dewasa. Disamping itu,  kanak-kanak bina skemata atau struktur kognitif hasil daripada alam sekitar, manusia sentiasa mendapat maklumat baharu.

            Dalam konteks pendidikan, pentaksiran yang dilakukan seorang guru seperti ujian seharusnya mengikut tahap atau aras pemikiran pelajar dan bukannya kepada hasil  atau produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul dengan mengalakkan pelajar menghuraikan pemikiran dalam penyelesaian masalah. Selain itu , Piaget menggalakkan pelajar yang memainkan peranan aktif di dalam aktiviti pembelajaran. Tindakan guru sebagai pemindah pengetahaun tidak digalakkan sebaliknya pelajar perlu meneroka dan mendapatkan sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Oleh itu, guru seharusnya menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keboleha berfikir dan keupayaan fizikal pelajar.

Menurut  pendapat Vygotsky, beliau menentang pendapat Piaget, iaitu  penguasaan kemahiran tidak semestinya berdasarkan tahap-tahap  tertentu. Sebaliknya  perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu tahap sosial yang melibatkan  interaksi dengan orang sekeliling dan tahap individu iaitu  kefahaman individu dalam menukarkan maklumat dan    pengetahuan. Dalam konteks pentaksiran,  guru  boleh mentafsir murid dalam bentuk tugasan, projek, simulasi, menulis dan persembahan di depan khalayak ramai. Pembelajaran berbentuk ‘cooperative’ dan ‘scaffolding’ secara tidak langsung membantu  pelajar dalam mandapatkan maklumat dan menguasai sesuatu kemahiran tertentu daripada bimbingan daripada kumpulan yang heterpgenous dan orang dewasa.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori pembelajaran sosial diasaskan oleh Bandura. Teori ini menyatakan 3 faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid iaitu perlakuan,persekitaran dan faktor dalam diri (Kognitif). Teori ini juga dikenali sebagai teori peniruan dalam proses peniruan mudah,  peniruan melalui sekatlakuan dan proses tiruan  melalui elisitasi. Pentaksiran boleh dilakukan dalam bentuk pemerhatian dan demokrasi   yang dijalankan semasa menjalankan eksperimen di makmal semasa  pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak langsung, murid  akan meniru  tindakan yang diperhatikan dan cuba menginggat langkah-langkah yang dilaksanakan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, usaha dalam mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang selaras memerlukan keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua pihak. Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke masa agar untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan adalah telus. Seperti mana yang berlaku kepada pendidikan pra sesekolah, pendidikan khas, sekolah rendah dan sekolah menengah yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa, begitu juga halnya dengan pentaksiran.

RUJUKAN
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa.(1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts And Applications (4th edition ed.). New York:     McGraw-Hill Higher Education.

Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah: Pelaksanaan  dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang.

Gronlund, N. E. (2006). Assessment Of Student Achievement (8th ed.). Boston: Pearson Education,           Inc.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school administrators.          Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Mc   Graw Hill
Education.

Roeber, E. D. (2002). How will we gather the data we need to inform policy makers? In R. W. Lissitz       & W. D. Schafer (Eds.), Assessment in educational reform: Both means and ends (pp. 162-191).     Boston: Allyn & Bacon.

Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan       Meningkatkan Pembelajaran.

Stokking. K,Van Der Schaaf.M, Jaspers.J, Erkens.G. (2004). Teachers’ Assessment of Students’
Research Skills. British Educational Research Journal, 30, 93-116.

Teng Boon Tong.(1989). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya

Zhang, Z., & Burry -Stock, J. (2003).  Classroom Assessment Practices and Teachers' Self-Perceived
            Assessment Skills. Applied Measurement in Education, 16(4), 323-342.



http://mabfat.blogspot.com/2010/08/analisis teori Piaget





No comments:

Post a Comment