KPN 6074
|
PENTAKSIRAN
AUTENTIK
|
NORSHAHIDA
BT. MOHD SHAH
|
M20122001381
|
CHEW
HOCK KIANG
|
M20122001820
|
HASLIZA
BT YUNUS
|
M20131001140
|
LAU
SHIAU CHING
|
M20131001142
|
Definisi Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau
penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan
nyata sedekat mungkin. Ia meliputi pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Menurut Pert
(1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari.
Menurut Grace
di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian autentik ini
merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai
kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan
dalam pentaksiran autentik.
Manakala menurut
Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan
kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan
memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa
yang pelajar tahu dan bertujuan
untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai
satu alterbatif kepada ujian tradisional.
Antara ciri-cirinya ialah:
a) Berorientasikan
proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan
hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.
b) Bersifat dua-hala;
guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak persepktif diambil kira
dalam pernilaian yang dijalankan.
c) Bersistematik;
merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.
d) Bersifat autentik;
berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar.
e) Bersifat ujian
terbuka; lebih dinamik dan fleksibel.
Persekitaran
Pembelajaran Autentik
Terdapat
kajian menyatakan kebanyakan pengetahuan abstrak yang dipelajari oleh seseorang
pelajar dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi tidak dapat dikaitkan
dengan kehidupan sebenar pelajar atau memberi penyelesaian masalah konteks. Ini
adalah kerana pendekatan yang digunakan tidak saling berkait di antara situasi
dengan kognitif. Apabila pembelajaran dengan konteks dipisahkan, pelajar akan
menganggap pengetahuan itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
tetapi adalah hasil daripada pelajarannya (J. Herrington & Oliver, 1999).
Sehubungan
dengan itu, Brown et.al (1989b) telah menekankan fokus dalam teori pembelajaran
situasi atau juga dikenali sebagai kognisi situasi (situated cognition) dan
telah menghasilkan satu terjemahan mengenainya. Collins mendefinisikan pembelajaran
situasi ialah idea mempelajari pengetahuan dan kemahiran konteks yang
menggambarkan pengetahuan dapat digunakan dengan baiknya jika dikaitkan dengan
kehidupan seharian.
Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) merupakan pengajaran yang melibatkan
situasi yang autentik yang membawa pelajar kepada situasi sebenar.
Ciri-ciri pembelajaran
berasaskan situasi
Elemen Bagi
Pembelajaran Menerusi Situasi
|
Garis panduan
bagi pengimplementasian
|
1.Menghasilkan
konteks autentik di mana menunjukkan cara ilmu pengetahuan akan digunakan
dalam kehidupan sebenar
|
•
Persekitaran fizikal.
•
Menunjukkan dalam keadaan sebenar.
•
Rekabentuk tidak linear.
•
Menyediakan sumber yang banyak.
|
2. Menghasilkan
aktiviti-aktiviti autentik
|
•
Aktiviti yang relevan dengan dunia
sebenar.
•
Aktiviti yang tidak dihuraikan dengan
lengkap/sedia ada (ill-defined).
•
Memberi tugasan yang kompleks.
•
Memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami tugasan.
•
Masa yang cukup untuk mengkaji.
•
Peluang untuk mengenalpasti maklumat
yang relevan.
•
Peluang untuk bekerjasama.
•
Tugasan yang boleh diintegrasikan kepada
pelbagai situasi.
|
3. Menghasilkan
akses untuk perlaksanaan yang baik dan proses memodelkan /
peniruan kepada
konsep
sebenar
|
•
Menggalakkan pemikiran kritis dan proses
memodelkan atau meniru sesuatu daripada keadaan sebenar.
•
Membenarkan mereka belajar pada pelbagai
aras kebolehan.
•
Berkongsi cerita.
|
4. Menghasilkan
pelbagai peranan dan perspektif.
|
•
Melihat dari pelbagai perspektif
terhadap sesuatu perkara itu serta menggalakkan pelbagai pendapat.
•
Peluang untuk menunjukkan pelbagai
pandangan dan persilangan unjuran respon.
|
5. Menyokong
pengetahuan dalam membentuk kolaboratif
|
•
Tugasan yang menjurus kepada aktiviti
berkumpulan berbanding individu.
•
Organisasi bilik darjah dalam bentuk
kumpulan-kumpulan keci.
•
Struktur insentif yang bersesuaian untuk
pencapaian berkumpulan secara keseluruhan.
|
6. Menggalakkan
refleksi
|
•
Tugas dari sudut konteks autentik.
•
Navigasi yang pelbagai.
•
Peluang kepada pelajar untuk
membandingkan / menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif.
|
7. Menggalakkan
artikulasi
|
•
Mampu menerangkan/membentangkan tugasan
yang kompleks dalam penyampaiannya.
•
Kumpulan yang cekap mengendalikan
penyampaian.
•
Persembahan awam berbentuk perdebatan
bagi mempertahankan pembelajaran
|
8. Menghasilkan
pengajaran dan scaffolding
|
•
Persekitaran pembelajaran yang kompleks
dan terbuka.
•
Rekabentuk multimedia yang pelbagai.
•
Panduan untuk menggunakan program dalam
pelbagai konteks.
•
Sokongan daripada pensyarah yang
bersesuaian dengan pengajaran.
|
9. Menghasilkan
penilaian pembelajaran autentik termasuklah tugasan
|
•
Ketepatan konteks.
•
Peluang kepada pelajar untuk memperbaiki
persembahan dan hasil.
•
Masa yangbersesuaian kepada pelajar dan
usaha secara kolaboratif.
•
Kompleks dan cabaran secara tidak
berstruktur.
•
Penilaian yang mengintegrasikan bersama
dengan aktiviti yang dijalankan.
•
Pelbagai penunjuk pembelajaran
•
Kesahan dan kebolehpercayaan dengan
kriteria untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
|
Ciri-ciri tugasan
autentik
•
Tugasan
autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.
•
Penyediaan
aktiviti yang bersesuaian dengan tugasan seperti dalam profesion sebenar yang
lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks.
•
Tugasan
autentik adalah terbuka (ill-defined), memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub
tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.
•
Penyelesaian
masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan
dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan
satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang telah
sedia ada.
•
Tugasan
autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam
tempoh masa atau jangkamasa yang lebih panjang.
•
Tugasan yang
disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada
beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna
iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.
•
Tugasan
autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan mengkaji
tugasan dari pelbagai sudut perspektif serta menggunakan pelbagai sumber.
•
Tugasan ini
menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti penyelesaian masalah
daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih
baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru
untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang
terhad dan dilimitasikan bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenalpasti
maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan.
•
Tugasan
autentik memberi peluang untuk berkolaborasi.
•
Bekerjasama dan
berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan, samada ketika dalam mengikuti kursus
mahupun ketika di situasi dunia sebenar, ia lebih baik daripada pencapaian
kejayaan secara individu.
•
Tugasan
autentik memberi peluang untuk refleksi.
•
Aktiviti yang
disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula
ke atas pembelajaran mereka samada secara individu ataupun sosial.
•
Tugasan
autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan merentas disiplin subjek dan
mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan.
•
Aktiviti
menggalakkan perspektif dari pelbagai disiplin dan membenarkan pelbagai peranan
serta kemahiran.
•
Tugasan
autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian.
•
Penilaian bagi
aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar
berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik, iaitu lebih baik daripada
penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.
•
Tugasan
autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang
tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan
sesuatu.
•
Aktiviti yang
berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik
daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah
persediaan sesuatu.
•
Tugasan
autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil.
•
Aktiviti ini
membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang
semulajadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu
sahaja tindakbalas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau
prosedur tertentu.
Pembelajaran
autentik dengan bantu ICT
•
Pelajar
menyesuaikan diri dengan situasi yang bermakna, relevan dan realistik.
•
Dapat melihat
aplikasi dalam keadaan sebenar. Contoh: senario, kajian kes atau masalah
autentik.
•
Menggunakan audio,
video, simulasi untuk menyampaikan situasi yang menyerupai keadaan dunia
sebenar yang autentik.
Perbezaan Persekitaran
Pembelajaran
Persekitaran
Pembelajaran Tradisional
|
Persekitaran
Pembelajaran Baru ICT
|
Berpusatkan guru
|
Berpusatkan pelajar
|
Stimulasi satu
deriaan
|
Stimulasi
multideriaan
|
Kemajuan satu
hala
|
Kemajuan
pelbagai hala
|
Satu media
|
Multimedia
|
Tugasan secara
berasingan
|
Tugasan secara
kolaboratif
|
Penyampaian
maklumat
|
Perkongsian
maklumat
|
Pembelajaran
pasif
|
Pembelajaran
aktif / penjelasan / pertanyaan
|
Pembelajaran
berasaskan fakta
|
Pemikiran kritis
dan pembikinan keputusan
|
Tindakan reaktif
|
Tindakan
proaktif
|
Konteks terasing
dan artifisial
|
Konteks realiti
dan autentik
|
Sumber
: Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For
Technology Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco.
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran
prasekolah merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan
tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran di
peringkat prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak
dari pelbagai sudut iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Dalam pendidikan, ujian bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang
digunakan dalam proses pentaksiran. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya
dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak. Ini kerana perkembangan
kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang mana ia tidak memerlukan kaedah ujian
sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka. Memandangkan perkembangan
kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk dan instrumen perlu berbeza
mengikut domain-domain yang ingin dinilai.
Justeru itu, satu kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih
menyeluruh dan ini boleh dilakukan melalui pentaksiran autentik.
Ke Arah
Pentaksiran Autentik Prasekolah
Prosedur
pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan peperiksaan tidak dapat
mengukur keseluruhan potensi murid. Peperiksaan berbentuk objektif menekankan
pentaksiran pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi
kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi
sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan kepada
pentaksiran autentik adalah untuk menghendaki murid menggunakan pengetahuan
dengan bermakna, mahir menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan penambahbaikan
melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan
kombinasi kemahiran, pengetahuan dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran
autentik juga dapat mencungkil kemahiran
di samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri.
J.
Michael O’ Malley , siswazah dari School of Education di Universiti George
Mason menyenaraikan ciri-ciri prestasi murid yang perlu dipertimbangkan dalam
pentaksiran autentik ialah:
Ø Membentuk reaksi : memberi reaksi
berdasarkan pengalaman terhadap situasi.
Ø Tahap pemikiran tinggi: Reaksi
terhadap soalan terbuka yang menggabungjalinkan kemahiran menganalisis,
mensintesis dan penilaian.
Ø Kejituan:Tugasan yang bermakna,
mencabar dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan sebenar.
Ø Integratif: Tugasan meliputi
kombinasi kemahiran kesusasteraan dengan pelbagai kandungan lain yang merentasi
kurikulum
Ø Proses dan Produk: Strategi dan
prosedur yang membawa peningkatan potensi dan meneroka penyelesaian terhadap
masalah kompleks.
Sehubungan
itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu dipertimbangkan sebelum
menggunakan pentaksiran autentik.
KEPERLUAN
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH
Pentaksiran
autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara
menyeluruh. Pentaksiran ini boleh mencungkil bakat kanak-kanak kerana sifatnya
yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan
Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur
menggunakan pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam
mengenal pasti dan melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran
literasi di prasekolah. Selain itu melalui laporan pentaksiran autentik dapat
memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
Pentaksiran
autentik dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan
dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, pentaksiran autentik
juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada
ibu bapa tentang perkembangan anak-anak.
CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu
pembelajaran. Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
- Mengambil kira psikologi dan
sifat semula jadi kanak-kanak.
- Lebih mementingkan proses
- Dijalankan secara tidak
langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang.
- Dijalankan secara berterusan
- Tidak membanding dan melabelkan murid
- Bersifat diagnostik iaitu
bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
- Berfokus kepada tahap
perkembangan murid
- Tugasan pentaksiran menyerupai
situasi dan pengalaman murid.
- Menepati standard pentaksiran
yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
APAKAH YANG
DITAKSIR ?
Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,
perkara-perkara (merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin
dikembangkan dalam diri mereka dikategorikan mengikut 6 tunjang:
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Sains dan
Teknologi
- Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai
- Tunjang Fizikal dan estetika
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Keterampilan diri
(sila rujuk Lampiran)
BAGAIMANA
MELAKSANAKAN PENTAKSIEAN DI PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah lebih banyak
menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk
meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Untuk mencapai matlamat, guru
harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan
berterusan.
Pentaksiran
autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik
merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan
tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat
evidens terbaik, konteks yang digunakan untuk mentaksir murid haruslah
mengambil kira minat, budaya, latar belakang sosioekonomi, pengalaman seharian,
persekitaran , kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan .Maka, instrumen
yang dirancang perlu fleksible.
Pentaksiran
murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli
keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat dari pelbagai
sumber akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru
membuat keputusan yang lebih jelas.
Proses Menjalankan Pentaksiran
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SATU PENTAKSIRAN HOLISTIK
Perubahan
dalam ekonomi yang memerlukan produk yang lebih berkualiti di mana bukan sahaja
dapat menguasai ilmu pengetahuan, tetapi berkemahiran dalam semua aspek
kehidupan , menjadikan sistem pendidikan juga turut mengalami perubahan.
Pada abad ke
21 dicirikan bahawa pendidikan akan bersifat berasaskan murid, pembelajaran
yang dijalankan bersifat kolaboratif, mementingkan pencapaian dari segi
kemahiran, memerlukan proses yang panjang, mementingkan penguasaan murid ke
aras pemikiran aras tinggi, lebih praktikal, melihat kepada kemahiran hidup,
berkumpulan, komuniti, pentaksiran yang formatif dan murid akan belajar untuk
diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.
Pada abad ke 21, pendidikan berfungsi untuk membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang kreatif
,inovatif dan berdaya saing ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan
seterusnya dapat memartabatkan pendidikan di Malaysia. Perubahan tersebut bagi
memastikan produk (pelajar) yang dihasilkan mampu bersaing dalam ekonomi
tempatan dan juga global. Justeru aspek pentaksiran yang lebih efisen dan
menyeluruh telah dijalankan.
Pada asasnya
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah lama dijalankan di sekolah oleh
guru-guru, namun keputusan yang diperolehi tidak direkodkan atau diambil kira
sebagai markah untuk pelajar yang di nilai kerana pemarkahan untuk pelajar
dinilai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Kini dalam sistem pendidikan
di Malaysia, PBS dilihat merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh. Daripada
satu kertas kerja yang dibentangkan oleh
Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah tahun 2012, PBS dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu menghasilkan generasi yang kreatif dan inovatif yang berupaya untuk berdepan
dengan cabaran dalam abad ke 21. PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik
atau menyeluruh kerana PBS merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek
kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan kurikulum kebangsaan. Dengan kata
lain PBS merupakan pentaksiran terhadap aspek akademik dan bukan akademik.
Sejauhmana
PBS dilihat sebagai pentaksiran yang holistik adalah dengan melihat dari segi konstruk yang ditaksir, instrumen
yang digunakan, orang yang mentaksir, masa pentaksiran, aspek penskoran dan
dari segi perkara dan agensi yang melapor. Ciri tersebut menjadikan PBS
mempunyai persamaan dengan pentaksiran autentik.
Pentaksiran
yang bersifat holistik akan dapat memenuhi kehendak yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Y.B.
Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selain mengubah kaedah pentaksiran,
perubahan juga perlu dilakukan untuk pendekatan
dalam aspek penyediaan kurikulum dan huraian sukatan pelajaran,
perubahan oleh guru bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatan latihan
guru dan juga mengubah kaedah penaziran.
LAMPIRAN
Contoh
Konstruk yang ditaksir (TUNJANG)
Untuk mengenal pasti perkara-perkara utama yang ditaksir
(konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran untuk setiap tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.
Senarai
Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah
Tunjang
|
|
Konstruk
|
Komunikasi
|
||
|
BM1
|
Kemahiran Mendengar
|
|
BM2
|
Kemahiran Bertutur
|
|
BM3
|
Kemahiran Menyebut dan Mengecam
Huruf Vokal dan Konsonan
|
|
BM4
|
Kemahiran Membaca Perkataan
|
|
BM5
|
Kemahiran Membaca Ayat
|
|
BM6
|
Kemahiran Mencerita Semula
|
|
BM7
|
Kemahiran Menulis
|
Kemanusiaan
|
||
|
KM1
|
Pengetahuan tentang Diri Sendiri
dan Hubungan dengan Keluarga Rakan, Sekolah, Komuniti.
|
|
KM2
|
Amalan sikap yang baik dalam
hubungan antara diri dengan Keluarga Rakan, Sekolah, Komuniti.
|
|
KM3
|
Amalan tabiat menjaga alam
sekitar
|
|
KM4
|
Pengetahuan asas tentang warisan
budaya tradisional pelbagai kaum di Malaysia
|
|
KM5
|
Pengetahuan asas tentang Negara
Malaysia
|
|
KM6
|
Amalan cintakan negara
|
Tunjang
|
|
Konstruk
|
Keterampilan
Diri
|
||
Perkembangan
Sosioemosi
|
SE1
|
Kemahiran mengenali dan mengurus
emosi sendiri```
|
|
SE2
|
Kemahiran mencapai emosi yang
positif
|
|
SE3
|
Kebolehan membina kemahiran
sosial
|
Perkembangan
Fizikal dan Estetika
|
||
Perkembangan Fizikal
|
FZ1
|
Kemahiran motor halus
|
& Penjagaan Kesihatan
|
FZ2
|
Kemahiran motor kasar
|
|
FZ3
|
Kemahiran menjaga kebersihan diri
|
|
FZ4
|
Mengamalkan tabiat pemakanan yang
berkhasiat
|
|
FZ5
|
Kemahiran menjaga kebersihan
persekitaran
|
|
FZ6
|
Mengamalkan langkah-langkah
pencegahan jangkitan penyakit
|
|
FZ7
|
Pengetahuan tentang sumber bahaya
|
|
Fz8
|
Mengamalkan langkah-langkah
menjaga keselamatan diri
|
Kreativiti
|
||
|
KR1
|
Kemahiran menghasilkan karya seni
visual secara kreatif
|
|
KR2
|
Mengamalkan sikap apresiasi seni
|
|
KR3
|
Kemahiran dalam menyanyi
|
|
KR4
|
Kemahiran Memainkan alat perkusi
|
|
KR5
|
Kemahiran Gerakan Kreatif
|
|
KR6
|
Kemahiran Berlakon dan main
peranan
|
Sains dan
Teknologi (perkembangan kognitif)
|
||
Awal Sains
|
ST1
|
Kemahiran memerhati
|
|
ST2
|
Kemahiran merekod hasil
pemerhatian
|
|
ST3
|
Kemahiran membuat pengukuran
menggunakan unit bukan piawai
|
|
ST4
|
Kemahiran membanding dan membeza
|
|
ST5
|
Kemahiran meengelas
|
|
ST6
|
Kemahiran membuat ramalan
|
|
ST7
|
Kemahiran menyelesai masalah
|
|
ST8
|
Kemahiran membuat seriasi
|
|
ST9
|
Kemahiran mengecam corak berulang
dan membina pola
|
|
ST10
|
Pengetahuan tentang nombor 1-20
|
|
ST11
|
Pengetahuan tentang 20,30,40,50
|
|
ST12
|
Kemahiran menyelesaikan operasi
tambah dalam lingkungan 10
|
|
ST13
|
Kemahiran menyelesai operasi
tolak dalam lingkungan 10
|
|
ST14
|
Kemahiran mengecam duit yang
berlainan nilai
|
|
ST15
|
Pengetahuan tentang konsep masa
|
|
ST16
|
Pengetahuan tentang kedudukan
objek dalam ruang
|
|
ST17
|
Pengetahuan tentang bentuk
|
|
ST18
|
Kemahiran membuat pembinaan
|
|
ST19
|
Kemahiran menggunakan komputer
|
Tunjang
|
|
Konstruk
|
Kerohanian,
Sikap dan Nilai
|
||
Pendidikan Islam
|
PI1
|
Pengetahuan tentang Rukntanun
Islam
|
|
PI2
|
Pengetahuan tentang rukun Iman
|
|
PI3
|
Pengetahuan Kalimah Syahadah
|
|
PI4
|
Pengethuan dan kebolehan
melakukan ibadah
|
|
PI5
|
Pengetahuan tentang Sirah tentng
Rasulullah SAW
|
|
PI6
|
Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW
|
|
PI7
|
Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran
|
|
PI8
|
Pengetahuan Asas Tulisan Jawi
|
Pendidikan Moral
|
||
|
PM1
|
Mengamalkan nilai baik hati
|
|
PM2
|
Mengamalkan nilai
bertanggungjawab
|
|
PM3
|
Mengamalkan nilai berterima kasih
|
|
PM4
|
Mengamalkan nilai berhemah tinggi
|
|
PM5
|
Mengamalkan nilai hormat-menghormati
|
|
PM6
|
Mengamalkan nilai kasih sayang
|
|
PM7
|
Mengamalkan nilai keadilan
|
|
PM8
|
Mengamalkan nilai keberanian
|
|
PM9
|
Mengamalkan nilai kejujuran
|
|
PM10
|
Mengamalkan nilai kerajinan
|
|
PM11
|
Mengamalkan nilai kerjasama
|
|
PM12
|
Mengamalkan nilai kesederhanaan
|
|
PM13
|
Mengamalkan nilai toleransi
|
|
PM14
|
Mengamalkan nilai berdikari
|
|
PM15
|
Mengamalkan nilai berdisplin
|
Jika
diteliti pentaksiran autentik telah diterapkan dalam panduan perkembangan pembelajaran murid.
Sebagai contoh tugasan yang telah diberikan kepada pelajar untuk mencapai band
6 bagi tema Hubungan Kekeluargaan pelajar tingkatan 2 akan diberi tugasan
secara pentaksiran autentik terbuka.
Bagi mentaksir pelajar mencapai band 6 pentaksiran
autentik terbuka boleh digunakan. Guru boleh mentaksir pelajar dengan lebih
baik jika pentaksiran autentik ini disertakan dengan rubrik. Contoh rubrik yang dibina adalah seperti di bawah.
NAMA
PELAJAR : _____________________________________________________
TINGKATAN : ______________________________________________________
PETUNJUK:
Lembaran ini diisi untuk menilai gerak kerja secara
berkumpulan. Berikan tanda (/) pada kolum skor sesuai dengan hasil lakonan
pelajar, dengan kriteria seperti berikut:
No.
|
Aspek
Pengamatan
|
Skor
|
Keterangan
|
|||
1
|
2
|
3
|
4
|
|||
1.
|
Ahli kumpulan pelajar dapat menyatakan cara
menyelesaikan konflik yang dihadapi
|
|
|
|
|
|
2.
|
Ahli kumpulan
pelajar dapat membuat pilihan yang bijak untuk menyelesaikan konflik
|
|
|
|
|
|
3.
|
Ahli kumpulan
pelajar dapat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk menyelesaikan
konflik yang dihadapi
|
|
|
|
|
|
4.
|
Ahli kumpulan pelajar menghayati lakonan dengan sangat
baik
|
|
|
|
|
|
5.
|
Kerjasama antara ahli kumpulan pelajar dengan sangat
baik
|
|
|
|
|
|
JUMLAH SKOR
|
|
|
|
|
|
4=
Sangat berpuas hati 3= Berpuas
hati
2= Kurang berpuas hati
1= Tidak Berpuas hati
PETUNJUK
PENSKORAN
Nilai diperoleh:
Baik sekali
: Apabila memperoleh skor 16-20
Baik : Apabila memperoleh skor 11-15
Sederhana : Apabila memperoleh skor 6-10
Kurang Baik : Apabila memperoleh skor 1-5
information yg lengkap..good work..keep it up
ReplyDeleteBagus. Perkongsian yang padat. Mohon sertakan rujukan sekali supaya pembaca lain dapat mengkaji dengan lebih mudah. Terima kasih.
ReplyDelete