Thursday, 27 November 2014

tugasan 1 Collect

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


TUGASAN KUMPULAN
KURSUS PENTAKSIRAN AUTENTIK
KPN 6074




PENTAKSIRAN AUTENTIK



DISEDIAKAN OLEH :

RUSTAM BIN SIIS  M20132002315
SOLEHAN BIN NAZAN M20132001760
SOLEHUDDIN BIN ISMAIL M20132001764
FARIZAN BINTI CHE MUSA M20132001966



PENSYARAH :

PROF. EMERITUS DR OTHMAN BIN LEBAR


IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS
SEMESTER 2 2013/2014


1.      Pengenalan

Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulis, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus utama dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan dan memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan Negara (Ghani, 2008)

2.      Pengertian Pentaksiran

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011). Menurut Ghafar (2011) pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisaan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Airasian (2004), menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas pensel) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005).

            Jesteru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penanbahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.      Pentaksiran Autentik

Saptu & Said (2011) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut Logsdon (2011), pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran autentik juga merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach & Associates, 2011).

            Pentaksiran autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas. Pentaksiran autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011).

            Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran autentik ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.

            Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung tidak autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes (1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian – peristiwa tunggal (single-occasion) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. Bailey (1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini. Law & Eckes (1995) menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. Manakala Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian ( Begum & Farooqui , 2008 ).

            Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza.

            Pentaksiran autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menetukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus atau portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009).







4.      Kepelbagaian Bentuk  Perlaksanaan Pentaksiran Autentik.

Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.

Ø  Pentaksiran prestasi – Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar.
Ø  Pemerhatian guru – Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.
Ø  Persidangan – Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.
Ø  Pentaksiran kendiri – Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.
Ø  Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.
Ø  Pentaksiran kerja kursus atau portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.











5.      Kesimpulan

Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan pelajar itu sangat penting. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan. Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

            Daripada pengertian pentaksiran sebelum ini, menunjukkan bahawa pentaksiran adalah gabungan pengukuran dan penilaian. Pentaksiran tradisional lebih banyak dikaitkan dengan peperiksaan di mana pencapaian dan prestasi seseorang pelajar itu dilihat dan ditentukan oleh skor atau markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan yang didudukinya. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini dapat diperhatikan daripada fenomena pelajar Tahun Enam di sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulah Jun, kerana pelajar-pelajar perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali.
           
            Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran autentik atau pentaksiran pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah.

           



           

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved, from http//www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm
Airasian, P.W. (  2004 ). Classroom Assessment; Concept and Applications ; ( 5th ed ); McGraw-Hill
Aurbach, & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from. http//www.aurbach.com/alt_assess.html
Bailey, K. M. (1998). Learning About Language Assessment: Dilemmas, Decisions, and Directions ; Heinle & Heinle Publisher.
Begum, M., & Farooqui,S. (2008). School Based Assessment : Will it Really Change the Educational Scenario in Bangladesh ?. International Education Studies, Vol.1 (2 ), 45-53.
Companies, M. H (2011). Alternative Assessment Primer, from http//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer.
Dikli, S. (2003). Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET,2 (3)
Ghafar, M. A. (2011).Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 ); Penerbit UTM Press.
Ghani, T.H,. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved from. http://sppkkedah.blogsport.com/2009/10/membangun-modal-insan.html
Khan, A.(2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan - TPM. Retrieved from.. http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada peperiksaan.html.
Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment ang ESL: on the yellow big road to the Withered of OZ; Peguis Publishers.
Lim, R. L., & Miller, M. D.,(2005). Measurement and Assessment in Teaching ( 9th ed ): Pearson Prentice Hall.
Logsdon, A.(2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment ?, from http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_assesment.htm.
Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran


NAMA KUMPULAN 6 (TUGASAN 1)
ABDUL RAHMAN B AB. MAJID
( M20132001967 )
SUZIYANA BT ABU JAMIL
( M20132001987)
AHMAD SYAHMI B JUWAINI
( M20132001779 )
AHMAD QHADRI B ABDUL AZIZ
( M20132002112 )
PENTAKSIRAN AUTENTIK
1.0 Definisi
1.1 Pentaksiran
Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai mengintegrasikan proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. (David Payne, 2003).
Ia melibatkan gabungan proses pengukuran dan penilaian bagi mendapatkan maklumat tentang tahap pembelajaran kanak-kanak dan pada masa yang sama  ia adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran juga adalah kesinambungan di dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Sebelum proses pentaksiran berlaku,  proses pengukuran dan penilaian haruslah berlaku terlebih dahulu. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan manakala penilaian merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.
Menurut John Mueller, pentaksiran ialah satu bentuk penilaian di mana pelajar dikehendaki menyelesaikan tugasan yang mempunyai kaitan dengan dunia sebenar yang mana mempunyai aplikasi yang bermakna dari aspek pengetahuan dan kemahiran.






2.0 Autentik

2.1 Pentaksiran Autentik

Dari segi bahasa, autentik merujuk kepada sesuatu yang asli, nyata, mempunyai kesahan dan keboleh percayaan pada darjah yang tinggi. Bentuk penilaian yang berlaku adalah berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.       (Pert, 1990).

Ia haruslah meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Selain itu, ia juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut (Grace 1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan atau dengan kata mudahnya menilai pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

Ciri-ciri dalam pentaksiran autentik ialah :-

·         Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan
·         Indikator profisiensi melalui aktiviti yang dilakukan
·         Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
·         Subjek membina maksud tersirat
·         Berpusatkan pelajar
·         Tugasan berdasarkan dunia sebenar
·         Tugasan mestilah bermakna
·         Pelajar menggunakan pemikiran kritikal
·         Tugasan yang kompleks
·         Bukti mestilah jelas dan langsung
·         Mengukur bagaimana pelajar berfikir


Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai pentaksiran autentik ialah tugasan autentik terdapat dalam tiga bentuk iaitu berasakan proses, berasakan produk dan berasakan proses dan produk pada satu masa yang sama. Penekanan diberi kepada kedalaman pemahaman dalam melaporkan kajian bukan kepada keluasan kajian.

2.1.1 Pentaksiran Prestasi

Melalui pentaksiran prestasi, pelajar akan terlibat dalam kajian atau aktiviti yang berbentuk autentik iaitu sesuatu yang asli dan kreatif. Dalam memastikan ianya memberi kesan yang maksimum, maka tugasan kajian haruslah bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran dan pengetahuan serta integrasi kemahiran berfikir aras tinggi. Di samping itu, pada masa yang sama  pelajar harus mempunyai kemahiran menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul.

2.2 Jenis - Jenis Penilaian Autentik

1.      Penilaian sikap
-          Proses ini berlaku melalui pemerhatian, penilaian diri, penilaian antara rakan dan jurnal.

2.      Penilaian pengetahuan
-          Proses ini berlaku melalui ujian bertulis, ujian lisan dan tugasan.

3.      Penilaian keterampilan
-          Proses ini berlaku melalui penilaian tugasan, penilaian proses dan portfolio.



Terdapat 4 jenis penilaian berdasarkan masa dan tujuan perlaksanaan iaitu:

a)      Penilaian formatif

-          Untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit pelajaran yang diajar. Kaedah ini sangat sesuai untuk tujuan diagnosis dan dengan itu kelemahan pelajar dapat dikenalpasti.

b)      Penilaian sumatif

-          Untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Skor pengajian biasanya digunakan untuk tujuan pemilihan atau pennempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

c)      Penilaian pra-kelayakan dan diagnostik

-           Sebagai contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan dan ujian prestasi.

d)     Penilaian alternatif

-          Sebagai contoh penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, seminar, bengkel dan lisan pelajar.

2.3  Kaedah dan teknik

·         Temubual
-          Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi

·         Penceritaan semula / Bercerita
-          Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka
·         Sampel penulisan
-          Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan

·         Projek/ Pameran
-          Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran

·         Eksperimen/ Demostrasi
-          Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen

·         Pemerhatian guru
-          Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas

·         Portfolio
-          Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari semasa ke semasa


2.4 Kepentingan


Melalui pendekatan yang digunakan ia mengkehendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan pada masa yang sama mengkehendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis. Selain itu, ia turut memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke masa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Ia turut merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Tuesday, 11 November 2014

PENTAKSIRAN AUTENTIK- PRA SEKOLAH DAN PBS

KPN 6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH           
M20122001381
CHEW HOCK KIANG        
M20122001820
HASLIZA BT YUNUS
M20131001140
LAU SHIAU CHING
M20131001142